Ogos 2013


Kata Mursyidul Am PAS, kita telah pun merdeka lebih 50 tahun, namun  fahaman kebangsaan yang dibawa masuk penjajah masih lagi menebal di  negara ini.
Lebih malang lagi katanya, orang Melayu sendiri jelas menolak Islam dan digantikan dengan ideologi kebangsaan.
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, segala kepincangan tersebut  menyebabkan timbulnya masalah sama ada ekonomi, politik dan sosial yang  kini dilihat semakin berleluasa.
“Kemerdekaan sebenar membuang  kebangsaan dan menjadikan Islam sebagai dasar sama ada dalam aspek  pemerintahan, kehidupan dan sebagainya.
“Hanya Islam agama yang  memberi keaadilan untuk seluruh makhluk. Sebagai pemimpin yang mengaku  Islam mestilah menghalau fahaman kebangsaan dan meletakkan Islam sebagai dasar pemerintahan negara,” katanya di sini semalam.

Ana harap semua ahli kita dapat hadamkan seruan Tok Guru ini. Betullah tu, apa guna kita merdeka kalau masih bawa agenda penjajah. Tak guna. Macam tak merdeka.

Semua ahli Pas patut bangkit dan menentang apa sahaja yang membawa agenda penjajah (kecuali Metallica – sebab ana minat sangat). Yang lain boleh tentang habis-habisan.

Kalau tak kerana Pas, hari ini, pegawai kanan tentera masih tonggang wine, vodka di mes pegawai. Kita yang suarakan. Kalau tak kerana Pas, hari merdeka para pemimpin masih sembah batu di Tasik Perdana. Tugu Negara konon. Letak bunga, lepas tu tunduk. Jahiliah. Syirik.

Ini semua kejayaan perjuangan kita dalam politik di Malaysia. Itu semua orang kena tahu. Kalau tidak kerana Pas, mana mahunya perempuan Melayu ramai-ramai pakai tudung. Depa masa tu pakai skirt pendek nampak spender. Musim hot pants. Pas juga yang perjuang.

Pada analah, Malaysia ini diberkati oleh Allah kerana ada kumpulan macam kita. Yang kuat solat. Yang kuat pegang ajaran agama. Kalau harap pemimpin Umno, rasanya dah lama lingkup Malaysia ni.

Dewan Ulamak PAS Pusat akan mengadakan Multaqa Ulamak Se-Malaysia di  Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar pada 14 September  bermula 8.00 pagi hingga 12.00 malam.

Pengarah Multaqa, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib berkata, program tersebut bakal menghimpunkan para ulama PAS di semua  peringkat dari seluruh tanah air bagi memperkasakan peranan ulama dalam  mengaktifkan diri kepada masyarakat.

Katanya lagi, multaqa itu  penting untuk penyatukan fikrah, kefahaman dan tindakan  para ulama ke  arah yang lebih tersusun dan bersistematik.

“Multaqa ini akan  memberi suntikan semangat kepada ulama pelapis dalam memastikan wujudnya kesinambungan perjuangan ulama yang terdahulu yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah,” ujarnya yang juga Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS  Pusat.

Katanya, konsep Multaqa Ulamak kali ini ialah ucaptama,  pembentangan kertas kerja, taujihat pemimpin dan wacana dengan  tajuk-tajuk semasa yang pastinya menarik perhatian semua dan kemuncaknya ceramah perdana pada sebelah malam.

Menurutnya, multaqa ini  mensasarkan kehadiran semua peringkat dalam kalangan ahli Majlis Syura  Ulamak PAS, ahli-ahli jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat, AJK  Kerja Ulamak PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan, seluruh ulamak  kawasan, ahli Dewan Ulamak PAS, tuan-tuan guru pondok, Mudir-Mudir  Sekolah Agama Rakyat serta alumni lepasan Pengajian Islam dalam dan luar negara serta seluruh lapisan masyarakat sebagai pemerhati.

Alhamdulillah, memang patut kita adakan multaqa ini pun. Pengaruh ulama’ pun saban hari saban berkurangan. Isu banyak. Ulama’ senyap. Yang bercakap golongan profesional. Sudahnya, ahli makin kenal engineer daripada ulama’.

Ana harap, multaqa ini juga jadi medan para ulama’ dalam parti kita ini bermuhasabah. Dengan jujur. Tanya diri sendiri, cukup atau tidak sumbangan. Atau hanya turun kerana fulus wal glamour. Itu yang tak berapa kena tu.

Ana tahu ada kalangan ulama’ yang tak mahu turun program kalau tak dapat bayaran sekian banyak. ‘Harga ana tinggi Sheikh’, selalu kita dengar alasan tu. Kalau kurang RM3000, tak mahu turun jumpa rakyat dan jamaah. Letih kita.

Kita faham, ulama’ pun ada tanggungan. Tapi biarlah berpada-pada. Kena juga ada pengorbanan untuk parti dan harakah.

Kalau semua ukur dengan fulus. Baik jadi UMNO.

vincent tanBagi menyelesaikan kemelut membabitkan kakitangan Insaniah Holdings Sdn  Bhd (Insaniah Holdings), sebuah anak syarikat Kolej Universiti Insaniah  (Kuin), Badan Bertindak Staf Insaniah Holding menyerahkan memorandum  kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.
Memorandum  tersebut diserahkan di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman di sini  selepas selesai sesi pagi Sidang Dewan Udangan Negeri  hari ini.
Selepas menunggu kebenaran untuk bertemu Mukhriz, akhirnya 10 orang wakil badan terbabit dapat berbuat demikian dalam pertemuan ringkas selama  kira-kira 15 minit.
Menurut setiausaha badan tersebut, Mudzafar  Aliyasak, memorandum yang diserahkan itu meminta pertimbangan Mukhriz  untuk melihat isu pembayaran gaji kakitangan Insaniah Holdings yang  tertunggak sejak Mei lalu.
Selain itu, mereka juga merayu supaya  Mukhriz melihat isu membabitkan para pensyarah yang dilantik di bawah  Insaniah Holdings di mana pihak Kuin tidak menyatakan secara rasmi  status mereka yang tidak diberikan jadual waktu serta diarahkan  mengosongkan pejabat.
“Begitu juga, pihak Kuin juga sehingga kini masih belum memberikan jaminan dan kata putus ke atas kesinambungan  kewujudan Insaniah Holdings yang menyebabkan terganggunya operasi  syarikat sehingga gagal menguruskan perjalanan kuliah-kuliah yang  mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran pelajar,” jelasnya.
Nasihat ana, sabarlah sheikh. Sabar. Mukhriz tengah menyusun tu. Tan Sri Vincent Tan pun ada di luar negara. Cardiff menang lawan Manchester City tu. Mesti banyak lagi duit Toto yang boleh digunapakai untuk menyelamatkan KUIN.
Ana cuma harap kakitangan KUIN jangan tanya sumber mana kalau mereka dapat gaji nanti. Husnul zann sahaja. Bersangka baik. Jangan tanya.
Kalau dah selesai. Duduk rumah diam-diam. Kalau malas kerja, makan gaji buta. Bukan susah.
Vincent Tan sedang cari duit nak selesaikan. Harap bersabar ya sheikh. Lain kali kalau nak beri memorandum, terus hantar ke Tan Sri Vincent Tan. Lebih afdal. Kalau tak gitu pun, Mukhriz rujuk pada dia juga. Lebih cepat.

Sementara tu, tolong doa Cardiff City menang lagi selepas ini. Kalau boleh buat solat hajat sekali. Baca yasin. Ada lah nanti rezeki u all tu.

Kerajaan Negeri Selangor memberikan Anugerah Integriti kepada bekas  Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Anugerah khas itu disampaikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada  anak Mursidul Am PAS itu, Nik Omar yang mewakilinya sempena sambutan  Hari Belia Selangor bertemakan Tolak Rasuah Anak Muda Merdeka di Dataran Kemerdekaaan, Shah Alam, malam tadi.

Menurut Abdul Khalid,  anugerah tersebut adalah sebagai penghargaan terhadap pentadbirannya  Tuan Guru yang bersih dari rasuah selama lebih 23 tahun mentadbir negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah itu.

Tuan Guru tidak dapat hadir ke majlis itu malam tadi, berikutan kesihatannya tidak mengizinkan dan baru keluar hospital.

Bagaimanapun beliau menyampaikan rasa kesyukurannya melalui anaknya terhadap penganugerahan itu.

“Bapa saya menyatakan kesyukuran atas anugerah ini dan teruja dengan kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor,” kata Nik Omar dipetik Selangorku.

Beliau berkata, bapanya bertekad menolak amalan rasuah dalam tempoh 23 tahun  menerajui Kelantan dengan membuktikannya melalui tingkah laku dan cara  pentadbiran.

“Cara kehidupan yang sederhana, kewarakannya, sifat  zuhudnya. Setiap pagi ketika di pejabat bersolat sunat memohon kepada  Allah supaya segala apa dilakukan mengikut jalan yang benar serta  menjadi contoh kepada pihak lain.

“Biarpun ada kalanya menerima  tohmahan daripada musuh politik namun dia tetap yakin dengan apa yang  dilaksanakan hingga beroleh kejayaan,” katanya.

Apa yang dibuat oleh Khalid Ibrahim ini satu langkah yang ana anggap matang dan tepat. Ketika mana dia tidak kuat, dihina dan dimaki hamun oleh kalangan orang Azmin, Khalid mengambil hati orang Pas di Selangor, bahawa beliau sentiasa berkawan rapat dengan Pas.

Ada ura-ura, kalau ada undi tidak percaya kepada MB Selangor, Pas sanggup benarkan Khalid jadi ahli Pas dengan kadar segera, sekaligus terus menjawat jawatan MB. Ini satu strategi politik yang sangat hebat.

Ana setuju dengan pandangan banyak pihak, kekuatan MB Selangor adalah kerana SUPOLnya yang bijak dan hebat. Malah cadangan mendekati Pas, sebagai back-up plan, disampaikan oleh SUPOL MB, dengan nasihat Kak Wan. Ini permainan tahap tinggi.

PAS

N15 TAMAN TEMPLER
PAS: Zaidy Abdul Talib

N17 GOMBAK SETIA
PAS: Hasbullah Mohd Ridzwan

N18 HULU KELANG
PAS: Saari Sungib

N2 SABAK
PAS: Sallehen Mukhyi

N20 LEMBAH JAYA
PAS: Khasim Abdul Aziz

N21 CHEMPAKA
PAS: Iskandar Abdul Samad

N23 DUSUN TUA
PAS: Razaly Hassan

N26 BANGI
PAS:Mohd Shafie Ngah

N29 SERI SERDANG
PAS: Noor Hanim Ismail

N38 PAYA JARAS
PAS: Mohd Khairuddin Othman

N42 MERU
PAS: Abd Rani Osman

N45 SELAT KLANG
PAS: Halimah Ali

N51 SIJANGKANG
PAS: Ahmad Yunus Hairi

N53 MORIB
PAS: Hasnul Baharuddin

N54 TANJUNG SEPAT
PAS: Mohd Haslin Hassan

Kalau ada apa-apa usul busuk yang dibawa Azmin, barisan kita siap mempertahan MB yang ada. Kalau berani, lawan.

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2013/08/awakening-jawapan-mahathir-di-luar.html

Setelah menangguh beberapa lama untuk memberi respon terhadap dakwaan  Pak Lah terhadapnya dalam buku Awakening: The Abdullah Badawi Years In  Malaysia, Mahathir akhirnya menulis dalam blognya untuk menjawab  sebahagian daripada isu-isu yang ditujukan kepadanya.

Namun tidak sebagaimana biasanya, Mahathir yang sering melawan apabila  dicabar dan bertindak lebih keras terhadap orang yang mengkritiknya,  kali ini beliau memilih untuk menjawab dengan cara sinis dan sindiran  saja.

Dalam blognya hari ini, Mahathir menjawab bahawa walaupun kerajaan yang  dipimpin oleh Pak Lah untuk menghadapi pilihanraya 2008 adalah kerajaan  yang kaya dan mampu menyimpan berbilion ringgit wang kerajaan tetapi  lima negeri termasuk Wilayah Persekutuan telah jatuh ke tangan  pembangkang serta menyebabkan BN hilang majoriti dua pertiga.

Kerajaan yang menghadapi pilihanraya 2008 adalah kerajaan yang kaya  tetapi malangnya rakyat tidak menghargainya, sindir Mahathir lagi.

Dengan nada yang lebih sinis, Mahathir juga berkata, cuba bayangkan  berapa billion ringgit akan dapat diselamatkan jika beliau bersara lebih awal daripada itu dan kita akan duduk di atas gunung-ganang yang  dipenuhi wang ringgit.

Pada pandangan ana lah, kita tak payah lorat sangat nak layan kedua-dua bekas PM ni. Namapun bekas. Kitapun kalau setakat bekas bini (mak janda) kita dulu, kita layan tak layan sahaja. Nak buat apa. Buang masa.

Orang UMNO sendiri pun dah benci nak layan Mahathir ni. Apatah lagi Pak Lah. Pak Lah pun dah betul-betul tak sihat. Ada orang maklum, kencing pun dah berterabur. Di IKIM, staff siap sediakan pampers lagi.

Kalau setakat dah pakai pampers, masih nak sembang politik. Adoi. Letih la wei.

Kalau betul Pak Lah dah awakening, kita baik suruh Pak Lah jawab samada betul atau tidak KJ ada duit SGD700 juta di Singapure.

Cuba jawab tengok.

Ana teringin nak tengok Mukhriz lawan KJ balik. Tapi mengetahui bahawa telur Mukhriz hanyalah sebesar buah guli. Buang masa.

Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase),  Zulhazmi Shariff memohon jasa baik Kamar Peguam Negara atau Penasihat  Undang-Undang PDRM agar menasihati Ketua Polis Negara (KPN) berkaitan  bidang kuasa PDRM sebelum membuat sebarang kenyataan agar tidak menjadi  bahan ketawa dunia yang akhirnya akan menjatuhkan maruah pasukan Polis.

Ini ekoran KPN yang dilaporkan sebagai berkata seramai 1.7 juta individu  yang disenarai hitam kerana enggan menjelaskan tunggakan saman bakal  berdepan tindakan lesen memandu mereka dibatalkan.

Katanya,  tindakan tersebut katanya akan dilaksanakan dalam masa terdekat ekoran  peningkatan jumlah kemalangan maut dalam Op Selamat III.

“Kase  ingin memaklumkan KPN bahawa PDRM tiada sebarang kuasa di bawah sebarang peruntukan undang-undang untuk menyenarai hitam pemegang lesen  memandu,” ujar Zulhazmi dalam satu kenyataan.

Jelasnya, sejak  penubuhan Kase pada Ogos 2009, Kase telah berulang kali menegaskan  bahawa pihak PDRM tiada sebarang kuasa untuk menyenarai hitam kenderaan  atau pemilik lesen memandu.

Katanya lagi, kuasa untuk menyenarai hitam atau dalam istilah undang-undangnya ialah menghalang transaksi  terletak pada Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan [JPJ] melalui Seksyen  119B Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Hmmmm….inilah masalahnya kalau terlebih poyo. Akhirnya mencengkam diri sendiri.

Blog ini dimaklumkan bahawa Khalid ini ada penasihat media sendiri. Bukannya budak pengalaman pun. Budak mentah. Tapi sebab dapat duduk dekat dengan KPN, bukan main miang lagi.

Khalid pulak memang jenis melayan pompuan. Elok sangatlah tu. Sebab itu bila banyak benda lain boleh cakap, dia cakap benda yang bukan bidang kuasa dia. Atas nasihat awek penasihat media lah ni.

metallicaKonsert kumpulan rock terkenal Metallica dijadualkan akan diadakan pada malam esok di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Ia diluluskan oleh kerajaan dengan promosi, kemudahan serta harga tiket yang lumayan dan mendapat tempat strategik di ibu negara.

Di tengah-tengah kegelisahan dan tangisan umat Islam seluruh dunia kepada bumi berdarah Mesir dan Syria, Malaysia pula bergalak dengan konsert hiburan.

Ketika Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), parti-parti politik, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam serta persatuan-persatuan prihatin sibuk mengadakan majlis munajat, Solat Ghaib untuk para syuhada’ Mesir, Qunut Nazilah, serta majlis penerangan dan kutipan derma di seluruh negara termasuk di masjid-masjid, kerajaan pula menganjurkan konsert hiburan rock metal.

Agak menghairankan bagaimana nilai sensitiviti pada pemimpin umat Islam di negara ini dalam menghadapi kemelut dan polemik dunia.

Mungkin beralasan ianya dirancang lebih awal, namun jika dihayati, apa faedahnya meluluskan konsert Linkin’ Park sebelum itu dan Metallica pada malam esok diadakan di negara ini?

Bukanlah suatu kesalahan masyarakat berhibur kerana hiburan itu adalah naluri manusiawi.

Namun pilihlah hiburan yang menepati jiwa manusia, bukan unsur melampau dan memekakkan telinga serta mengandungi mesej dan makna yang tidak keruan.

Sampai tahap inikah kerajaan mahu melalaikan masyarakat terutama umat Islam dalam hiburan? 

Alamak, ana minta maaf sangat, dalam kes Metallica ini, ana terpaksa tidak bersetuju dengan kawan-kawan. Ana bukannya apa, dah lama tunggu Metallica datang Malaysia, kali ini ana kena pergilah.

Pada pandangan ana, kita kena terbuka bab konsert mengonsert ni. Pilihan masing-masing lah. Siapa yang pergi, tak bermakna dia tertanggal agamanya. Tidak. Ada sahaja kawan ana yang pergi sampai ke Singapura, layan konsert thrash dan metal, balik tetap solat dan sokong Pas. Tak ada hal pun.

Apa yang kita nak jadi ekstrim sangat pun ana tak faham. Kena banyak bertenang sheikh. PRU lama lagi. Tak perlu kita guna isu bodoh nak letak Pas sebagai parti haluan kiri yang nak menjahanam ruang untuk orang berhibur.

Ana terpaksa mengaku ana akan pergi. Siap bawa anak bujang ana lagi. Konsert, bukannya apa. Balik ana solat dan tahajjud macam biasa. Tertanggal agama? Tak kan.

Kalau kalangan pimpinan tertinggi boleh singgah hotel, henjut dua tiga round, lepas tu bayar pompuan dengan duit ceramah – konsert Metallica ni jadi kecik sheikh!

Cari isu lain lah wei. Boddo la isu ni (bak kata UAI).

Laman Berikutnya »