Julai 2011


Ana memang sentap dan geram bila masih lagi timbul isu antara PAS dan PKR di Negeri Sembilan. Sakit bonar hati den ni. Kito kan dah macam adik beradik. Apo yang nak jadi isu sangat di Negeri Sembilan ni? Kita ado peluang bosar nak monang ni warih! Bosar. Gadang la kato orang. Tapi kalau asyik nak bertempur sama sendiri – masalah la kito.

Problem (ceh…cakap orang putih) di negeri sembilan ni masalah kocik. Kito keno lapang dado. Bertonang. Jangan huru haro. Apo masalah? Masalah nak berebut kerusi. Ana mudah aje, siapa yang ada peluang menang, dia kono tanding. Itu sahaja sifirnya. Jangan nak menyusahkan pemikiran laei. Itu lah sahaja penyelesaiannya. Memang orang PAS ado yang marah kat ese yang suko bonar dengan cina DAP. Ana bukanlah sayang sangat tu warih…tapi kito kan satu payung. Payung Pakatan Rakyat. Konolah sayang. Lagipun Cino DAP Negeri Sembilan ni sonang kiro. Bilo dia dapek apo yang dia nak – mako dia setuju. Sobab itu, bilo kita kato – ekau kono kokal dengan 11 kerusi DUN. DAP akur. Sonang.

Yang jadi masalah ni sama Melayu dalam PKR. Dogil. Stubborn kato orang putih. Stubborn campur bangang ni susah kito nak bawak bincang.

Apa yang PAS cakap kepada PKR. Labu kembalikan kepada PAS. Memang kita dah lama ada di Labu. Memang kita boleh monang punyo. Pojam mato pun monang. Sekolah agamo di Labu ni memang dah lamo jadi markaz sonyap kito.

Kawasan Labu ini kawasan orang ‘beragama’. Agamawan. Orang yang kuat pi masjid. Kitolah yang hebat bab masjid ni. PKR tak suko poie masjid. PKR poie berhibur dia pandai lah. Pemimpin PKR di NS pun samo. Lobih kurang.

Bukan kita nak ambik free. Kita tawarkan Lenggeng. Kawasan Labu ni 68 % orang Melayu. Orang Melayu dengan Anwar, berdasarkan kajian kita di bawah – dah banyak berkurang. Baru baru ni pun, waktu poie ke bawah; ramai yang tanyo kito bab bideo. Bab pompuan Cino. Apa cerito? Payah kito nak jawab tu.

Ampangan pun samo. Wakil PKR dah injured. Tak boleh nak aktif sangat. Nanti ter-meninggal (den tidak lah doakan) payah lak kito. Kito pun minta Labu dan Ampangan. Adik beradik apa ada hal. Patut bolehlah selesai. Jangan bergasak.

Kononnya ada persetujuan di Pusat mengenai PKR mesti jadi champion di Negeri Sembilan. Ini perjanjian mana pulak? Gilo ko?

Ana mintalah PKR Negeri Sembilan – janganlah degil sangat. Jangan tamak. Kita tukar suka sama suka. Matlamat utama apa? Matlamat utama nak jahanamkan MB Mat Hassan. Itu sahaja. Yang lain kita bincanglah. Sebab itu ana selalu cakap – bincang dengan Cina lagi mudah daripada bincang dengan melayu PKR ni. Sombong kemain.

Ingat senang ke nak jahanamkan Mat Hassan tu. Susah warih. Kalau tak ada kerjasama – jawabnya, mandilah kita.

PR kena ikut cakap dalam pepatah Negeri Sembilan. Pepatah minangkabau.

Duduak surang basampik-sampik, duduak basamo balapang-lapang
bulek aia dek pambuluah, bulek baru digolekkan
pipieh baru dilayangkan, bulek jan basuduik
pipieh jan basandiang, data balantai licin, licin balantai camin
tapawik makanan lantak, takuruang makanan kuaci
tinggi tak dapek dipanjek, randah tak dapek dilangkahi
taimpik di ateh, takuruang di lua
bajalan surang daulu, bajalan baduo di tangah
sampik lalu lungga batokok, dilampik kariang, dikirang basah
tagang bajelo-jelo, kandua bandanting-danting
alun takilek lah takalam, bulanlah sangkok tigo puluah
bulan taliek lah dimakan, lan tantu tampek bakeh tumbuah,
takilek ikan dalam aia, ikan takilek jalo tibo tantu jantan batinonyo.

Ana teruja juga membaca satu posting terbaru yang diletakkan di dalam Malaysia Today. Teruja kerana kita akhirnya sedar bahawa kita perlu ada wajah pemimpin selain Anwar. Eloklah begitu. Kita jangan taksub sangat dengan satu-satu pemimpin. Pakatan Rakyat jika mahu jadi hebat dan kuat, mestilah mempunyai pasukan yang kuat. Bukan bersandarkan mana-mana individu. Kita kena cari dengan lebih meluas. Tak perlu fikir PKR sahaja.

Ana teruja kerana tulisan yang bernama Geta Hussaini ini merujuk kepada ramai calon PAS yang dianggap layak sebagai calon peneraju PR. Penulis tersebut percaya bahawa PAS mempunyai kepimpinan yang layak diletakkan sebagai wajah hadapan Pakatan Rakyat.

Calon utama yang dikemukakan adalah:-

Mohd Nizar – Bekas MB Perak Yang sah

Walaupun tidak mengulas kenapa Nizar – tapi ana rasa berkaitan dengan kepimpinan Nizar. Nizar yang boleh bercakap bahasa Tiong Hua memang mendapat perhatian pengundi Cina. Di Sarawak, Nizar bagaikan ‘Justin Bieber’ politik PAS. Memang hebat. Mereka kagum sebab Nizar berani dan boleh berbicara dengan bahasa mereka. Orang Cina di Padungan, di Miri, di Satok, di Bintulu, di Sejingkat – semuanya melihat Nizar sebagai rising star politik PAS. Mereka kagum dan menganggap PAS memang sedia menjadi kepala Pakatan Rakyat.

Tapi, di sebalik penerimaan baik masyarakat Cina – Nizar ditolak oleh perwakilan PAS sendiri. Ini yang payah. Kita tak asah bakat dan kemampuan pemimpin baru.

Mat Sabu

Ana rasa disebabkan penglibatan Mat Sabu dalam Bersih. Mat Sabu pun disukai oleh penulis artikel ini.

TG Nik Aziz

Juga diletakkan sebagai calon yang boleh menjadi kepala kepada Pakatan Rakyat. Kalau Anwar memimpin PR dengan stail dan gaya dan karisma, Nik Aziz akan menjaga PR dengan kepimpinan yang zuhud.

Khalid Samad

Memang antara calon yang digemari oleh masyarakat Malaysia. Berani. Terbuka dan menerima baik sokongan gereja. Luar biasa.

—————————————————————————

Nama TG Haji Hadi tidak langsung diangkat. Ana minta kawan-kawan PAS baca artikel ini yang disiarkan di Malaysia Today:-

Who should lead Pakatan after Anwar?

The truth is Pakatan needs Sabah and Sarawak to win the upcoming General Election and PKR is not helping by making mistake after mistake in these two states. I would say that the most suitable leader to replace Anwar if he is found guilty in the sodomy trial as Pakatan leader should come from either DAP or PAS. The opposition needs a good politician as its leader and currently in my humble opinion PKR has none of them.

Kita kena terus buktikan PAS mempunyai calon yang baik bagi menggantikan peranan Anwar. Mesti. Kita kena guna segala kekuatan – kemampuan Nizar berbicara bahsa Cina, kekuatan Khalid di gereja-gereja, dan kezuhudan TG Nik Aziz dalam meletakkan calon pengganti ini. Memang kita layak. Apa masalahnya?

English ana tak ada lah hebat sangat. Kalau ana salah tafsir. Ana minta maaf ya.

Ana baca Sinar Harian pagi tadi, YB Fuziah Salleh (PKR) dan beberapa orang YB PKR risau dengan perkembangan terkini SPR nak guna biometrik. Ana pun tak tahu kenapa depa risau sangat. Patutnya, kita kena terima cadangan yang molek-molek ni. Ana kata moleklah – sebab benda itu nampak canggih. Letak cap jari. Clear. Mengundi. Datang lagi? Sistem akan reject. Ana agak macam itulah gunapakai sistem biometrik ni.

Tapi yang ana tahu, kat Amerika pun tak pakai lagi sistem biometrik ni. Yang ana tahulah. Pakai komputer ajer. Itupun kecoh bagai nak rak. Ana suka benda-benda canggih ni. Tapi janganlah pulak SPR beri alasan kena pakai manual bila sistem down. Jangan nak canggih sangat, sudahnya – kaput.

Ana cuma terfikir bab nun jauh di Sarawak tu. Ada tempat elektrik pun tak ada. Macamana nak pakai sistem? Pakai solar? Kalau ada. Ok lah juga. Nak bawa naik bot. Bot terbalik? Kansel pilihanraya? Berapa ribu orang yang nak kena lantik jadi technician. Karang, technician masuk bilik mengundi…dia mengundi pula untuk orang lain. Menipu lagi.

Setakat ini, PAS belum buat keputusan dengan sistem biometrik. Cuma YB Mahfuz ada suarakan bahawa ini akan memudahkan lagi penipuan. Ana pun tak tahu macamana nak tipu lagi. ada juga logiknya. Buatnya sistem yang sedang kerajaan buat sekarang – daftarkan warga asing; dia campurkan dengan data pilihanraya. Berjuta pengundi baru. Hancur kita. Kat Semenanjung mungkin tak teruk sangat. Kat Sabah dan Sarawak? Jahanam kita.

Kalau betul nak pakai biometrik – ana harap SPR dapat selesai beberapa perkara asas:-

  • Lantik Jawatankuasa Khas (termasuk wakil parti politik) dalam mengkaji kebaikan/keburukan sistem biometrik. Kita tak tahu sistem sebenar. Kita balun aje. Tak boleh juga. Kita pun nak tahu juga macamana sistem ni dipakai;
  • Apa beza dengan sistem pendaftaran warga asing? Sekarang ni pun nampak kecoh dan tak tersusun. Setakat ini pun hanya ratusan ribu yang mendaftar.
  • Open tender! Kalau jadi nak buat. Jangan bagi semua kepada Heitech Padu yang dapat kontrak ratusan juta dengan KDN.
  • Pengundi kita 12juta…berapa lama masa nak merge data Jabatan Pendaftaran kepada SPR? Berapa kos?
  • Bagitahu rakyat berapa peruntukan yang disediakan untuk ini?
  • Apa jaminan sistem tak break down waktu pilihanraya? Kalau break down; boleh kita buat pilihanraya semula?
  • Jenama dan jenis apa nak pakai ni?
  • Siapa dapat kontrak? Mesti ada yang tengah lobi ni. Orang PAS boleh masuk tender?

Ana rasa – elok sangatlah kalau kita bincang bab ini. Bincang betul-betul. SPR jangan buat sistem ikut sempat. Kena kaji dan kaji dan kaji. Kena jemput semua pihak. Jangan jemput PERKASA, AMANAH dan UMNO sahaja. Tak gentleman la macam tu. Kita ni dah dipinggirkan dalam semua perkara. Panggil bincang. Jangan ikut sedap mulut aje.

PAS aims to contest 80 parliamentary seats in the next general election, an increase of 14 seats compared with the number contested by the Islamist party three years ago.

PAS vice-president Salahuddin Ayub told The Malaysian Insider that these seats included those previously contested by Pakatan Rakyat candidates who have since jumped ship.

In the 2008 general election, PAS contested 66 parliamentary seats and 232 state assembly seats, winning 23 parliamentary seats and 83 state seats.

The DAP and PKR, on the other hand, contested 47 and 97 parliamentary seats. The DAP won 28 while PKR won 31.

Salahuddin believes that any seat — whether state or parliamentary — should be handed over to the party which can win it, and also to avoid a recurrence of PR lawmakers “jumping ship.”

The same matter had been raised by PAS Youth during the recent PAS muktamar where the wing demanded that PKR and the DAP surrender those seats which are currently occupied by their lawmakers who have left the respective PR parties.
================================================================

Ana amat setuju dengan apa yang dikemukakan oleh pimpinan mengenai jumlah kerusi ini. Memang sepatutnya pun kita bertanding lebih kawasan berbanding dengan rakan-rakan lain. DAP hanya bertanding 47 kerusi. Menang 28. Kalau ikut prestasi DAP – Hampir 60 % sukses. Ini ada budak muda PAS yang beritahu ana. Dia kata, PAS kena cakap pasal success rate. Jangan cakap benda yang bodoh-bodoh. Orang muda tak suka.

PKR bertanding 97 kerusi. Menang? 31. Kalau ikut kejayaan PKR – hanya setakat 31 % kejayaan berbanding jumlah kerusi yang ditandingi. Pendek kata…GAGAL lah tu. Bukan ana cakap. Statistik yang cakap. Ana setuju. GAGAL. Itu belum kira lagi kalangan yang kuat melompat. Dapat kedudukan Exco. Gunakan kedudukan. Minta rasuah. Termasuk rasuah seks. Depa panggil sedekah seks. Bangang punya PKR.

Prestasi PAS tahun 2008. Menang 23 kerusi Parlimen. Bertanding di 66 kawasan. Prestasi? Lebih baik daripada PKR. Kita berada di takat 35 %. Ok lah. Mantap la tu bagi sebuah parti Islam yang bajetnya pun tak berapa nak ada banding dengan PKR.

Kali ini, kita memang patut tanding 80 kawasan. Ana setuju sangat. Terutamanya di Kuala Lumpur; ana tengok ada dua/tiga kawasan yang PAS boleh tanding – berbanding dengan letak calon PKR.

Ana bagi contoh. W Maju. Dulu yang tanding adalah PKR – anak Cina nama Wee Choo Keong. Gerakerja PAS di W Maju bagai nak gila menangkan calon ini. Walaupun orang tak berapa kenal. Kita bawak masuk surau/masjid/madrasah. Kita beri peluang dia jumpa orang PAS. Kita beri peluang dia. Sudahnya, lompat sebab nakkan duit. Jahanam. Kali ni, ana terus terang, kerusi Parlimen Wangsa Maju dan Setiawangsa; eloklah diberikan kepada PAS. Jujur kita cakap. Kita yang buat kerja di bawah kita tahulah. Apa kelemahan dua kawasan ini?

W Maju: dominasi UMNO yang menggila. Seorang Setiuasaha Politik PM dikatakan akan jadi calon. Dia ini kaki rasuah. Dulu miskin. Sekarang kaya bagai nak rak. Menang jawatan UMNO sebab beri hadiah/imbuhan kepada orang UMNO. Guna kedudukan sebagai orang PM. Orang PM ini lagi senang kita nak gigit. Orang Cina tak suka dia. Orang UMNO sendiri pun tak suka dia. Muka sombong. Berlagak. Kononnya pakai title DR…entah beli daripada mana pun kita tak tahu. Semua cerita dia orang PAS tahu. Jumlah harta. Cina mana yang sponsor dia main golf tiap-tiap hari pun kita kenal. Kereta dia yang menjalar dengan nombor ‘799’ pun orang kita dah mark. Kenal sangat. Orang Pahang. Dikenali sebagai ‘Mr Political Toll’. Kita ada peluang menang.

Setiawangsa: Zulhasnan Rafique dah putus haid. Kerja tak buat. Asyik ada di London. Tengok anak main kuda. Orang UMNO benci dia. Tapi tak berani cakap. Calon lain tak ada.

Dua kerusi ini mesti dan wajar diberikan kepada PAS. Jangan kedekut. Jangan penting diri. PKR dah tanding berapa kali di Setiawangsa. Bungkus. Kali ini beri pada PAS…tahulah kita nak mengerjakannya.

80 kerusi bertanding…ana yakin kalau kerja kuat; boleh menang dalam 43 kerusi. Ini pandangan awal ana. Tapi kena kerja kuat. Sekurang-kurangnya RM100k untuk setiap kawasan yang kita nak menang. Insya’Allah.

Rakyat negeri Kedah rata-ratanya menyokong tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abu Bakar yang tetap dengan keputusan kerajaan negeri yang mahu melaksanakan secara sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang melarang pusat-pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan.

Katanya, dengan tertegaknya perintah larangan terhadap umat Islam di Negeri Kedah itu, sedikit sebanyak dapat membentuk masyarakat Islam bagi lebih menghayati bulan Ramadhan.

“Rakyat negeri Kedah akan lebih terdidik dengan program Ihya’ Ramadhan sambil ruang-ruang mungkar ditutup,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, dengan suasana yang ada sekarang ini yang lebih membawa ke arah gejala sosial, negeri Kedah menggunakan undang-undang sediakan ada bagi membendung kegiatan yang menjurus ke arah maksiat.

Beliau yang juga Exco Pemuda PAS Pusat berkata, walaupun tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya namun sedikit sebanyak dapat membantu dalam mendidik rakyat kembali ke jalan yang benar.

Lagipun, ujarnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 diluluskan di zaman Umno BN memerintah lagi cumanya tidak dilaksanakan.

Menurutnya, umum semua mengetahui bahawa Umno BN hanyalah menggunakan agama sebagai alat untuk mengaburi mata rakyat yang mana undang-undang hanyalah digubal sedangkan perlaksanaan tidak menjurus kearah itu demi menjaga ‘hati’ parti komponen yang lain di dalam BN. ====================================

haha…kalau kita harapkan Melaka nak buat macam Kedah..haramlah jawabnya. Ali Rustum memang suka bab-bab hiburan ni. Melaka bukan Bandaraya Bersejarah lagi dah. Melaka Bandaraya DOSA DAN PETAKA. Itu yang tepatnya. Hancur. Tak ada nilai Islam langsung. Kalau yang ada pun – semua sebab nak tarik pelancong.

Cadangan Kedah ini membuatkan banyak pihak melompat. Yang tidur macam MCA dan GERAKAN pun tetiba bangun dan menentang. Apa punya politiklah. Yang DAP tu…ana anggap macam jiwa kacau sahaja. Karpal Singh tu kira macam orang dah nyanyuk. Jangan kita dengar sangat.

Ana sempat telefon rakan di PAS Melaka…ana cadangkan agar mereka buat demo besar-besaran menentang ali rustum. Kalau di KL kita kata bersih. Di Melaka kita buat demo CUCI. Cuci Melaka daripada segala dosa dan petaka. Ini semua kerja Ali Rustum.

Melaka dengan Kedah jangan bandinglah. Macam banding Las Vegas dengan Mekah. Mana boleh sama. Melaka oh Melaka….PETAKA!!!

Walaupun Kedah belum tentu laksana secara maksima…tapi usaha dan komitmen itu ada. Ali Rustum?

Ana dan rakan-rakan sejak awal lagi lagi dah berada di Dato’ Keramat. Suasana memang pilu dan menyedihkan. Pada ana, Allahyarhamah Dr Lo’ Lo’ adalah pejuang yang bukan sahaja dihormati oleh kaum wanita. Malahan, kita kaum adam pun kagum dengan perjuangan arwah. Memang hebat. Berani dan tidak pernah takut dengan apa jua cabaran politik. Sewaktu ana bertegur sapa dengan Kak Wan (Presiden PKR); ana boleh nampak air mata Kak Wan bergenang bercerita mengenai kesungguhan arwah dalam perjuangan politik. Kagum dengan kesungguhan Dr dalam mempertahan Anwar Ibrahim dalam apa keadaan sekalipun.

Kak Wan masih ingat; dalam program besar anjuran PKR di KSS (Kg Baru); Dr Lo’ Lo’ secara terbuka mengatakan Anwar adalah mangsa fitnah yang maha dahsyat. Sampai ke akhir hayatnya, Dr Lo Lo masih menganggap Anwar sebagai seorang idola politik yang amat disanjung tinggi. Demikianlah rapatnya arwah dengan Kak Wan dan perjuangan Anwar.

Akhirnya, Dr terpaksa akur dengan kesakitan yang melanda. Kanser bukan sakit yang boleh menjadi mainan. Sangat bahaya. Dr Lo’ Lo’ sudah hilang daripada Titiwangsa. Ana percaya, kita perlu cepat mencari pengganti dalam memastikan kerusi Titiwangsa akan kekal kepada PAS. Jangan ada parti lain nak cuba bawa orang lain ke Titiwangsa.

Arwah memang komited dengan perjuangan warga Kampung Bharu. Sentiasa sahaja bersama penduduk Kg Bharu berdepan dengan puak yang nak membangunkan Kg Bharu. Kita harap penduduk Kg Bharu tak cepat hilang pedoman dengan kehilangan Dr Lo’ Lo’.

Ana ingin mencadangkan agar Mat Sabu bertanding di Titiwangsa bagi membuktikan bahawa PAS akan sentiasa menjadikan Titiwangsa sebagai kubu kuat PAS di Kuala Lumpur. Dengan adanya abang Mat Sabu di Titiwangsa – ianya membuktikan Timbalan Presiden PAS tersebut akan menjadi ikon politik PAS di Kuala Lumpur. Lebih mudah bagi abang Mat bergerak dan bekerjasama dengan DAP di Kuala Lumpur; malahan dekat dengan PKR yang juga ada di Lembah Kelang.

Abang Mat mampu menang di Titiwangsa. Ana yakin. Abang Mat boleh menang besar dan boleh menggantikan suara Dr Lo’ Lo’ di Parlimen. Jangan bertanding lagi di Kampung. Lawan di bandar.

* isu larangan kelab malam di Kedah tu…lupakan ajerlah. tak penting pun.

Ana memang setuju dengan pandangan kawan-kawan; dalam pada kita berusaha nak menang pilihanraya – kita kena control sikit bab Islam ni. Ana tahu, memang ramai ulama’ tradisional yang tak setuju dengan ana. Tapi ana rasa ini adalah keperluan kita pada ketika ini. Kita kena betul-betul bawa suara kebajikan. Kita kena bawa suara sederhana dalam pada kita mengukuh sokongan di kalangan pengundi Cina. Relak sikit.

Bukan kata kita pinggirkan Islam. Tidak juga. Ini namanya strategi. Apabila MB Kedah buat pengumuman bahawa segala spa/pusat hiburan/rumah urut kena tutup sepanjang ramadhan – menggelabah CINA DAP dan mula salahkan kita kerana terlalu ekstrim. MCA pun dah pandai nak kutuk parti Islam. Lakhanat sungguh. Sabarlah. Kita akan kaji dan fikir ikut kesesuaian. Kita fahamlah, orang Cina pun nak berhibur juga. Yang puasa kita. Orang islam. Yang Cina suka hati dia lah kalau dia nak langgan pelacur ke apa. Begitulah lebih kurang kata DAP.

Ana rasa, ada betulnya juga kata DAP itu. Kita tak boleh halang mereka nak berhibur. Barulah kerajaan Islam PAS nampak menarik di kalangan bukan Islam. Baru sedap kita nak main politik. Jangan emosi kalau nak laksana agama. Ini pendapat analah…kalau tak setuju…terserah.

Kit Siang, Guan Eng semua ada alasan yang kukuh. Tengok Georgetown dan Pulau Pinang. Pusat melacur macam akuarium pun banyak. Ana tak pernah pergi. Kawan ana yang cakap. Kawan ana memang kaki.

Kita mungkin dapat undi Melayu bila buat keputusan yang macam ini. Tapi bagaimana dengan undi Cina. Macamana dengan sokongan material orang Cina kepada PAS yang boleh berkurang kalau kita ekstrim sangat nak laksana Islam. Mereka takut bab Negara Islam.

Sesuai dengan maksud Negara Kebajikan; ana rasa memang patutlah kita berkebajikan dengan membenarkan semua pusat hiburan ini dibuka. Biarlah. Kita cuma pastikan tak ada orang Melayu yang pergi. Apek Tongkang nak main amoi Cina – kita halang nak buat apa. Lantak pi.

Guan Eng takut sebab kalau kita dah buat keputusan macam ini – Selangor pun akan ada tekanan nak buat kaedah yang sama. Berapa banyak rumah urut di Selangor? Ini semua warisan daripada kepimpinan Ustaz Khir Toyo al-Rasuahi. Payah pula nanti kerajaan Selangor nak jawab. Ronnie Liew pun pasti bangkang keputusan nak tutup pusat hiburan.

Sabarlah…kita tangguh dulu keputusan ekstrim yang macam ini. Relak dulu. Jangan keras sangat. Amacam, boleh ka MB Kedah?

Ana puji dengan sikap dan kesungguhan PAS Terengganu dalam meraikan HERO RAKYAT – Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Ana tabik spring kepada Tuan Guru kerana sanggup berdepan dengan Polis atas nama perjuangan yang dibawa oleh Ambiga. Ana dah kata, siapa yang mulakan perjuangan tak penting. Agama Ambiga tak penting. Siapa Ambiga tak penting. Yang lebih penting adalah samada ianya membawa keuntungan politik kepada PAS atau tidak. Itu lebih penting.

Kurang ajar punya JMM – sanggup kata kita parti yang mendokong Ambiga. Lakhanat. Inilah mulut yang tak ada nilai iman. Ikut sedap cakap.

Apa yang penting, Haji Hadi sudah buka lembaran baru kepada pejuangan PAS di Terengganu. Kita kena kekalkan momentum ini bagi menewaskan MB terengganu yang ada ini. Kita kena pastikan PAS menang di terengganu.

Ana malas nak persoalkan dengan kepimpinan PAS Kelantan yang ada di Mekah waktu kita bertempur di jalanan. Ini hak masing-masing. Bersih 2.0 adalah keputusan yang dah dibuat lama. 5 bulan lepas. Kenapa nak pergi umrah waktu yang sama. Ramai juga penyokong yang yakin; kalau Tuan Guru Nik Aziz turut sama diangkat Polis – impaknya akan dua kali lebih hebat daripada TG Haji Hadi. Ini semua agakan. Tak semestinya begitu.

Soalnya, kita kena pegang dan komited dengan keputusan Muktamar. Bersih adalah keputusan Muktamar. Nampaknya, ramai ahli PAS sendiri yang tak turun ke bawah.

PAS Gombak pun tak semua yang hadir ke jalanan. Ana malas nak ulas. Susah kalau tak ada jiwa perjuangan. Penat kita cakap.

Lepas ini kalau Ambiga ajak lagi – kita turun dan tempur lagi. Jangan bagi can!!!

Syukur alhamdulillah, ana dan teman-teman PAS Gombak sempat menyorok di belakang Menara Maybank dalam kejadian petang semalam. Sempat juga kami solat di belakang Menara Maybank; sementara menantikan kawan-kawan yang lain selesai dengan usaha menentang pihak Polis yang juga merupakan ANJING BURUAN kerajaan. Memang menjadikan rakyat sebagai alat mereka melepas marah.

Ana dan rakan-rakan menangis apabila mendapat khabar bahawa Timbalan Presiden PAS sudah tertangkap. Sedih juga apabila ramai muka-muka pimpinan PAS pun tak nampak bersama mereka yang berdemonstrasi. Mungkin tubuh mereka terlalu lembut untuk berdepan dengan gas pemedih mata. Ataupun, mereka semua sedang tenant di IJN kerana hampir menghadap Ilahi. Dah nak mampus sangat sampai tak boleh turun berjuang.

Ana sakit hati, sebab ramai pemimpin yang cakap tak serupa bikin. Dalam Muktamar cakap berapi-api nak lawan dengan kerajaan. Bukan main bertempik. Bukan main herdik dan maki hamun. Bila sampai hari yang diperlukan – mereka bagi banyak alasan dan menghilangkan diri. Ana penat dengan pemimpin macam ini. Cakap tak serupa bikin.

Sebab itu bila Mat Sabu, Khalid Samad cedera – kita hormat dengan mereka. Inilah pejuang. Inilah kalangan mereka yang benar-benar cakap serupa bikin.

Dalam darihal kekejaman PDRM – ana rasa kita patut buat laporan rasmi. Tapi, pada ana, penyokong PKR adalah antara yang provokasi pihak Polis secara melampau. Ana sendiri tengok bilamana seorang anak muda PKR – jerkah ‘BABI! BABI! BABI!’ depan muka FRU. Ana urut dada. Biar betul. Ini sudah menjemput tindak balas PDRM.

Ana nampak sendiri penyokong PKR (dengan baju PKR) membaling batu kepada kenderaan FRU. Ini semua kita kena tengok dan nilai semula. Kita jangan provoke. Biarkan mereka ambil tindakan.

Yang terjadi di Hospital Cina TUNG SHIN itu adalah contoh bagaimana kita provoke Polis secara melampau. Akhirnya, mereka sembur kita  dengan air chemical. Kita juga yang kena.

Lepas ni PAS kena buat kursus DEMO. Anwar dan Azmin kata akan ada lagi. Kita akan ikut lagi. Tapi kena ajar kita cara yang betul. Macamana nak berdepan dengan puak-puak ini.

Ana serahkan kepada kebijaksanaan kawan-kawan untuk membuat keputusan esok. Masing-masing ada tahap perjuangan masing-masing. Ada yang berani. Ada yang tidak. Ada yang komited. Ada yang tidak. Ada yang setia. Ada yang tidak. Masing-masing fikir.

Ana akan tetap hadir dan berarak. Bukan sangat disebabkan Ambiga – tetapi keputusan parti yang mahukan ahli macam ana hadir dan beri sokongan. Pada ana, PAS adalah jalan untuk kita mendapat keredhaan Allah. Apalah sangat kalau kena mandi dengan air buih FRU tu. Tak takut pun. Kita siram dengan air mineral. Selesai masalah. Terang balik mata. Kulit gatal – kita boleh beli Calamine Lotion dan pakai. Itu makna perjuangan.

Pada ana, kita kena turun dan berani berdepan dengan kesukaran. Mana ada perjuangan kalau duduk dalam air cond dan seronok-seronok pegang jawatan. Apa makna perjuangan kalau setakat cakap berdegar-degar. Bila dipanggil memasuki medan peperangan, terus ngeri dan tarik diri. Ana tak katalah yang kita nak berperang. Ibaratnya sahaja.

Abang Mat Sabu sendiri sudah memaklumkan bahawa dia sanggup turun walaupun terpaksa berjalan kaki. Ana tabik.

Kita minta Abang Mat jadi leader dan jangan takut dengan senarai Polis. Kita hadap sama-sama. Jangan lari. Kita harap semua yang pegang jawatan dalam PAS pun turun sekali. Ana nak ambil nama siapa pemimpin yang tak hadir. Ana nak belasah dalam surat. Siaplah nanti.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini tetap akan disertai PAS biarpun mereka terpaksa berjalan kaki ke Stadium Merdeka.

“Kita akan bergerak setakat yang boleh. Sekalipun kenderaan ditahan, kita akan berjalan kaki ke Stadium Merdeka,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian mengulas perkembangan terbaru bahawa permit sementara bas untuk perjalanan ke Kuala Lumpur tidak akan dikeluarkan untuk hari Jumaat dan Sabtu ini.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi alasan tindakan itu bagi mengelak jangkaan kesesakan lalulintas pada hari tersebut.

Bagaimanapun dipercayai tindakan tersebut bertujuan menghadkan kehadiran peserta ke himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada Sabtu ini.

Ini kerana sebahagian peserta yang akan hadir ke perhimpunan tersebut adalah dari luar Kuala Lumpur yang dijangka akan membanjiri ibu negara bermula Jumaat ini.

Ana tengok blogger UMNO ramai yang kata kita amal bughah. Mereka tahu tak makna bughah. Tahu?

KONSEP BUGHAH DALAM ISLAM

Pengertian bughah Bughah mengikut istilah syara` adalah “ segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka terhadap Ulil Amri (imam) iaitu pemerintah atau kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam.’ (Kifayah al-Akhyar, jild 2 hal 122)

Bughah mengikut istilah ilmu tata negara adalah “perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan menderhaka kepada ulil amri yang dinamakan jarimah siyasah( iaitu suatu kesalahan dalam politik)”.( Qanun Jinayah Syariyyah, hal 129)

Ana nak tanya – yang ada ini semua ULIL AMRI kah? Soi Lek ULIL AMRI? Tiong LAI Ulul AMRI? Siapa Ulil Amri. Jangan perasanlah UMNO/BN. Ulil Amri adalah mereka yang ada dalam PAS dan bersama Pakatan Rakyat.

Laman Berikutnya »