Januari 2015


Ana baru dapat berjumpa dengan sahabat lama yang sudah jadi pegawai tinggi di JASA. Jabatan Hal Ehwal Khas. Sahabat ana ini mengakui, JASA sekarang tak macam dulu. Sudah tidak ada fokus.
Dia beritahu ana, senarai yang diterima untuk diletakkan sebagai Ketua Pengarah berjumlah 38 orang semuanya. Macam-macam latar belakang. Kaki rogol ada. Kaki penipu ada. Ustaz sesat ada. Dia pun pening tengok nama.
Setelah ditolak-tolak, tinggal 18. 18 orang ini lah yang bakal dijadikan Ketua Pengarah. Bila ana tanya, siapa antara nama yang disebut:-
– Nasir safar (ana tak kenal orang ini. tua dah)
– Shahlan Nasution (abang kepada Saifuddin Nasution PKR)
– Ton Faisal
– Lokman Adam
– Halim Tuah (ana tak pernah dengar)
– Rahim Kamaruddin (Ketua Bahagian Gombak, sebab Ketua Pengarah lama orang Gombak. Ini kuota Gombak agaknya)
– Dr Zainul Fithri Othman (orang Gombak juga)
– Pengarah JASA Terengganu sekarang
– Dr Jeniri Amir
– Dato’ Mohamad Khairudin (skrg ini Felda)
– Dato’ Dr Aidit Ghazali
– Dato’ Dr Hasan Ali
Lain ana tak ingat.
Tapi ana lega kerana sahabat ana kata, jangan risau ada orang Pas (halimuman) yang masuk senarai 18. Kalau ada rezeki sahabat kita, JASA akan jadi pusat baru kepada parti kita, insya’Allah.
Kalau calon kita lepas jadi Ketua Pengarah JASA, ana rasa lagi sedaplah permainan politik masa depan. Lagi sedap.
Ini masa untuk mereka gulingkan kepimpinan yang ada. Kalau mereka dapat bantu kita dari dalam, lebih mudah dan senang.
Advertisements
Ana sudah lapan tahun dalam PAS, tapi beberapa hari ini ada mesyuarat yang ana rasa tak perlu diadakan. Sampai nak menyusun mendapat dividen daripada kematian ini pada ana dah melampau.
Ada puak dalam parti kita yang sudah mula risau dengan kedudukan Pas jika sesuatu berlaku kepada Mursyidul Am. Kes naya kata depa. Mahunya Pas terkebumi sekali dengan Tok Guru.
Pada ana ini kumpulan orang yang tak rasional. Melampau. Sudah mula nak berbisik dan menyuntik semangat syiah di kalangan ahli.
Kata mereka, jenazah tidak perlu dikapan sempurna. Elok nampak muka. Mesti ada acara di Kelantan dan Terengannu.
Biar jutaan umat menyaksikan pahlawan Islam ini pergi. Biar awan lindungkan TG sepanjang perjalanan.
Jenazah Ayatollah dikatakan sampai jatuh ditarik oleh pengikut. Elok kalau dapat divideokan sampai macam itu.
Punyalah ramai, sampai mayat Ayotallah kena dibawa dengan helikopter ke Behest az-Zahra. Kumpulan ini nak perkara macam itu berlaku di Kelantan dan Terengganu.
Pada ana, semua susunan ini agak melampau. Jaga-jaga, jangan sampai kita sudah berlebih-lebih dengan perkara yang tidak wajar.
UMNO memang kebekalangan ini dekat dengan Habib. UMNO nak kembali ke pangkal jalan. Sebab itu sekarang lagu Ya Hanana sudah sama taraf dengan lagu UMNO.
Sekarang ini UMNO ada Habib baru. Selepas mereka bawa Habib Syech Assegaf dan Habib Zaienal pusing Malaysia cari sokongan, katanya UMNO sudah jumpa satu orang Habib yang boleh dianggap sebagai paling power.
Dengar cerita orang UMNO sendiri, Habib yang baru ini sangat hebat mencatur politik.
Orang UMNO sendiri bercerita, Habib ini cekap menyusun rombongan ahli-ahli politik ke Jakarta. Susun perempuan. Tape kan insiden. Lepas tu pakai politik ugut.
Kita jangan terkejut, dalam parti kita pun ada game macam ini. SU Agung kena. Timb Presiden kena. Hati hatilah.
Katanya Habib baru UMNO ini rapat dengan dua/tiga orang pimpinan kita. Selalu duduk minum kopi. Malah ada yang kata, kalau Kerajaan perpaduan diwujudkan bagi menyelamatkan punggung Najib, Habib UMNO ini lah brokernya.
Ana tak kisahlah UMNO nak pakai Habib mana pun. Tapi kalau dan susun sampai bawak perempuan, janganlah bawa nama Habib tu. Buat kotor nama mulia ajer. Baik pakai nama…Tom ke. Sam ke.
Ana nak nasihatkan orang Pas, jangan sampai terpedaya dengan Habib baru UMNO ini. Bahaya. Jahanam parti.

“Setiap kali sedar beliau akan bertanya mengenai waktu solat dan minta diperdengarkan bacaan al-Quran oleh ahli keluarga,” tulis Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau menyatakan demikian menerusi facebook malam tadi mengenai perkembangan kesihatan ayahandanya yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Perkembangan Kesihatan Ayahanda

Petang dan malam ini, ayahanda berkeadaan baik. Para doktor berusaha memastikan ayahanda minum lebih banyak untuk menambah tenaga dan garam dalam tubuh yang agak menurun.

Beliau acap kali sedar, mampu bertanya khabar. Setiap kali sedar beliau akan bertanya mengenai waktu solat dan minta diperdengarkan bacaan al-Quran oleh ahli keluarga. Beliau beberapa kali menegur bacaan yang silap.

Ada antara tetamu yang hadir berpeluang berkomunikasi dengan ayahanda. Semasa saya bercakap dengannya, saya sampaikan salam daripada beberapa pemimpin parti dan negara yang menghubungi saya. Saya juga nyatakan bahawa seluruh rakyat Malaysia sedang mendoakan untuk ayahanda.

Ayahanda dalam wajah ceria menjawab, “Alhamdulillah, moga kembali sihat”.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
21 Januari 2015/1 Rabiul Akhir 1436H
1135 pm

————-

Syukur Alhamdulillah. Ana dan beberapa orang kawan-kawan pun tengah pakat nak ke Kelantan dan melihat sendiri keadaan TG. Moga perjalanan kami juga selamat dan dilindungi oleh Allah SWT.

Sementara TG berada dalam keadaan begitu, pemimpin utama negara sedang berseronok di Davos. Entah apa kerjanya kita pun tak tahu. Sembang kemas. Tak ada hasil pun. Keadaan ekonomi negara masih tunggang langgang.

Ana dimaklumkan, Najibirazak sudah siap nak meletakkan jawatan Jun ini. Kalau jadi, ana nak bagi pisang di 20 masjid. Tanda kesyukuran Malaysia diselamatkan oleh bangsawan kurang cerdik.

Sekali lagi, kita doakan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat akan diberikan kesejahteraan berpanjangan. Sihat dan tangkas minda untuk kita menang PRU14 nanti.

Takbir!

ALLAHUAKBAR!

Ana ucap tahniah kepada FAM, kerana berjaya menarik syarikat yang hebat, MP & Silva untuk mengurus bolasepak Malaysia. Memang hebat lah. Syarikat ini jaga punya banyak sukan seluruh dunia.
FAM yang terdesak nak cari dana, letakkan harga lebih RM1 bilion (15 tahun) kepada syarikat ini.
Bayangkan, ada juga syarikat yang nak letak dana sebesar itu dengan bolasepak Malaysia yang kedudukannya suam kuku? Pelik?
Tak perlu, sebabnya MP & Silva ini bijak nak buat duit. Ada yang pelik kalau MP & Silva cukup rapat dengan syarikat yang menjaga judi online. Disinilah MP & Silva buat duit. Online betting.
Inilah mudahnya cara nak buat duit.
Tidakkah ini bermakna bolasepak Malaysia akan terdedah kepada judi yang sistemik?
Siapa CFO Righster? Satu mamat saleh nama Niall Dore. Mamat ni biasa kerja dengan Betfair (online betting).
Tahniah. Inilah liberalisme FAM dan KBS – yang diterajui oleh KING OF LIBERALISM, Khairy Jamaluddin.
http://lifeofaannie.blogspot.com/
Ana jarang baca blog yang tulis dalam bahasa omputeh. My england is the very horrendous. Tapi bila bab politik, ana beranikan diri baca.
Blog kat atas ini adalah supporter tetap UMNO sampai mati. Dia pun risau dengan situasi perang sabil dalam UMNO. Tahap tikam tang belakang.
I have not been writing the past four days as I’m quite fed up with the worsening fight between the people of DS Najib Razak and those who oppose them from among pro-establishment supporters.

I was eating at a nasi kandar restaurant earlier in the evening when I saw the TV3’s report that opposition leader DS Anwar Ibrahim was offering “proof” of wrong doings allegedly committed by former finance minister Tun Daim Zainuddin.

Tun Daim versus Najib Razak
Pada ana, ini memang battle yang kita tunggu-tunggu ni. Memang mantap habis. Boleh berderai parti.
 
Sudahlah MIC pun bergaduh sakan. Kalau UMNO pun gaduh, kita dapat durian runtuh la. 
 
Kita sama-sama perhati situasi ini. Memang mengancam. Ana minta semua ahli PAS baca beberapa lagi blog yang pada ana memang boleh membantu kita.
 
Apanama
 
Outsyed the box
 
Another Brick 
 
Memang padu serangan mereka.

A political analyst has lent his support to the idea that PAS should not re-nominate Abdul Hadi Awang for the party presidency at its next elections.

Responding to a suggestion by a former PAS Youth official, Jeniri Amir of Universiti Malaysia Sarawak’s Social Sciences Faculty said the party needed a president capable of leading it through the changing times.

In an interview with Sinar Harian, Jeniri also said the PAS president had to be someone willing and able to strengthen the party’s relations with its Pakatan Rakyat partners.

The party elections are due in the middle of this year.

The proposal that Hadi be dropped came from a recent Facebook posting by former PAS Youth executive councillor Zulhazmi Sharif. He suggested that Hadi should instead by nominated to replace the ailing Nik Abdul Aziz Mat as the party’s spiritual leader.

————

Pada ana, orang macam Jeniri ini tidak ada harga diri. Kejap ke tepi. Kejap ke tengah. Kejap puji. Kejap balun. Kejap lambung. Kejap bentis. Kejap lompat. Kejap terkangkang.

Weii Jeniri, pemikiran ko ini ibaratnya macam kampungan sangat. Tak layak nak ulas pasal Pas. Ko elok jaga Sarawak sahaja. Tak perlu nak tunjuk bijak sangat, sedangkan ko tak lah bijak mana pun.

Soal Hadi jadi Mursyidul Am, Presiden atau Ketua Dewan Muslimat bukan kerja ko la pandir. Itu kerja kami dalam parti.

Tak payah beri komen murahan yang merosakkan macam ini. Pergi jahanam dengan engko punya teori.

Kami tahu apa kami buat.

Laman Berikutnya »