Mac 2010


Agaknya dah lama Musa Hitam tidak keluar dalam HARAKAH. Semalam ana beli, Musa Hitam muka depan. Hebatnya PAS; kalau satu masa kita pernah serang Musa Hitam (Kes Baling) dan sebagainya – hari ini Musa jadi wira kita dalam kes royalti. Sebab itu orang kata, dalam politik – tidak ada permanent enemy; tidak ada permanent friends. Kalau hari ini kita musuh; esok belum tentu. Kalau hari ini kita kawan; esok mungkin lain. Macam Husam dengan kickdefella. Dulu rapat. Sekarang gaduh. Ana bukan macam kickdefella. Tak ada elaun. Buat kerja kerana jamaah dan parti.
Kalau isu kita betul, PAS akan dapat jadi kuat dan utuh. Ini hakikat. Kita kena gunakan lawan sebagai alat untuk kekuatan kita. Barulah betul. Barulah kita kuat. Dalam isu royalti, kita dah buat jalan yang betul. Razaleigh sokong kita. Musa Hitam sokong kita. Ini semua mereka yang pernah bergaduh dengan Mamak Bendahara Mahathir Kutty Mohamad pada satu masa. Semua ada otak. Malahan, ramai yang kata – Musa Hitam ada ilmu lebih tinggi daripada Mahathir Kutty. Nasib baik tak jadi PM. Nak buat macamana.
Ana teringat Wira Perang Sun Tzu (pakai contoh wira Cina sikit; PAS FOR ALL). Mengikut sejarah Sun Tzu yang ana baca, antara tugasan pertama yang Sun Tzu dapat adalah melatih ‘180 orang concubines (pelacur istana)’ untuk menjadi Pahlawan. Pelacur istana, pelayan Maharaja Cina nak ditukarkan jadi askar/soldadu? Mesti susah kan. Tapi Sun Tzu percaya. Pada tahun-tahun awal pemerintahannya; dia bergantung harap dengan ‘pelacur cum askar wanita’. Hebat Sun Tzu. Hasil didikan Sun Tzu; berjayalah Maharaja memperoleh kerajaan yang kuat dan mantap.
Dalam politik Malaysia, kita kena ada ‘political concubines’ (pelacur politik; dengan izin). Mereka yang dah tak ada modal di dalam parti mereka sendiri; kita guna untuk kekuatan PAS. Macam BN juga, menggunakan ‘pelacur politik gemuk’ dari Pulau Pinang untuk menyerang PR di Parlimen. Kita kena guna Ku Li, Musa Hitam untuk kekuatan kita. Baru mantap dan padu. Masalahnya, penerangan PAS pun tak ada strategi. Tak ada video mengenai sokongan Musa. Buatlah. Gunakan.
Kalau Sun Tzu pakai ‘pelacur istana’; apa salahnya kita pakai ‘pelacur politik’. Soal strategi dan kemahiran soal lain. Kita kena pakai.
Yang sedapnya, lepas Subuh di Madrasah as-Saadah Wangsa Maju, ana duduk dengan orang kuat PKR Wangsa Maju. Dia kata pada ana, ‘jangan rapat sangat dengan Ku Li. orang tu mabuk kuasa’. Ana cepat-cepat cakap, ‘kalau terpaksa kawan dengan setan pun…PAS kena gunakan’. Dia diam. Takut dia nak lawan cakap ana. Hehe….dengan orang PKR ni kita kena tegas. Jangan bagi can. Depa yang menyusahkan kita. Buat apa nak dengar cakap sangat.
Ana suka dengan strategi PAS ketika ini. Jamaah kita pun seronok. Dalam kes royalti, kerajaan dah risau. Ku Li dan Musa dah sokong kita. Kita dah jadi lebih hebat daripada Anwar yang sibuk dengan kes 1Israel dan 2Liwat. Hehe…jangan marah.
Advertisements
Ana rasa, perjuangan kita nak mendapatkan hak royalti ini sudah menjadi terlalu ‘ganas’. Kita mesti memperjuangkan hak, ana setuju – tetapi janganlah sampai kita mengorbankan permata kepada ekonomi Negara. Kalau ikut gila mamak Shad Faruqi tu, jawabnya kita tak mampu nak mengurus Negara. Shad Faruqi memang pakar Perlembagaan; tetapi janganlah pula dia nak masuk daerah politik kita. YB Husam jangan cepat sangat melompat, sampai nak batalkan pembentukan PETRONAS.
Ku Li pun satu; dah lah tak nak buat deklarasi masuk PAS; tetapi heboh kononnya menyerang PETRONAS bagai nak rak. Tak payah cakap lah bahawa dia yang tubuhkan PETRONAS kerana bukan dia pun yang buat semua kerja. Ku Li, hanya mengarah dan menerima laporan. Tak lebih dan tak kurang. Tak percaya, kena baca buku ‘The Young Turks’ yang membayangkan siapa sebenarnya yang bersungguh menyediakan segala dokumen dalam PETRONAS. Bukan Ku Li. Ku Li hanya jadi pemerhati. Selama ini pun, itu sahajalah kehebatan anak saudara Raja Kelantan tersebut. Jadi pemerhati. Nak masuk. Tidak ada sokongan.
Ana nak jelaskan bahawa di dalam PETRONAS, ramai juga ahli dan jamaah kita. Mereka bergerak secara senyap dan licik. Membuka kelas agama; tazkirah dan sebagainya di dalam surau di Menara Berkembar tersebut. Penceramah yang dipanggil pun di kalangan mereka yang simpati dengan perjuangan Islam PAS. Kali ini, mereka pula dah risau. Bila Husam kata sanggup untuk mengharamkan PAS; kawan-kawan kita di dalam PAS mula sangsi terhadap PAS. Husam kena ingat, sewaktu PAS memerintah Terengganu – dan Haji Hadi hadir ke Petronas GAS Kerteh untuk membuat lawatan; seisi Petronas GAS melaungkan ‘takbir’ meraikan Haji Hadi. Suasana cukup hebat. Tan Sri Hassan pada ketika itu tidak boleh berkata apa. Senyap seribu bahasa. Tetapi Tan Sri hormat kepada TG Haji Hadi. Demikian hebatnya PAS di dalam PETRONAS.
Tapi kalau dah kita sendiri yang cadang nak tutup PETRONAS – ini sudah terkait dengan periuk nasi orang. Termasuk penyokong kita. Baik mereka sokong, sekarang mereka dah mula sangsi dengan PAS. Yang ikut gila keling mamak bendahara tu buat apa. Buang masa. Kita tumpu kepada kes mahkamah.
Yang ana tahu, di dalam PETRONAS pun mereka sedang menyokong kita secara ‘dalaman’. Mereka sanggup nak bantu kita; tapi janganlah sampai nak tutup PETRONAS. Itu dah tak berapa baik dan tak betul strateginya.
Kita kena ikut cara Kerajaan Terengganu. Guna mahkamah. Apabila kerajaan takut; mahu tak mahu mereka akan beri juga royalti. Terengganu dapat jadi kaya disebabkan itu sahaja. Senang. Tak payahlah mencadangkan benda-benda bodoh yang boleh merosakkan imej parti kita sendiri.
PETRONAS adalah milik Negara. Kalau kita memerintah Negara satu hari nanti, insya’Allah – kita akan memimpin juga PETRONAS. Buat apa kita nak malukan benda yang dah sukses. Kita mesti berbaik dengan PETRONAS, bukan ikut perintah mamu untuk rosakkan PETRONAS. Fikirlah sikit YB Husam oooiii.
Kita kena ingat, dan sentiasa ingat:-
Daripada Abu al-‘Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai
anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah
akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau
meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan
dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat
kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang
memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu
dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu
perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran.
Sedikit sebanyak rasa lega juga perhimpunan Protes GST yang dikendalikan oleh Dr Hatta Ramli dibatalkan. Bukannya apa, hari ini Parlimen baru nak bersidang semula. Suasana dalam dewan pun dah berubah. Maka, kita berilah ruang untuk Parlimen dirasmikan dan dilaksanakan dahulu sebelum berniat nak buat perhimpunan dan sebagainya. Kita jangan ambil isu secara semborono sahaja. Asal ada ruang. Protes. Asal ada ruang. Protes. Nanti bila kita memimpin – kalau setiap hari orang Protes kita, langsung tak lalu nak buat kerja.
Tapi, yang ana tak berapa sedap hati ni adalah penglibatan melampau orang Parti Sosialis Malaysia (PSM) di dalam anggota Protes ni. Mana pergi ahli jamaah PAS yang terkenal berani dan sanggup berjuang? Mana pergi kalangan pimpinan? Kenapa Dr Hatta nampak macam tak ada sokongan. Sebab itu ana daripada awal dok bertanya, Protes ini agenda siapa sebenarnya? Agenda siapa? Untuk apa?
Parti Sosialis memanglah tidak akan bersetuju dengan GST. Ana pun tak setuju. Kalau semua benda yang kita beli, kena tambah 4 % mana datang setujunya? Ini memang menganiaya rakyat. Ana setuju lah bab itu. Tapi, apakah kita perlu nak libatkan kelompok sosialis ni? Kalau PAS sendiri yang anjur tak boleh ke? Kalau PAS sendiri yang laksana, tak boleh ke? Ana rasa, tak perlu kita nak dekatkan diri dengan kelompok ‘sosialis komunis’ nih. Kalau kita dekat dengan sosialis….lepas tu dekat pulak dengan DAP yang macam ada nilai komunisme sikit; PAS nak ke mana.
Ana baru ni pergi ke Bangi. Minum-minum di kopitiam halal dengan seorang pensyarah Sains Politik UKM. Dia tanya ana, ‘siapa yang perkenalkan polisi Negara Berkebajikan’ di dalam PAS? Ana pun tak berapa nak tahu. Tapi, setahu ana, Presiden sendiri yang mahukan PAS memperjuangkan Negara Berkebajikan. Pensyarah tu tanya ana lagi, ‘apakah kepimpinan PAS tahu bahawa itu adalah konsep sosialis/komunis?’. Ana terus diam. Ana kena akui, ana bab teori politik ni memang lembab. Yang ana tahu, kita berjuang nak tegakkan ‘negara Islam’. Itu ana tahu. Pensyarah itu kata, apa salahnya kekal dengan perjuangan Negara Islam; berbanding negara berkebajikan? Ana diam lagi.
Sosialis pun ana rasa banyak jenis. Macam ulama’ juga. Ada ulama’ yang pandai fiqh. Ada yang pandai ulumul Quran wal-hadith. Ada yang pandai bahasa Arab, siap dengan mantik dan logiknya. Ada yang pandai ‘berceramah’ sahaja – tapi kita angkat sebagai ulama’. Makanya, PAS ini termasuk dalam kumpulan ‘sosialis Islam’ la kot. Ada masalah ke kat situ?
Ana cuma nak cadangkan, kalau betul PAS nak perjuangkan GST ni, kita buat betul-betul. Tak payah nak kaitkan dengan geng sosialis yang kafir ni. Kita perjuang GST daripada konsep Islam. Lebih molek dan cantik. Kita tak payah nak kaitkan PAS dengan sosialis dan sebagainya.
Kita pun kena jawab juga kalau orang kata kita nak gerakkan ‘Islamic Socialism’ ataupun ‘Islamic Marxism’. Ini istilah yang pensyarah UKM itu pakai. Kita yang sekolah takat darjah 6 pun kena diamlah. Tak lalu nak jawab. Ini semua soal dasar dan perjuangan parti. Biar pemimpin yang jawab.
Sebab itu, yang PAS perlu adalah model kepimpinan/pentadbiran yang terbaik dan bersih. Ini timbul pula, usaha ekonomi buat apartment mewah di Jalan Stonor. Katanya melibatkan kepimpinan PAS juga. Ada juga sentuhan PMBK. Melibatkan Datuk Nur Jazlan (Ayam) yang takut nak bertanding Timbalan Presiden UMNO sebelum ini. Katanya – mendatangkan keuntungan ratusan juta. Sampai ke mana? Poket siapa?
Benda-benda macam ini, PAS kena telus dan bersih. Kita jangan terlibat dengan projek rasuah dan penting diri begini. Kalau nak perjuangkan GST, kita perjuangkan betul-betul. Jangan kita nak gunakan orang itu dan orang ini. Jangan kita minta derma daripada orang lain. Bila sekali kita dah terhutang budi; mulalah PAS tergadai ‘body’. Terpaksa juga kita ke jalanan menegakkan benda yang batil. Itu ana tak setuju.
Dr Hatta: ana harap enta dapat gerakkan GST sebagai ‘projek PAS’ dan bukannya projek kepentingan individu lain. Kita nak pertahan parti dahulu. Kita nak kuatkan PAS. Kita tak perlu risau dengan orang lain dulu.
Wallahu’alam.
Kenyataan Zul Noordin semalam memang agak keras. Ianya ditujukan kepada sebahagian pimpinan PAS yang sanggup memungut derma; dan menggunakan pentas untuk menabur fitnah dan pembohongan. Kalau sesetengah pemimpin PAS berucap, ‘IBLIS PUN BOLEH LARI’….kata Zul Noordin.
Ana kecewa sedikit. Betul, walaupun memang ada pemimpin PAS yang menggunakan pentas untuk menabur fitnah, namun ianya mesti dilihat dalam konteks ‘politik’. Tidak lebih dan tidak kurang. PAS dapat bangkit sebagai parti politik yang berkesan selama ini dengan kaedah sama. Mungkin adalah serba sedikit penambahan cerita dan sebagainya, namun ianya masih dalam kerangka kita nak wujudkan Daulah Islam. Ana rasa, itu adalah sesuatu yang perlu. Kalau kita tak buat, maka kita akan lemah – dan kerajaan yang fasad dan munafik akan terus bermaharajalela.
Zul Noordin pun, janganlah meletakkan semua kesalahan kepada PAS. Masalah sebenar dalam Pakatan Rakyat adalah parti siapa? Yang kecoh dengan cerita lompat dan kecewa parti siapa? Yang termasuk dalam lembah isu sosial dan peribadi siapa? Yang terlalu beria nak sokongan PAS siapa? Zul Noordin janganlah main hentam keromo sahaja. Konon kalau dengan PAS, waima IBLIS pun lari. Ini suatu tuduhan yang terlalu ganas untuk diterima.
Tapi, ana tetap dengan pendirian Zul Noordin wajar berada dengan PAS. Ana tak tarik balik. Sebab Ana rasa, dalam hati Zul Noordin – dia ada percaya dengan kewibawaan PAS. Ini Ana perhati sendiri. Zul Noordin sayang PAS – tapi dia benci dua tiga orang pimpinan yang Ahli PAS bermazhab Anwar Al-Segambuti. Ini sebenarnya.
Pesan Tok Guru Ana, dalam kuliah Subuhnya pagi kelmarin:-
Sesungguhnya anak-anak iblis ada sembilan, iaitu:

Zalitun, kerjanya mengganggu di pekan-pekan, dipacakkan benderanya di sana untuk menyesatkan semua orang.

Wathin, kerjanya menggoda orang yang ditimpa kemalangan supaya hilang kesabaran.

A’wan, kerjanya menggoda dan menganggu pemimpin supaya melakukan kezaliman.

Haffaf, kerjanya ialah mengajak manusia kepada minuman yang memabukkan.

Murrah, kerjanya melalaikan manusia dengan seruling (alat muzik)

Laqus, kerjanya mengajak manusia supaya menyembah api (melakukan syirik)

Musawwit, kerjanya membawa berita-berita bohong dan dimasukkan ke dalam mulut-mulut manusia sehingga mereka tidak tahu dari mana sumber asalnya.

Dasim, kerjanya di rumah-rumah kediaman manusia. Apabila manusia memasuki rumah tanpa memberi salam atau membaca bismillah, dia akan ikut masuk bersama. Ia akan menimbulkan punca dan sebab-sebab pertengkaran di kalangan ahli keluarga atau orang yang mendiami kediaman tersebut sehingga berlakunya perkelahian, selisih faham, sangka buruk sesama sendiri, pergaduhan bahkan berlakunya perceraian antara suami isteri.

Walhan, kerjanya ialah memasukkan perasaan was-was ketika orang berwudhuk, solat serta ketika sedang melakukan ibadah-ibadah lain.

Jadi, ketika Zul Noordin nak bicara tentang IBLIS lari….mungkin tak lari; tapi masih kekal dalam mana-mana parti sekalipun. Ana kena akui, PAS bukan parti maksum tanpa dosa. Tetapi Zul Noordin jangan hina PAS sampai begitu. Tak elok. Kurang adab.
Sempena hari Jumaat ni; sama-samalah kita menjauhkan IBLIS daripada ruang rumah dan parti kita.
Wallahu’Alam Bis Sawab.
Ana rasa dalam PAS ini semakin ramai mereka yang berhasad dengki dan tidak melihat kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi. Hasad dengki ini amalan yang buruk. Boleh meruntuhkan institusi dan waima Negara sekalipun. PAS dah macam tak tahu nak bezakan yang mana intan yang mana kaca. Tak tahu nak bezakan yang mana dan siapa yang lebih elok dan mampu menjadi aset parti; berbanding mereka yang menjahanam imej parti. Kita, sebuah parti ISLAM pun tidak pandai nak men-tarbiyyah diri untuk menjadi lebih terbuka dan menerima mereka yang baik dan membawa kebaikan kepada parti.
Ana nak cakap soal Zul Noordin, Ahli Parlimen Kulim. Sehari selepas dipecat, UMNO Kulim Bandar Bharu terus offer dia untuk jadi ahli. Pada ana, Zul Noordin lebih elok kalau bersama dengan kita. Tak percaya, tanyalah kariah di Masjid Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa. Zul Noordin ini, pengetahuan agamanya mampu lebih daripada ramai Ustaz PAS sendiri. Ada di kalangan Ahli Syura PAS sendiri tidak mampu untuk menjadi penceramah berkesan seperti Zul Noordin. Ahli kariah suka dia. Sikap dia tentang perjuangan Islam betul dan tepat. Dia seorang yang berprinsip.
Tapi cukup sayang, dalam parti kita ini sudah menggunung sikap sombong dan hasad dengki. Hassan Ali cakap lebih tentang Islam, kita jadi takut. Kita burukkan dia. Orang yang baik, bercakap tentang Islam. Pertahan Islam, kita larang masuk parti kita. Apa bendanya ni? Siapa kita? Bukankah PAS ini parti semua orang Islam. Kalau kafir harbi pun kita bagi jadi penyokong; kenapa tidak Zul Noordin. Kenapa kita tak rebut dan panggil dia masuk PAS. Berikan ruang dan platform perjuangan. Ini tidak, belum sampai mana lagi – kita dah cantas dia. Ini benda yang tak elok dalam PAS. Tak elok.

Hasad sangat berbahaya dan mempunyai kesan buruk antaranya :

– Sifat orang Yahudi yang dilaknat Allah, siapa yang memilikinya bererti menyerupai mereka. Allah berfirman yang bermaksud: “Ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran kurnia yang Allah telah berikan kepadanya. Sesungguhnya Kami memberikan Kitab dan hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar.” (Surah an-Nisa, ayat 54)

– Orang yang memiliki sifat hasad tidak dapat menyempurnakan imannya, sebab ia tidak akan dapat mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak sempurna iman salah seorang kamu sampai mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya.” (Hadis Muttafaqun ‘alaihi)

Bahkan lebih parah daripada itu, orang yang hasad merasa sangat gembira bila saudaranya celaka dan binasa.

– Ada dalam sifat hasad ini rasa tidak suka terhadap takdir yang Allah berikan kepadanya. Bukankah yang memberikan nikmat hanya Allah. Seakan-akan ia ingin berperanan aktif dalam penentuan takdir Allah dengan merasakan bahawa ia lebih layak mendapatkan nikmat itu daripada orang lain.

Apakah ini sikap yang sedang bermaharajalela dalam PAS? Apakah ini penyakit buruk yang ada dalam parti kita?

Ana cukup sedih, kalau PAS lepaskan peluang untuk menarik Zul Noordin ini. Pada Ana, dia jauh lebih baik daripada Khalid Samad. Jauh. Jauh panggang daripada api. Kalau bab Islam, Zul Noordin tidak ada cacat celanya. Kita mesti dapatkan Zul Noordin.

Jangan cakap pasal PAS tak perlu dia. Jangan sombong. Jangan bongkak. Jangan takbur.

Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit lalu tumbuhlah dengan suburnya kerana air itu tanaman di bumi, antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu sudah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanamannya) laksana tanam-tanamannya yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda kekuasaan (Kami) kepada orang yang berfikir, Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (syura), dan menunjukkan orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Islam).” – (Surah Yunus, ayat 24-25)

Wallahu’Alam.

Ana memang memegang kepada keperluan menghormati ulama’ dalam apa sahaja keadaan. Sebagai umat Islam, kita jangan nak menidakkan mana-mana ulama’ sekalipun. Waima yang berada dengan kita di dalam PAS; mahupun mereka yang dibayar oleh UMNO dan Kerajaan. Mereka tetap ulama’. Mereka wajar dihormati. Namun, kalau ulama’ sendiri mula mengadakan cerita dan tidak jujur dengan kenyataan yang ada; apa tindakan dan respons kita? Nak berkurang ajar dengan ulama’, bukan cara kita. Tetapi biarlah kita memperhalusi cerita yang sebenar dengan hati yang terbuka.
Sebenarnya, bukan sedikit mereka yang berdoa agar kerjasama kita dan UMNO menjadi realiti di Perak pasca PRU yang lalu. Ramai di kalangan jamaah kita sendiri amat terbuka dengan cadangan ini. Malahan, pada satu ketika UMNO pernah menawarkn jawatan MB kepada PAS – asalkan kita dapat menegakkan sebuah kerajaan Melayu-Islam di Perak. Namun, itu semua tidak menjadi kenyataan. Malahan, banyak juga surau kampung yang kita sendiri menjalankan amanah sudah melakukan sembahyang hajat agar penyelesaian yang menyediakan keuntungan kepada seluruh umat Islam dapat dijayakan. Sayang, Allah SWT punya perancangan lain buat kita.
Harussani janganlah cuba bangkitkan isu pada ketika ini. Yang berlalu, mesti dibiarkan berlalu. Nak cerita pun tak berapa kena kerana ini melibatkan soal yang sangat dalaman/peribadi. Harussani mungkin boleh menyampaikan daripada perspektifnya. Tapi Ahmad Awang bukan cerita bab lain. Jadi tak seronok kita sama-sama ulama’ bertelagah sama sendiri. Harussani seharusnya menyampaikan kepada MB Zambry bahawa jangan sombong dengan pangkat dan jawatan. Jangan anggap kawan-kawan PAS sebagai musuh kepada dirinya. Ini tidak, berlagak tak tentu fasal. Rapatkan diri dengan kita. Baru kenal dengan kebaikan orang PAS.
Kita tak nak pula nak buat perbandingan antara ulama’ akhirat dan ulama dunia. Ini semua ada fakta dan dokongan penulisan yang mantap.
Pandangan ini diperkuat lagi dengan hasil karya Imam Al-Ghazali, dalam kitab Ihya’ ‘lum ad-Dinnya yang monumental. Al-Ghazali mengkategorikan ulama pada dua kumpulan yaitu ulama akhirat dan ulama dunia (‘ulama alsu’). Ulama alsu’ (dunia) menurut Al-Ghazali cenderung:
(1) Ulama tersebut akan diam meskipun melihat kemungkaran.
(2) Ia hanya berbicara, tetapi hanya sekedar basa basi.
(3) Ia akan menyaksikan aneka kenikmatan material yang diperoleh dari penguasa.
Jadi Harussani termasuk dalam ulama’ mana? Ulama’ yang gemar mengiakan kemungkaran kerajaan? Ulama’ yang menggunakan kebijaksanaan agama untuk kepentingan politik.
Orang PAS pun kena sedar diri, bahawa dalam kalangan kita pun mungkin ramai yang dikatakan ulama alsu’. Ulama’ yang tak berani nak menegur pemimpin. Kalau dah pemimpin kita pun ulama’ – siapa yang layak nak tegur ulama’?
PAS kalau ramai sangat ulama’ alsu’ pun jadi penyakit juga. Semua nak kata ulama’ kita betul. Walaupun salah. Itu macam mana cerita? Ana nak ingatkan ahli jamaah kita di Perak, jangan mudah sangat nak menyerang Harussani. Mesti ada sikap yang betul. Kalau dah dia makan gaji, nak buat macamana. Ulama’ PAS pun ada yang jenis macam itu. Ikut cakap. Ikut telunjuk. Pemimpin salah. Dia senyap.
PAS kalau nak kuat, kena ada ulama’ akhirat. Ulama’ yang tak takut nak tegur umara’ PAS yang boleh buat silap. Kalau ini kita mampu buat, Insya’Allah PAS akan jadi kuat dan mantap.
Ramai juga kalangan ahli jamaah yang bertanya tentang usaha melakukan demonstrasi jalanan lagi bagi menentang pelaksanaan GST. Goods and Services Tax. Ana pun bukan pandai sangat bab cukai-cukai ni. Memang tak bayar cukai pendapatan pun; sebab tak sampai tahap perlu bayar. Maknanya, Ana ini kira bukan orang kayalah. Kaya dengan perjuangan sahaja. Kaya dengan niat nak memperkukuh parti. Itu sahaja. Selama inipun, hampir 27 tahun terlibat dalam PAS – ana tak berkira soal berapa dapat daripada parti. Upah waktu pilihanraya ana terima sebagai rezeki Allah SWT. Niat utama nak membantu parti.
Ramai kawan-kawan ana yang bertanya tentang protes GST ini. Ya lah, mereka memang boleh turun. Tidak ada masalah. Tak bagi RM2 juta macam Pemuda UMNO pun, kita tetap boleh turun. Dalam bantahan PPSMI kita turun. Tak dapat duit pun. Kena keluar duit lagi ada. Jatuh terseliuh sewaktu lari daripada FRU. Dalam PAS ni, perjuangan tidak perlu diukur dengan duit dan wang. Tak boleh. Ikhlaskan hati. Bekerja untuk parti. Duit belakang kira. Kita bukan macam PKR. Dapat tawaran sikit; pening nak melompat parti. Orang PKR bergaduh soal gaji RM50 ribu sebulan. Dalam PAS, kita tak ada masalah itu.
Kawan-kawan nak tanya, apakah Protes GST ini betul-betul usaha PAS; atau kerjasama dengan parti lain. Sebab, mereka tidak mahu jadi alat. Kata nak protes GST tapi akhirnya membawa sepanduk liwat. Bab ini mereka tidak boleh terima. Kawan-kawan di Masjid Ansar, Khairiah, Al Hidayah Taman Melawati – sepakat bahawa mereka tak mahu terlibat dengan protes liwat. Kata mereka, biar kes liwat dibicarakan secara elok. Tak payah protes. Tapi kalau protes untuk soal ekonomi dan menjaga kepentingan orang miskin; mereka nak terlibat.
PAS jangan lagi diperkudakan pihak yang nak jaga kepentingan diri. PAS ni jadi macam tak penting ketika bahagi-bahagi harta rampasan perang. ‘Ghanimah’, kata Ahli Parlimen Bagan Serai – tak pernah pun jentera PAS rasa. Waima kawan-kawan di Bagan Serai pun cerita; Ahli Parlimen ini sombong dan hanya tahu jaga orang PKR sahaja. Kita nak tolong dan bantu lagi. Kerja gila ke apa..
Inilah yang berlaku di seluruh Negara. Ahli Parlimen PKR hanya jaga orang PKR. Di Bandar Tun Razak, Khalid Ibrahim setakat bagi lembu – lepas tu tak nampak muka. Macamana PR nak kuat dan mantap? Tak ada kesepakatan hati langsung. PKR hanya jaga kepentingan mereka sahaja. Masjid kita jarang nampak mereka. Ada kawasan tu, Ahli Parlimen hanya ada di Parlimen. Di kawasan, tak nampak muka.
Kalau nak ikut hati, kita pun dah menyampah dengan pemimpin PKR. Dah bosan tengok. Rakyat tanya kita, ‘kalau orang PKR tak boleh tolong; PAS kena tolong – kata Pakatan Rakyat’. Tak boleh nak jawab perli yang macam ini. Kita sembahyang pun jadi tak khusyuk. Kita nak bagi kat tabung masjid pun kena berkira-kira.
Yang nyata, ahli jamaah nak tahu asas ‘protes GST” ini. Dr Hatta jangan pandai-pandai nak kaitkan PAS; kalau ini agenda nak selindung protes kes liwat. Kita tak nak bersama. Pada kita, PAS tak ada kena mengena dengan cerita liwat. Tak nak. Kami geli.

Laman Berikutnya »