Ana dan rakan-rakan sejak awal lagi lagi dah berada di Dato’ Keramat. Suasana memang pilu dan menyedihkan. Pada ana, Allahyarhamah Dr Lo’ Lo’ adalah pejuang yang bukan sahaja dihormati oleh kaum wanita. Malahan, kita kaum adam pun kagum dengan perjuangan arwah. Memang hebat. Berani dan tidak pernah takut dengan apa jua cabaran politik. Sewaktu ana bertegur sapa dengan Kak Wan (Presiden PKR); ana boleh nampak air mata Kak Wan bergenang bercerita mengenai kesungguhan arwah dalam perjuangan politik. Kagum dengan kesungguhan Dr dalam mempertahan Anwar Ibrahim dalam apa keadaan sekalipun.

Kak Wan masih ingat; dalam program besar anjuran PKR di KSS (Kg Baru); Dr Lo’ Lo’ secara terbuka mengatakan Anwar adalah mangsa fitnah yang maha dahsyat. Sampai ke akhir hayatnya, Dr Lo Lo masih menganggap Anwar sebagai seorang idola politik yang amat disanjung tinggi. Demikianlah rapatnya arwah dengan Kak Wan dan perjuangan Anwar.

Akhirnya, Dr terpaksa akur dengan kesakitan yang melanda. Kanser bukan sakit yang boleh menjadi mainan. Sangat bahaya. Dr Lo’ Lo’ sudah hilang daripada Titiwangsa. Ana percaya, kita perlu cepat mencari pengganti dalam memastikan kerusi Titiwangsa akan kekal kepada PAS. Jangan ada parti lain nak cuba bawa orang lain ke Titiwangsa.

Arwah memang komited dengan perjuangan warga Kampung Bharu. Sentiasa sahaja bersama penduduk Kg Bharu berdepan dengan puak yang nak membangunkan Kg Bharu. Kita harap penduduk Kg Bharu tak cepat hilang pedoman dengan kehilangan Dr Lo’ Lo’.

Ana ingin mencadangkan agar Mat Sabu bertanding di Titiwangsa bagi membuktikan bahawa PAS akan sentiasa menjadikan Titiwangsa sebagai kubu kuat PAS di Kuala Lumpur. Dengan adanya abang Mat Sabu di Titiwangsa – ianya membuktikan Timbalan Presiden PAS tersebut akan menjadi ikon politik PAS di Kuala Lumpur. Lebih mudah bagi abang Mat bergerak dan bekerjasama dengan DAP di Kuala Lumpur; malahan dekat dengan PKR yang juga ada di Lembah Kelang.

Abang Mat mampu menang di Titiwangsa. Ana yakin. Abang Mat boleh menang besar dan boleh menggantikan suara Dr Lo’ Lo’ di Parlimen. Jangan bertanding lagi di Kampung. Lawan di bandar.

* isu larangan kelab malam di Kedah tu…lupakan ajerlah. tak penting pun.

Advertisements