September 2008


Sejak kebelakangan ini banyak terdengar berbagai versi tentang kes liwat Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bahari. Ada teman PKR sendiri yang mengatakan Anwar amat menyayangi bekas pembantu beliau tersebut.

Mereka berkata Anwar seringkali berjumpa dengan Saiful di kondo yang akan menjadi masyur apabila kes liwat Anwar bermula pada 10hb Oktober 2008 ini.

Mereka juga mendakwa kemungkinan besar Anwar melakukan perbuatan liwat tersebut kerana kecenderungan Anwar amat diketahui oleh mereka yang rapat dengan Anwar.

Tetapi demi perjuangan pembangkang dan menjaga nama baik keluarga Anwar, mereka yang mengetahui atau mengesyakki selera seks Anwar hanya mampu mendiamkan diri.

Dalam hal ini, kami ingin bertanya para pemimpin PAS – Adakah mereka semua benar-benar yakin Anwar tidak meliwat Saiful? Atau mereka hanya menutup sebelah mata agar dapat jadi rakan kongsi PR juka berjaya mentadbir negara satu hari kelak?

Apakah para pemimpin PAS tidak sedar bahawa mereka dahulu telah dikritik hebat oleh rakyat dalam tahun 1999 apabila Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat mendakwa Allah juga mencarut.

Semasa itu, PAS teramat ghairah mempertahankan buku berjudul SH*T dan penulisnya Shannon Ahmad. Dalam buku tersebut, Shannon telah menggunakan kata-kata carutan seperti “pukimak” untuk melabelkan Dr Mahathir Mohamad, PM ketika itu.

Kami pun tidak gemar dengan cara Dr Mahathir mentadbir tetapi jika Nik Aziz berkata Allah juga mencarut mengikut tempat dan masa, itu adalah tidak benar.

Pengajaran di sini untuk pemimpin PAS ialah jangan membuta tuli menyokong sesiapa sahaja termasuklah Anwar dan mempertahankan beliau dalam kes liwat yang bakal dilihat dan didengar dalam mahkamah tidak lama lagi.

Tokoh popular PAS seperti Mat Sabu pun tahu siapakah Anwar sebenarnya sebelum Anwar dituduh meliwat dalam tahun 1999 dahulu dan saya yakin rakan-rakan PAS pun tahu.

Jadi janganlah terlalu cepat untuk menidakkan apa yang mungkin benar. Jangan jadikan parti kesayangan kita ini bahan kritikan ahli dan rakyat.

Advertisements

Kami amat setuju dengan cara pemimpin kita Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak Anwar Ibrahim kerana bertindak bagaikan Mat Jenin dalam usaha untuk menjadi PM.

“Janganlah hendak jadi Mat Jenin. Jika kerajaan baru tidak berteraskan Islam, Pas tidak akan berkompromi.

“Tidak kiralah samada Anwar ataupun Umno yang akan jadi PM. Inilah pendirian saya sebagai Presiden PAS,” kata pemimpin PAS tersebut pada 15hb Sept 2008, sehari sebelum Anwar dakwa akan menjadi PM.

Inilah yang para pemimpin kita harus lakukan yakni memberitahu Anwar dengan tegas dan jelas bahawa kerakuasan beliau hanya akan memudharatkan kepada PAS, PR dan mungkin negara.

Janganlah kita risau tentang apa yang diperkatakan Anwar kerana kami tidak lihat keprihatinan Anwar terhadap perjuangan PAS. Nampaknya Anwar lebih pentingkan parti bukan Islam dan polisi kesamarataannya.

Begitu juga dengan kes liwat Anwar. Walaupun DAP dan PKR mahu meremehkan sikap homoseks Anwar, kami rasa hal ini benar dan PAS harus waspada.

Ingat, dalam tahun 1982 pada hari PAS membuat persediaan untuk menerima Anwar yang bersetuju menyertai PAS, beliau mengumumkan untuk bersama Umno. Selepas itu, Anwar terus mencaci dan mengeji pemimpin dan parti PAS.

Dan sekarang, kita hanya perlu ingat akan penderhakaan Anwar ini sebelum kita dilemahkan oleh pujuk rayu beliau.

SOKONG PAS terharu dengan sokongan yang diberikan pucuk pimpinan PAS kepada Anwar Ibrahim selama ini, termasuklah di Permatang Pauh. Persoalannya ialah “Perlukah kita menyokong Anwar dengan taksub tanpa memikirkan implikasi negatif kepada PAS?”

Kami sedar pemimpin-pemimpin PASlah yang memulakan perbincangan tentang kecenderungan seks Anwar sejak 1993 apabila sebuah buku tentang perkara ini diterbitkan penulis politik tersohor negara Yahya Ismail. Waktu itu, di kalangan kami pun timbul beberapa strategi tentang bagaimana PAS harus mendedahkan perkara ini.

Selepas itu, dalam sebuah forum DAP di Kuala Lumpur pada awal tahun 1998, Karpal Singh mendesak Dr Mahathir Mohamad agar mengambil tindakan terhadap Anwar di atas perilaku seks beliau. Ini diikuti dengan kes mahkamah Anwar yang pertama dan Anwar didapati bersalah. Dalam rayuan Anwar seterusnya pun, para hakim pun mengaku bahawa perbuatan liwat Anwar sememangnya berlaku walaupun rayuan Anwar diterima akibat dari kekurangan bukti nyata seperti tarikh dan waktu yang tepat.

Sekarang ini Anwar sekali lagi menghadapi tuduhan meliwat Saiful. Bolehkah kita ketepikan sahaja kes ini sebagai sesuatu yang tidak benar?

Lebih baik kita tunggu dan lihat gelagat Anwar di dalam dan luar mahkamah sebelum kita berikrar Anwar tidak bersalah. Jangan pula imej kita tercemar dan umat Islam tidak lagi menyokong kita akibat dari tindakan pemimpin yang hentam keromo sahaja.