September 2014


Ketua Pemuda PAS Kota Baru Dr Rosli Abdul Kadir menasihati Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz supaya menjaga emosi apabila mengkritik rakan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), iaitu PKR dan DAP.

Rosli berkata Nik Abduh selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat sewajarnya bersuara dengan lebih positif, lebih membina dan lebih membawa perpaduan, bukan ke arah membawa perpecahan.

“PAS adalah abang tua kepada PKR dan DAP. Selaku abang tua, pimpinan PAS perlulah lebih bijaksana mengawal emosi.

Rosli berkata, selaku Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat dan ahli Parlimen penggal pertama, Nik Abduh perlu menumpukan perhatian kepada tugasnya.

“Tugasan selaku AJK PAS Pusat ada medan utamanya, iaitu mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Tugasan selaku ahli Parlimen Pasir Mas ada medan utamanya, iaitu sidang Parlimen.

“Prestasi pimpinan dinilai berdasarkan kepada kerja buat mereka, bukan berdasarkan kepada kerja cakap atau kerja tulis mereka,” katanya.

Katanya, tidak guna jika Nik Abduh mengadu dalam media sosial mengenai PAS dibuli PKR dan DAP.

– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-pas-kelantan-desak-nik-abduh-jaga-emosi#sthash.Rraipq2e.dpuf

——————–
Inilah masalah utama dalam Pas. Ramai sangat yang nak jadi barua DAP dan PKR. Pantang kena sentuh sedikit, mereka melenting dan pertikai kerja orang lain.
Nak tanya Pemuda Pas Kelantan, mana muka mereka sewaktu PRK Pengkalan Kubor. Tak nampak muka. Peruntukan jauh sekali. Sibuk peluk bini baru? Atau sibuk anginkan telor yang dalam kain pelikat lapok tu?
Jangan asyik nak jaga hati DAP dan PKR lah bro. Muka enta pun dah macam Guan eng. Cukup-cukuplah tu.
Berapa banyak Guan eng bayar enta nak pertahan dia? kawan kita kena pecat pun enta sokong dia? Telor enta dah bagi makan anjing ke?

PAS Dan Kisah Buli
Oleh : Nik Mohamad Abduh

PAS ini, daripada awal penubuhannya lagi adalah parti yang sering dibuli musuhnya. Dulu teruk dibuli. Kini pun teruknya PAS dibuli oleh musuhnya tak habis-habis lagi.

Pembulinya kadang-kadang rakan-rakan mereka juga. Waktu susah PAS diminta tolong. Waktu senang, PAS ditinggalkan, disalahkan dan dibuli.

Sebelum PAS ditubuhkan dulu, yang teruk dibuli adalah para ulama dan pejuang kemerdekaan. Pembuli mereka adalah penjajah dan talibarut penjajah. Kelihatannya, hal PAS dibuli ini ada kaitannya dengan sejarah lama kerana apa yang dituntut oleh para pejuang kemerdekaan dulu, itulah yang dituntut oleh PAS hari ini. Mereka daripada mata rantai yang sama.

Umno paling lama membuli PAS. Sejarah umno buli PAS ini masih bersambungan dan masih belum ada tanda mahu berakhir. Kerana itu, bila nampak umno macam nak berkawan dengan PAS, orang PAS memang susah nak percaya.

Hari ini, selain umno, PKR dan DAP mula nak buli PAS. Sehinggakan PAS kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tak tahu nak sentuh yang mana satu. Semua macam tak menjadi.

Masih dalam PR pun, mereka membakar masyarakat dan penyokong PR agar membenci PAS. PAS ni tak berapa ‘ganas’ mana agaknya. Dibuli pun dia buat muka selamba je. Melawan pun macam tak melawan mana..

Itulah PAS, seperti orang miskin hidupnya, sentiasa menjadi mangsa buli.

Tetapi walaupun PAS dibuli sentiasa, PAS tetap hidup dan berjaya dalam hidupnya. PAS memenangi banyak pilihanraya dan memerintah beberapa negeri. PAS juga terus melebarkan pengaruhnya di mana-mana.

Daripada gelaran-gelaran yang bersifat jumud dan sempit, PAS kini sudah maju dan lebih terbuka. Sukar PAS kini untuk dikatakan jumud dan sempit. Dalam keadaan dibuli, PAS hidup, membesar dan maju. PAS tak berubah apa pun. PAS hari ini adalah PAS yang dulu juga. Istiqamahnya berjuang untuk agama Islam tak pernah dipertikaikan. Terlalu jelas perjuangan Islamnya sehingga jika dilihat seperti melonggarkan pengaruh ugamanya, PAS akan diherdik dan dihina-hina pula.

Ada pemimpin DAP yang kata PAS akan dihukum rakyat akibat isu Selangor yang kelihatannya sedang menuju titik koma, bukan noktah lagi. PAS akan tamat riwayatnya di Selangor dan Malaysia. Di Sarawak, bukan main lagi DAP isytihar tak nak berkawan lagi dengan PAS.

Macam umno jugak DAP ni. Gembira dan megah sangat bila dah ada kuasa. Maklumlah, lama jadi pembangkang bersama PAS, baru penggal lepas DAP mula dapat kuasa memerintah, sedangkan PAS yang hidupnya sering dibuli dah lama berkuasa di Kelantan dan Terengganu.

Diungkit-ungkit kisah kegagalan PAS sampai lupa pula kisah kejayaan dan kebaikan PAS di samping kegagalan mereka sendiri.

PKR pun nak buli PAS macam DAP juga. Sambil mencuri sambil membuli. Nasib baik dalaman PKR tak berapa kuat macam DAP. Ada masam muka di antara sesama mereka. Maka bulian mereka, walaupun pedih juga, tapi paling tak menjadi. Tak macam DAP, apatah umno. Syukurlah..

Saya hanya nak nasihatkan DAP agar janganlah suka membuli. Nanti jadi bongkak. Bila dah bongkak, rakyat akan marahlah..

DAP kena tahu PAS takkan mati. Nyawanya masih panjang. Kalau umno pun tak mati lagi, macamana PAS nak mati? Kalau PAS mati, siapa nak berjuang Islam? Umno? PKR? DAP?

PAS takkan mati sebab nyawanya Islam. Islam bukan bermula 1951. Ia bermula lebih 1400 tahun lepas. Masa tu ideologi yang diperjuang DAP masih berada dilapis bumi yang ke 5, kalau pun tidak yang ke 7. Takde orang lagi masa tu yang nak gali dan berjuang untuk ideologi itu.

PAS hanya akan mati atau terpinggir bila ada yang lebih baik daripada PAS memperjuangkan Islam. Setakat ni kelihatannya tiada lagi. Kalau setakat PasMa yang nampak ada hati nak ganti PAS jika PAS keluar PR, rasanya tak tergamak nak kata mampu ganti PAS. Tapi biarlah orang nak berangan-angan, janganlah dibuli-buli pula..

Rugi DAP sokong PKR dengan buli PAS. Macam perangai lelaki buli bini tua bila dah ada bini muda. Cukup tak manis. Lama-lama menyesal nanti.

Mungkin susah DAP nak terima. Tapi pada saya, bila tiba-tiba PAS tukar angin, tiba-tiba PAS marah pada DAP, saat itu DAP akan rugi. DAP akan rugi lama. Mungkin undi Cina dan India akan bertukar. Mereka jadi cuak dengan DAP. Mereka rakyat yang mahukan keamanan, kebenaran dan setiakawan dalam kehidupan.

Itu pandangan saya. DAP akan rugi lama jika PAS marahkan DAP. Tapi mungkin saya silap. Sebab, jika tiba-tiba DAP jadi kawan umno, sahlah tekaan saya bahawa DAP rugi jadi silap dan tak betul lagi.

DAP nak hanya bersama PKR? Saya hairan..

DAP nak berkawan dengan umno? Saya ternganga..

DAP nak berangan sorang-sorang? Saya nak tidur dulu..

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
AJK PAS PUSAT

“Terima kasih kepada petugas-petugas peringkat kawasan di negeri ini serta petugas seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang turut membantu.

“Terima kasih juga pada pengundi calon Pakatan Rakyat. Tidak ketinggalan juga anak-anak muda yang inginkan perubahan, petugas keselamatan yang menjalankan tanggungjawab dengan baik,” ujarnya di sini.

Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana PRK Pengkalan Kubor berjalan baik serta tidak ada insiden yang buruk.

“Saya akan bertugas seperti biasa kepada rakyat seperti sebelum ini,” katanya

Maaflah kesilapan ana dalam posting terdahulu. Konon nak kuborkan UMNO, sudahnya kita yang melingkup.
Salah ana juga kot, cakap besar cepat sangat. Konon nak sorok masalah Selangor, sudahnya rentung juga kita.
Pada ana, Pengkalan Kubor ini bukan signal kecik kepada kita. Nampak sangat, Kelantan pun boleh jatuh, kalau kita tidak kuat dan bergaduh sama sendiri.
Elok kita bersihkan Pas segera daripada kalangan mereka yang tak pernah henti nak menjahanam kita dari dalam.
Moga Allah melindungi Pas dan Tok Tok Guru kita. Amin.
Jentera operasi PAS pilihan raya Dun Pengkalan Kubor yang diketuai Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengucapkan terima kasih kepada rakan parti dari Pakatan Rakyat, PKR bersama wanita dan AMK yang sama berjuang membantu agar kemenangan berpihak kepada calon, Wan Rosdi Wan Ibrahim.

Wan Abdul Rahim berkata, Ketua PKR negeri, Ab Aziz Ab Kader, Ketua Wanita, Nooraini Hussin dan Ketua AMK, Roslan Ismail turut turun bersama-sama kepimpinan PAS untuk berkempen dari rumah ke rumah.

“Terima kasih diucapkan pada semua termasuk PAS kawasan seluruh negeri yang turut serta membantu,” ujarnya.

Beliau juga turut merakamkan terima kasih pada petugas negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak yang juga datang membantu.

“Semangat kerjasama ini, memberi harapan yang begitu positif untuk kita merampas Dun Pengkalan Kubor,” ujarnya.

Beliau melahirkan rasa syukur kerana tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku  selepas penamaan calon sehingga hari mengundi Pilihan Raya Kecil PRK N.01 Pengkalan Kubor hari ini.

————
Pada ana, kita akan menang, walaupun dengan angka yang sedikit. 300-500 undi. Maksimum.
Kemenangan ini bermakna, kerana ianya memberi bukti bahawa rakyat bersama kita dalam isu melibatkan BARUA di Selangor. BARUA di Selangor tidak memberikan kesan kepada kita di Kelantan.
 
Ana dah turun banyak tempat di P Kubor, semuanya berjanji bahawa kali ini mereka akan bui kepada Pas. Syukur.
 
Elok kita kuborkan UMNO di Pengkalan Kubor, supaya Najib sedar diri bahawa dia sudah semakin Najis kepada rakyat.
Bukan main, dengar kata orang yang paling kuat meminta namanya dimasukkan sebagai Exco adalah ADUN Hulu Kelang, Abu Urwah @ Pak Abu @ Barua (bak kata Tuan Guru Haji Hadi).
Semalam pun, berebut-rebut katanya nak jadi Imam kepada Menteri Besar di Masjid Klang Gate; sebelum kena sailang oleh orang MB sendiri. Sudahnya. Di saf belakang sahaja.
Pakai akal la, takkan dua orang ADUN dari Parlimen sama nak berada dalam saf utama kerajaan negeri. Cuba kaji diri sendiri dulu. Bodohlah Azmin kalau nak bawa Barua masuk jadi exco kerajaan negeri. Macam dah tak ada orang lain.
Setakat ini, nama mamat Barua ini memang ada dalam senarai Azmin, tetapi belum mendapat endorsement parti.
Elok dikekalkan Exco PAS yang nekad mengekalkan kesetiaan kepada MB lama. Kalau Azmin kekalkan, makna kata, ada respek kepada Pas sebagai penyelamat. Azmin kena ingat, tanpa pencalonan Pas, jangan harap Tuanku Sultan nak perkenan. Sebab nama Azmin naik dalam Pas lah, Tuanku beri muka. Kalau tidak, sangap.
Pada ana, Azmin adalah orang yang bijak dalam politik. Kalau nak main wayang dengan barua, Azmin tempah celakalah. Once a barua, always a barua. Kata Imam kawasan ana.
http://zamkata.blogspot.com/2014/09/sabotaj-upsr-bagaimana-jika-muhyiddin.html
Adalah tidak tidak wajar  jika dalam keadaan sekarang Timbalan Perdana Menteri Tan  Sri Muhyiddin Yassin yang memahami dan  menghayati perasaan rakyat mengambil keputusan untuk meletak jawatan  kerana tidak akan membantu Najib untuk memulihkan semula imej dan kekuatannya.

Cakap -cakap ini telah timbul semula berikutan dengan berlakunya kerbocoran kertas soalan pepereksaan UPSR.

Jika ini berlaku , Najib pasti akan menggantikannya dengan Datuk Seri Hishamuddin Onn walaupun sebenarnya Datuk Ahmad Zahid Hamidi bertunjang lebih kuat di akar umbi dan lebih popular di kalangan UMNO dan lebih tebal nasionalismenya.Ini akan memburukan lagi keadaan.

Penunjolan  berwibawa Hishamuudin di khalayak antarabangsa  dalam mengendalikan sidang- sidang akhbar trajidi MH370 dengan Queen’s Englishnya  meyakinkan Najib sebagai nilai tambahan kepada sepupunya dalam  memenohi  kriteria untuk  menjadi Timbalan Perdana Menteri pada bila -bila masa jika keadaan memerlukan tetapi penilaian ini tentunya berbeza dengan penilaian rakyat di lapangan.

Maka itu adalah sewajarnya bagi Tan Sri Muhyuddin bertahan dengan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia sehingga timbul kesedaran  meluas di kalangan  ahli UMNO bahawa UMNO harus memisahkan diri dari penerusan pimpinan elitis,keturunan bangsawan dan pembinaan dinasti.Rakyat Indonesia telah melakukan ini dalam pilihanraya presidennya baru lalu.

Jika Allah masih sayang pada UMNO ,hal ini boleh berlaku tanpa perancangan seperti berlakunya mala petaka ke atas musuh besar UMNO  Anwar Ibrahim, Pas dan Dap  yang  menggali kubur sendiri yang gagal digali  telah  bertahun tahun lamanya oleh UMNO. Ia berlaku tidak mengikut perancangan UMNO tetapi kehendak Allah yang menggerakan Langkah Kajang.

————————
Ana memang kurang gemar dengan MAMAK PADUKANG yang kurang bijak seperti Zainuddeen Maideen ini. Pada ana, kerjanya membodek setiap masa.
 
Kali ini Zainuddeen Maideen nak sokong Muhyiddin. Kononnya Muhyiddin adalah tenaga bukan bangsawan dalam UMNO.
 
Ana nak tergelak. Bangsawan dalam uMNO bukan berdasarkan darah semata. Duit pun boleh jadi bangsawan. Muhyiddin itu seorang bangsawan yang lupa diri. Nak harapkan dia? Hancuss.
 
Pada ana, Muhyiddin sememangnya patut letak jawatan, kalau dia ada maruah sebagai pemimpin. Jangan tunggu.
 
Orang dan rakyat dah meluat. Kalau budak Darjah 6 pun boleh kata Menteri Pendidikan kita BENGAP…jawabnya…elok letak jawatan lah. 
 
Bangsawan atau tidak itu bukan isunya. Zainuddeen Maideen memang tak boleh jadi bangsawan. Sebab dia tak hensem dan berdarah keling. 
Ana selepas pertemuan di Johor baru ini, cukup terangsang dengan sikap dan pendekatan baru Presiden PAS. Ana dah lama impikan seorang Presiden yang tegas, yang berani menyampaikan pandangan secara terbuka, tanpa simpan-simpan.
Celaka, Barua, Syaitan, Haram – benda biasa yang kita guna dalam perbualan. Kalangan orang UMNO pun biasa pakai. Mereka suka jadi MACAI. Macai dengan barua ini tak jauh beza. Cuma Macai ini kira low standard lah. Macai ini tahapnya macam budak peon.
Apa yang nak marah sangat pun ana tak tahu. Siap minta bukti lagi. Presiden PAS kalau tak ada bukti tak cakaplah. Bukan macam Presiden UMNO.
Pada ana, MB Selangor ini sudah membuka siapa kawan dan lawan di kalangan kita. Sudah nampak jelas.
Kita kena bertegas dengan pendekatan politik. Kalau perlu pecat, kita pecat sahaja mereka yang membaruakan diri untuk kepentingan parti lain. Buang masa.
Pada ana, TUAN GURU HAJI HADI sudah dapat kembali skill zaman muda-muda dulu. Ini yang kita nak.
Kita ucap tahniah kepada anak Dato’ Dusuki yang bijak main politik di Pengkalan Kubor. Walaupun dioffer beberapa kali, ditolak kononnya nak tumpu kepada gerakerja di YADIM (yang sedang bagus dipelopori oleh bekas budak-budak PKPIM dan ABIM). Bajet puluhan juta. Hebat.
Asyraf tahu, kalau dia terima dan kalah, makna kata, itulah KUBOR kepada politik dirinya. Di akar umbi, anak Dato’ Dusuki ini tidak ada kekuatan. Longgar. Siapapun tak hormat. Ibarat kata, kalau bertanding, kalah dah tentu.
Menurut orang kanan Asyraf, anak Dato’ Dusuki itu sedang menimbang beberapa kawasan lain untuk PRU14.
– Gua Musang
– Ketereh
– Setiawangsa (kawasan urban)
Anak dato’ Dusuki tahu, Tumpat ini bukan kecik-kecik anak. Dah serik dia kalah. Ahli Parlimen kalah. Bertanding Ketua Pemuda pun kalah. Kalah dengan budak tak sekolah.
Kalau bertanding hari tu, konfem dah akan kalah entah kali ke berapa.
Pandai budak ni buat keputusan politik.
Boleh fokus kepada mengurus bajet YADIM yang juta-juta itu.
Penyerahan semula Dun berkenaan kepada PAS setelah dua penggal diberikan kepada calon PKR ujarnya, telah membangkitkan semula semangat juang PAS untuk memperkukuh Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu beliau yang juga Menteri Besar Kelantan turut mengucapkan terima kasih kepada PKR di atas laluan yang diberikan kepada PAS.

Katanya, dengan perpaduan yang dicapai bersama melalui PRK Pengkalan Kubor, Dun ini akan dapat diambil semula.

“Ucapan penghargaan dari kami PAS Kelantan dan terima kasih di atas laluan itu,”ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini memaklumkan parti itu memutuskan memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di Pengkalan Kubor pada PRK 25 September ini.

Hahahaha. Semangat perpaduan konon. Ini semua wayang Wan Azizah konon nakkan kita berlembut mengenai jawatan MB Selangor.
PKR pandai. Berdasarkan trend semasa, andai kata meletakkan calon PKR; BN dijangka akan menang lebih 4000 undi jika Asyraf menentang calon PKR.
Jika diletakkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian, PKR dijangka kalah lebih teruk. Di bawah, asyraf mungkin hebat di federal, tapi di Tumpat, anak Dusuki ini dikira macam jakun masuk kawasan. Tak pandai nak bawa diri.
PKR tidak boleh menang di Pengkalan Kubor. Hancur. Daripada kalah, baik berikan kepada Pas. Itu jalan mudah nak mengelak daripada malu yang maksima.
Ana anggap jawatan TG Hj Hadi di Terengganu memang klass. Ini macam baru lah kita kata seorang Presiden Pas yang padu dan mantap. Berani kerana benar. Balun bila masanya perlu untuk balun.
Seorang yang hadir turut cadangkan Hadi untuk jadi lebih berani. Ambil tindakan kpd orang yang ejek dan hina parti. Tak perlu jadi orang baik.
Bab ini pun ana setuju.
Sebenarnya, kalau kita banding dengan Najib, Hadi jauh lebih berani. Najib kalau bab dengan parti komponen macam ayam berak kapur. Takut bukan main. Apapun tak berani. Tunduk macam mat pondan mckk. Eh silap…pondan St John.
Tapi Hadi cakap depan-depan. Tak simpan. Terus cakap.
Bila Hadi cakap…tengok apa PKR kata.

Wanita PKR said Datuk Seri Abdul Hadi Awang had betrayed the trust of his Pakatan Rakyat allies and that his flip-flop stance could not be tolerated.

In a strongly worded statement, the wing’s Information chief Azura Aziz said that the PAS President’s “U-turn” on his PKR counterpart Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail was not in line with the spirit of being a coalition partner.

If PAS could not toe the line of the coalition, Azura said, he should use the same advice he gave his own party members — which was to leave the party if they were dissatisfied.

The trust, she added, had been broken, and as a leader who had given his word, Pakatan Rakyat expected him to honour it.

“Instead he made a last minute surprise U-turn and then attempted to justify it using all sorts of excuses.

Pada ana ini semua kerja orang gila dalam PKR. Mabuk KETUM. Semua KETUM kata…dia ikut. Walaupun KETUM nak bawa mereka pergi neraka jahanam (dia akan kata…Hidup Hidup…Hidup Anwar).

Terima kasih TUAN GURU HJ HADI AWANG kerana kembalikan maruah parti Pas semenjak dua menjak ini. Ana bangga jadi ahli parti. Ana wala’ kepada pemimpin.

Laman Berikutnya »