Penyerahan semula Dun berkenaan kepada PAS setelah dua penggal diberikan kepada calon PKR ujarnya, telah membangkitkan semula semangat juang PAS untuk memperkukuh Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu beliau yang juga Menteri Besar Kelantan turut mengucapkan terima kasih kepada PKR di atas laluan yang diberikan kepada PAS.

Katanya, dengan perpaduan yang dicapai bersama melalui PRK Pengkalan Kubor, Dun ini akan dapat diambil semula.

“Ucapan penghargaan dari kami PAS Kelantan dan terima kasih di atas laluan itu,”ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini memaklumkan parti itu memutuskan memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di Pengkalan Kubor pada PRK 25 September ini.

Hahahaha. Semangat perpaduan konon. Ini semua wayang Wan Azizah konon nakkan kita berlembut mengenai jawatan MB Selangor.
PKR pandai. Berdasarkan trend semasa, andai kata meletakkan calon PKR; BN dijangka akan menang lebih 4000 undi jika Asyraf menentang calon PKR.
Jika diletakkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian, PKR dijangka kalah lebih teruk. Di bawah, asyraf mungkin hebat di federal, tapi di Tumpat, anak Dusuki ini dikira macam jakun masuk kawasan. Tak pandai nak bawa diri.
PKR tidak boleh menang di Pengkalan Kubor. Hancur. Daripada kalah, baik berikan kepada Pas. Itu jalan mudah nak mengelak daripada malu yang maksima.