Ada kawan-kawan dalam Pas yang risau juga bila Najib kena tekan kanan dan kiri mengenai RUU yang TGHH baru bentang di Parlimen. Kacau bilau. MCA marah. MIC marah. Gerakan marah.

Bila semua orang marah, Najib nampak semakin lemah. Kalau Najib lemah, kita akan susah bergantung. Kalau Najib kuat, kita tumpang kuat. Kalau Najib lemah, kita pun jadi tak tentu hala.

Dalam sejarah UMNO, Najib seorang Presiden yang paling sayang kepada Pas. Najib lah yang memberi kita bantuan kewangan bila diperlukan. Najib juga yang jadi tempat mengadu pemimpin kita bila kurang bajet nak buat sesuatu.

Zaman Mahathir dan yang lain, jangan harap. Pas ini macam sampah. Zaman sekular Tunku Abdul Rahman, Pas ini macam jahat sangat dilayannya. Macam kita ini musuh kerajaan UMNO.

Tapi zaman Najib, kita dilayan baik. Kita diangkat sebagai sahabat. Sampaikan RUU Persendirian pun disokong oleh kerajaan. Mantap sungguh.

Soal Najib dengan kawan-kawan BN dia yang kurang cerdik, kita biar Najib selesaikan. Mudah sahaja tu.

Segala monyet seperti Tiong Lai, Mah See Keong, Wee Ka Siong, Subramaniam ini semua gila duit. Najib tabur duit. Selesai masalah.

Najib beri jawatan, mereka pun happy.

Pandai Najib lah nak kencing kawan-kawan dia.