Ogos 2010


Salam Ramadhan.

Nampaknya isu Pulau Pinang belum selesai. Banyak yang ke depan menghamburkan kata-kata mengutuk; kononnya PAS sudah menjual Islam kepada Guan Eng. Kononnya PAS sudah tunduk hormat kepada DAP. Kononnya PAS terus diperkudakan oleh DAP dan PKR. Macam-macam ayat orang keluar. Pedih juga telinga bila keluar surau Kota Damansara semalam. Tak apa, ana dengar dan ana ambil maklum. Yang ana musykil, yang kuat dengan kita pun menghentam juga. Ini sudah tidak betul. Kata satu jemaah. Tapi pantas sangat nak ikut rentak Utusan meloya ni sebab apa. Belum cukup kuat nampaknya ‘iman politik’ depa ni. Cakap sahaja lebih. Setakat ada sticker ‘PAS for All’ sahaja. Tapi kutuk parti sendiri. Payah.

Ini bukan sebab kes amoi comel Teo dan William Leong sahaja. Mungkin inilah kesempatan mereka nak tibai kita. Kalau orang UMNO Kota Damansara, ana boleh tahan. Tapi kalau dah kawan2 ketayap putih pun rembat – ana jadi kecewalah sikit.

Mereka ini kena faham – kita dalam perjuangan politik. Dalam politik, muslihat kena ada. Tipu helah kena dipakai. Strategi kena betul. Bukan nak main balun dan hentam keromo sahaja. Kita percaya, khatib kita yang sebut nama Guan Eng pun sedar diri. Takkanlah dengan ilmu dia – tak boleh nak nilai patut atau tidak kita sebut nama kafir dalam masjid. Patut atau tidak kita biar kafir bagi tazkirah. Ini semua mainan politik. Kalau kita orang PAS sendiri ‘terkena santau politik’ macam ini – baik kita gulung tikar sahaja.

Kita bantu Guan eng dapat iktiraf di kalangan orang Islam. Lagipun dia banyak tolong Islam/Melayu PP. Ini hakikatnya. Zaman TSu Kun jangan dok harap lah. Dia sorang sahajalah yang senang lenang. Kerja mudah. Pak Lah balik Penang – pi sambut. Khairy balik Penang, Tsu Kun sambut. Siap sedia kereta rasmi lagi. Islam? Melayu? Dok lagu tu juga lah. Tak ada perubahan pun.

Kali ini, kita bawa Guan Eng dalam masjid. Ideologi. Keinginannya nak jadi Khalifah – apa salah? Dosa? Ini pemimpin pilihan rakyat la akhiyy. Jangan dok hingaq tak tentu hala.

Lepas kita bawa pemikiran dan rasa terima kasih masyrakat kepada pemimpin macam Guan Eng; dia pulak nanti bawa kita, ideologi PAS – ke dalam rumah berhala, tokong, kuil dan sebagainya. Yang penting, sebagai ‘rakan politik’. Kita ‘sama-sama untung’ meh…

Takkan itu pun jemaah kita tak faham. TG NA dah kata; ini semua adalah mainan politik. Orang yang cukup ilmu; tidak akan mudah nak melompat kalau non muslim masuk masjid. Tak akan. Yang bising-bising ni adalah mereka yang agak kurang ilmu. Termasuk kalangan jemaah kita.

Teo yang comel itu kenapa mahu dilarang masuk masjid. Dia jalankan amanah. Dia jalankan tanggungjawab. Itupun jadi masalah?

p/s:…payah berlawan dengan parti ‘lemah pemikiran’ ni…

Salam Ramadhan.

Nampaknya, kerajaan Negeri Kelantan sudahpun membuat keputusan untuk menyaman PETRONAS mengenai isu royalti minyak. Alhamdulillah. Ana rasa keputusan ini tepat. Ramai rakyat Kelantan yang seronok dan happy dengan keputusan ini. Almaklum, sebelum ini, Kerajaan Terengganu cakap sahaja nak saman – PETRONAS dan Kerajaan Persekutuan dah goyang. Langsung keluarkan wang ihsan. Harapannya, ianya akan dapat menjamin keputusan sama.

Kita kena akui, isu PETRONAS ini dibawakan oleh pimpinan kita yang cerdik dan bijaksana – YB Husam Musa. Memang YB Husam yang perjuangkan. Kalau berjaya diketengahkan, ini adalah kejayaan bersendiri YB Husam. Kalaupun ada orang yang boleh ambil kredit – adalah kickdefella. Orang lain, tak ada. Gandingan yang sudah pecah inilah yang berjaya menghuru harakan seluruh Jabatan Perundangan PETRONAS dan AG Chambers. Menarik sungguh.

Ana suka cadangkan agar Peguam anak Kelantan membantu YB Husam dalam perkara ini. Jangan biarkan YB Husam sendirian. Kita sama-sama bantu kaji kedudukan perundangan dalam hal ‘batu nautika’ dan kedudukan tempat carigali minyak yang ada di Kelantan. Ini adalah amanah kita bersama.

Ana dapat bayangkan, betapa makmurnya Kelantan Serambi Mekah dengan duit royalti nanti. Yang pasti, kita tak perlu buat Piala Monsun sebab Terengganu dah buat. Banyak benda kita boleh laksanakan. Banyak wang yang barisan pimpinan kita boleh susun untuk kepentingan rakyat. Pasti hebat.

Para sahabat ana di Kedah pun ada yang mendoakan usaha YB Husam ini berjaya. Bukan apa – boleh membantu juga pembangunan di Negeri lain. Harap mereka.

Jika segala yang diusahakan ini berjaya, ana cukup yakin bahawa PAS akan berada di tampuk pemerintahan dengan lebih lama. Kita jangan leka. Kena pastikan pengundi. Kena pastikan isu-isu penting kita dapat selesaikan. Kalangan wakil rakyat jangan leka berlaga sama sendiri. Mesti fokus kepada menang pilihanraya.

Ana pasti ana akan ditanya oleh ramai anak saudara ana yang bekerja di PETRONAS. Mereka ini makan gaji sudah lama dengan PETRONAS. Alhamdulillah, mereka jugalah menjadi penggerak PAS di dalam PETRONAS.

p/s: ….mewah kita lepas ni….

Isu Negara Islam janganlah berulang kali nak diperkotak katikkan. Ana cukup kurang gemar kalau kalangan pimpinan parti lain mula nak hina perihal Negara Islam; hina pendekatan dan kenyataan pimpinan PAS; hina apa sahaja yang berkaitan dengan negara Islam. Ana rasa, ini semua hanyalah permainan politik individu yang tak pernah puas dengan ruang politik yang mereka dah rasai dan nikmati.
Negara Islam ini bukan soal main-main. Ini bukan soal dasar dan polisi parti sahaja. Ini kemahuan dan kehendak jemaah. Kalau DAP failed dan gagal nak faham bab ni – rosak banyaklah. Kita dah banyak sangat beralah. Sampai orang dah mula tanya kita; ke mana Negara Islam PAS? Dah ditalkinkan? Melampau dia orang ni. Nak kuasa. Nak nikmat politik. Tapi tak mahu ikut jalan yang betul. Payahlah.
Prof. Dr. Muhammad Abd Rauf, bekas pensyarah di Georgetown University,Washington, yang pernah menjadi Rektor Univ. Islam Antarabangsa Malaysia menulis dalam bukunya, Ummah: The Muslim nation (terbitan DBP 1991, m.s: 1 – 26) satu bab tentang konsep negara Islam.

Di sini saya akan memetik enam rukun negara Islam yg disebutkan oleh beliau, setelah memurnikannya daripada dalil2 al-Quran dan hadis.
Beliau berkata (ayat dalam kurungan adalah huraian saya berdasarkan penjelasan beliau sebelumnya),”?.sebagai menjelaskan segala penerangan di atas, kita boleh katakan bahawa Allah s.w.t. -untuk tidak menyusahkan umat Islam- telah meninggalkan kepada mereka cara membentuk negara berdasarkan kebijaksanaan mereka dan bersesuaian dengan zaman dan suasana meraka (sama ada negara demokrasi, demokrasi berperlimen, raja berperlembagaan, republik atau sebagainya) selagi mereka memenuhi enam perkara asas yang dikira sebagai ‘rukun’ negara Islam,iaitu:

1. Meletakkan seorang pemimpin yang adil, berani, dan mampu, cukup kuat ingatan/minda, berilmu pengetahuan luas (dunia dan akhirat), biasa dengan teknik-teknik peperangan dan mahir dalam pentradbiran. Dia adalah sebaik-baiknya dipilih, bukan dilantik
(ditetapkan oleh pihak lebih atas).Tentang kewajaran dia dilantik,kebanyakan fuqaha’ berpendapat (jika dilantik) bahawa dia hendaklah seorang yang dipatuhi dan ditaati ke tahap (jika dibangkang) dia boleh melaksanakan juga peraturan-peraturan
syariah dan mentadbir secara bebas. Kewajaran ini adalah untuk mengelakkan kacau-bilau dan perpecahan di kalangan umat.

2. Hak membuat hukum dalam sebuah negara Islam adalah milik Allah s.w.t.(bukan milik dewan perwakilan rakyat atau majoriti 2/3). Oleh itu, undang-undang dalam negara Islam hendaklah didominasi oleh undang-undang yang diwahyukan Allah s.w.t.

3. Syura hendaklah dipraktikkan secara sepenuhnya, membenarkan penglibatan rakyat dalam proses membuat keputusan dan menyediakan sistem ‘checks and balances’ (kerajaan dan pembangkang diberi peluang bersuara yang sama rata dan sama media,ia belum diamalkan di Malaysia)

4. Keadilan untuk semua, persamaan di kalangan semua warganegara tanpa mengira puak, bangsa atau asal usul.

5. Menghormati (dan melaksanakan prinsip) hak persamaan sesama manusia dan semua hak-hak asasi manusia.

6. Mempunyai komitmen yang penuh terhadap syariah dan hukum-hakamnya.”

Makna kata, kalaupun Malaysia bakal menjadi sebuah republik (ini contoh ya…bukan telahan); tidak salah asalkan ianya menjadi sebuah Republik Islam Malaysia. Cantiklah tu.
Jangan pula orang UMNO kata 1Malaysia dah Negara Islam. Janganlah. Itu permainan politik namanya. Tunggu PAS punya. Ini baru ori Negara Islam. Bukan ciplak. Ciplak kita tak main.
Memang matlamat blog ini untuk mengangkat harakat dan perjuangan negara Islam semaksimum mungkin. Kalau kebetulan ianya sebuah Republik…apa salahnya.
p/s: Republik Islam Malaysia….sedaplah nama tu.
Apa agenda Utusan Malaysia yang menggila membawa isu khutbah di Pulau Pinang. Doakan bukan Islam, apakah ia jadi salah? Apakah kita mendoakan seorang bukan Islam itu menjadi satu dosa besar kepada agama Islam? Kita kena ikut agama. Bukan ikut adat. Ikut adat – memanglah semua tak boleh. Tapi apa yang pernah dibuat oleh Rasulullah SAW harus juga menjadi asas kepada kita dalam mempersoalkan isu ini.
Ramai juga KONONNYA ahli jamaah dan Pak Imam yang didakwa menjadi punca kepada masalah ini. Kena tanya kenapa Pak Imam buat tindakan macam itu. Kot-kotlah kalau memang dia rasa ‘bahagia’ dan terhutang budi dengan Guan Eng. Apa isunya? Salah sangatkah mendoakan pemimpin; walaupun bukan beragama Islam?
Bila isu jadi macam ini, ana teringat soalan pensyarah subjek perbandingan agama ana. Dia tanya, Mother Theresa yang banyak membantu di India, banyak membantu umat tak kira agama; bila mati – masuk syurga atau neraka? Saja lah nak test tu.
Dalam kitab sirah Nabawiyyah terdapat kisah masuk Islamnya bekas ketua musyrikin Umar bin Khattab Radhiyallahu ’anhu. Ternyata sebelum beliau memperoleh hidayah iman dan Islam Rasulullah Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam pernah memohon kepada Allah ta’aala agar salah seorang dari dua ketua musyrikin kota Makkah memperoleh hidayah. Doanya diabadikan dalam hadits di bawah ini:
Dari Ibnu Umar Radhiyallahu ’anhu bahwa sesungguhnya Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam berdoa: “Ya Allah, muliakanlah Islam dengan sebab kecintaan dua lelaki kepadaMu, yaitu dengan sebab ‘Amr bin Hisyam (Abu Jahl) atau dengan sebab ‘Umar bin Khattab.” (Sunan At-Tirmidzi 12/141)

’Amr bin Hisyam atau Abu Jahal dan Umar bin Khattab Radhiyallahu ’anhu keduanya merupakan pimpinan musyrikin Quraisy di Makkah. Saat kaum muslimin masih lemah dan berjumlah sedikit di Makkah kedua tokoh ini terkenal sering menganiaya para pengikut da’wah Nabi shollallahu ’alaih wa sallam. Sebab mereka sangat fanatik membela agama nenek moyang Abdul Muthallib, yaitu agama menyembah berhala/kemusyrikan. Dan keduanya sangat resah dan marah melihat kian hari kian banyak orang di Makkah yang meninggalkan kemusyrikan dan memeluk agama tauhid Al-Islam.

Menghadapi keadaan ini Nabi shollallahu ’alaih wa sallam malah mendoakan agar Allah ta’aala membalikkan hati salah seorang di antara mereka berdua. Dengan harapan jika salah satunya masuk Islam tentu mereka justru akan menjadi pembela dan pejuang Islam di baris terdepan. Mengingat bagaimana aktif dan semangatnya mereka membela kemusyrikan, alangkah baiknya seandainya semangat itu diarahkan untuk menguatkan barisan Islam. Maka Nabi-pun mengajukan permintaan itu kepada Allah ta’aala. Dan ternyata dikabulkan. Panah doa Nabi shollallahu ’alaih wa sallam melesat dan menghunjam ke dada Umar bin Khattab Radhiyallahu ’anhu

Pelajaran penting yang bisa kita petik dari kejadian ini ialah bahwa ternyata Islam tidak melarang secara mutlak seorang muslim mendoakan kaum kafir non-muslim. Namun sudah tentu ada syaratnya. Syaratnya ada dua: pertama, hendaknya isi doa seorang muslim untuk orang kafir hanya berisi satu permohonan saja kepada Allah ta’aala. Yaitu permohonan agar si kafir mendapat hidayah iman dan Islam. Dan kedua, hendaknya seorang muslim mendoakan orang kafir hanya ketika mereka masih hidup. Jangan berfikir untuk mendoakan seorang manusia yang telah meninggal dalam kekafiran..

Kena belajar agama lebih sikit agaknya puak-puak ni. Tak salahlah sheikh untuk mendoakan Guan Eng. Ini pandangan hukum dan fiqah. UMNO ikut pandangan mana? Spin doctor????

p/s: lepas ni kita doakan semua orang…Karpal Singh, Kit Siang, Hannah Yeoh, Elizabeth Wong; bagi pening kepala Ustaz Umno dan Ustaz Utusan Malaysia…

Salam Ramadhan.
Semalam ana terpaksa hantar sms kepada seorang pimpinan tertinggi PAS. Ana sms kerana satu soalan daripada tazkirah sebelum Zohor yang ditanyakan kepada seorang penceramah di masjid berdekatan dengan rumah ana. Lelaki yang tanya tu nampak segak. Mungkin pensyarah agaknya. Al maklum rumah ana dekat dengan universiti. Bila ada soalan yang ‘bijak’ macam tu, ana jadi cemas.
Kita berpolitik – politiklah juga. Tapi politik kita mesti ada akal dan fakta. Bila orang tanya, kita kena jawab. Soal samada dia tanya itu sebagai penyokong UMNO atau PAS; kita letak tepi. Sebagai ahli parti – kita kena siap dengan jawapan.
Pertama soalan lelaki tersebut – apakah PAS benar-benar faham dengan Negara Berkebajikan (kebetulan penceramah adalah seorang aktivis PAS setempat).
Soalan kedua – di mana kedudukan orang Melayu di dalam kerangka ‘welfare state’ PAS ini.
Jawapan:-
Penceramah menjawab; PAS memang bersungguh dengan Negara Berkebajikan sebab inilah ‘wadah’ politik baru. Tak dapat tidak, PAS mesti dapat sama menarik undi orang Cina dan bukan Melayu. Negara Islam masih menjadi cita-cita UTAMA kepada PAS. Bab itu, kita tidak akan bertolak ansur. Baik Cina DAP; atau India PKR; mereka mesti faham dengan NEGARA ISLAM BERKEBAJIKAN. ‘
Jawapan tu ok nampaknya.
Soalan 2:-
Antara ciri Negara Berkebajikan adalah ‘kepentingan semua diambil kira’; dan tidak terlalu membezakan antara darjat. Soal Melayu, kita dah rangkumkan kepada ‘persoalan rakyat’. Melayu, Cina, India kira ‘rakyat’. Tidak boleh kira Melayu sebagai Melayu. Melayu mesti diconvert menjadi ‘rakyat’.
Bab ini yang ana tak berapa nak faham. Ini pendirian rasmi kita kah? Yang sekaligus membawa maksud kita ‘samaratakan’ kedudukan semua bangsa. Betulke? Ana tak pernah dengar bincang dalam Muktamar pun. Atau ini keputusan kepimpinan.
Ana jadi keliru, kerana zaman Nabi Muhammad SAW; kepentingan Islam didahulukan. Penduduk yang beragama Islam diberikan keistimewaan tertentu. Kira macam ada ‘keistimewaan’ lah juga. Yang minoriti, diangkat dalam Piagam Madinah; dan diberikan perlindungan. Perlindungan, bermakna kata – mereka mesti ‘tunduk’ kepada pemerintahan kita. Kalau dah jadi ‘sama’, atas nama berkebajikan – ana yakin pengundi Melayu akan menilai kita mengenai isu ini.
Ana dah hantar sms kepada pimpinan. Konsep kita dalam menjaga kepentingan Melayu/Islam ini kena diberikan peneguhan dan pemahaman.
Sedangkan dalam ukuran dunia sekarang Kalau dalam konsep umum minoriti, dalam satu tulisan mengenai ‘konsep minoriti Muslim’, dinyatakan bahawa warna kulit (kulit Hitam di US), Bahasa dan Bangsa akan dianggap sebagai minoriti kiranya bilangan mereka kecil dalam suatu negara. •

‘Piagam Madinah” dibentuk pada sekitar tahun 620M. Dalam sejarah Islam, “Piagam Madinah” sendiri merakamkan bagaimana Nabi s.a.w. menjaga hak-hak Minoriti Yahudi, Kristian dan lain-lain agama. Tahun 620M yang dianggap sebagai tarikh rasmi pewujudan dan pembentukan “Muslim State’ di Madinah, dan inilah lambang ‘negara Madani’ sebenar untuk diikuti dengan perkiraan ‘Ummah’ itu adalah merujuk kepada semua bangsa. (Kettani, 1986: hlm.256) Maka lebih 920 tahun terlebih dahulu Islam telah melindungi hak minoriti. Apakah ini asasnya?

p/s: PAS Pusat kena buat kelas ‘politik’….

Salam Ramadhan.

Ana terganggu sedikit apabila tiba bulan ramadhan, nampaknya semakin banyak – kes demi kes, demi kes, rasuah didedahkan oleh pihak tertentu. Kita kena sedar, perangi rasuah ini adalah NKRA…bidang keberhasilan utama negara. Betullah tu. Memang RASUAH menjadi ‘keberhasilan’ sesetengah pihak. Sampai sanggup memberi makan anak bini dengan duit rasuah. Busuk sungguh amalan puak-puak ini.   Tapi kenapa setakat ini hanya semut dan ‘bilis’ sahaja yang kena. Mana lagi jerung, jaws dan raksasa lain yang nampaknya tersengih dan tersenyum melihat ikan bilis terkapai kapai menjawab tuduhan. Bagaimana dengan Pegawai Khas dan Setiuasaha Sulit Menteri yang mempunyai kemewahan yang luar biasa. Dari mana datangnya?   Selepas isu FELDA – sekarang ini timbul isu rasuah di dalam FELCRA, MIDA dan lain-lain. Apa dah jadi? Ke mana pergi nilai tahan dan semangat ramadhan depa ni. OOO…silap, ini bukan baru berlaku sekarang; ini kes lama.   Negara yang dikelilingi dengan rasuah ini BUKANLAH terjadi dengan sendiri. Pasti ada penyakit ‘lama’ yang GAGAL ditangani oleh pihak bertanggungjawab selama ini. Dalam bulan ramadhan ini, lagi kuat ‘angin rasuah’ timbul. Yang buat bukan orang politik sahaja – pegawai kerajaan pun ada juga.   Sebab itu, Kelantan memang layak jadi model sebuah kerajaan yang bersih. Suci. Manakan tidak, kes rasuah di kalangan pegawai kerajaan PAS memang kurang. Hampir tak ada. Inilah hebatnya kita. TG NA mendidik jiwa – bukan sahaja menjadi pemimpin kepada sekalian rakyat,   Rasuah ini memang buruk akibatnya.   Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.

Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”.                                                                                                                                                                                                  (al-Baqarah : 188)

Sesuai dengan kejian dan kedosaannya; maka rasuah mesti ditentang. Tapi melihatkan kepada muka Pak Pak Menteri di Putrajaya tu…rasanya susah nak selesai. Kena panggil TGNA sekali sekala beri ceramah dan tazkirah mengenai rasuah – terutamanya di pejabat-pejabat Menteri.   p/s: jangan setakat pakai name tag anti rasuah….

Salam Ramadhan. Alhamdulillah, setakat ini kita mampu menjayakan program parti di bulan ramadhan yang mulia ini. Seluruh masjid/surau telah menjadi asas kekuatan perjuangan kita. Respon dan maklum balas cukup baik. Memang kita wajar menjadikan bulan ramadhan sebagai permulaan kepada kekuatan momentum politik kita di seluruh Negara. Antara yang banyak program dan usaha adalah pimpinan kita. Ini termasuk YAB Nizar, yang ke hulu ke hilir di Negeri Perak; membuka mata dan minda rakyat daripada belenggu pemikiran UBN.
Menggunakan semangat ramadhan, TG NA telahpun mengumumkan kewujudan ‘Dinar’ dan Dirham sebagai matawang alternatif di Kelantan. Ok apa. Ana ucap syukur alhamdulillah, ini adalah keputusan yang sangat berani dan terkehadapan. Bayangkan, Tun Mahathir sendiri pernah bercakap pasal isu ini; dan Kelantan menjadi pelopornya. Ini adalah usaha yang amat baik.
Cuma, semalam di Tv3, banyak dan ramai cendikiawan yang menafikan usaha tersebut. Mereka kata ianya tidak sesuai dengan perlembagaan dan menyusahkan. Apa masalahnya? Kita nak buat baik. Kita nak bangkitkan semangat ‘Islam’ di dalam ekonomi. Pun jadi salah? Takut dengan bayang-bayang sendiri?
Semalam juga, Apek MCA Kaki Balun – menyatakan bahawa DAP TIDAK AKAN setuju dengan konsep ini. Siapa MCA? Siapa Ah Pek Kaki Balun nak jadi jurucakap Pakatan Rakyat? Haram J sungguh. Kita punya Negeri, kita punya suka nak buat perubahan. Soal Perlembagaan ini kita selesai lah cara yang terbaik.
Dinar dan Dirham ini melambangkan semangat Islam. Itu penting. Supaya kita dapat ‘rasa’ kehadiran Islam di dalam MUAMALAT kita. Kita rasakan hebatnya Islam. Itu sahaja. Yang kecoh pasal apa.
Al Qurtubi, seorang sarjana Islam terkemuka menganggap penggunaan Dinar & Dirham adalah sebagai tuntutan kesetiaan kita kepada Duli Tuanku. Kalau Duli Tuanku Al-Sultan mahukan Dinar & Dirham; siapa Ah Pek Kaki Balun nak ancam dan tidak setuju??? Siapa DAP kata tidak??? Sebagai rakan dalam PR; DAP kena tahu dulu matlamat dan kehendak kita. Jangan nak sanggah setiap masa.
Kita kena buat sistem ini. Bagi malu alah sikit kepada kerajaan Persekutuan yang tak mampu buat. Kita buat. Ini baru betul kita mencanai minda untuk kekuatan Islam. Inilah yang dituntut oleh agama.
Samada DAP setuju ataupun tidak; ini keputusan PAS. Kita yang nak buat.

Laman Berikutnya »