Februari 2010


Petang semalam, penulis singgah minum petang dengan beberapa orang Ahli PAS Gombak. Senang minum di Taman Melawati (Ad Deen); sebab dekat dengan rumah mereka. Aktivis parti kita di Gombak ini ramainya pesara kerajaan. Bekas Pegawai MARA. Bekas Guru. Bekas Polis. Ramai yang lanjut juga usia, tetapi bila bercakap mengenai perjuangan – mereka rasa macam orang muda. Penulis pun kongsi ‘semangat’ yang sama. Seronok duduk dengan aktivis dan ahli di peringkat bawah ni. Mereka lebih faham dan maklum dengan keperluan perubahan PAS. Soal pemimpin dengar atau tidak, soal kedua. Tapi mereka ini nyatanya, mahukan PAS lebih kuat dan mantap.
Majoriti mereka bersetuju dengan Presiden PAS – bahawa dalam isu sokongan Ahli Parlimen Kangaroo; kita mesti pertahankan Negara dulu. Sebagai Bekas Polis, Hj Rosley memang tak boleh dengar bab campur tangan asing ini. ‘Soal dia main bontot atau tidak itu kerja mahkamah nak buktikan. Yang dia orang nak masuk campur pasal apa?’. Tegas bunyi kenyataan Hj Rosley. Presiden kita betul – katanya; bahawa campur tangan tidak perlu. Semua benda mesti selesai dalam mahkamah.
Haji juga meminta agar kita jangan terlibat dengan kempen FITNAH 2. Buang masa, katanya. Nak buat apa, parti busukkan nama dengan kes sodomi dan liwat. Kita kena berikan tumpuan di Kedah dan Kelantan. Jangan sampai jadi masalah.
Seorang lagi pula, mengharapkan juga supaya PAS tak bergaduh sama sendiri. Dia pun runsing, macam PAS ni ada dua Presiden. Ana pantas nafikan, tak betul tu. Presiden hanya seorang. Tapi, soalnya, kenapa orang lain buat statement macam dia Presiden PAS. Ana tegaskan, dalam UMNO pun begitu. Kadang-kadang nampak Muhyiddin lebih baik daripada Najib. Biasalah. Ini soal imej dan pembawaan.
Tapi, dia menanyakan kepada Ana soal individu tertentu menyamakan Anwar dengan Perjuangan Palestin. Dulu kita ramai-ramai sokong usul Perdana Menteri Pak Lelah dalam usul Palestin. Ini soal bangsa. Ini soal agama. Ini soal Islam. Apakah ianya sama dengan soal kes liwat?
Ana tak dapat jawab bab tu. Tapi Ana setuju, kita mesti hati-hati buat kenyataan. Nak samakan Anwar dengan Palestin ni dah macam ‘jauh panggang dari api’. Individu tidak boleh disamakan dengan perjuangan umat Islam di Palestin. Palestin kita bercakap pasal kelangsungan agama. Liwat ni kita cakap atas perkara yang kecil dan jijik. Terlampau bersifat peribadi.
Kami pada dasarnya setuju – PAS jangan libat diri dengan FITNAH2. Yang nak masuk juga, wajar dikaji tindakan disiplin. Ini pandangan kita. Kalau pimpinan tak setuju. Tak mengapa. Tapi ramai ahli di bawah yang mahukan BERSIH daripada soal jijik kes liwat ini.
Terserah kepada pimpinan.
Advertisements

Kalau diikutkan pada mata kasar, sms yang penulis terima daripada Abang Man, PKR Permatang Pauh – hari ini PAS secara rasmi menjadi ‘anggota penting’ kepada kempen FITNAH II Anwar Ibrahim. Abang Man hantar sms, ‘Sheikh, enta sahaja yang tak datang. Mahfuz ada. Nizar pun ada’.
 
Setakat ini, kita belum dimaklumkan oleh pimpinan parti mengenai penglibatan PAS di dalam kes FITNAH II, SODOMI II dan LIWAT II ini. Banyak nama. Kes sama sahaja. Zakar masuk dalam dubur budak Sepol tu. Ana pun malas nak ulas lebih-lebih bab kes liwat ni. Bukan apa, ana geli. Ana rasa dan khusyuk sembahyang bila dok ingat orang tanya, ‘can i &^%$ you’ tu. Ana rasa ana tak tenteram.
 
Ana pun balas sms Abang Man, ‘Sheikh, ana bukan tak mahu datang. Jauh. Kalau dekat, ana pasti datang’. Bukan apa, bagi semangat dekat kawan-kawan kita. Walaupun parti kita tak terlibat, tapi disebabkan kita di dalam perahu politik yang sama; kita bagi semangatlah. Ana tak ada masalah, kalau Presiden PAS kata kita boleh terlibat dalam FITNAH II, ana sanggup turun ke KL. Bukannya susah, kita turun ramai-ramai. Syaratnya, Presiden kena beri arahan. Mursyidul Am, bukan tak boleh bagi arahan. Tapi elok kita dengar cakap Presiden lah. Sebab Presiden menang bertanding. Makanya, Presiden lebih afdal dan telah dibai’ah sebagai pemimpin. Hak lain, boleh bagi pandangan – tetapi jangan MEWAJIBKAN buat kami dengar.
 
Ana tak ada masalah dengan kehadiran Mahfuz dan Nizar. Dato’ Mahfuz, kalau ikut cerita Anak Bapak P Ramlee, adalah seorang yang banyak ‘warna’. Sekejap dia ke kiri. Sekejap dia ke kanan. Tetapi sebab Mahfuz pun di kalangan mereka yang menang, kita wajar ikut. Ini kira bai’ah kita dengan pemimpin. Walaupun ana tak mengundi Mahfuz.
 
Kehadiran Mahfuz dan Nizar, pada agakan Ana – adalah kerana mereka Ahli Parlimen. OKT di dalam kes liwat ini mestilah mahukan sokongan Ahli Parlimen. Kalau Australia boleh kumpul 50 tandatangan; takkan kita tak boleh. Mestilah lebih daripada itu. Ini soal maruah kita. Makanya, memang wajar wakil rakyat kita menyokong usaha mengambil tandatangan ini.
 
Soalnya, Presiden PAS kena tampil dan berikan ‘arahan’ bahawa kita terlibat dalam kes FITNAH II ini. Senang cerita. Lepas itu, ana bolehlah bertemu dengan Abang Man Permatang Pauh dan minta segala macam banner, mengenai kes FITNAH II. Kita boleh taburkan di kampung-kampung. Kita peningkan pak cik di kampung dengan bahan baru. Mereka asyik dapat bahan JASA, KEMAS – sampai otak naik tepu.
 
Kes Wanita Kena Rotan?
 
Apa pulak pandangan kita mengenai kes terbaru ni. Kita sokong atau tidak. Kalau tak sokong, macam tak kena. Sebab ini keputusan mahkamah Tinggi Syariah. Kita tegakkan Negara Islam; tapi bab rotan takkan kita nak sokong SIS.
 
Bab ini, PAS kena jelas dan pertahan. ROTAN adalah tindakan yang tepat. Kalau tidak zina akan bertambah dan menjadi aktiviti ‘biasa’ budak muda kita. PAS cukup sokong bab rotan merotan ni. Kita nak junjung Islam, mesti pertahan keputusan rotan.
 
Nampaknya, kita wajar mempertahan pandangan DS Menteri Dalam Negeri bab rotan ini. Biar Hisham dan Jabatan Penjara LIBAS semua pesalah yang terlibat. Janganlah LIBAS perempuan sahaja. Mamat yang ‘sedap’ tu pun kena libas juga. Baru adil. Ini tidak, sedap sama-sama; bab LIBAS pompuan sahaja yang kena. Mana boleh.

Satu perkara yang hebat mengenai TG Nik Aziz adalah kemampuannya mengambil keputusan yang tepat dan kena pada masanya. Saat Guan Eng kena serang di Pulau Pinang, dihina oleh orang Melayu/ separuh Melayu/mamak bendahara di Pulau Pinang mengenai perarakan, TG NA memberikan suatu ungkapan yang sangat nyata dan tepat; apa fadhilat dan kebaikan mengadakan perarakan? Apakah ianya sesuatu yang terlalu dituntut oleh agama Islam? Apakah ianya suatu ‘pillar’ kepada agama Islam?
 
TG NA membuat kenyataan yang benar. Ini bukan kenyataan politik. Yang Mamak Bendahara PP (termasuk Mamak Gila Kuasa Pasir Mas; Naina Berahim) sibuk nak serang Guan Eng ini kenapa? Dah tak ada modal lain? Itu belum masuk Naina Khairy dan Naina Father In Law Dollah Bedawi yang sibuk dengan surat itu dan ini. Apakah tidak ada ulama’ di IKIM yang menasihatkan mantan PM bahawa perarakan maulid ini tidak ada di dalam amalan Islam? Apakah ini suatu usaha memulakan bid’ah yang merosakkan pemikiran masyarakat Islam di Malaysia?
 
Ya, mungkin dulu kita gunakan perarakan sebagai ‘kaedah’ untuk menyatukan pemikiran masyarakat. Namun, ianya tidak wajar menjadi alat politik. Lepas baca QURAN ada pantomin. Melibatkan kaum wanita. Habis, thiqah majlis dibuangkan ke dalam longkang. Semua benda tak dijaga.
 
KIta gesa ulama’ IKIM untuk membaca buku-buku yang secara jelas membicarakan tentang isu bid’ah ini. Jangan ikut cakap mantan PM secara membuta tuli. Mantan PM mesti dinasihatkan dengan nyata dan jelas. Jangan bercakap soal hukum, kalau belum tentu sanad dan matannya. Janganlah kerana jadi Pengerusi IKIM, Mantan PM layak nak bercakap soal agama.
 
Setakat ini dua buah buku yang menjelaskan dengan terperinci berhubung dengan definisi ‘Bid

ah, iaitu oleh Abdul Hayy al-Lucknawi dengan kitabnya Tuhfatul Akhyar yang disyarahkan oleh muridnya, Shaykh Abdul Fattah Abu Ghuddah. Sebuah lagi ialah buku oleh Syed Abdullah Mahfuz al-Haddad bertajuk al-Sunnah wa al-Bidah.
Apakah Pak Lah dah membaca kedua-dua buku ini? Apakah ulama’ IKIM sudah jelas dengan syarah kedua-dua buku ini.

Soal mengadakan perarakan atau tidak ini adalah keputusan yang berlandaskan ‘maqasid’ yang ada . Kalau mengadakan perarakan, kemudian membuka jalan untuk berlakunya perkara-perkara yang HARAM, eloklah kita membatalkannya sahaja. Maka, Guan Eng betul dan tidak silap. Malahan, dia pula fikir lebih ISLAMIK daripada kita orang Islam. Macamana tu?

Cuba tanya Dr Asri mengenai ‘perarakan maulid’ ini. Wajarkah? Perlukah? Tidakkah ianya mendatangkan mudarat kepada masyarakat? Apakah bid’ah seperti ini dibenarkan dalam Islam? Kena tanya dia. Jangan ikut sedap mulut sahaja nak komen.

Apatah lagi, dalam ketika masyarakat kita berhadapan dengan belenggu ekonomi? Perlukah benda-benda bid’ah ini? Tidak merugikan? Berapa juta kita nak belanja nak bagi makan semua yang hadir? Berapa banyak belanja nak dikeluarkan untuk upah nasyid dan persembahan pentomin yang tak pernah berubah. Baikkah masyarakat Islam selepas berarak?

Apakah dengan berarak kita boleh selesaikan masalah anak luar nikah. Masalah zina. Masalah ketagih arak di kalangan muda belia kita. Tak selesai pun. Mereka masih begitu. Dah berpuluh tahun kita berarak – tak ada kesan baik pun.

PAS kena pertahan TG NA dan Guan Eng bab ini. Kita nak tegakkan Islam yang sebenar. Bukan tegakkan Islam yang penuh bid’ah dan amalan yang merosakkan. IKIM elok buat kerja lain yang berfaedah daripada masuk politik. Pak Lah pun….berehatlah. Jangan kucar kacirkan Negara lagi. Cukuplah merosakkan negara di bawah pemerintahan ‘3K’ yang lama. Pak Lah patut join Raja Petra dan Kalimullah di London…daripada sibuk nak jaga tepi kain Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kelantan…

Inalillahi wa inalillahi rojiun – Nizar tewas di Mahkamah Persekutuan. Keputusan 5-0 ini memang memeranjatkan. Hakikatnya, kita memang nak menang. Alasan dan asas perundangan yang kita bentangkan pun kuat. Tapi, inilah sebenarnya keadilan dunia. Kita tewas. Nak tak nak, kita kena terima hakikat kekalahan. Kita kena cari dan bina semula kekuatan kita di Perak. Tak boleh tidak.
Nizar walaupun adalah wajah yang ‘penting’ di Perak; kita memerlukan ‘wajah’ dan pejuang baru. Kita bukannya tak suka Nizar, tetapi ‘imej’ Nizar calar kerana terlalu sangat nak mengikut cakap orang Cina DAP. Ini kita kena akui. Ana pergi ke Kampung di Sitiawan. Kampung-kampung di sekitar Teluk Intan; ramai juga di kalangan orang Melayu yang benci sungguh dengan Nizar. Kita boleh kata, ini adalah disebabkan dakyah orang. Itu kalau kita bersikap ‘denial’. Ceh, cakap orang putih sikit. Hakikatnya, sampaikan abang mat jual apam balik pun dah benci Nizar. Padahal, dia adalah totok parti kita buat sekian lama.
Ana pun tanya dan selidik, apa sebenarnya yang mereka marah dengan Nizar. Pada mereka, Nizar kurang ajar dengan Sultan Azlan. Ini pandangan mereka. Nizar, kata mereka tidak selayaknya nak mempersoal keputusan Sultan. Mereka tak mahu Nizar terus menjadi pemain penting di dalam PAS Perak. Payah juga. Atas kertas, Nizar adalah pilihan kita. Rupanya, ramai rakyat yang tak suka.
Habis tu, siapa yang nak kita kedepankan? Kata mereka, tokoh yang mereka harap dapat membuka dan membawa lembaran baru di Perak adalah MUJAHID YUSUF RAWA. Ramai rakyat yang yakin dengan kapasiti dan kesungguhan anak muda ini. Walaupun asal Pulau Pinang, tetapi mereka menganggap Muja sebagai pemimpin yang perlu mengambil alih kepimpinan PAS di Perak. Sebab selalu kalah – mereka kata Nizar ini ‘suwey’. Ana mengucap panjang. Dalam Islam mana ada perkataan ‘suwey’ ini. Tak kena pada Ana. Akhlak orang kita pun dah semakin tipis agaknya.
Kata mereka, Nizar mesti direhatkan. Wajah Nizar mesti dikurangkan pada setiap masa. Tak perlu nak keluar dengan Cina laknat DAP terlal kerap. Cina DAP inilah yang membuatkan imej Nizar rosak teruk di Perak. Mamak Tambi Zambry bukan bersih sangat pun. Banyak juga cerita busuknya. Tapi Nizar ada ‘suwey’ kata seorang penyokong Cina PAS. Ana tak setuju, tapi dia kata BETUL.
Kita wajar terima kekalahan dengan hati terbuka. Tapi yang paling ana tak tahan, adalah kain rentang yang tertulis:
‘BILA KALAH IKUT ISLAM; BILA MENANG IKUT CINA’. Pada Ana, kain rentang ini melampau sangat bunyinya. Apa, puak UMNO ni dah tak ada akhlak ke? Dah tak ingat dosa pahala ker? Nak selar kita macam itu sekali.
Pada Ana, masa akan menentukan. Kita akan bangkit dan mencipta lebih banyak kemenangan.
TAKBIR!
PAS sudah menyatakan pendirian jelas bahawa TIDAK mahu terlibat dengan proses reformasi jalanan siri-2 di dalam kes sodomi Anwar. Ini keputusan yang telah dibuat di peringkat kepimpinan tertinggi. Di kalangan Presiden, Timbalan Presiden dan seluruh pimpinan dah sepakat bahawa PAS tidak ada kena mengena dengan kes sodomi ke 2 ini. Agaknya, PAS pun sudah mendapat gambaran sebenar daripada mantan Peguam Anwar yang dahulu, Haji Sulaiman mengenai kes yang kedua ini. Haji Sulaiman adalah antara peguam ‘Muslim’ yang berani mendokong perjuangan Sodomi 1. Tetapi setelah beberapa lama, setelah dibuka mata dengan bukti dan bahan kes; Haji Sulaiman jadi tidak karuan. Bila sembahyang istikharah, jawapan yang Haji Sulaiman dapat selalu ‘berbeza’ dengan perjuangan di hati. Nak buat macamana.
Lalu, kepimpinan PAS Pusat sudah membuat keputusan bahawa PAS tidak mahu terlibat dalam gerakan SODOMI 2. Kepada PAS, reformasi yang diasaskan kepada SODOMI 1 masih ada nilai politik. SODOMI 2 sudah jadi kes berat. Kes peribadi. Masalah yang Anwar cari sendiri. Kalau Anwar lepas, dapat membuktikan bahawa ‘beyond reasonable doubts’ bahawa TIDAK adanya LIWAT berlaku; PAS akan kembali kepada Anwar. Memang nampak macam opportunist, tetapi inilah politik. PAS kena jadi parti politik – bukan ‘kuda tunggangan’ setiap masa.
Nasaruddin Tantawi amat terperanjat dan kecewa dengan keputusan menggunakan MASJID WILAYAH sebagai base camp perarakan SODOMI 2. Kepada Nasaruddin, ini sudah ada tanda pihak PKR nak mempermainkan agama. Nasruddin dan Pemuda PAS tidak boleh terima dengan usaha ini. PEMUDA PAS anggap perarakan SODOMI 2 tidak perlu pada ketika ini. Pemuda PAS sendiri nak tengok proses mahkamah berlangsung dengan baik. Dengan adanya peguam pemerhati daripada International Court of Justice dan Commonwealth Law Association; kita percaya keadilan akan ditegakkan.
PAS menganggap kehadiran TG NA di hari pertama perbicaraan Anwar, air mata yang mengalir daripada pipinya – membayangkan bahawa kerjasama PAS dan Anwar berakhir di sini. TG NA menganggap tidak ada jalan lagi untuknya untuk menegakkan Anwar di kalangan orang PAS. Orang PAS dah tengok Anwar dengan ‘air muka’ lain ketika ini. Dah macam tak percaya bahawa Anwar sebegitu ‘maksum dan anggun’ daripada dosa dan petaka nafsu peribadi. TG NA anggap Anwar dah tempat maut politik sendiri. Kalau kes pertama itu masih boleh maaf; kalau kes 2 masih nak ‘ambil’ jambu – itu PENYAKIT HATI namanya.
PAS tak mahu nama baik parti ini terlibat dengan ‘nama’ sodomi dan liwat. Buruk benar rasanya. Parti Islam, yang didokong kumpulan ulama’ cuba nak mempertahan seorang SODOMIST. Inilah yang diperkatakan oleh kalangan pimpinan tertinggi PAS.
Beberapa hari ini, kenyataan TG NA bahawa PAS mahu mendekati UMNO mesti kita fahami dengan mendalam. Ini satu perubahan lanskap. Akhirannya, PAS hanyalah sebuah PARTI POLITIK. Parti politik mesti ada kuasa. Mesti ada jawatan. Kalau tidak, kita dianggap GAGAL. Kita gagal menyumbang kepada rakyat. Sudahnya, rakyat tolak kita.
PAS akan bersikap neutral dalam kes ini. PAS nak tengok kebenaran berlaku. Kalau Anwar lepas. Kita syukur. Kalau tidak, PAS kena kekal sebagai pembawa obor perjuangan ISLAM. Itu kita tak boleh nak elak. Tanpa Anwar pun, perjuangan PAS tetap sama. Anwar hanya pemangkin. Bukan penyebab utama. Anwar hanyalah alat; bukan akhiran kepada perjuangan. Kita harap rakan PR faham bab itu.
PAS tak mahu terlibat dalam perarakan jalanan SODOMI 2. Ini bukan lagi soal REFORMASI. Ini sudah jadi kisah SODOMI semata-mata. PAS tak mahu terlibat. PAS nak duduk masjid dan buat amal. Mana yang kita dah menang, PAS nak beri khidmat. Kita tak nak lagi jadi pengikut bodoh kepada perjuangan SODOMI. Ini bukan REFORMASI. Ini dah jadi peribadi. PAS dah melepasi tahap boleh diguna-gunakan mana-mana pihak.
Maaf ya akhi….kali ini PAS nak bersendiri.
Pagi tadi, ramai juga yang bertanya kepada ana samada dapat bersama di Mahkamah Jalan Duta untuk menyaksikan kes Anwar Ibrahim. Ana memang dah lama tak berapa minat dengan kes ini. Lagipun ana cukup yakin bahawa kes ini akan bertangguh lagi. Jadi, ana malas nak pergi. Lagipun, tidak ada arahan pimpinan mengenai kehadiran kita di dalam kes liwat ini. Nak pergi pakai kopiah pun macam rasa tak seronok.
Memang betul, Rosli Ibrahim ada sms ana. Minta ajak kawan-kawan PAS bersama di mahkamah. Ana tak balas pun. Dalam hati Ana, kenapa PAS nak beria. Sedang ini kes dalam kain PKR. Waktu TG NA kena serang oleh UMNO/BN – tak ramai pun kawan PKR yang sokong kita. Tambah panas lagi ada. Tambah petrol lagi ada. Baling percik api lagi ada. Ini semua kehebatan kerja PKR. Ana malas nak balas sms Rosli Ibrahim. Biar dia pergi jaga saudara mara dia.
Tapi yang buat ana terperanjat; bila dapat sms kedua Rosli Ibrahim. Dia kata, TG NA hadir di mahkamah. Baru lepas bersalam dengan Anwar. TGNA menitiskan air mata. Ana terperanjat. Sepanjang kes Anwar 1998, TGNA sentiasa mengambil langkah hati-hati. Tak nak hadir di mahkamah kerana menjaga imej parti PAS. Kalau orang ingat kita dengan imej liwat, PAS tidak akan ada masa depan. Kata TGNA. Ana ingat lagi. Itu diucapkan dalam salah satu majlis penerangan di Bagan Lalang. Ana hadir mewakili kawasan ana.
Kenapa TG NA hadir. Ana tak faham. Ana serahkan kepada kebijaksanaan TG untuk tentukan. Tapi bila Rosli mengatakan TG NA menangis. Ana naik marah. Ana sms semula kepada Rosli.
‘agaknya TG merasakan Anwar bersalah. sebab itu dia menangis sheikh’. Rosli tak balas sms ana.
Soal samada pemimpin kita pergi atau tidak – itu soal lain. Biarlah mereka nak pergi atau tidak. Tetapi, kita d peringkat bawah dah jelas: Kes SODOMI 2…PAS TIDAK mahu terlibat langsung. Sudah diputuskan. Tapi TG pergi juga.
Pasti ramai jamaah kita di bawah – yang hairan dengan sikap TGNA. Biarkan mereka hairan. Yang pasti, kita dah jelas – PAS tak mahu jadi sebahagian SODOMI 2. Tangisan TGNA lebih kepada ‘simpati’ dengan ANWAR YANG GAGAL MENAHAN NAFSUNYA….mungkin.