Mac 2009


Kenyataan ramai pimpinan PAS membuatkan kita, sebagai penyokong PAS akar umbi berasa cukup sangsi. Apakah kenyataan-kenyataan ini bagi memberikan imej ‘underdog’ ataupun memang kita tidak berasa yakin dengan kemenangan? Ini adalah dua perkara yang sangat berbeza.
“UMNO dapat semangat baru, gandingan Najib, Muhyiddin dan Zahid” – kata KJ (PAS)
“Anggota parti tidak boleh leka. Kita ada sebab tertentu mengapa mencalonkan Nizar” – Ustaz Nasa
Kedua-dua kenyataan di atas membayangkan dua spektrum nilaian politik berbeza. KJ (PAS) jika ditakdirkan Anwar Ibrahim menjadi Presiden UMNO pada suatu ketika dahulu; nescaya tidak akan berada dalam PAS. KJ (PAS) pastinya akan menggunakan seluruh ulama’ dunia – seperti al-Qaradawi, Fathi Yakan dan sesiapa sahaja untuk menidakkan perjuangan Islam PAS. Trend ini kita maklum, sudah mula di IKD pada suatu ketika. Anwar mahu melihat PAS sebagai sebuah parti yang ‘irrelevant’ dalam perjuangan Islam. Itu cita-cita KJ PAS dan IKD.
Kenyataan KJ PAS adalah sesuatu yang sangat mendukacitakan. Sejak bila kita perlu takut dengan saf kepimpinan UMNO? Sejak bila Najib, Muhyiddin dan Zahid beri mereka kekuatan? Atau ini adalah kenyataan ‘cari makan’ dan ‘cucuk jarum’ untuk Pak Sheikh kembali kepada UMNO? KJ PAS dijadikan jambatan. Kenyataan-kenyataan tidak yakin lagi merisaukan rakyat/penyokong PAS ini tidak diperlukan pada ketika ini.
Ini cukup berlainan dengan kenyataan Ustaz Nasa. Sebagai Timbalan Presiden, bunyi kenyataan Ustaz Nasa ada sedikit macam pejuang asli. Pejuang yang tidak takut dengan kekuatan lawan, tetapi lebih mahu menjaga kekuatan sendiri. Ini membawa kebaikan kepada kita.
Mohon pimpinan PAS, tengok semula ‘kiblat perjuangan’ KJ PAS ini. Kita takut, dalam hatinya masih terpaut dengan perjuangan UMNO. Kita takut, dia masih mengimpikan untuk berada di Perhimpunan Agung UMNO bagi membantu bossnya yang sudah macam gila talak bila UMNO bersidang. Resah tidak tentu hala.
Kita bukannya parti calang-calang. Kita bergerak di atas landasan Islam yang hakiki. Kita mendapat bantuan luar biasa daripada Allah SWT, insya’Allah – selagi kita jujur dengan perjuangan kita. Jangan kita cepat sangat nak menyerah kalah dalam perjuangan. Ini bukan nilai PAS. Itu nilai UMNO. Apakah KJ PAS nak bersama dengan KJ UMNO? Apakah KJ PAS ada perancangan dengan KJ UMNO nak terbalikkan PAS?
Harap pimpinan dapat hati-hati dengan Setiausaha Agung PAS kita ini. Kemaruknya untuk kembali dalam pelukan UMNO bukannya perkara baru. Dia rapat dengan Muhyiddin. Rapat dengan Zahid. Rapat dengan Zambry Kadir. Ini semua kisah ‘pertautan’ politik lama yang boleh merosakkan PAS. Jika perlu, PAS memerlukan Setiausaha Agung baru, lakukan segera.
Kenyataan SU Agung kita ini tidak memberikan kesan positif malah merosakkan lagi peluang kita di Bukit Gantang. Apakah ini suatu usaha ‘sabotaj dalaman’ yang cuba dilakukan? Apakah ini suatu usaha untuk merosakkan kekuatan politik kita di Perak? Apakah ini membayangkan bahawa pimpinan kita masih belum tenang dengan ‘kekeliruan’ dalam membuat keputusan.
Mursyidul Am PAS pun sudah terima pencalonan Nizar. Beliau restu. Apa lagi yang perlu diungkit. Soal dia pilihan siapa: Presiden atau Mursyidul Am tidak penting. Kita perlu mula berada di dalam kawasan Bukit Gantang.
Untuk KJ PAS: ‘blog ini akan memerhatikan anda’. Kita akan bersalam dan bertegur sapa di Bukit Gantang – dan ana akan nyatakan di hadapan batang hidung anta – bahawa anta tidak bersungguh dalam perjuangan.

Ramai juga kalangan rakan-rakan yang tak setuju dengan tajuk di atas. Bukan nak mengutuk parti sendiri – namun sebagai sebuah parti Islam; kita perlu juga mengamalkan prinsip muhasabah. Tak salah kan. Sebagai manusia biasa, kita mungkin melakukan kesilapan. Namun, mungkin kita bernasib baik kerana kesilapan kita diselindungi oleh ‘nilai umum’ parti kita sendiri yang bersih dan vakum daripada imej rasuah.

Penulis sengaja meletakkan tanda soal; sebagai menampilkan sikap ‘rendah diri’ bahawa kita juga terbuka dengan kesilapan dan kemungkinan untuk menafikan kebenaran. Kita kena akui, waima sebagai parti Islam sekalipun; kita tidak pernah sunyi daripada kesilapan dan dosa. Nak kata PAS bersih tulus daripada dosa seluruhnya mungkin suatu kenyataan yang melampau. Kita bukan nabi.

Justeru, blog ini sedikit tidak setuju dengan fakta yang dibentangkan Dato KJ (KJ PAS; bukan KJ Pekembar). KJ dalam PAS; Kamaruddin Jaafar. KJ membandingkan politik dalaman PAS dengan pekembar. Itu sudah tak betul.

PAS, kata KJ (Pas) sangat bersih daripada elemen rasuah dan tumbuk rusuk. PAS memerintah Kelantan selama hampir 20 tahun – tanpa sebarang insiden rasuah yang melibatkan pimpinan kita. Tidak ada ‘select committee’. Tidak ada SPRM. Tapi PAS memimpin dengan murni dan luhur. Tapi untuk mengatakan kita BERSIH TOTAL daripada lumpur noda – adalah suatu yang tidak benar. Pemimpin kita pun, ada yang kena tangkap ‘wet’. Wet caught. Tangkap basah. Mak aii….pemimpin PAS kena tangkap basah. Itu adalah mimpi paling ngeri. Tapi ini cerita lama.

Apa yang blog ini maksudkan – kita perlu berpada-pada dalam menyerang pihak lawan. Jangan menampilkan kita sebagai parti yang tidak ada dosa langsung. Itu tak betul. Kita manusia biasa. Kita ini adalah khalifah Allah SWT di muka bumi; namun kadangkala – kita juga melakukakan kesilapan.

KJ (Pekembar) sudahpun memenangi jawatan Ketua Pemuda. Kita patut bersyukur dan berterima kasih. Nampaknya, perwakilan parti Melayu itu sudah memberikan bola tanggung kepada kita. Imej KJ (pekembar) bagaikan bangkai di dalam parit. Busuk. Buruk. KJ (pekembar) adalah liabiliti kepada parti Melayu tersebut.

KJ (Pas) pun bukan bersih sangat. Waktu mengetuai IKD, KJ (Pas) kerjanya menyamun duit untuk mengadakan banyak siri Asian Renaissance. Semua hotel lima bintang. Fathi Yakan – seorang ulama’ pernah dibayar hampir RM30,000 untuk setengah jam berucap! Ini kes benar. Depan mata.

Baik dalam pekembar mahupun dalam parti kita sendiri – orang nama KJ memang kena jaga-jaga. Mereka ini licik. Agenda mereka kadangkala tidak disangka-sangka. Ada sahaja pelan untuk menjulurkan untung politik peribadi. Takpun, memastikan untung politik boss lama. Semua ini boleh berlaku.

Kita dalam PAS kena hati-hati dengan usaha KJ kita. KJ mereka, kita serahkan kepada mereka. Apa agaknya jadi asas 307 perwakilan memilih KJ pekembar. Ada la tu. Ada la tu. Ada la tu..

Kita kena jaga halaman parti kita. Depa ada KJ; kita pun ada KJ.

Kita ingat kerajaan kita dah jadi sangat terbuka dan internasional. Penuh dengan nilai keterbukaan. Penuh dengan cita-cita untuk membuka jalur demokrasi yang baik. Sayangnya, keputusan KDN adalah suatu usaha yang sangat regresif dan kebelakang.

Apa sebenarnya yang kerajaan takutkan. Harakah hanya dibaca oleh orang kita. Oleh ahli kita. Oleh kalangan mereka yang percaya dengan perjuangan PAS. Yang faham dengan usaha membina negara Islam. Yang takut tu pasai apa? Yang mereka takut dengan bayang-bayang sendiri sebab apa?

Kita rasa, ada sesuatu yang silap dengan keputusan kerajaan kali ini. Menuju ke saat-saat nazak kepimpinan Pak Lah, KDN mula nak tunjuk garang. Syed Hamid dah tidak ada modal lain dalam pertandingan pekembar. Harakah jadi mangsa. Memang kurang ajar sungguh si Syed Hamid ni. Kita pulak dijadikan mangsa politik dia. Kenapa tidak buat keputusan minggu depan. Kenapa tidak buat dua bulan lalu? Kenapa tidak buat lama dahulu?

Kita sedih kerana ini semua membuktikan kerajaan cukup takut dengan keterbukaan. Konon sahaja sebenarnya terbuka. Wujudkan SPRM – akhirnya jadi alat politik. Wujudkan Suruhanjaya Kehakiman – pun lantik kalangan kroni. Mula memimpin dengan agenda keterbukaan; dah nazak – mula nak tutup semula. Entah apa agaknya yang Pak Lah fikirkan?

Mustahil Perdana Menteri ‘Masa Kecederaan’ – tidak tahu dengan penarikan permit Harakah dan Suara Keadilan. Di mana nasihat Pak Lah? Lupa – Perdana Menteri ‘Masa Kecederaan’ pergi Kuwait waktu itu. Syed Hamid pun pandai.

Harakah sebenarnya bukan membawa agenda politik yang kotor. Harakah menjadi alat membina minda dan fikrah perjuangan. Harakah selalu menulis perkara yang benar dan membina. Sebagai ‘check anda balance’ kepada kebodohan media perdana. Puji semata-mata. Mana ada yang salah. Semua betul. Rakyat mana boleh percaya jika sebuah kerajaan itu betul semua. Orang putih kata – it’s too good to be true. Samalah juga dengan pakatan rakyat – kalau salah, harakah akan kata salah.

Apa KDN ingat dengan tutup harakah sekalipun, mereka mampu mengenepikan usaha rakyat mencari maklumat dan data sebenar. Bagaimana nak halang internet. Bagaimana nak halang blogs dan website. Justeru, apa yang dibuat oleh KDN adalah amat bodoh dan bengap.

Akhirnya, kepimpinan membuat keputusan mencalonkan YB Ir Nizar untuk menjadi calon PAS di Bukit Gantang. Alhamdulillah, banyak pihak merasakan ini sebagai pilihan yang amat tepat dan mampu membawa bukan sahaja kemenangan – tetapi kemenangan besar luar biasa kita di Bukit Gantang. Pemilihan Nizar menjelaskan lagi sikap kepimpinan yang menginginkan kehadiran Nizar di peringkat yang lebih tinggi. Agaknya, memang sudah tertulis di Luh Mahfuz – bahawa Nizar menjadi Ahli Parlimen dan bukannya Menteri Besar lagi. Ini satu tindakan yang amat sedar diri dan berpijak di bumi yang nyata.
Keputusan ini sekaligus menafikan pandangan Tuan Guru Nik Aziz yang menidakkan pencalonan Nizar atas pelbagai alasan yang kadangkala tidak munasabah. Biasalah, akhir-akhir ini Mursyidul Am banyak berceloteh dengan benda-benda furu’ yang merosakkan sedikit imej parti. YAB Tuan Guru, Husam dan jentera politik Tuan Guru sepatutnya lebih mampu menerima tindakan strategik Presiden parti.
Dengan tercalonnya Nizar – jentera PAS di Bukit Gantang mampu menggunakan ‘undi simpati’ sebagai strategi utama. Ramai yang sedih dengan tindakan kerajaan Perak terhadap Nizar. Kita kena print banyak-banyak gambar Nizar keluar daripada kediaman MB – dengan beg galas dan botol susu anak. Mesti orang Bukit Gantang sedih.
Kita kena minta Nizar bawa anak isterinya ke peti-peti undi. Menceritakan insiden memalukan yang mereka terpaksa lalui. Gambar Nizar depan kediaman MB. Gambar Nizar bawah pokok. Gambar Nizar berpeluh menunggu depan SUK.
Semua ini strategi dan penting untuk meraih undi. Soal samada Nizar akan mampu memberi khidmat yang baik ataupun tidak; tidak penting. Yang penting, kita mahu menang. Fikrah ‘menang’ ini yang tidak ada pada YAB Tuan Guru Nik Aziz.
Haji Hadi mempunyai gaya pemikiran yang lebih strategik dan terkehadapan. Dalam soal calon PAS di Bukit Gantang ini misalnya, pilihan Hadi amat tepat dan pasti membawa kemenangan.
Kita semua perlu menerima pilihan Presiden dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Tidak ada gunanya kita mempersoalkan keputusan Presiden kita sendiri. Kita mahu memberi sokongan penuh dan memastikan kemenangan besar PAS di Bukit Gantang. Ini adalah matlamat yang tidak boleh kita ketepikan.
Nik Aziz perlu menerima keputusan ini dan BERHENTI membuat kenyataan yang tidak membantu parti di TV3. Jangan termasuk ke dalam jerat permainan media kerajaan. Jangan terlalu angkuh dengan istilah ‘nakhoda’ kepada parti. Presiden mesti dibenarkan memimpin dengan gayanya sendiri. Jangan ada yang ganggu.
Husam perlu ingat, riwayat politiknya – jika mahu diperpanjangkan, mestilah cepat membina jambatan dengan kepimpinan Haji Hadi. Husam ada bakat. Ada karisma. Tetapi jika berada di tempat yang salah; Husam akan kecewa. Husam perlu bantu Hadi semaksimum mungkin. Perlu keluar daripada kepompong pemikiran Nik Aziz dan rakan-rakanya yang lain.
Dalam PAS – kem politik tidak terlalu jelas dan merosakkan. Namun, kem masih ada. Orang Hadi lawan Orang Nik Aziz. Semuanya berlaku dalam kelambu. Kita perlu bulatkan hasrat untuk memenangi Bukit Gantang. Tidak ada pilihan lain. Lawan….tetap; lawan!
PAS akan mengumumkan calon Ahli Parlimen Bukit Gantang malam ini. Kita buat ceramah perdana, sekaligus memperkenalkan calon kepada pengundi Bukit Gantang. Kalau ikut ‘mood’ pengundi atas kertas – rasanya kita insya’Allah akan memperoleh kemenangan. Tanda-tanda ini bukannya kerana kita terlalu kuat – tetapi ‘arus pemikiran’ rakyat bersama dengan kita.
Kalaupun ada satu dua isu yang memerlukan pemerhatian dan penerangan yang bersungguh: adalah melibatkan Kerajaan Campuran dan siapa nakhoda sebenar dalam PAS? Kalau Presiden bukan nakhoda; rasanya kita ini sudah nak kembali kepada sistem politik di Iran. Kita ada ‘pemimpin agama’. Yang diangkat menjadi setaraf ‘Ayatollah’. Ini agaknya yang nak kita perjuangkan.
Memang betul, kocak dalam PAS; bukan macam gelagat politik parti Melayu yang lagi satu. Cara dan kaedah kita untuk berselisih faham, ada adab. Ada nilai agama. Bukan semberono. Bukan main balun sahaja. Kita ada amalan politik yang bersih dan berintegriti. Bukan macam karenah Ali Katili yang sogok merata perwakilan untuk menang jawatan. Kita tidak ada budaya ini.
Isu Kerajaan Campuran – mesti kita perjelaskan kepada pengundi Bukit Gantang. Ramai juga yang ‘confused’ – kalau kita parti Islam; yang memperjuangkan persaudaraan seagama – apakah agaknya halangan untuk kita bersatu dan bekerjasama dengan orang lain – khususnya yang seagama dengan kita? Yang ada alim ulama’ tolak bagai nak rak ni kenapa? Di mana salahnya kita untuk bercampur atau li-taarafu dengan orang lain? Berdosa? Fatwa mana? Ayat mana?
Lagi satu isu besar adalah soal ‘PKR’ yang lebur imej dan rosak kredibilitinya. Dengan kes kuari di Pulau Pinang. Timb Ketua Menteri yang letak jawatan. Dengan Badan Perhubungan Negeri PKR yang kelam kabut. Kita sudah tidak boleh menaruh harapan kehadiran PKR di Bukit Gantang beri kelebihan kepada kita. Takut kehadiran mereka menghilangkan undi. Takut ceramah mereka buat orang benci.
Yang nyata, budaya politik PKR ini memang ‘2 X 5’ dengan parti yang kononnya ‘keramat’ itu. Manakan tidak, semuanya berasal dari ‘tong najis’ yang sama (gunakan perkataan Siddiq Fadhil masa Anwar masuk Pekembar) dahulu. Kita pun tahu, Anwarlah yang menjadi pemula politik kotor dalam pekembar. Semua pakai duit. Sekarang ini, dia nak amalkan budaya sama dalam PKR. Rosaklah jawabnya.
Kita minta Presiden PAS memberikan mesej jelas kepada pemimpin PKR untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka sebelum ke Bukit Gantang. Orang kita di Pulau Pinang ada maklumkan, Pekembar sudah mula merapati Fairus. Bukan sebab Fairus boleh jadi aset. Tetapi Fairus boleh jadi alat mereka untuk bantai kita. Mahu tidak mahu, sebagai bekas Timbalan Ketua Menteri – Fairus pun banyak tahu tentang perkara dalam ‘kain’ PKR. Bahaya.
PAS mahu menang di Bukit Gantang dengan bergaya. Dengan ‘bergaye’ kata orang Perak. Tapi kalau PKR ada ‘najis’ yang merosakkan; kena bersihkanlah. Ini sudah kira najis mughalazah. Najis rasuah. Boleh ke kita amal ‘samak politik’? Macamana nak buat? Anwar boleh tanya Wadah (jentera ABIM).
PAS mahu menang di Bukit Gantang atas kekuatan kita sendiri. Minta maaf, bukan takbur – tetapi si Towkay BSN (banyak skandal juga ni) pun kita mampu kalahkan. Ismail Sapiyan – walaupun bersih; kita pun tahu luar dalam dia. Hampir juga tinggalkan Pekembar waktu kalah bertanding Ketua Bahagian. Boleh tahan juga permainan politik wangnya dalam pekembar. Kita dengan cerita sahaja.
Kalau kita nak menang – kita kena main dua-dua. Defensive dan Offensive. Baru menjadi. Kita defensif dengan isu Raja; kita defensif dalam isu Pokok Berhala; kita defensif dalam isu kerajaan campuran.
Kita serang (offensive) dengan isu Ali Katili (orang Bukit Katil) dan ‘Anak Menantu’. Orang mesti dengar cakap kita. Orang mesti percaya bahawa ini semua petanda ‘pekembar akan ditalkinkan’ di Bukit Gantang.

Tajuk akhbar Sinar Harian hari ini amat mengejutkan. Memang Tuan Guru Nik Aziz tidak bersetuju langsung dengan usaha Kerajaan Campuran yang dilakukan oleh sebahagian kecil ahli parti kita. Mana tidaknya, muktamar sudah mengambil keputusan untuk tidak bekerjasama – tetapi Haji Hadi nak usahakan sesuatu yang lain. Ustaz mana pun akan marah. Tok Guru manapun akan melenting. Ini sudah melanggar keputusan muktamar.

Kepada blog ini, mudah sahaja. Sebagai Presiden Parti, Haji Hadi perlu mempunyai kelebihan untuk menentukan halatuju parti secara keseluruhan. Sementara kewujudan jawatan Mursyidul Am penting – tetapi Presiden tetap menjadi individu yang menentukan hala arah sebuah perjuangan. Mursyidul Am boleh bagi nasihat; tapi tak perlu bidas dengan perkataan dan memek muka yang menyebabkan orang parti sendiri sakit hati.

Sebagai Mursyidul Am – Nik Aziz sepatutnya punya kebijaksanaan untuk membawa isu ini secara ‘dalaman’. Ini tidak, TV3 menjadi alat untuk merosakkan imej parti kita. Dengan komen yang jelas menidakkan nilai ‘Presiden’ yang ada pada Haji Hadi – gambaran yang ternampak kepada masyarakat seakan kita ini sedang berantakan sangat. Janganlah begitu. Bagila muka kepada Presiden kita. Berilah Haji Hadi ruang untuk memimpin PAS dengan baik.

Inilah yang jadi kepada parti Pekembar. Pak Lah jadi Presiden/Perdana Menteri – tapi yang berkuasa di belakang adalah Tun Mahathir. Sibuk menasihat ke hulu ke hilir. Sibuk memberi pandangan yang tidak diminta. Akhirnya Pak Lah jadi seorang pemimpin yang tak ‘visible’. Tak ada kredibiliti. Tak ada itqan.

Marilah kita, sebagai penyokong parti menasihatkan Nik Aziz untuk melakukan konsentrasi kepada Kelantan. Jangan nak libatkan diri dengan politik nasional. Soal Kerajaan Campuran adalah usaha dan inisiatif Presiden kita. Haji Hadi mesti kelihatan punya ‘kuasa’ untuk membuat keputusan. Kadangkala dalam parti, kita mesti ada ‘keberanian’ membuat keputusan. Kita tidak perlu terikat dengan keputusan muktamar. Kalau setiap kali dalam perang – nak kena rujuk kepada Mursyidul Am payah juga. Tak bergerak kita dibuatnya.

Kita menyanjung tinggi ulama’ dan nasihat mereka. Tetapi dalam soal yang melibatkan perjuangan parti yang strategik – kita perlukan kepimpinan yang berani dan mendahului masa.

Dalam kes ini – ramai juga di kalangan kita yang menyokong Haji Hadi. Harap Presiden parti dapat meneruskan hasrat yang besar ini.

Ramai juga di kalangan ahli kita yang tak bersetuju dengan tindakan PR mendewa-dewakan pohon demokrasi di Perak itu. Bukan apa, kita takut dengan tahap ‘taklid’ sesetengah penyokong kita, mahunya ada yang terlalu menggila menganggap pokok itu menjadi segala-galanya. Pokok demokrasi. Pokok perjuangan rakyat. Pokok bukti perjuangan demokrasi. Namakanlah apa sahaja – tapi kita perlu berhenti daripada menjadi ‘gila isim’ dengan pokok ini.

PAS jarang bermain dengan unsur simbolisme yang mungkin merosakkan akidah dan kepercayaan. Itu pantang larang nombor ‘wahid’ kepada kita penyokong PAS. Kita tidak boleh syirik. Kita tolak segala-galanya yang menyekutukan perjuangan dengan Allah SWT. Kita janganlah hendaknya ikutkan ‘gila’ DAP dan PKR di Perak nanti. Buatnya orang tuduh kita rosak akidah – masak kita.

Manakan tidak, bersungguh benar mantan MB Perak menyambut hari lahir di bawah pohon demokrasi. Aik, sampai macam itu. Tidakkah ada orang alim yang menasihatkan Nizar agar tidak diperbodohkan oleh puak Ngeh dan Sivakumar. Nizar takkanlah boleh terfikir sampai begitu sekali. Siap ada kek yang bertulis ‘Hidup Rakyat’ lagi. Cukup sensasi sambutan ulangtahun Nizar kali ini.

Sekadar mengingatkan pandangan alim ulama’ tepian di dalam PAS – mereka cukup merasakan kecil hati dan tidak gemar dengan tindakan Nizar akhir-akhir ini. Ini termasuklah sambutan harijadi yang diadakan di bawah pokok demokrasi semalam. ‘Udah-udahler kita menyanjung pokok’, kata Haji Budi (Imam sebuah masjid di Selangor). takut kita menggalakkan penyokong kita menyanjung pokok, tegas beliau lagi. Rosak akidah dan akhlak nanti. Tak kena dengan perjuangan parti kita nanti.

Blog ini hanya menyampaikan pandangan kalangan alim di dalam parti kita. Pandangan mereka Harakah tak mahu dengor. Tulisan mereka Harakah tak mahu keluarkan. Sama sajer nampaknya Harakah dengan Utusan. Asyik nak jaga punggung pemimpin gamaknya. Habis, orang macam kita – siapa nak jaga? Pandangan orang macam kita – siapa yang nak dengor dalam PAS? Atau sudah tidak penting lagi?

Kekesalan warga veteran (penyokong kuat PAS) mesti kita dengar sama. Jangan anggap mereka tidak penting dalam perjuangan. Mereka inilah yang selalu turun ke bawah, mencuci segala tohmahan politik di bawah. Di peringkat akar umbi. Tapi, bila perkara-perkara yang melibatkan sensitiviti parti – pandangan mereka jadi terpinggir. Ini tidak elok untuk parti. Tidak baik.

PAS kena kekalkan sikap kita kepada orang lama yang banyak membantu kita selama ini. Mereka tak setuju PAS jadi kemaruk untuk mendewakan pokok demokrasi. Pada mereka, buang masa dan boleh menimbulkan keraguan di kalangan umat. Kalau dah tahap sambutan ulangtahun pun buat bawah pokok – ini sudah melampau dan rosak teruk. Ini sudah kemaruk tahap ‘dewa’ – kata mat rempit sekarang ni.

Oleh yang demikian, sukalah blog ini menyampaikan pandangan para alim, kalangan imam dan bilal masjid – untuk PAS tidak menjadikan pokok demokrasi sebagai ‘berhala politik’ zaman pasca moden ini. Biorler puak DAP dan PKR jadi penyembah berhala – kita jangan. Kita kena kekalkan akidah dan akhlak kita.

Jangan marah – sekadar mengingatkan. Bukankah itu juga satu tanggungjawab?

Laman Berikutnya »