April 2010


Alhamdulillah, dapat juga ana naik kapal terbang untuk ke bandar Sibu ini. Seronok pergi tempat baru. Ana memang tak mampu kalau nak pergi sendiri. Nasib baik ada pimpinan yang sudi nak taja ana. Dapat berjalan sekejap ke Bumi Kenyalang ini. Yang pasti, jauh bezanya apabila DAP mengendalikan jentera pilihanraya di Sibu ini. Semuanya nampak tersusun. Pimpinan PAS dilayan dengan cukup baik dan kemas. Tidak mengenepikan kepentingan PAS langsung. Sewaktu menjejakkan kaki ke Sibu; dah ada pegawai DAP yang tunggu. Siap dengan kereta. Siap dengan kunci bilik hotel dan sejadah yang dah tersedia di atas katil. Hebat jentera DAP. Sewaktu hari nak beransur petang; ada juga pegawai yang telefon ke bilik; samada mahu mengerjakan sembahyang di masjid/surau berdekatan. Masya’Allah, layanan istimewa sungguh. Beza bagai langit dan bumi dengan layanan PKR di Hulu Selangor. Sebab kita orang masjid, pakai serban – terus suruh kita puasa demi perjuangan. Kurang hajaq. Di Sibu ana rasakan semangat muhibbah yang sebenar. DAP anggap kita macam rakan kongsi politik. Bukan pencacai pencari undi. Bukan tukang sorak yang tidak ada fikiran. Mereka libatkan dan minta pandangan kita tentang strategi pilihanraya; walaupun tahu PAS tak biasa menang banyak undi di kawasan Cina. Setakat boleh sahaja. DAP anggap ahli PAS, termasuk macam ana ini seperti saudara seperjuangan sungguh. Pagi tadi kami dibawa melawat pejabat ADUN (yang juga calon) DAP. Hebat. Lengkap dengan data dan statistik. Ada koordinasi yang baik dalam menentukan masalah rakyat dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat. Kita kena belajar banyak daripada DAP. Soal kempen. Soal isu. Soal perang psikologi. DAP pandai gunakan isu untuk mendapat sokongan. Ahli tidak ramai, tapi ramai yang meyakini perjuangan DAP. Pernah kita fikir kenapa? Agaknya, sewaktu Rasululllah SAW menyuruh belajar sehingga ke Negara China (turut menggambarkan bagaimana orang Cina berpolitik). Cekap dan hebat. Strategik. Kita sendiri rasa kagum. Ahli Parlimen Kuching yang jadi ‘Pengarah Jentera’ di Sibu sentiasa mengumumkan kehadiran kita di Sibu. Dia anggap kita macam ahli keluarga DAP. Tak macam PKR yang anggap kita macam sampah dan tidak penting. Memang seronok berada di Sibu. Tak rasa macam di Hulu Selangor. Tak rasa macam pemerintahan kuku besi PKR. Pimpinan/ahli DAP adalah mereka yang amat menghormati dan menghargai PAS. PKR….tidak sama sekali. Alhamdulillah, ana akan gunakan lawatan ini sebagai lawatan menambah ilmu gerakan politik. Seronok bergaul dengan DAP…daripada PKR yang gemar bermusuh sama sendiri.

Advertisements
Pengalaman berkempen di P094 Hulu Selangor menjagar ana dan rakan-rakan PAS banyak perkara. Kita mesti menyelesaikan banyak ‘khilaf’ antara kita di dalam Pakatan Rakyat mengenai soal pertanggungjawaban dan kerjasama. PAS hadir memang tidak sekuat biasa. Kita akui. Sebab? Mudah sahaja, sebab kami susah nak satukan ‘pemikiran’ bila terkenang gaya hidup dan kenyataan zaid menentang perjuangan Islam sebelum ini. Letih kita dibuatnya. Nak ceramah pun dah tak berapa semangat.
Waktu kami buat kunjungan ke kawasan-kawasan FELDA; satu sahaja yang ditanyakan oleh pengundi. Sejauh mana PAS tahu Zaid dah bertaubat dan tak minum? Itu soalan yang susah kita dalam PAS nak jawab. Kita bukan Tuhan, tahu syurga dan neraka. Kita bukan Tuhan, nak terima taubat atau tidaknya seorang Muslim yang lain. Bila mereka tanyakan soalan itu, jawapan standard kita adalah – berilah peluang buat Zaid merubah dirinya. Jawapan mudah dan tidak meyakinkan.
Kehadiran TG NA memberikan sedikit kekuatan. Tapi kesilapan YB Hasan Ali membacakan khutbah tanpa selawat telah merosakkan banyak perkara. Ramai jamaah yang merungut dan rasa tidak puas hati. Kenapa agaknya PAS jadi terlalu mudah lupa dengan urusan Tuhan? Kenapa pimpinan PAS menjadi terlalu alpa dengan tugasan biasa yang kita lakukan di masjid/surau.
Amaran DYTM Tuanku Sultan sudah merosakkan banyak pelan dan perancangan kita. Kenapa baru sekarang? Kenapa DYTM Sultan tidak kisah ketika kita berkampung di Masjid Al Azim Pandan Indah selama ini. Kenapa kita dibenarkan berkempen di Masjid al-Khairiah AU3 keramat? Kenapa kita dibenarkan untuk melakukan itu di banyak masjid/surau di Selangor; sedang Tuanku sibuk ingin campur tangan di dalam kes hulu selangor. Janganlah campur urusan pilihanraya. Ini urusan politik. Tuanku tak perlu nak masuk campur. Tapi kerana BN cemas, Tuanku nak membantu agaknya. Kita kecewa. Tapi, tak apalah. Tuanku dah ambil titah begitu.
Kawasan FELDA memang masalah kepada PKR; tetapi tidak kepada PAS. Peneroka terima kita. Mereka layan dengan baik. Tapi sebab calon kita dah ‘rosak’; maka tak boleh nak kata apa. Kalau Dr Halili agaknya; kita menang mudah di FELDA. Itupun keputusan PKR. Apa kita nak buat?
PAS kena cari jalan nak memperbaiki kemampuan politik kita ketika ini. Sibu, kita tak payah la campur sangat. Kerana terlalu ramai Cina. Jadinya, kita biarkan pemimpin kita sahaja yang pergi. Kita elok duduk jaga masjid/surau semula di seluruh Negara.
Kalah kepada YB Kamala yang tak ada nama ni memang mengecewakan. Siapa Kamala? Kita pun tak pernah kenal. Tapi PKR masih kalah. Kita masih kalah. Kecewa memang kecewa sangat. Tak tahu apa nilai iman orang di Hulu Selangor yang sanggup memberikan undi kepada orang kafir, daripada orang Islam. Entahlah…biarlah mereka tanggung sendiri di akhirat kelak.
“Seorang Muslim adalah saudara Muslim yang lain, ia tidak akan menzaliminya dan tidak akan menyerahkannya (kepada musuh). Barang siapa berusaha memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang menghilangkan kesusahan dari seorang Muslim maka dengan hal itu Allah akan menghilangkan salah satu dari kesusahannya di Hari Kiamat. Barang siapa yang menutupi aib seorang Muslim maka Allah akan menutupi aibnya di Hari Kiamat” [HR Bukhari dan Muslim].
Agaknya orang Islam/Melayu di Hulu Selangor nak tunjuk duit pampasan sewaktu melintas siratul mustaqim. Ataupun boleh tunjukkan lambang 1Malaysia untuk masuk syurga. Entahlah Tuan/Puan di Hulu Selangor…betulkah tindakan Tuan/Puan ini. Ana cuma doakan enta semua bahagia di bawah kepimpinan YB Kamalanathan yang lidah bercabang dan pandai menggunakan bahasa.
Assalamualaikum Wrt Wbt.
Ana mendapat sms arahan pimpinan pusat agar semua jentera PAS berkumpul di HULU SELANGOR selepas Jumaat hari ini. Kita akan ditempatkan di hampir 25 masjid/surau di seluruh Hulu Selangor yang diarahkan. Jangan terlalu bertanya, apa kita nak dapat – tapi inilah sebahagian daripada jihad dan kesungguhan kita mendokong perjuangan Islam. Kita kena lupakan Zaid kaki minum. Kita kena lupakan Zaid kaki kuda. Kita kena lupakan Zaid pernah kutuk dan hentam hudud. Kita nak menang.
Daripada percakapan ana dengan pimpinan pusat melalui telefon sebentar tadi, arahan ini cukup jelas. Presiden sendiri sudah menjelaskan bahawa tidak ada sabotaj yang perlu buat kepada Zaid. Mursyidul Am sendiri sedih dan kecewa dengan sikap kita yang tak tahu nak meletakkan kepentingan parti berbanding kepentingan diri sendiri. Kita ni dah jadi macam ‘pengejar harta rampasan’ kata TG Nik Aziz. Walaupun ana sedih dengan kenyataan itu, tapi kita kena fikir parti.
Ana dan kawan-kawan PAS Gombak ditugaskan di kawasan FELDA. Memang tak ramai. Dalam 30 orang. Tugas buat usrah di dalam rumah peneroka. Kita tak nak jumpa peneroka di kedai kopi dan masjid sahaja. Kali ini kita nak masuk ke rumah. Kita nak kenalkan perjuangan PAS kepada ahli keluarga.
Jangan anggap kerja ini mudah. Semalam, kita dah dihalau oleh peneroka. Tapi, kita ini orang perjuangan. Tak takut dan tahu mengalah.
Kita kena teruskan usaha – kerana mengikut kata jentera semalam; pada ketika ini kita tewas dengan majoriti 7,000 undi. Tak tahulah ini cara nak suruh kita kerja lagi kuat; tapi kalau Zaid kalah banyak itu – malu besar PKR. Kita pun tak suka nak tengok kawan-kawan malu.
Masalah kita undi cina sekarang ini. Mahunya tidak – MCA pun pandai; Presiden kaki perempuan dia tak diturunkan. Dia letak pada Menteri nama Kong. Kong ini pulak memang pandai menjaga hati orang Cina. Dia selalu ada dalam kawasan. Macam tak mahu balik.
Undi Melayu kita kena pastikan bertambah. Kalau kurang daripada 28 % maknanya kita bungkus dengan teruk. Ana tak sampai hati tengok muka TG semalam. Kita kena usahakan. Semua jentera PAS yang baca tulisan ana…jom kita turun ke HS. Jangan tangguh lagi. Ini masa untuk berjuang.
Lupakanlah semua benda-benda yang tak patut kita tahu dan runsing sangat. Zaid kita kena pertahan walaupun tak sepenuh hati.
Kita kena mengakui, jentera kita macam tak cukup masak di Hulu Selangor. Nak bawa gambar calon pun, ramai kalangan saing-saing kita yang tak berapa nak buat. Banyak benda nampaknya yang tertanam di dalam hati jentera PAS. Soal kebajikan yang tak terjaga. Soal PKR yang syok sendiri dengan kempen – tapi GAGAL nak yakinkan rakyat tentang penglibatan dan perkongsian PAS dalam jentera Pakatan Rakyat. Kita banyak tertinggal. Walaupun Timbalan Presiden nak cuba sorok bahawa kita macam tak ada arah; tapi itulah hakikatnya di bawah.
Malam kelmarin, PKR beri peruntukan RM750.00 kepada kawan-kawan di Peti Undi. Khabarnya, jentera PKR dapat RM15,000. Kenapa sampai ke kita hanya RM750.00. Sedang ramai kawan-kawan yang makan guna duit sendiri. Bukannya tak nak guna duit sendiri demi politik iman; tetapi masalahnya, kalau poket sendiri dah sama nipis dengan kertas tisu – nak buat macamana lagi.
Sekumpulan kawan-kawan yang jaga Sungai Choh dan Sungai Buaya terpaksa senyum masam apabila orang UMNO ajak makan bersama mereka. Kita nak lawan dengan jentera UMNO N Sembilan. Habis relai semangat kita bila tengok orang UMNO berjuang dengan penuh senang hati. Ana puas ingatkan kawan-kawan, bahawa dalam perjuangan bukan setiap kali kita dapat mudah dan senang. Nama pun perjuangan. Kena ada susah. Kena ada pahit. Kena ada getirnya. Barulah nama perjuangan. Kalau tidak, itu namanya – cari projek dan keuntungan.
Perjumpaan dengan Setiausaha Politik MB, budak muda kurus nama Nik dah dibuat. Dia kata, sepatutnya anggota PKR yang jaga peti undi mesti berikan kepada PAS sebanyak RM5000 untuk tempoh 3 hari. Tapi, kami nyatakan – dapat hanya RM750.00. Termenung panjang Nik Nazmi. Nak kata dan kutuk, kawan sendiri – kata Nik Nazmi. Soalnya, kita ni sampai bila nak bergantung dengan duit orang. Kita pun dah naik segan. Ada orang PKR yang kata, ‘jentera PAS tidur masjid, tak payah duit banyak’. Tidur free. Kalau nak jimat duit, dia suruh pekerja parti PAS ‘berpuasa’. Dapat pahala. Kurang ajar sungguh orang PKR tu.
Ana minta sangat TG Nik Aziz berikan kita ‘penawar hati’ dalam berhadapan dengan politik HS ni. Kita penat, bersungguh jumpa pengundi, tidak dihargai. Kita tunggu, jemput pengundi dengan kereta – hantar semula; mereka tak fikir. Orang PKR sibuk nak cium tangan Anwar. Hampas sungguh.
Dalam perjuangan, memang kita sedar – tak akan mampu nak puaskan hati semua pihak. Ana nak tanggung kawan-kawan pun tak mampu. Blog ana pun update di anjung masjid sahaja. Dah tak mampu nak duduk minum di restoran. Kawan2 datang nanti, siapa nak bayar.
TG NA kena kuatkan kembali semangat kawan-kawan PAS kita nih. Mereka dah bosan dan penat dengan politik ‘pakatan’ yang tak berpakat. mesyuarat banyak kali, cakap dah cakap – tapi masih dengan suasana sama. Terutamanya dekat dengan Peti Undi Sungai Choh. Rasanya, kita dah tak mampu nak jumpa orang. Takut nanti kena belanja, kita tak mampu.
Assalamualaikum wrt wbt
Sebagai pekerja dan petugas parti, ana tetap turun ke Hulu Selangor dengan niat yang ikhlas. Ana bukan nak sokong Zaid sangat; tetapi lebih terkenang kepada wajah TG Nik Aziz yang menganggap Zaid macam adik angkatnya. Zaid yang balik ke Kelantan; sentiasa sahaja mempunyai ruang untuk berjumpa TG. Kita percaya, hubungan ini adalah hubungan yang ikhlas. Yang mampu merubah Zaid menjadi Zaid yang baru. Zaid PKR. Bukan lagi Zaid UMNO.
Memang kita teruk juga diserang secara psikologi oleh jentera UMNO. Mereka buat semua. Gambar Zaid minum (bukan gambar betul pun). Buat pantun. Buat banner. Buat macam-macam nak jatuhkan Zaid. Ana urut dada. Nasib Zaid tak baik. Padahal, sewaktu dalam UMNO semua itu dibolehkan. Tak minum, ketika menjawat jawatan menteri boleh disifatkan sebagai tidak ‘sosial’ dan tidak layak bergaul dengan ‘masyarakat tinggi’. High Society.
Dalam Islam, istilah taubat yang tertinggi adalah ‘taubat nasuha’.
Tepatlah kiranya firman Allah dalam surat Ali Imran ayat: 133, “Bersegaralah kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa yaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu lapang maupun sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.”
Taubat yang tingkatannya paling tinggi di hadapan Allah adalah “Taubat Nasuha”, yaitu taubat yang murni. Sebagaimana dijelaskan dalam surat At-Tahrim: 66, “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam sorga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bresamanya, sedang cahaya mereka memancar di depan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan ‘Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kamidan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu'”.
Kita harap, Zaid tidak hanya bertaubat ‘politik’. Sebab orang PAS memang berjiwa pemaaf. Tetapi kalau kerapkali ditipu; kata dah taubat; tapi buat lagi; kata dah taubat – tapi buat lagi. Orang PAS akan hilang percaya.
Kita harap Zaid yang rapat dengan TG Nik Aziz menerima keperluan perubahan ini. PAS gadaikan banyak benda, prinsip dan air muka kerana terpaksa mendokong Zaid. Di Masjid, ada Pak Imam yang tanya kita tentang tabiat Zaid. Ada Pak Bilal yang tak mahu Zaid menjejakkan kaki ke Masjid yang ada di Hulu Selangor.
Kita harap PKR, Anwar khususnya faham bahawa PAS dah cukup tergadai banyak prinsip kerana terpaksa menyokong Zaid. Ibarat kata, PAS dah letak ‘maruah politik’ kita di kedai Ar Rahnu. Tidak tahu boleh tebus balik ke tidak. Kalau tak tertebus – maka sedihlah kita jentera PAS.
Assalamualaikum wrt wbt
Semalam ana diberikan ingatan oleh seorang pemimpin PAS – bahawa kalau kita tak suka dengan Zaid sekalipun; jangan boikot pilihanraya dan tidak mahu aktif di peringkat Peti Undi. Saranan ini timbul sebab ramai juga kawan-kawan kita di Hulu Selangor yang dah mula malas nak terlibat dalam PRK. ‘Tengok muka calon pun jijik’, kata seorang Pak Haji di Kuala Kubu. Nampaknya, susah kita nak padamkan ‘wajah najis’ UMNO yang Zaid ada di mukanya. Ramai kalangan penyokong kita yang nampak Zaid macam PM juga. Kotor dengan rasuah. Berbau najis sepanjang masa.
Yang pelik tu, ramai juga yang tahu dengan kenyataan Zaid yang lama-lama. Pasal loteri. Pasal hudud. Pasal hukum Islam. Pasal PAS. Mereka cukup dendam dengan kekurang ajaran Zaid selama ini. Dah lama mereka tahan. Tapi hari ini, mereka disuruh untuk kempen kemenangan Zaid. Aduh….sembahyang istikharah dibuatnya.
Yang macam kenal Zaid berpuluh tahun pun ada. Tahu air apa ada di ‘bar’ Zaid Ibrahim di rumahnya. Ada Chivas. Ada Jack Daniels. Ada macam-macam. Siap ada yang menambah, Zaid minum vodka macam minum air suam. Ini pun masalah dengan jentera kita. Terlalu percaya dengan dakyah kerajaan.
Kalau Zaid kaki tonggang; yang Pak Lah, Imam Islam Hadhari ambik juga buat apa. Sebab dia ada akal dan otak sahaja? Minum tak apa? Sebab apa? Sebab anak menantu dia pun kaki minum juga? Jadi, kita janganlah ungkit kisah lama orang sampai macam itu. Mana tahu, sebab Zaid nampak kita sokong dia – terbuka hatinya nak berubah. Itu pun kira dakwah juga. Dakwah bil hal.
Soal dosa pahala; soal syurga neraka bukan soal kita. Soal Allah SWT. Jangan kita pandai-pandai. Takutnya, dosa kita mengumpat lagi banyak daripada dosa tonggang air setan. Jangan kita bongkak dan takabbur.
Kita kena beri sokongan pada Zaid; bawa dia pada Islam. Kenalkan dia dengan siyasah syariyyah yang sebenar. Jangan benci dia kerana sejarah; sayangi dia demi masa depan Islam.
Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta’ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkanAku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau,andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.
Zaid mesti diberikan ruang untuk memperbetul dan memperbaiki dirinya. Jangan kita, jemaah PAS sendiri menjadi mereka yang mengedar fitnah dan adu domba.
Kita terima Zaid sebagai calon kita. Kita terima Zaid sebagai calon PR. Kita terima Zaid sebagai calon kita di Hulu Selangor. Siapa dia sebelum ini; kita jangan kira. Kalau takdirnya kita perlu angkat dia sebagai pemimpin kita buat atas nama islam dan akur kepada pemimpin.
Zaid amat rapat dengan TG Nik Aziz. TG sayangkan dia. Kita bantu TG memastikan kemenangan Zaid – walaupun dia kita anggap ‘najis UMNO’.
Takbir! Takbir! Takbir!
Assalamualaikum wrt wbt
Semalam di Serendah, ramai juga di kalangan orang kita – ahli PAS yang turun untuk mendengar pengumuman calon yang dilakukan Anwar Ibrahim. Dari Sabak Bernam ada. Dari Sungai Besar ada. Sungai Burung ada. Sekinchan ada. Malahan orang kampung Noh Omar pun ada! Dapat kita kumpul satu bas daripada kampung Noh Omar sendiri. Kampung menteri pun bagi sokongan dekat kita. Macamana lah tak hancur bn/umno/apco kali ini.
Waktu bersalam dengan TG Haji Hadi, beliau mempersoalkan juga; kenapa kita lebih ramai daripada PKR? Ana hanya diam dan tersenyum. TG Haji Hadi hairan kerana PAS tidak mengeluarkan bajet untuk mereka hadir beramai-ramai. Senyuman ana, seharusnya TG faham. Maknanya, ada ‘sumber’ lain yang telah memberikan ruang kepada orang PAS. Tak kisahlah tu. Tapi soalnya, kalau PKR dah ajar jentera kita mewah dengan duit minyak dan duit makan/setiap kereta RM200 – kalau tiba saat kita bertanding, tetapi kita tak mampu macamana?
Kata orang PKR, Pakatan Rakyat mesti happy sebab Zaid jadi calon kerana duit akan jadi mudah. Kalau sebelum ini, t shirt, makanan, minuman, rokok, poster jadi masalah besar. Zaid bertanding – semua dah jadi tenang hati. Orang PKR senyum sampai ke telinga. Kita tumpang bangga dan seronok. Dr Hatta dan Mahfuz menjadi ‘towkay’ untuk menyusun orang kita di Hulu Selangor. Ramai yang merasakan – kali ini PKR dan PR akan mewah sedikit berbanding biasa.
Soalnya, Zaid akan jaga kita atau tidak. Memanglah Zaid baik dan mesra dengan TG Nik Aziz; tapi soalnya pekerja PAS di bawah mesti juga dijaga. Jangan pandang orang PKR sahaja. kena adil dalam memberikan peruntukan.
Semalam pun dah timbul masalah. Ada 12 biji kereta penyokong kita yang menunggu duit sampai ke sudah. Orang ini kata orang itu. Orang PKR kata dah bagi kita. Orang kita kata belum dapat. Orang kita pula kena tuduh songlap duit. Ada duit susah; takde duit pun susah.
Kita nak kawan-kawan PKR janji untuk berlaku telus dengan peruntukan. Memanglah Anwar kata semalam; kalau masuk parti nak harapkan ‘pulangan’; baik kita pergi berambus.
Berambus atau tidak, Hulu Selangor mesti kita sama-sama pertahan. Jangan mengalah.

Laman Berikutnya »