November 2015


Kesediaan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2015 (PAU2015) pada awal bulan depan akan membawa pengertian besar kepada perhimpunan itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata perbezaan pendapat yang wujud antara Dr Mahathir dengan pemimpin sekarang tidak harus menjejaskan kesatuan dalam parti.

“Kesatuan (UMNO) yang dibina terpasak kuat bertahun-tahun dan jangan kita hancurkan ia hanya disebabkan perselisihan pandangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini pada Ahad ketika diminta mengulas jemputan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada bekas presiden UMNO itu untuk menghadiri PAU2015.

Dr Mahathir berkata beliau bersedia ke perhimpunan tahunan itu sekiranya menerima jemputan.

Reezal Merican, yang juga Timbalan Menteri Luar, berkata adalah janggal sekiranya Dr Mahathir atau Tun Abdullah Ahmad Badawi, dua bekas presiden parti itu, tidak dijemput ke perhimpunan yang dijadual dari 8 hingga 12 Dis ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

************************

Wah, Najib kena hati-hati. Nampaknya ada gerakan nak sailang Najib depan-depan ni. Bilamana Mamak Merican sudah bersuara, kononnya kehadiran Mahathir adalah baik untuk UMNO, Najib kena siapkan diri.

Yang Najib kena risaukan adalah tikaman mereka yang ada atas pentas, berbanding mereka yang berpencak di bawah. Yang atas pentas ini lagi dahsyat permainan dia.

Ini bukan soal hadir atau tidak. Ini soal serangan. Kalau Mahathir hadir dan beria-ia nak berucap macamana? Mamak Merican nak letak muka kat mana?

Kita suka kalau UMNO huru hara dan bermasalah. Kita patut raikan pandangan yang macam ini. Biar UMNO tikam sama sendiri. Kita perhati sahaja.

Pas memang seronok kalau UMNO bertikam sama sendiri. Kita akan dapat nikmat politik.

Tapi kita pun kesian dengan permainan tikam belakang macam ini. Presiden Pas pun kena permainan macam ini juga.
Advertisements
Semalam bukan main marah abang-abang teksi sampai berarak ke Parlimen. SPAD, pada mereka adalah agensi yang gagal dan syok sendiri. Macam bagus tetapi bahalol dalam menjaga untung nasib pemandu teksi.

Uber dan GrabCar ini isu yang mudah sahaja. Bukan macam isu Abu Sayyaf dan Suluk. Isu khidmat dalam talian.

Itupun SPAD dan kerajaan tak boleh nak kawal dan selia. Memang jenis tak tahu malu dan hanya makan gaji buta.

Antara orang yang paling poyo di dalam SPAD ini adalah orang kuat Najib.

YBhg. DATUK WAN AHMAD SHIHAB ISMAIL WAN ISMAIL
Datuk Wan Ahmad Shihab Ismail W Ismail holds an LLB (Hons) degree from the International Islamic Universiti, Malaysia and was a Chevening Fellow at the University of Birmingham, United Kingdom. He began his career in the cellular arm of Telekom Malaysia Berhad managing international service contracts. He later joined KUB Malaysia Berhad (KUB) as Special Officer to the Chairman and Chief Executive Officer, handling among other things, corporate communications, corporate social responsibility and special functions. He left KUB in 2002 to join the National Economic Action Council as a Consultant in the Globalisation Division focusing on bilateral and multilateral trade agreements. He was later appointed as a Special Officer to HE Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak in 2004, who was then the Deputy Prime Minister. Datuk Wan Ahmad Shihab Ismail currently serves as senior Special Officer to the Prime Minister and Divisional Director at the Prime Minister Office, overseeing and monitoring various areas of policy which include transport, technology, telecommunications, tourism, energy and works. Datuk Wan Ahmad Shihab Ismail is currently a Commission Member of the Land Public Transport Commision (SPAD). He also sits on the Boards of Malaysia’s Multimedia Development Corporation (MDeC) and Biotechcorp, and serves as Chairman of the Board for Powertek Energy Sdn Bhd and 1Malaysia Energy (Langat) Sdn Bhd. Additionally, he is a member of the Board of Trustees of Yayasan Rakyat 1Malaysia.

YBhg. DATO’ IZUDIN ISHAK
Dato’ Izudin Ishak is currently Managing Director of the Growth Avenue Sdn. Bhd.

 Dua orang ini lah malapetaka besar di dalam SPAD. Tak tahu apa yang mereka tahu mengenai pemandu teksi dan pengangkutan, ini semua setakat menghabiskan beras kerajaan dan duit cukai rakyat.

Kerajaan sekarang ini sudah lupa nilai agama. Tidak menjaga kepentingan orang miskin sampai membiarkan mereka meminta-minta.

“Orang miskin itu bukannya orang yang tidak memperoleh sebiji atau dua biji kurma, sesuap atau dua suap makanan, tetapi orang miskin itu hakikatnya ialah orang yang tidak menjaga kehormatan dirinya dari meminta-minta.” (Hr. Bukhari dan Muslim).

Kaum aghniya’ diwajibkan menolong dan mernbantu mereka sehingga mereka tidak berkeliaran ke mana-mana untuk mencari kebutuhan mereka. Selain kewajiban zakat yang harus ditunaikan oleh setiap Muslim yang mampu, juga ada kewajiban infaq fii sabilillah, termasuk membantu kaum fakir dan miskin.

Jangan cakap pasal maqasid al shariah kalau nasib pemandu teksi pun tak tahu nak jaga
Ana tak tahu nak kata strategi politik kita sekarang ni. Macam kartun pun ada. Sekejap sokong. Sekejap tidak. Sokong, tapi tak Islamik. Datang tapi tak mengundi. Datang, tapi mengundi tak ikut laluan parti. Ini politik jenis apa?

Ana minta maaf cakap lah, kalau kita rasa kita boleh menang PRU dengan permainan macam ini, ana rasa kita silap lah.

Kalau nak sokong, kita kena sokong betul-betul. Bukan main politik penyu. Sorong tarik.

Kalau Pas tak ada disiplin macam ini, pada ana orang akan hilang hormat pada kita.

Kalau nak sokong Najib, sokonglah penuh. Jangan bagi peluang kepada PH.

Ini tidak, main politik macam budak sekolah.

Ana tak setuju dengan politik macam ini. Tak ada pendirian. Tak berani. Tak istiqamah. Pas kena undi sebagai satu blok. Baru nampak ada kekuatan. Bukannya politik tangkap muat macam ini.

Kalau kita tak berani pertahan keputusan sendiri, buat malu kaum ajer

Kita ucap tahniah kepada geng NOW yang dedahkan segala macam hanky panky yang ada dalam YaPEIM. Inilah satu perbuatan yang mulia. Mencari dan mendedahkan korupsi sebuah kerajaan itu mulia dan wajar dihargai.

وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ

“Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.” (QS. Al-Mukminun: 8)

Kemudian di ayat 10 dan 11 nya Allah menyebutkan,

أُولَٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ. الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

“Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.” (QS. Al-Mu’minun: 10-11)

Kalau dah menghabiskan dana anak yatim dan jariah, kita rasa mereka ini sudah kebal dan kuat orangnya.

Tidak takut dengan janji dan amaran Allah SWT.

Bila kita tahu YaPEIM ini pegawainya dapat gaji puluhan ribu, buat kita dalam Pas tertanya apa pula cerita dengan YADIM?

Berapa pula gaji Yusri Mohammad?

Berapa gaji Ashraf Wajdi dahulu?

Berapa gaji para pegawai kanan YADIM?

Berapa peruntukan komunikasi yang diurus YADIM?

Kita nak tahu juga. Patut didedahkan kepada umum.

Kalau kita tengok laman sesawang YADIM, kali terakhir laporan tahunan dibuat pada tahun 2008. Mak datuk. Efisien sungguh pengurusan YADIM.

Kenapa tak buat setiap tahun? Takut?

Selepas dua minggu penubuhannya, Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu berkata sambutan “luar dugaan” rakyat terhadap parti itu menunjukkan tiga negeri mendahului berbanding negeri lain.

Berdasar data permohonan yang dibentangkan dalam mesyuarat AMANAH kelmarin, Mohamad berkata Kelantan mendahului dengan sebanyak lebih 7,000 borang telah diisi dan dikembalikan kepada ibu pejabat AMANAH dan kini sedang menunggu kelulusan.

Menurutnya lagi, penyertaan kedua terbanyak dari Johor melebihi 5,000 orang manakala, ketiga tertinggi dari Selangor sebanyak lebih 4,000 permohonan dan Kedah berada di tangga keempat dengan permohonan melebihi 2,000 borang.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Mohamad berkata setakat ini sebanyak 50,000 borang telah diedarkan tetapi belum dikembalikan dan dijangka 30,000 borang bakal diluluskan menjelang mesyuarat parti itu yang akan datang.

“Saya rasa, (penyertaan) di luar dugaan, rasa macam floodgate. Saya rasa bukan kerana kehebatan (pemimpin) parti AMANAH, tetapi oleh kerana suasana yang membantu seperti kes 1MDB, nilai duit (yang jatuh), (kenaikan) harga barang.

******************************

Wawancara awal AMANAH dengan media. Kononnya ada 70000 orang yang tak sabar nak mendaftar. Kononnya sekarang AMANAH dah siap sedia untuk tawan Kelantan.

Jangan buat lawak puak ni. Nak tawan Kelantan? Beberapa program AMANAH di Kelantan, nak dapat 45 orang hadir pun payah. Nak tawan?

Kerja buang masa. Geng nak peralat ugama. Tak sedar diri.

Sudahlah tu. Kena terima cadangan DAP, AMANAH kena bertanding di Klang Valley. Tak payah la nak ke Kelantan. Buang masa.

Banyak lagi kawasan di KL dan Selangor. Lawan semua. Bagi puas hati. Tak payaj mimpi nak tawan Kelantan.

Letak Mat Sabu di Kelantan, dapat deposit pun dah nasib baik lah. Sungguh cakap ni.

Tak tahu nak kata apa dengan level kebodohan Pemuda UMNO Malaysia dalam isu VAPING ini. Memang kelakar. Kononnya Vape ini aspirasi anak muda. Ramai usahawan Melayu yang akan tertindas.

Ada pulak paria NGO kata, kalau KKM teruskan dengan usaha menggasak peniaga Vape, maka UMNO/BN pun akan kurang 1 juta undi dalam PRU14 akan datang.

Ini apa punya jilake punya komen. Mak dia pengguna vape 1 juta orang. Jangan cakap main sedap cakap sahaja.

Pada ana, Vape ini kerja orang bodoh dan tak ada masa depan. Habis perempuan pakai tudung pun jadi hantu Vape.

Apa nak jadi ni?

Kita tak kisah ke kalau anak cucu kita Vape depan kita? Tak rasa terhina? Rasa biasa ajer?

Pada ana, Pemuda UMNO sudah sampai ke tahap pemikiran sampah dan negatif. Sudah tak ada pemikir dalam Pemuda UMNO. Semuanya kaki bodek dan kaki lambung. Sudahnya, pemikiran macam orang bangang.

Kalau Najib pun kita rasa jadi masalah. Sepupu Najib yang datang daripada jalur keluarga yang sama tak banyak beza. Sama sahaja isunya. Lagi teruk mungkin ada.

Dalam isu yang sedang hangat di Laut Cina Selatan, apa yang boleh dibuat oleh sepupu Najib ini adalah untuk mengadu hal kepada Amerika. Sepupu Najib pun semalam, dengan bangga dengan seronoknya menaiki USS Theodore Roosevelt kononnya untuk memantau Laut Cina Selatan.

Isunya, China sudah meletakkan kumpulan tentera yang semakin ramai di Laut Cina Selatan. Yang agak risau adalah Amerika Syarilkat. Sebab tak mahu China mempunyai kuasa yang melampau kuat di rantau sebelah sini.

Orang Pas pun tahu juga pasal balance of power. Pasal offshore balancing. Pasal national interests.

Tapi adalah menjadi kebodohan bila Menteri Malaysia terkinja-kinja nak naik kapal Amerika dan kononnya nak menyelesaikan masalah.

Sepatutnya Menteri Malaysia naik aset sendiri. Guna kapal Malaysia walaupun kecil. Bangga dengan tentera Malaysia bukan tentera Amerika.

Inilah masalahnya kalau kita suka jadi macai kepada kuasa besar. Sebab gila nak berselfie, kita anggap lawatan ke Laut Cina Selatan macam jalan-jalan dengan Cruise Mewah. Cantik untuk kita lambak gambar di Facebook, twitter dan instagram.

Menteri Pertahanan Malaysia patut guna aset sendiri. Tak ada siapa yang nak berperang pun. Tak perlu lah merengek-rengek nak naik kapal perang Amerika.

Lepas ni apa? Merengek-rengek nak tumpang Air Force One?

Bozo punya Menteri.

Laman Berikutnya »