Oktober 2010


Ana serahkan kepada Pengarah Jentera PIlihanraya Galas untuk tentukan samada ‘arahan lembut’ Presiden Parti akan digunapakai atau tidak. Walaupun tida mengatakannya secara jelas; namun ada perubahan muka TG HH sewaktu diberikan taklimat kelmarin secara tertutup. Ana ada sekali. Tapi duduk sebelah belakang. Parti kita ini pun tak kurang orang yang suka merajuk. Kalau nampak ramai sangat orang luar – mulalah rasa kurang senang dan tak seronok. Ana malas nak bertekak sesama sendiri. Serahkan sahaja kepada mereka yang lebih arif.

TGHH menerima satu laporan ‘akar umbi’ yang mengatakan keperluan kita mengurangkan sikit penampilan Anwar dan DAP di Galas. Ramai kawan-kawan di Galas, lebih yakin sekiranya kita tumpu kepada menjual ‘produk kita sendiri’. Menjual calon kita sendiri. Daripada terlalu banyak bergantung kepada Anwar dan DAP.

Berdasarkan laporan awal – kalangan rakyat sudah mula tak berapa percaya dengan Anwar. Banyak dapatan kajian ‘sikap’; membayangkan bahawa Anwar adalah seorang yang tidak terlalu digemari oleh orang Kelantan. Malahan, di kalangan orang-orang Ku Li sendiri benci ‘benar’ dengan Anwar. Dalam kajian sama, dapatan kita mendapati penampilan DAP juga perlu dikurangkan secara menyeluruh. Tak perlu nak bawa DAP sangat dalam kempen di Galas.

Ada yang tanya, habis tu kalau tak bawa DAP – siapa nak tarik undi orang Cina Galas. Orang Cina Galas – bukan macam orang Cina Bukit Bintang. Fikiran mereka lebih tertumpu kepada TG Nik Aziz dan calon kita. DAP, pada mereka tak ada ‘sebab’ nak ada di Galas. Orang Cina di Galas, lebih selesa bercakap dengan TGNA daripada Guan Eng. Pada mereka, Guan Eng tak penting. DAP tidak membawa apa-apa kesan di dalam politik Kelantan. Tak ada lebih baik.

Dua dapatan ini; kurangkan Anwar dan kurangkan DAP adalah hasil kerja kita di bawah. Ana dan rakan-rakan, diamanahkan untuk mendapatkan pandangan di kawasan Lepan Tupai. Di kawasan ini; dapatannya lebih kurang sama. Memang mereka tak mahu Anwar dan DAP. Pada mereka, kalau turun pun – tak menambah undi; mengurangkan lagi ada.

Budak-budak muda di Galas tak minta banyak. Minta tiket bola. Ana kata; kita tak ada peruntukan. Tapi ana akan bincang dengan Ustaz Nasaruddin. Kalau ada, kita kena beri. Ini hajat orang muda. Niat sedekah. Bukan niat beli undi.

Kita kena percaya dengan diri sendiri. Kalau dapatan kajian kita kata, Anwar dan DAP tak popular. Kita kena ambil maklum. Tak perlu nak ragu. Tak perlu nak pertikai. Tapi, ana cakap tadi – apapun kita serah kepada ketua kita. Kalau nak pakai juga. Nak buat macamana.

Malam ini ada ceramah besar. Ada Anwar juga. Nampaknya, kita masih tak percaya dengan kajian kita. Kita nak pakai juga.

Ana serah kepada ketua. Kalau nak pakai juga. Ana nak kata apa.

Ana terus buat kerja….

Ramai penggerak PAS di Sabah melahirkan rasa kecewa kerana Pak Sheikh Anwar GAGAL dalam memastikan pertarungan satu lawan satu di Batu Sapi. Kita memang tahu, Yong Teck Lee adalah calon yang boleh memenangi kerusi tersebut. Malahan orang PAS di Sabah lebih gemar untuk bekerja dengan Yong daripada bekerja dengan Ansari. Pada mereka, sebagai yang sangat rapat dengan Anwar; Ansari mempunyai ‘perangai pelik’ seperti juga Anwar. Suka memerintah. Panas baran. Dan gemar menidakkan sumbangan orang PAS di Sabah. KIta dah terima banyak aduan dan komplen; tapi nampaknya Pak Sheikh tak mahu dengar.

Ana kena beritahu, Yong Teck Lee ini adalah orang lama di Sabah. Ramai guru-guru yang gembira dengan Yong. Ramai guru sekolah Cina yang menganggap Yong adalah seorang indvidu yang sangat mudah didekati. Maknanya, ada sifat-sifat macam orang kita. Zuhud dan mudah didekati.

Balu MP lama ini memang baik orangnya. Senang juga didekati. Orang PAS pun memang ada yang rapat dengan mendiang Edmund. Rapat juga dengan balunya. Tapi kita nak pastikan pembangkang menang di sabah. Kerusi ini penting. Kalau tak percaya, cuba tanya dengan PAS Sabah. Memang mereka setuju. Edmund orangnya baik. Tetapi YONG TECK LEE adalah calon yang lebih baik berbanding Ansari.

Ramai yang menegaskan, ini semua adalah petanda bahawa PKR sudah hilang ‘control’ kepada orang mereka. Kalau kita nak menang secara yang lebih baik di peringkat lebih tinggi; kita kena selesaikan masalah yang begini sifatnya. Kalau Yong Teck Lee – baik untuk politik nasional. Kita kena terima. Ana cuma membawa ketidakpuasan hati ramai pimpinan PAS Sabah yang merasakan kita terlepas peluang nak menang di Batu Sapi.

Ada yang bagi komen pada ana – pastikan sahaja Galas PAS menang. Memang itu kerja kita. PAS rasa kita boleh menang. Calon kita orang baik. Dekat dengan rakyat. Selama inipun, walaipun kalah pun berkhidmat kepada rakyat. Kita tak takut. Tapi kalau kita boleh menang dua-dua lebih molek. Lebih cantik. Barulah nampak kita diterima rakyat.

Ana hormat kepada perjuangan Yong Teck Lee. Kerja kuat untuk orang sabah. PAS Sabah pun mahukan pemimpin ‘state’ yang kuat. Kita tak mampu nak berdepan dengan masyarakat Sabah secara sendirian. DAP nampak sudah ada jalan yang lebih baik. Tapi kalau DAP; mereka fikir tentang mereka sahaja.

Islam? Islam di Sabah? Kristianisasi yang pesat di Sabah? Program dengan masyarakat luar bandar? Kita tak cukup modal nak buat semua. Bajet PAS di sabah ni macam tak cukup makan. Ana yang pergi dua tiga hari pun duduk hotel ‘chokia’. Tak apalah demi perjuangan.

PESURUHJAYA

Tuan Haji Muhamad Abdullah

TIMBALAN PESURUHJAYA I Tuan Haji Hamzah Abdullah
TIMBALAN PESURUHJAYA II Sdr Ahmad Dolah
TIMBALAN PESURUHJAYA III Sdr Mohd Aminudin Aling
SETIAUSAHA Sdr Kadarisman Kadiran
PENOLONG SETIAUSAHA I Sdr Muhammad Nasir Ali
PENOLONG SETIAUSAHA II Sdr Sahar Abdul Majid
PENOLONG SETIAUSAHA III Sdr Salman Mohd Amin

Kita minta rakan pimpinan PAS di Sabah akan meneruskan perjuangan walaupun bantuan kewangan memang kurang. Inilah masalah kita. Masing-masing jaga tekak sendiri. Nak buat tsunami politik di Sabah; tapi kalau bajet setinggi busut – jawabnya – susahla kita. Kena beri kekuatan kepada PAS Sabah. Jangan biar mereka sendiri. Ana tengok pun – mereka ini macam tak ada fokus. Orang Sabah yang kuat di KL..buat tak tahu kepada mereka. Senang poket sendiri sahaja….

Entahlah, serius kah kita ni mahu tawan Sabah ni bah…serius ka bah?

Salam. Ana dok baca ‘The Malaysian Insider’. Biasalah – syok baca cerita Malaysian Insider. Dok balun, pulun kerajaan habis-habis. Tu yang buat seronok tu. Barulah kita rasa macam berada di suasana yang sebenar. Kalau baca paper + tengok RTM1; kita sedang berada dalam jannah. Dalam syurga. Semua ok. Rais yatim bercakap entah apa-apa; berlagak macam TV1 dia sendiri punya, Baik tukar nama. TVR. TV Rais.

Tapi ana nak kita, ahli PAS nilai keputusan Kerajaan Negeri Selangor ini dengan hati yang terbuka. Sesuai ke kita nak teruskan dengan projek Kuil Hindu Seksyen 23 Shah Alam; sedang masyarakat sekeliling dah cakap rasa tak puas hati. Bukan sekali ini sahaja dia orang cakap. Banyak kali. Sampai nama Khalid Samad dah macam jadi haram kepada mereka. Sampai tahap tu punya marah. Manakan tidak, timbul sahaja cerita KUIL HINDU; terus turun harga. Sewa turun. Harga rumah pun turun. Ini semua menyusahkan orang.

Ana cuma risau, sebab ada kalangan YB kita; YB Pas yang terlalu kuat bercakap mempertahan kuil hindu ini. Betul, kita memang kena menghormati agama lain. Tapi, takkanlah sampai nak ada kuil depan rumah. Tak kena depan rumah kita. Cuba kena depan rumah kita. Ok? Boleh terima?

Sesetengah orang; bau asap Kuil Hindu pun dah sesak hidung. Belum lagi tengok macam2 perkara pelik yang depa dok buat dalam kuil. Lagipun, bukan kurang mana pun kuil hindu di selangor ni. Yang nak kena buat depan rumah orang pasal apa? Ini pun kita naik pelik juga.

YB Pas di Selangor jangan ambil senang hati dan macam tak ada masalah. Benda ni isu serius. Melibatkan sejauh mana kita bersungguh nak tegakkan syiar dan agama Islam. Kenapa mesti nak bergadai maruah sampai macam itu sekali. Kalangan YB Pas yang sangat suka bercakap tentang kebebasan beragama ini kena juga muhasabah diri. Dah kuat sangatkah Islam – sampai kita sibuk dengan isu gereja dan isu kuil. Jangan sampai terperangkap nanti.

Pada ana, KUIL HINDU ini adalah isu yang akan menyusahkan kita. Tapi kalau Hindu dalam PKR; dalam DAP (ada Hindu?) boleh cerita dan beri alasan kukuh. Kita nak kata apa. Terpaksa terima. Tapi apa makna kita mempertahan Islam? Ana cuma risau orang islam di Selangor akan balikkan isu kepada kita. Ya lah, tak semua nak terima dengan pendekatan ‘keterbukaan agama’ yang melampau lampau. Kalau ya pun….takkanlah sampai ada kuil depan umah.

———————————————————————————-

The controversial relocation of a Hindu temple to Section 23 here which sparked off a racially-charged cow-head protest one year ago will proceed.

State Welfare executive councillor Rodziah Ismail said the decision to proceed with the relocation was made after taking into account the views of all parties, including the Sri Maha Mariamman temple management.

“We have decided that the temple will be relocated to Section 23, Shah Alam. The temple management has also agreed with this decision and we hope all parties including those staying in Section 19 will accept this decision,” she told The Malaysian Insider. In September last year, the Selangor government’s decision to relocate the temple was met with heavy protest by the predominantly Muslim community of Section 23.
Ana english tak berapa nak pass – tapi kawan ana kata; Kuil Hindu ON!

p/s:..berapa ekor patung lembu ada dalam kuil tu agaknya ya….

Secara kebetulan, ana ada di Parlimen waktu bajet dibentangkan. Berbual dengan ramai MP PAS. Dengan bloggers yang aktif untuk berjuang memastikan PAS akan mendapat tempat di hati rakyat. Banyak isu yang dibincangkan. Sesekali ketawa besar bila mengenangkan bagaimana bajet kerajaan kali ni macam main-main. Tapi kena terima hakikat. Semuanya betul. Memang akan berlaku sepanjang tahun 2011.

Ana ambil peluang bertemu dengan Tony Pua. Dia ini kira pakar ekonomi DAP. Ana tanya dia, kalau dia boleh cadangkan – apa dia nak buat dengan bajet kali ini. Tony Pua terangkan banyak perkara. Terangkan tentang bagaimana kalau dia; setiap negeri akan dapat peruntukan berbeza; bergantung kepada ‘jumlah income’ negeri yang terbabit di tahun itu. Ana tanyakan, kalau Kelantan bagi income sikit kepada Negara; apakah bajet kelantan juga kurang? Tony kata ya. Memang itu dasarnya. Ini dinamakan ‘fiscal decentralization’.

Ana macam kecewa sedikit. Manakan tidak. Sudahlah Kelantan berdepan dengan kemiskinan; kalau bajet pun kurang di bawah Bajet PR – macamana kita di Kelantan nak hidup?

Tony beritahu – itu tak ada masalah. Di bawah PR; kita pastikan – royalti minyak akan kembali kepada Kelantan. Lega sikit rasanya.

Tapi, ana rasa – ini semua belum cukup. DAP kena yakinkan kita; mereka tak tengok isu Pulau Pinang sahaja. Jangan begitu, Jangan penting diri. Kena tengok juga caramana boleh bantu PAS dengan cara lain. Kita dah memberi banyak kepada PR. Termasuk gadaikan negara Islam. Ini semua kalau DAP tak nilaikan; rosak lah hubungan kita dalam PR.

Pada PAS, DAP lebih baik dan boleh percaya berbanding PKR. PKR sudah ada agenda lain. DAP lebih mempunyai integriti. Berbanding PKR yang akan menempuh pilihanraya ‘duit’ dalam masa yang terdekat ini. Ramai kawan PKR yang dah mula tukar kereta. Tukar bini pun ada. Semua sebab ada ‘payment’ sewaktu mencalonkan individu tertentu, Mewahnya PKR.

Dalam PAS, budaya beli undi ini hampir tak ada. Bersih Tapi kalau kawan-kawan nak main duit. Kita nak cakap apa.

Politik wang dengan politik sedekah beza banyak….

Ana memang makin risau dengan perkembangan dalam parti sahabat kita – PKR. Soal Azmin dan Zaid, kita serah kepada kebijaksanaan ahli PKR. Tapi kalau dah sampai melibatkan kepentingan Kak Wan, kita pun turut risau. Kita tengok imej Kak Wan. Imej wanita yang sangat tidak bernasib baik. Tarik simpati. Tertekan. Setia. Komited dengan perjuangan. Ini semua imej yang dengan sendirinya membantu ‘PR’ secara keseluruhan. PKR perlukan imej macam itu. Bagus juga untuk politik kita.

PKR yang ada Presiden yang terlalu kuat akan mendatangkan masalah kepada PR. Kita kena percaya itu. Ini akan menyebabkan PKR menjadi parti yang agak sombong dan tidak mampu mendengar pandangan para sahabat. Ianya akan menjadi parti yang super-angkuh dan menganggap mereka sahaja layak menjadi calon Perdana Menteri.

Kelmarin timbul pula cerita budak nama Rahimi. Ini pun bukan orang luar. Orang dalam PKR. Orang dalam pejabat Ketua Umum. Inipun akan mendatangkan masalah dalam kempen kita di GALAS. Selalu kita perkatakan, di dalam kawasan yang majoriti Melayu – masalah yang menimpa moral kawan PKR pun akan mendatangkan kesan.

Ana masih ingat sewaktu membantu YAB Nizar di kawasan dia. Makcik dan Pakcik yang tahu apa-apa – naik menyampah dengan kita. Mereka kata kita parti yang mendokong kekotoran. Nasib baik ada gambar calon BN yang peluk perempuan GRO. Sejuk sedikit hati mereka.

Di Galas pun sama. Kita nak tunggu siapa calon BN? Kalau salah letak – nampaknya kita terpaksa edar juga gambar calon mereka berkunjung ke Siam. Kita ada simpan. Kalau tekaan kita betul; dan itu calon yang dipilih – kita akan dapat kelebihan.

Orang ada nasihatkan ana – jangan kita bermain dengan permainan kotor orang lain. Inilah juga persekitaran yang ada. Kalau kita tak main kotor. Kita tak akan ke mana.

Ana harap budak Rahimi ini tidak dibayar untuk berada di Galas. Kalau dia datang – parah juga kita nanti. Ana harap sangat nanti….

p/s: …kenapa agaknya semua jenis yang macam itu…?

Ana cukup setuju dengan cadangan Husam Musa untuk kita mengemukakan calon orang asli di dalam pilihanraya kecil Galas. Inilah yang terbaik. Jangan cakap sahaja mengenai Pas for All. Kita kena tunjuk kepada rakyat, bahawa kita bersungguh dengan agenda PAS for All. Bukan cakap kosong.
Memang ada juga jemaah yang sangkal – kalau orang asli itu Islam; tapi kalau tidak? Apa masalahnya? Kalau pun dia bukan Islam – tapi dia percaya dengan perjuangan PAS; apakah itu menjadi kesalahan. Kita jangan terperangkap dengan pemahaman Islam yang terhad. Islam itu syumul dan menyeluruh. Soal kepimpinan di Galas ini adalah soal strategi. Soal kita memenangi hati rakyat. Bukan sangat soal agama.
Apa pentingnya calon orang asli?
Kita dengan sendirinya meletakkan tekanan kepada pihak lawan bahawa kita lebih ‘terbuka’ dalam soal memilih calon. Agenda PAS for All ini bukan agenda mainan. Kita bersungguh dan nak melihat suasana politik berubah.
Sebab itu kita ketengahkan ramai tokoh di kalangan saudara baru. Kamal Koh. Anuar Tan. Ann Wan Seng. Semua dah kita ketengahkan di dalam pentas PAS. Kita kemukakan mereka sebagai ‘wajah’ PAS for All kita. Apa salahnya kalau kita ketengahkan orang asli pula? Salah? Tak salah kan.
Yang rasa risau dan bersalah adalah pihak lawan. Mereka dah sedia beribu hamper nak bagi orang asli. Buat kempen keselamatan jalan raya. Bagi helmet percuma. Buat ic baru. Ini semua taktik biasa. Tapi kalau kita letak calon orang asli – berapa tinggi hamper dia bagi pun; orang asli akan undi calon kita. Dah ada 2,000 undi. Kalau kita tambah dengan undi orang kita sendiri. Dah berapa?

Selangorkini Online memetik YB Husam:-

KOTA BAHARU, 6 Okt – PAS sedia memilih calon daripada kalangan Orang Asli untuk bertanding dalam pilihan raya termasuk pada pilihan raya kecil(PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 Nov ini, kata Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan Datuk Husam Musa.

Katanya, ini tidak mustahil jika ada calon yang sesuai dan setelah diambil kira komitmen masyarakat Orang Asli terhadap PAS.

“Kita tidak menolak kemungkinan boleh memilih masyarakat Orang Asli sebagai
calon, memandangkan mereka sudah mula menunjukkan minat dalam politik dan sikap mereka yang mula menerima arus pembangunan sebagaimana masyarakat moden,” katanya dipetik daripada Bernama.

Ana setuju benar dengan YB Husam. Petanda memang Husam ada fikiran yang jauh dan matang.

p/s: ….PAS for All….

Ana nak ucapkan tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang telah membuat keputusan untuk meletakkan CCTV di tempat-tempat maksiat (rumah urut, kedai refleksologi, urut buta, urut tradisional dan spa di seluruh negeri Selangor). Langkah ini memang tepat dan berkesan. Inilah sahaja cara kita nak memastikan Selangor menjadi sebuah negeri yang bersih maksiat. Kita mahukan negeri Selangor menjadi contoh negeri maju. Bukan macam Melaka yang ada sekolah anak haram. Itu kita tak suka. Itu ‘halal’ cara Sahibus Samahah Ali Rustam. Itu lain punya ajaran.
Selangor wajar jadi Negeri ‘contoh’ kepada kejayaan Pakatan Rakyat. Kenapa tak Kelantan? Kita nak selangor. Sebab selangor kaya dan mampu membuat perubahan.
Dengan kemampuan ekonomi Selangor; kita percaya banyak perkara dan program yang boleh dilaksana. Kalau Selangor berjaya, Kedah dan Kelantan akan turut menumpang keuntungan politik. Kelantan tak boleh harapkan ECER? Tak boleh! Sama juga Kedah juga tak boleh nak harap pada NCER. Kita kena tumpang program ekonomi Selangor yang jauh ke depan. Tak kiralah bab business arak di tepi lebuhraya tu. Akhirnya, cukai pun akan disatukan juga. Lepas tu kalau kita beri kepada ibu tunggal di Sabak Bernam, Hulu Selangor, Jeram dan Ijok – SIAPA YANG TAHU? Yang tahu hanya Allah SWT. Dan tujuannya adalah murni dan baik.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, tindakan yang diambil oleh Kerajaan Selangor adalah lebih baik daripada negeri yang dipimpin oleh Umno.

Katanya, Kerajaan Selangor pada hari ini sedang membaik pulih kerosakan yang teruk hasil daripada kerja buat Umno selama ini.

Menurutnya, Umno menyuburkan kegiatan maksiat kerana ia sebagai satu senjata yang berkesan supaya rakyat diulit dengan mimpi dan tidak mempedulikan apa pemimpin BN hendak sapu harta rakyat.

“Keadaan ini amat jauh dengan program yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pada hari ini,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut  Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, ada juga cadangan untuk membuat reka bentuk semula tempat-tempat itu agar lebih terbuka dan bakal dibekalkan dengan kamera litar tertutup (CCTV).

Soalnya, kerajaan PR Selangor pun kena pastikan gugusan rumah urut tajaan ‘Ronnie Liu’ pun diletak CCTV juga. Cina DAP ni kadang-kadang setuju buat semua. Tapi akhirnya mereka juga yang langgar peraturan. Ini pun kita kena betulkan sebaik mungkin.

Jangan dalam pada PAS beria nak kurang maksiat; DAP jadi ‘tycoon’ maksiat. Rakyat tak nampak ‘bersihnya’ kerajaan nanti. Ini pun kita kena jaga. Kena konsisten. Jangan cakap tak serupa bikin.

p/s:…tak sabar tunggu gambar pemimpin UMNO dalam cctv….

Laman Berikutnya »