Ada kawan-kawan dalam Pas yang risau juga bila Najib kena tekan kanan dan kiri mengenai RUU yang TGHH baru bentang di Parlimen. Kacau bilau. MCA marah. MIC marah. Gerakan marah.

Bila semua orang marah, Najib nampak semakin lemah. Kalau Najib lemah, kita akan susah bergantung. Kalau Najib kuat, kita tumpang kuat. Kalau Najib lemah, kita pun jadi tak tentu hala.

Dalam sejarah UMNO, Najib seorang Presiden yang paling sayang kepada Pas. Najib lah yang memberi kita bantuan kewangan bila diperlukan. Najib juga yang jadi tempat mengadu pemimpin kita bila kurang bajet nak buat sesuatu.

Zaman Mahathir dan yang lain, jangan harap. Pas ini macam sampah. Zaman sekular Tunku Abdul Rahman, Pas ini macam jahat sangat dilayannya. Macam kita ini musuh kerajaan UMNO.

Tapi zaman Najib, kita dilayan baik. Kita diangkat sebagai sahabat. Sampaikan RUU Persendirian pun disokong oleh kerajaan. Mantap sungguh.

Soal Najib dengan kawan-kawan BN dia yang kurang cerdik, kita biar Najib selesaikan. Mudah sahaja tu.

Segala monyet seperti Tiong Lai, Mah See Keong, Wee Ka Siong, Subramaniam ini semua gila duit. Najib tabur duit. Selesai masalah.

Najib beri jawatan, mereka pun happy.

Pandai Najib lah nak kencing kawan-kawan dia.

Advertisements
Ana kadang-kadang tak faham dengan taktik politik jamaah kita ni. Lembut sangat hati. Mudah sangat terhibur. Bila PM Najib pergi jumpa TG Haron Din, bukan main lagi dalam Whatsapp minta kita cepat-cepat bersatu dengan UMNO dan tentukan PRU14 kita jadi Timbalan Perdana Menteri.

Ana tak tahu siapa punya idea kita akan dapat jawatan TPM. Mahu ke UMNO bagi kita jawatan TPM tu. Orang dia nak letak kat mana. Takkan senang macam itu sahaja Jawa Bagan Datoh nak undur diri sebab kita. Turki Johor takkan nak tengok sahaja.

Sebab itu, pada ana kita jangan buat spekulasi berlebihan sangat. Bawa bertenang. Kalau PM nak lawat dan cium kaki Tok Guru pun, belum tentu kita nak bersatu macam itu sahaja. Mesti ada syarat yang betul.

UMNO kena beri komitmen takkan bertanding melawan kita di semua kawasan Parlimen. Itu baru satu contoh.

Baru boleh cerita pasal kesatuan. Bukan main henjut sahaja.

Kalau betul dapat jawatan TPM, bonus.

TPM dalam tradisi biasa, akan jaga banyak juga agensi. Kita boleh buat banyak perubahan. Tak boleh kurang daripada itu.

Kita akan ikut Tok Guru. Kalau kena bersolidariti, solidariti lah kita.
Belum pun seminggu, dah macam-macam jadi dengan deklarasi rakyat. Punyalah teruk strategi sampai bersepah jadinya cerita deklarasi ni. Kejap nak jatuhkan Najib. Kejap nak naikkan Mukhriz. Kejap nak lepaskan Anwar. Kejap nak bersatu. Kejap tak nak.
Watak paling tak boleh blah, Ku Li. Kejap kata sokong. Lepas kena warning siapa terlibat akan kena pecat, mulalah nak konar. Kata tak terlibat.
Itu belum lagi tengok Madame President PKR yang entah macam meroyan jenis apa. Sibuk dengan cerita laki dia.
Bagus juga Pas tak masuk awal. Macam-macam cerita yang membuatkan cerita politik makin hanyir dan busuk.
Perkara ini berlaku sebab orang Tun M sendiri tak tahu nak susun strategi. Main rempuh dan belasah sahaja. Akhirnya, hancur lebur idea dan gagasan.
Tun M yang sekarang bukan Tun M yang dulu.
Sekarang dah kurang power. Lenyor.
Nampaknya belum pun Pas mengambil keputusan nak bersama dengan Najib Razak, sudah ada pihak yang cemas dan risau. Takut seluar tertanggal dan hilang jawatan?

MCA tak perlu risau sangat, sebab kita pun tak buat keputusan apa pun. Petang ini ada Multaqa Al Azhar, katanya akan bertemulah Hadi dan Najib Razak.

Pas memang dari dahulu biasa hidup sendiri. Kalau tak ada Anwar pun Pas hidup. Kalau tak ada Ku Li pun Pas hidup. Kalau tak ada Najib Razak pun, Pas tidak akan mati. Yang sudah semakin nazak, rasanya orang lain.

Kita tak desperate. Kita biasa-biasa sahaja.

Kalaupun kita nak bersama anak Razak, sebab maslahah ummah. Bukan sebab lain.

Kalau berkawan dengan anak Razak ada mendatangkan untung, kenapa tidak. Kita tak perlu bermusuh dengan semua orang pada setiap masa.

Kita serah sahaja kepada Presiden menentukan jalan politik.

Anak Razak perlukan kita lebih berbanding kita perlukan dia.

Pas tak ada masalah. Kalau nak berkawan, buat cara berkawan. Hudud mesti beri lulus. Bukan tangguh.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghulurkan “tali silaturahim” kepada Pas untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya.

Najib, yang juga Perdana Menteri melahirkan rasa gembiranya kerana Pas tidak lagi bersama pakatan pembangkang selepas “disepak dan diterajang keluar” oleh rakan-rakan pembangkangnya.

“Maka saudara dan saudari…kita di dalam UMNO, berasa lega, malah gembira, apabila Pas kini tidak lagi bersama dengan parti pembangkang.

“Dengan hati yang terbuka dan nubari yang merdeka, kita hulurkan tali silaturahim, kita hulurkan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariatnya,” katanya dalam ucapan dasarnya semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Walaupun UMNO mendambakan perpaduan ummah namun Najib menegaskan, apa yang paling utama dan paling mustahak adalah untuk menyokong kesatuan serta solidariti dalam UMNO itu sendiri terlebih dahulu.

Pertelingkahan secara terbuka di antara Pas dengan rakan-rakan PR terutamanya DAP berlaku sejak kebelakangan ini terutamanya di negeri-negeri diperintah pembangkang seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Hubungan Pas dengan rakannya dalam PR semakin meruncing berikutan penubuhan parti Amanah yang diterajui bekas-bekas pemimpin parti itu yang mendapat sokongan kuat Dap.

Baru-baru ini, Pas mengisytiharkan parti itu sebagai parti pembangkang di Pulau Pinang berikutan tindakan kerajaan negeri itu yang dipimpin Dap memecat 300 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam kalangan anggota Pas.

*************

Bukan main Presiden UMNO lamar kita open-open. Tak main selindung langsung. Memang cowboy punya stail. Biasa cowboy ni, bila lepas lamar, dia nak “main” teruih. Tak tunggu dah.

UMNO nampaknya memang sungguh nak kepada kita. Macam kita ni anak dara lah. Tengok body kita slim. Pungkok baik. Dada merecik. Bibir tu dia merah menyala.

Nafsu UMNO pun on.

Ana nak minta kita semua hat-hati dengan permainan cowboy UMNO ni. Depa ni jenis buruk laku. Nafsu kuda. Nak up setiap masa.

Berkawan boleh. Tapi jangan sampai jadi barua.

Pada ana, tindakan yang mula nak sekat akses kepada laman web dan akhbar, adalah permulaan kepada siri ketakutan Pahlawan Bugis kepada pendedahan demi pendedahan mengenai 1MDB. Ramai yang dah mula kena tangkap.
Bila Malaysia nak cipta sejarah; PM pertama dalam sejarah Malaysia ditangkap dan didakwa di Mahkamah di atas kesilapan tadbir urus. Ana tak sabar. Memang inilah yang kita tunggu-tunggu. Kalau jadi, ana nak sedekah pisang kepada jamaah masjid. Ini memang sejarah Malaysia paling unggul.
Jangan salahkan SR dan The Edge. Cuba tengok orang kanan kiri yang jadi punca. Najib tak usah nak berlagak macam Pahlawan sangat sedangkan telor dah kecut macam buah kana.
Ana diberitahu, ada beberapa firma guaman di UK yang sudah mula siap-siap untuk membantu Najib dalam berdepan dengan sebarang tindakan guaman.
Ada beberapa firma yang disebut sudah dipanggil:-
– Norton Rose Fulbright
– Linklaters
Mereka ini sudah siap untuk mempertahan Najib Razak.
Sampaikan dah ada peguam khas yang akan ambil kes 1MDB ini. Hafarizam ini kira macam back up sahaja. Kes ini sudah jadi internasional.
Kalau UMNO masih bodoh nak pertahankan Najib, ada harapan kita akan menang dalam PRU akan datang.
Pilihan untuk UMNO makin sempit.
Buang Najis. Opps, Najib. Baru ada harapan.
Ana sokong penuh tindakan yang dibuat oleh Mursyidul Am Pas yang cepat untuk menidakkan kes songlapisasi wang yang melibatkan Najib Razak. Pada ana, langkah ini memang strategik dan tepat.
Ketika mana ramai orang UMNO nak sailang Najib, kita ambil keputusan untuk pertahan. Barulah ada istilah persahabatan. Itu dianya.
Kita sokong Najib bukan membuta tuli. Ada sebab dan alasan. Najib, seburuk mana pun dia, adalah seorang Muslim. Itu sebab nombor satu. Dia bukannya orang kapir. Dia Muslim. Kita mesti sokong orang Islam, apatah lagi serangan ini melibatkan media asing yang mempunyai niat jahat.
Kedua, kita mungkin tak tahu, ada ketikanya, duit 1MDB digunakan untuk memajukan parti kita juga.
Cuba tanya orang seperti Ustaz Nasharuddin Mat Isa, yang sentiasa sahaja mendapat bantuan dan laba berkala daripada Pejabat PM. Katanya ratusan ribu sekali collect. Pastinya ada yang tumpah kepada orang kita.

PAS hari ini dilihat mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada skandal terkini susulan pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai aliran wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi beliau.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia memetik Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang menyifatkan dakwaan WSJ itu tidak logik dan menggesa siasatan dilakukan terlebih dulu.

Katanya, jika seseorang individu hendak mengambil dana awam untuk tujuan tertentu, dia akan menggunakan akaun sulit dan bukannya menerusi akaun peribadi.

– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/haron-din-pertahan-najib-tuduhan-wsj-tidak-logik#sthash.0doXeyey.dpuf

Kalau pemimpin kita, Pas di Kelantan dan Pulau Pinang pun pandai pakai akaun sulit, takkanlah Najib tak tahu. Tak logik lah.
Ana puji langkah cepat Mursyidul Am dalam hal ini.
Baru kena cara.
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar;
Hutang budi, pertahan 1MDB. Reti?