Disember 2010


Beza yang nyata antara Presiden PAS dan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah keberanian kita untuk bercakap perkara benar; walaupun mungkin ianya pahit untuk diterima dan ditelan. Ini beza. Kerana perjuangan kita ke jalan Allah SWT; kita tidak takut nak beritahu umum bahawa Pakatan Rakyat masih belum elok dan wajib diperbaiki. Inilah namanya perjuangan yang jujur dan ikhlas.

Kita cakap terus terang. Prinsip Negara Islam belum selesai. Kita masih menunggu DAP dapat menerima Negara Islam secara keseluruhan dan tanpa syarat. Jangan cakap tentang perlembagaan sahaja. Mesti terima Negara Islam; prinsip dan amalannya secara keseluruhan. Bukan pilih-pilih dan ambil yang sesuai sahaja. Tak elok begitu. Sebab itu apabila TG Haji Hadi bercakap dengan ikhlas soal Negara Islam ramai yang dapat terima. Ana tengok twitter Elizabeth Bogel pun dia terima. Malah Elizabeth Bogel sendiri terpesona dengan ucapan TG Haji Hadi. Inilah yang ana katakan – tidak salah kalau nak bercakap benar.

Kita jangan sorok-sorok masalah. Kalau ada masalah; ada pekung kita kena tangani. Bukan sorok.

Ana puji sikap keikhlasan TG Haji Hadi untuk kembalikan wacana Negara Islam ini. Jangan kita tinggalkan. Inilah perjuangan asal kita. Kalau kita tolak ansur bab ini; hormat orang kepada kita akan hilang. Jangan cakaplah pasal negara berkebajikan; kalau negara Islam kita pinggirkan. Tak kena. Tak sesuai.

Pengerusi DAP Karpal Singh menegaskan bahawa partinya  terbuka kepada rundingan dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat  mengenai  isu Malaysia sebagai  negara Islam.

Karpal berkata beliau tidak lagi mahu Umno-Barisan Nasional  memutarbelitkan isu negara Islam untuk melaga-lagakan pemimpin PR, khususnya DAP dan PAS.

Beliau  menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan  mempertahankan Perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya. 

“Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara.  Soal bersabit Negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus,” kata Karpal.

Ini kali pertama Karpal membuat ketetapan sedemikian dan menzahirkan permuafakatan yang semakin kukuh antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat.

Eloklah Karpal dah terima dan sedar. Ini bukan soal runding. Ini soal terima dan amal. Kalau PR angkat Islam; ana yakin – kita akan dapat menang pilihanraya dengan baik.

“Negara Islam ialah negara yang berada  di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahananya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim”.

Advertisements

Ana nak ucap tahniah kepada kalangan YB PAS yang dapat menjaga perasaan dan tidak terjerumus di dalam permainan gantung di Parlimen. Alhamdulillah. Pada ana, dalam pada kita mendokong Pakatan Rakyat; janganlah sampai kita kena gantung tugas. Pada ana, ianya tidak elok untuk parti dan rakyat.

PAS memang antara penyokong kuat PR. Tapi dalam permainan provokasi di parlimen ini bukan kerja kita. Ada kawan-kawan ana dalam PKR yang sudah mula tuduh PAS tak berani nak bersama dalam kemelut Parlimen. PKR ada. DAP ada. PAS? Ana kata, ini bukanlah permainan politik yang mendatangkan kebaikan. Malahan, boleh mendatangkan masalah jangka panjang. Ana rasa, tak perlulah kita nak bersama kena gantung.

Angkat manila kad, tulis kangaru, tulis parlimen rubber stamp – kita boleh buat. Tak ada masalah. Tapi nak gantung; nak biarkan suara pengundi tak kedengaran di Parlimen itu macam permainan budak budak. Ana diberitahu oleh seorang YB PAS, memang ada tekanan untuk salah seorang YB PAS kena gantung. Mahfuz antara nama yang diminta untuk terbabit. Tapi, ana lega – sebab YB PAS tak ikut cakap dan arahan merosakkan macam ini. Kalau nak main politik pun; biorler ceredik sedikit. Jangan le main ikut ajer.

Ana puji cara dan kaedah yang dibuat oleh timbalan presiden PAS. Bijak. Bersama dalam sidang media. Tapi tidak mengikut sahaja permainan politik rakan PR. Ini bijak.

Maksudnya : “Empat perkara, barangsiapa yang memiliki kesemuanya maka dia adalah munafiq yang sebenar dan barangsiapa yang memiliki salah satu daripadanya maka dia telah memiliki salah satu daripada sifat munafiq dan dia kekal memiliki ciri-ciri munafiq sehingglah dia meninggalkannya: apabila diberi amanah di khianat, apabila berkata dia menipu, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila bermusuhan dia berlaku jahat”.
(Shohih Muslim – Hadis ke 88)

Kita jangan khianat dengan amanah yang diberikan oleh rakyat.

Allahuakbar!

Ana sikit pun tak heran dan rasa ngeri, cemas dan takut dengan pendedahan Wikileaks. Tak langsung. Pada ana, kalau kita tak salah – apa yang kita nak takut. Soal pandangan Lee Kuan Yew (yang sangat menghormati TGNA) adalah soal peribadi. Soal yang tak perlu kita nak bahas secara menggila. Biaq pi. Kata orang Kedah.

Wikileaks ni menjadi masalah kepada PAS. Lee Kuan Yew pun takkan ada perkara buruk untuk kutuk kita. Waktu LKY datang ke Kota Bharu; kita layan dia macam raja. Kita duduk berbual. Kita bincang masalah politik. Kita bincang dengan Kuan Yew cara nak menangani politik UMNO. LKY kenal sangat dengan UMNO. LKY lawan UMNO masa UMNO dalam proses nak tubuh pun. Kalau LKY masih muda; dan PAS lebih dinamik macam sekarang – PAS akan cfrm akan sokong PAP masa ada di Malaysia.

Apa celanya dengan LKY? Masalah dengan orang UMNO ni, kalau Singapura sahaja – LKY sahaja; semua kita libat dengan kemiskinan Melayu. Kita libat tentang bagaimana Melayu Singapura tidak dapat pendidikan. Ini semua strategi UMNO nak menakutkan Melayu.

LKY ada kongsi bagaimana PAS boleh jadi lebih kuat dan mampu nak lawan dengan UMNO. Ana tahu, sebab waktu itu ana ada akses ke pejabat MB Kelantan. Sekarang dah tak ada. Ana ada sewaktu Kuan Yew kata – kekuatan UMNO ini sudah semakin lemah dan goyah.

Ana cukup minat dengan Kuan Yew. Pada ana, kalau dapat PM Cina macam Kuan Yew pun ana tak kisah. Pada ana, Kuan Yew ini otaknya jauh lebih mulia daripada otak Che Det. Otak Kuan Yew lebih sesuai dengan PAS. Otak kuan Yew lebih elok daripada ramai otak pemimpin kerajaan yang dok ada ni.

Ana cuma nak minta satu – Kuan Yew mesti bantu kita. Bantu PAS daripada banyak sudut. Buat kursus politik kepada kita. Beri kita peluang untuk jadi lebih kuat. PAS yang kuat akan memberikan kesan kepada Kuan Yew dan Singapura. PAS lebih dinamik dan mampu menjalankan perniagaan dengan integriti. PAS bawa imej Islam yang baik.

Ana nak ucap selamat berjuang kepada kawan2 PKR dalam isu Wikileaks. Kenalah selesai. Orang PAS pun ada yang dah mula ragu kes liwat ni….ana masih tunggu. Apa lagi pendedahan Wikileaks dan Menteri Mentor Singapura.

TERKINI. Beberapa pegawai SPRM dikatakan hadir ke rumah Arifffahmi, anak menantu TGNA pagi tadi. Awal pagi. Ana dapat sms daripada seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan kira-kira jam 3 pagi. Rumah mantan CEO PMBK sudahpun dijengah oleh SPRM. Nampaknya, banyak kotak-kotak yang telah dipungut oleh SPRM. Termasuklah beberapa laptop yang menjadi kegunaan Ariff sewaktu menjadi pemimpin di PMBK.

Ana terduduk. Ana termenung. Ana risau dan khuatir dengan bala dan malapetaka apa lagi yang akan mendatangi kita. Ana terus sms beberapa rakan-rakan rapat; dan setuju untuk terus keluar ke Masjid Salahuddin Al Ayyubi Taman Melati, bagi menjayakan solat hajat agar Ariff tidak berhadapan dengan masalah yang besar. Ana bukan sayangkan Ariiff sangat. Waktu dia jadi CEO PMBK, apa yang pernah dia bantu ana dan rakan-rakan? Tak ada! Ada sekali, kami mohon PMBK untuk taja perjalanan ke Kemboja; lapan bulan surat tidak berbalas.

Ana tak suka sangat Ariff; tapi ana risau dengan isu yang dapat dikaitkan dengan TGNA yang tidak sihat. TGNA ana sayang. TGNA ana hormat. TGNA ana tak sanggup nak ketepikan begitu sahaja.

Ariff memang mendatangkan masalah kepada kepimpinan TGNA dan PAS seluruhnya. Sewaktu dalam PMBK; banyak perkara yang merisaukan telah mula menjadi masalah. Dalam pada kita gelakkan Mat Tempe Selangor; rupa-rupanya kita pun ada masalah. Anak menantu yang tak sedar diri. Duduk bergelumang dengan kekayaan PMBK: tanpa rasa malu dan segan.

Dalam pada itu, ana nak minta rakan-rakan kita doakan Ariff Fahmi dan TGNA secara bersama. Kita jangan tinggalkan anak menantu; ketika mana kita berdoa agar ALLAH SWT mengurniakan kesihatan berkekalan kepada TGNA. Soal Ariff adalah soal lain. Dia rasuah. Dia jawab.

Kita harap kotak-kotak yang dibawa SPRM tidak melibatkan TGNA. Kita tak mahu TGNA jadi mangsa rakus anak menantu. Kita tak mahu TGNA jadi masalah dengan perangai Ariff Fahmi. Ana nak doakan mereka sekeluarga beroleh keamanan. Jangan ada gangguan.

Ramai juga di kalangan penggerak parti PAS di Sabak Bernam urut dada apabila membaca tindakan DAP Selangor melantik ‘Azman Masri’ sebagai AJK DAP Selangor. Kita pun tak tahu nak persoalkan siapa….nak persoalkan agenda DAP; atau nak persoalkan lemahnya iman Melayu bernama Azman Masri untuk menyertai DAP. Inilah agaknya sebahagian daripada budaya baru politik. Melayu. Islam. Tapi belum tentu nak menegakkan syiar Islam. Melayu. Islam. Tetapi belum tentu nak bersama dengan kita di dalam PAS. Ini hakikat politik.

Azman Masri ini hanyalah contoh kecil bahawa akan lebih ramai Melayu-Islam yang akan ‘terikut ikut’ dengan politik DAP. Kita nak kata apa. Kita dokong juga DAP dalam PR. Tak apalah. Akhirnya nanti, tanggungjawab kita adalah melakukan dakwah agar kurang Azman Masri lain yang sanggup bersama dengan DAP.

Strategi sama sakan DAP laksanakan di Perak. Khabarnya, ramai juga jelmaan Azman Masri yang akan dipilih, dilatih, dididik, dibina sesuai dengan pemikiran DAP. Ramai lagi. Termasuklah beberapa orang Melayu-Islam yang akan dibawa sampai ke peringkat MB DAP.

Ana malas la nak cakap pasal kesan tindakan ini kepada PAS. Apakah DAP masih tak mahu terima Nizar lagi? Apakah DAP dah hilang percaya dengan politik Islam PAS? Apakah DAP sudah mempunyai jalan sendiri.

DAP jangan cari pasal dengan kita. Di Perak, tanpa adanya bendera BULAN; jangan harap wakil rakyat DAP nak rasa jadi Kerajaan. Ngeh dan Nga jangan nak tinggal kita sampai macam itu sekali. Biarlah melayu duduk dalam PAS. Apa salahnya…

Kita tak boleh nak kata apa – sebab ini adalah strategi mangkuk hayun Cina Bukit dalam DAP. Depa dah tak boleh nak terima kita jadi lebih baik daripada mereka. Selama beberapa bulan kita memimpin di Perak; selama itu jugalah DAP rasa kecewa dengan banyak keputusan yang dibuat. Walhal….mereka sendiri yang buat keputusan.

Ana harap pemimpin PAS bawa isu ini ke sidang yang lebih tinggi. Kalau Melayu/Jawa macam Azman Masri bersama DAP; apakah nasib PAS? Tapi kalau Azman Masri bawa agenda dakwah….insya’Allah kita akan berjaya.

Salam. Semalam ana sempatlah meluangkan masa dengan rakan-rakan di DUN Khir Toyo. Kalau tuan/puan biasa dengan markas kita di sebelah sana; memang sebelah orang kuat UMNO tersebut. Kita tak persoalkan samada Khir memang buat atau tidak apa yang dibuat. Kalau dia buat; biarlah hukuman itu ditentukan di Padang Mahsyar…kita ni tak berapa layak nak tentukan salah atau tidak. Siapalah kita. Kita bukan sempurna.

Tapi, apa yang ana terkejut dan terpejanjat; kalangan orang kita di kampung ramai juga yang menghormati Khir sebagai seorang individu. Khir memang budak kampung yang baik. Itu mereka tak boleh nak nafikan. Lebih menarik lagi; ada dua tiga orang kawan-kawan kita di kampungnya yang dibawa sama mengerjakan umrah! Mungkin guna duit rasuah; tapi yang penting membayangkan Khir ini tidak terlalu mengenepikan orang PAS.

Ana termenung….bagaimana seorang ahli politik boleh ambil sikap macam itu punya terbuka. Jumpa orang kita. Hormat. Beri salam. Tegur sapa. Tidak sombong. Bertepuk tampar. Ana memang kalah dengan orang yang begini. Maknanya, Khir ini memang punya pengaruh di kampungnya. Itu kita kena hormat dan berikan pujian.

Ana suka ingatkan kalangan Exco Kerajaan Negeri, YB-YB PAS supaya tidak cepat seronok dengan kes Khir Toyo. Kalau Khir boleh kena macam itu; jangan ingat kita selamat. Jangan lupa dengan kes PMBK di Kelantan yang belum settle. Jangan lupa isu-isu rasuah YB kita yang belum diketahui umum.

Ana nak ingatkan; bahawa setiap daripada kita tak sempurna. Kita boleh buat silap. Kita boleh tersasar jauh daripada kepimpinan Islami yang kita selalu bangga-banggakan. Nampak zuhud…tetapi mengumpul kekayaan. Hati-hati.

Sebagai penyokong PAS – kita mesti sentiasa menambah ilmu. Imu yang berkat.

Ilmu yang berkat adalah senjata yang paling digeruni oleh syaitan. Umar bin al-Khattab pernah melewati satu lorong kemudian beliau berjumpa Rasulullah SAW, Baginda pun bersabda: “Sesungguhnya syaitan lari daripada laluan Umar, kerana takut kepadanya.”

Seorang yang berilmu bijak membentengi dirinya daripada hasutan syaitan dan hawa nafsunya. Ia bagaikan memiliki indera keenam yang mampu mengesan setiap gerakan zahir dan batinnya.

Benarkah apa yang dilakukannya atau salahkah jalan yang dilaluinya? Semuanya disebabkan ilmunya yang berkat dan bermanfaat. Ingatlah sabda Rasulullah SAW: “Manusia yang mendapat azab paling keras pada hari kiamat ialah orang yang tidak mendapat manfaat dari ilmunya.” (Hadis riwayat Imam al-Tabrani dan al-Baihaqi)

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan kenyataannya sebelum ini bahawa bukan Melayu, seperti penasihat DAP Lim Kit Siang, boleh dilantik sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum akan datang.

“Saya ingin bertanya: Mengapa kita menafikan sebarang warga negara yang mempunyai kemampuan dan keupayaan, termasuk Lim, hanya kerana dia seorang Cina?

==============================

Ana sengaja ambil tajuk daripada Malaysiakini bagi kita kalangan penyokong PAS untuk menilai kenyataan Ketua Umum PKR ini. Seperti yang ana ungkapkan sebelum ini; kita tidak ada masalah pun kalau Cina jadi TPM. Kita OK. TG Nik Aziz pun kata OK. Apa ada hal. Kita tak kisah bab-bab jawatan ini. Ini semua ‘dunia’ belaka yang membuatkan kita leka.

Tapi soalnya, apa pula kedudukan kita di mata Anwar pada keseluruhannya. PAS ini apa ‘tahapnya’. Apa level kata orang muda? 

Jangan pulak dalam pada kita buka ruang kepada Cina jadi TPM; dalam masa yang sama kedudukan Islam jadi payah dan susah. Itu yang kita tak mahu. Kalau Cina boleh jaga orang islam; boleh jaga masjid; boleh jaga agama Islam dengan baik….WHY NOT? Cehwah…cakap omputeh.

Kita memang percaya, Kit Siang, Guan Eng memang lebih berintegriti berbanding kalangan ahli politik Islam pun. Yang dalam PAS pun ada perangai buruk lebih daripada Cina macam Kit Siang dan Soi Lek. Ada….jangan tak percaya. Ana kata ada. Kita jangan anggap semua ahli kita ‘ahlul jannah’ belaka. Kita pun parti politik juga. Mana kita nak control semua orang.

Laman Berikutnya »