April 2016


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada hari ini membuat ‘kejutan 2014’ apabila mengambil keputusan MELUCUTKAN gelaran ‘Datuk Seri’ yang diberikan kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pada tahun 1992.
Ini dipercayai berkaitan dengan sikap derhaka Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang dalam beberapa isu yang melibatkan Sultan Selangor.
Istana Selangor dalam satu kenyataan pagi Khamis memberitahu perlucutan gelaran tersebut berkuat kuasa 3 November lalu.
Nampaknya, kehadiran Anwar Ibrahim ke Sarawak minggu lepas sebenarnya dalam keadaan tiada gelaran Datuk Seri.
Menurut Istana Selangor keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar kerana beliau “berulang kali mempersoalkan integriti Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja dalam krisis Menteri Besar baru-baru ini.”
“Sultan, selepas berunding dengan Majlis Diraja Selangor, telah memutuskan bahawa anugerah kehormat yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ kepada Anwar Ibrahim, dibatalkan berkuat kuasa 3 November, selaras dengan kuasa Sultan untuk memberi anugerah seperti yang termaktub dalam perlembagaan negeri.

“Keputusan ini adalah berdasarkan tindakan Anwar mempersoalkan berulang kali kewibawaan Sultan Selangor dan institusi diraja dalam menyelesaikan MB krisis Selangor, serta menyoal Baginda berkaitan isu-isu membabitkan agama Islam,” kata Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin, Datuk Mohamad Munir Bani.

******

2016, Menteri Besar UMNO pula kena lucut gelaran. Kalau Anwar persoal integriti Sultan Selangor, apa pula dosa sebenar MB Terengganu?

Nak juga rakyat tahu. Takkanla pasal ucapan. Itu simple sangat. Takkan sebab itu.

Apapun keputusan Tuanku, Pas hormat dan doakan yang terbaik buat Tuanku Sultan. Moga Tuanku Sultan terus diberikan kekuatan untuk buat keputusan lebih penting bagi meranapkan rejim rasuah yang ada di negeri Terengganu.

Ini jihad level Tuanku. Kita kena tabik dan hargai. Sebagai Sultan, Tuanku pastinya mahu yang terbaik untuk negeri dan rakyat.

Kalau nak pemimpin yang ada ilmu Islam, boleh pilih di kalangan YB Pas yang kesemuanya bijak dan handal dalam ilmu Islam.

Kalau kami nasihatkan Tuanku, kami nasihatkan kerana agama Islam dan ummat. Bukan kerana parti dan kepentingan diri.

Kata orang, ini sindiran pertama kepada Najib.

Masalahnya, faham ke bahasa sindiran?

Kita perlu melihat perkembangan politik Terengganu dengan steady dan relaks. Tak perlu nak melompat sangat. Tapi kita perhati elok-elok. Nampak macam ada masalah besar. Kita doa masalah ini berlarutan. Supaya kita ada peluang menjadi pemimpin di negeri Ganu.

Kita kena banyak belajar game politik dengan Istana ini. Kena hati-hati. Jangan berlebihan. Tak boleh juga jadi suruhan. Kena wasatiyy. Sederhana.

Jika ada rezeki, ana nampak ada peluang kita berada di hadapan.

Senario Paling Molek

PAS memegang pengaruh di DUN – dan ambil alih Kerajaan Negeri.

Senario Sederhana Molek

Kalau UMNO nak kita bersama. Kena bayor nafkah politik kepada kita. Kenakan yuran yang tinggi. Supaya kita ada duit lebihan untuk ahli kita di bawah. Jawatan tertentu mesti berikan kepada Pas.

Senario Biasa Sahaja

UMNO akan tukor MB. Katanya memang ada usaha dibuat untuk tukor MB sedia ada kepada orang lain. Orang bodo tak leh jadi pemimpin lama-lama.

Kita tunggu apa yang akan jadi sedikit masa lagi.

Kepada yang berkenaan, boleh doh tempoh baju batik lebih.

DAP kecoh kononnya nak pastikan semua pengundi pos di Sarawak dibatalkan dalam PRN kali ini. Bangang. Selama ini ada tak ada pula bantah. Sekarang pula dia bantah. Dah tak ada kerja lain?

Tahun 2011, lebih 18,000 pengundi pos di Sarawak. Segala abang gomen, askar, polis, cikgu, semua lah. Kita tetap dapat kurang 10,000 undi juga. Tak lebih.

Kita faham lah, orang gomen ini semua otak dah tepu. Tak mahu berubah. Masih nak kekalkan orang yang sama, walaupun kotor dan rasuah.

Kita harap kali ini, 20,000 undi pos di Sarawak akan bersama dengan kita. Beri undi kepada Pas, akan memudahkan kita membuat keputusan untuk bersama parti mana dalam PRU akan datang.

Takkanlah semua orang gomen masih sesat dan nak bersama parti yang mungkar. Tak mahu masuk syurga? Kalau mahu, bersama Pas. Beri undi kepada Pas.

Kita akan dapat memberi mesej yang padu, bilamana kita dapat undi yang besar kali ini. Ana target 30,000. Kalau dapat 50,000 lebih baik.

Misi kita nak selamatkan Sarawak. Selamatkan dari segala macam kefasadan dan kekurangan. Beri kita peluang.

Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi oleh Pas dalam pilihan raya umum lalu di negeri itu, iaitu 20 kerusi Dun dan tujuh parlimen.

Pengerusi Amanah Selangor, Ir. Izham Hashim berkata, untuk itu, mereka sedang membuat persiapan rapi dari pelbagai sudut untuk menghadapi pilihan raya umum ke 14 akan datang.

Kata Izham, Amanah Selangor sentiasa bersedia menghadapi apa jua pertandingan sama ada dua atau tiga penjuru mewakili Pakatan Harapan, apabila  pakatan itu membuat keputusan.

“Amanah tidak akan bertanding menentang mana-mana rakan komponan dalam Pakatan Harapan, sebaliknya akan membantu rakan komponan di tempat mereka bertanding,” demikian kata Izham kepada Malaysiadateline baru-baru ini.

Amanah Selangor, katanya, sedang membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang, termasuk dari segi strategi, calon, jentera dan dana. Semua aspek diambil kira untuk mencapai kemenangan di negeri Selangor, katanya.

Amanah kini adalah rakan komponan dalam Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP.

Menurut beliau, Amanah hadir mengisi kekosongan tempat yang dahulunya diwakili oleh Pas dalam Pakatan Rakyat.

********

Nak tergelak pun ada. Isi kekosongan? Ini semua agenda ikut cakap DAP. Bukan sangat sebab perjuangan. Tapi sebab sudah jual maruah dan harga diri. Bila dah jual, jadilah cakap macam orang mabuk.

Siapa tak kenal AMANAH dan mereka yang bersekongkol dengan parti ni. Semua orang kecewa dan tidak ada pengaruh. Mereka yang jika ikut kaedah Pas, yang tidak akan naik selama-lamanya.

Cakap pandai. Kerja kurang.

AMANAH ini lupa agaknya siapa yang jadi tiang kekuatan mereka selama ini. Tak payah cakap pasal orang lain lah. Shah Alam? Sepang? Dua-dua melingkup kalau tak kerana kami yang bantu. Cakap macam orang suka dia sangat.

Ana alu-alukan mereka nak masuk. Tapi ingat, kita bermusuh. Apabila sudah bermusuh, apa sahaja akan dilakukan untuk menghancurkan musuh.

Rahsia semua orang kuat AMANAH dalam poket kami. Tinggal nak lambak sahaja.

Nak tergelak ana tengok perangai parti PKR dan DAP di PRN Sarawak. Huru hara. Macam tak ada mak bapak. Tak ada halatuju.

Kawan ana dalam PKR kata, Baru Bian tak setuju sebab banyak keputusan dibuat di Tropicana dan tak melalui perbincangan di Kuching. Semua Azmin Ali yang buat keputusan tanpa ambil maklum pandangan dari bawah.

DAP tetap dengan pendirian nak tanding kerusi lebih banyak. Tapi nampak boleh bertolak ansur. Yang jadi rosak adalah perangai buruk Baru Bian. Elok tukar nama Baru Gian. Gian nak jadi Ketua Menteri.

PAS setakat ini relaks sahaja. Kita target tak besar. Nak tingkatkan jumlah undi sahaja. 30,000 undi pun kita akan rasa best.

Itu tanda program dakwah kita menjadi. Tak payah nak rebut-rebut.

Putrajaya cemas dengan gerakan kita. Sebab itu, semua agensi seperti JAKIM, IWM, MAIWP, Baitulmal turun buat program di Sarawak.

Cemas lah tu.

Mereka takut kita menang 30000 undi. Kalau dapat 30000 undi, orang seperti Ashraf Wajdi, Jamil Khir elok letak jawatan sahaja.

Maknanya apa? Maknanya mereka adalah Menteri yang gagal

Indeks Syariah ialah pemboleh ubah yang disusun bagi memberi gambaran terlaksana peraturan dan hukum yang telah tercapai dalam pengurusan sesuatu perkara yang ditetapkan.  Indeks ini bertujuan mengukur tahap keseriusan usaha dalam mengimarahkan prinsip, nilai dan sistem Islam merentangi pelbagai sektor dalam sesebuah Negara (contoh: ekonomi, pendidikan, sosial, politik, teknologi, dan lain-lain).
Indeks Syariah adalah berdasarkan kepada lima Maqasid Syariah yang utama iaitu memelihara agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta. Lima Maqasid Syariah ini digunakan untuk mengukur usaha kerajaan dalam lapan bidang yang utama iaitu :
         i.       Perundangan Islam;
        ii.       Politik;
       iii.       Ekonomi;
       iv.       Pendidikan;
        v.       Kesihatan;
       vi.       Budaya;
      vii.       Prasarana dan Persekitaran; dan
     viii.       Sosial
Pengukuran Indeks Syariah mengambil kira tiga kompenen yang berkaitan dalam sesebuah Negara iaitu;
        i.        Pemerintah (pembuat dasar),
       ii.        Agensi-agensi pelaksana (pelaksana dasar) dan,
      iii.        Masyarakat secara keseluruhannya menjurus kearah pencapaian maqasid.

*****

Kita tak tahulah apa kaedah yang digunapakai untuk buat Indeks ini. Ada kawan-kawan bijak pandai kata, kalau suruh individu tertentu buatkan indeks, jadilah indeks yang syok sendiri.

Ana rasa, benda paling penting dalam berkerajaan adalah penerimaan rakyat secara umum. Rakyat percaya atau tidak? Rakyat terima atau tidak?

Maknanya, indeks macam ini kena beri rakyat yang tentukan.

Zaman khalifah pun macam itu. Kalau ada perubahan dasar, khalifah akan tanya pandangan rakyat. Bukan upah orang buat indeks sendiri.

Ana resah sepanjang malam, mengharapkan tiada yang buruk berlaku kepada MB Kelantan kita. Harap bukanlah masalah kesihatan yang teruk. Sekadar pendarahan biasa, kita doakan yang terbaik.

Apapun yang berlaku, kita tahu Pas di Kelantan dalam keadaan solid dan padu. Yang memeningkan kita hanyalah Husam Musa. Bila kita cantas dia nanti, selesailah masalah. YB Nik Amar ini lebih daripada mampu untuk melaksanakan amanah.

Selama ini pun, YB Nik Amar adalah tulang belakang kepada kekuatan MB. Banyak perkara yang diselesaikan dengan budi bicara Nik Amar yang cerdik dan hebat.

Kita tak perlu risau dengan kekuatan Pas Kelantan. Insya’Allah kita dapat berdepan dengan puak UMNO dalam apa jua keadaan.

Buat masa ini, elok kita doakan kesejahteraan MB kita. Moga-moga diberikan kesembuhan oleh Allah SWT.

Tak banyak isu di Kelantan pada ketika ini. Banyak isu dah selesai. Kita nak tumpu kepada pilihanraya sahaja. Tak perlu banyak benda lain.

Puak yang degil, kita potong dan cantas. Jangan bagi muka.

Laman Berikutnya »