Mac 2016


Blog ini terdengar khabar-khabar angin bahawa satu RIBUT PENYATUAN akan berlaku di Selangor menjelang PRU yang akan datang. Katanya banyak rombongan yang datang merisik, melamar, meminang Pas Selangor untuk dijadikan permaisuri politik. Hebat Pas Selangor.

Kita harap majlis merisik Pas Selangor tak menjadi seperti peristiwa di Masjid Khadijah, Pantai Dalam. Belum apa-apa dah bergasak sama sendiri.

Kalau nak bersama, mesti ada peraturan. Mesti ada undang-undang.

Ana minta sangat, jangan hanya cakap di mulut. Tapi dibuat dengan penuh adab dan peraturan.

Kita boleh minta perkara berikut: –

– Pas mesti MB; UMNO ambil Timbalan MB

– UMNO tak bertanding di kawasan Pas di seluruh Selangor

– Pelantikan apa-apa jawatan mesti 60:40 (Pas; UMNO)

– Penghulu semuanya orang Pas

– Imam/Bilal juga ditentukan oleh Pas

– Pas akan pegang 4 jawatan Exco

Kalau boleh setuju dengan syarat ini, ana rasa memang ada jalan untuk kita berte,u di pelamin politik.

Mas kahwin jangan lupa pulak! Harga? Itu kena bincang dalam Whatsapp. Tak boleh secara terbuka. Tahu sama tahu.

Apa yang penting, kalau berlaku penyatuan, ini adalah demi kepentingan Melayu dan Islam. Tak lain daripada itu.

Kita bertemu atas niat silaturrahim yang terbaik. Tak ada adu domba. Bersatu kerana Allah.

Ana dimaklumkan, Iskandar Samad sedang merangka pelan untuk melaksana penyatuan ini di Selangor. DAP mesti diketepikan terus. PKR diletakkan sekadar di pinggiran.

Kita dah penat jadi penyokong. Kita nak jadi leader ini kali.

Brazilian Democratic Movement Party (kira sama macam UMNO lah), sudah buat keputusan berani untuk mengenepikan Presiden parti mereka sendiri, kerana terlalu banyak cerita buruk berkaitan rasuah dan sebagainya. Dilma Roussef bukan calang-calang orang, memang hebat di awalnya.

Tapi nasib politik tak selalunya baik. Bila timbul isu rasuah di dalam PetroBras (macam Petronas lah), terus tertunggeng semua pemimpin korporat dan politik di Brazil. Tak bagi can. Semua kena.

Masalahnya, polis dan agensi rasuah di Brazil berani. Tak takut langsung. Semua mereka akan siasat. Malah dah ada yang kena hukum pun. Macam itu punya berani mereka ni. Sekali pandang, Islamik sungguh tindakan mereka.

Antara yang dah kena:-

Among the top names convicted in connection with Operation Car Wash are:

  • Marcelo Odebrecht, construction tycoon sentenced to 19 years in prison
  • Joao Vaccari, treasurer of the Workers’ Party, sentenced to 15 years and four months
  • Nestor Cervero, former Petrobras executive sentenced to five years

Marcelo Odebrecht kira macam tycoon besar lah. Pun kena.

Kalau Brazil berani ambil tindakan macam ini, negara Islam pun patut malu lah. Kenapa kita tak berani?

Kita sibuk dengan Indeks Syariah, tetapi tindakan kita tidak shariah-compliant.

Kita dalam Pas kena pastikan, kalau kita jadi kerajaan, kita bebaskan sama sekali, 100 percent bidang Kehakiman. Jangan campur tangan. Biar mereka siasat dan sumbat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihatkan ahli parti itu agar tidak menyertai ‘Deklarasi Mahathir’ kerana proses perubahan negara mesti dilakukan secara positif serta tidak menghuru-harakan negara.

“Kita hendaklah memilih demokrasi yang adil secara baik dan tidak (berlaku) ketegangan kaum dan kerana itu kita kawal pemuda kita. “Tidak perlu campur tangan asing kerana dalam semua kegiatan kita kena berhati-hati,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Anak Muda Istiqamah Perak di Kampung Batu 20, di sini, pada Ahad.

Ketika ditanya mengenai tindakan anggota PAS menyertai Parti Amanah Negara (PAN) kemungkinan menggugat parti itu pada pilihan raya akan datang, Abdul Hadi berkata, ia tidak menggugat PAS kerana hanya satu peratus sahaja anggota PAS yang menyertai PAN.

Ini dilaporkan di dalam Berita Harian.

Pada ana, dalam parti, disiplin sangat penting. Kalau TG dah kata begitu, kita ikut sahajalah. Tak perlu nak lawan.

Memang kalau ikutkan senario politik, kita kena bersama dengan grup ini.

Tapi TG bukan kecil anak. Mesti dah buat istikharah dan meminta panduan Allah SWT.

Ini bezanya kita dengan PKR. Mereka ikut angin. Kita ikut panduan Allah SWT.

Heboh suratkhabar arus perdana laporkan kononnya ada Istana yang tak puas hati dengan Tun Mahathir. Kononnya Mahathir yang telah mengurangkan kuasa Istana. Padahal, dia budak lagi masa tu. 8 tahun dah faham pasal konflik? Dah faham pasal perangai orang Istana pada waktu itu?

Sila buka sejarah. Tengok apa sebenarnya yang buat Tun Mahathir buat macam itu. Kalau Mahathir tak buat begitu, rasanya akan banyak lagi benda yang berlaku. Kita tak payah sembang details lah.

Pas pada waktu itu, sokong usul, kerana kepentingan rakyat. Peranan Istana dan Raja, sebagai payung negara mesti ada asasnya. Bukan boleh buat suka hati.

Hari ini, ada orang istana yang kata itu tidak baik?

Tidak betul?

Lihat semula semua fakta kes yang ada. Jangan ikut sedap mulut. Jangan mulut terlebih sado.

Dalam kewangan negara, elaun-elaun diraja adalah benda paling utama diletakkan di dalam bajet kerajaan.

Kod bajet – 010100. Tak boleh sentuh.

Kalau dalam bajet, tak banyak pun. Kurang RM2 juta. RM2 juta ini, pada pihak istana macam 2 hengget. Tak banyak mana pun.

Kita tak percaya mamat sado itu ada ilmu pun. Main pakai cakap sahaja.

Tak perlu layan lah. Bukan dia tahu sejarah pun.

Dia layan sahaja lah kemewahan yang ada. Rezeki.

Kawan-kawan Pas di Johor bertanya, Muhyiddin sibuk turun ke kawasan, mencari tandatangan untuk Selamatkan Malaysia. Bagaimana dengan kita ahli Pas? Sokong Najib atau Sokong Muhyiddin?

Pada ana, kita sokong Najib lebih baik. Bukan soal Muhyiddin lagi kuat agama dan anak Lebai. Tapi kita rasa berkawan dengan Najib, dalam waktu ini lebih menguntungkan parti dan kawan-kawan.

Muhyiddin baru-baru ini ajer yang pandai pusing kawasan. Dulu, tak semua kampung di Pagoh yang dilayannya. Sibuk kononnya. Tak ada masa. Ada kampung yang tak pernah nampak wakil rakyat pun.

Jadi apa yang kita nak besarkan sangat Muhyiddin ini?

Dia bukan pernah bantu Pas pun. Sibuk dengan hal dan keluarga sendiri. Apa jadi dengan politik pun dia tak ambil tahu.

Ana tak hairan kalau Muhyiddin lepas ini buat benda-benda yang dia tak pernah buat.

Baca puisi lah. Sayembara lah.

Pas tak perlukan Muhyiddin yang TOTOK UMNO.

Kalau dia tinggal UMNO, masuk Pas – kita beri layanan istimewa.

Kalau sekarang, he has no value to us. Sorry bro.

“Saya sendiri akan memberikan perhatian secara peribadi kepada pembentukan dan pelaksanaan DPTN ini.

“Kita mendapati institusi pendidikan tahfiz terus mendapat sambutan yang begitu hebat daripada masyarakat. Institusi tahfiz ini telah berkembang dan tidak lagi berpaling ke belakang,” katanya ketika berucap dalam Majlis Himpunan 20,000 Huffaz di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Dalam majlis yang sama, Perdana Menteri turut merasmikan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta).

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengerusi Pinta, Mohd. Zahid Mahmood.

Perdana Menteri menambah, penubuhan Pinta amat tepat pada masanya untuk madrasah dan maahad tahfiz disatukan dan disusun saf mereka.

“Sehingga pelbagai program dan aktiviti yang mampu memperkasakan kebajikan dan pendidikan institusi ini dapat dilaksanakan dengan lebih rapi dan menyeluruh,” ujarnya.

Sebagai satu sumbangan awal tanda pengiktirafan kerajaan kepada usaha para huffaz menubuhkan Pinta, Najib berkata, kerajaan bersetuju memberi sumbangan dana sebanyak RM10,000 bagi setiap Pinta di peringkat negeri.

“Untuk Pinta kebangsaan, kita akan bincangkan kemudian. Insya-Allah, harapan tidak akan dihampakan,” kata Perdana Menteri.

**********

Benda yang baik kita kena sokong penuh. Tak ada masalah pimpinan kita bersama Najib dalam perkara baik seperti ini. DPTN memang bagus untuk negara kita. Pas patut sokong penuh.

Guan Eng pun beri bajet untuk tahfiz. Azmin Ali pun. Semua ada bagi bajet. Kita sokong mana yang baik.

Sebab itu pada ana, tak jadi masalah anak Tok Guru Nik Aziz datang bersama Najib dalam program itu. Program dakwah dan islamik. Bukannya program laghaw.

Pas sokong DPTN. Kalau beri bajet kepada kita pun bagus. Dalam RM600k setahun. Tahfiz Pasti. Boleh PM? Bolehlah…bolehlah….we love PM! Lulz.

Hairan betul, kita ni bila ada negeri nak jaga, kita tak jaga betul-betul. Macam-macam jadi. Miskin. Tak ada duit. Tak ada peruntukan. Peluang pekerjaan kurang. Peluang perniagaan terhad. Peluang baru ekonomi tak ada.

Yang kita sibukkan, politik sama sendiri. Husam belasah Nik Amar. Nik Amar belasah Husam. Exco tidur. Faraid peluang balak. MB senyum dan beri ceramah. Tak ada kekuatan iktisad langsung. Macamana kita ni nak jadi contoh sebuah kerajaan yang baik.

Ana nak minta Kerajaan Kelantan, buat lawatan sambil belajar ke Selangor. Perhati cara mana Azmin jaga kerajaan. Tengok macamana Azmin sendiri turun ke bawah, jumpa mahasiswa, jumpa Naib Canselor. Solat bersama mahasiswa. Selesaikan macam-macam isu dengan mudah dan tangkas.

Kita tak ada pemimpin cekap macam Azmin Ali. Kita banyak politik. Kita banyak tidurkan rakyat dengan ayat ceramah. Balik-balik cerita sama. Syurga neraka. Hari kiamat yang semakin hampir. Tapi kita biarkan rakyat miskin dan sengsara.

Ini kepimpinan Islam apa sebenarnya ni? Islamik kah kita bila kita tak bawa pembaharuan dan kekuatan ekonomi kepada negeri? Asyik meminjam dan berhutang.

Azmin jadi MB tak sampai dua tahun, tapi semua dia tengok. WiFi Smart Selangor. Bas Smart Selangor. Hospital (biasa dibina oleh Kerajaan Persekutuan, tapi Selangor nak melabur bina Hospital sendiri).

Kita apa yang kita ada?

Tengok cara Azmin selesai isu UNISEL.

Tengok cara Azmin selesai isu sampah.

Tengok cara Azmin urus ekonomi.

Tengok cara Azmin selesai isu rumah kos rendah.

Jangan kita buta dengan kehebatan MB Selangor ini. Dia bijak. Pandai cari peluang. Sampai orang Arab Saudi datang buat Universiti. Kita? Asyik politik sama sendiri.

Laman Berikutnya »