Januari 2012


Ana pun jarang tengok wayang. Tapi haritu anak dara ana ambil Astro First. Dia ambil cerita Ombak Rindu. Selesai solat semua; ana pun ambil keputusan nak tengok juga cerita ni. Kita dalam PAS ni jarang tengok wayang. Banyak masa kita dihabiskan untuk usrah dan ceramah agama.

Pada ana, ok jugalah cerita dia. Maya Karin pun ok. Ana suka juga cerita Melayu yang ada makna. Kalau setakat cerita macam Bujang Terlajak karya PROF Razak tu ana anggap filem sampah. Filem sampah ni – yang tengok pun pemikiran macam sampah juga. Maaf cakap.

Ana suka satu ungkapan dalam filem Ombak Rindu...’Redha Itu Ikhlas; Pasrah itu Menyerah’. Sedap ayat ni. Ana suka.

Ana sifatkan PAS Kedah dalam tahap Ombak Rindu.

Redha dengan kemungkinan kekalahan. Pasrah dan mula menyerah.

Ana nampak MB Kedah pun macam dah tak semangat nak melawan. Sesetengah kata, dia pun dan bosan dengan PAS. Dia pun dok merungut kata PAS ni memang parti bodoh dan kampung. Aikk…naik ikut parti kita; dah naik – nak balun kita plak….mana punya game dia pakai ni?

Ana diberitahu, Azizan ini baik dengan banyak kumpulan UMNO. Mahadzir Khalid pun dia baik. Tun Daim pun dia baik. Tun Det pun dia baik. Haru lagu ni.

Ana sebelum ini memang suka dengan Azizan…tapi bila dah mula nak tukaq kiblat. Ana pun naik hantu juga.

La…lagu ni lah; kalau nak berhenti sangat, nak ludah dan maki PAS, elok letak jawatan. Jangan ambil elaun bagi makan anak bini. Itu sudah kira duit haram.

Banyak pulak komplen kepada parti lepas jadi MB. Hari tu, nasib baik tak ‘jalan’…kalau jalan? Dah lama kena berhenti.

* tengok macamana rapatnya Aron Aziz peluk Maya…macam tu lah rapatnya kita dengan DAP. kalau Azizan tak mahu…dia boleh JAAALANNNNNNNNN.

Alamak. Baru berapa hari dalam politik, nampaknya Aziz Bari sudah tunjuk taring. Habis MB Kedah dicabarnya letak jawatan dan join BN. Biar betul? Ini sudah jadi masalah kepada kita ni. Kena bendung cepat-cepat.

Ana bosan sebenarnya dengan tajuk AUKU ni. Bosan. Pada ana, samada ada AUKU atau tidak; budak-budak mahasiswa tetap bebas bersama dengan parti. Tak ada masalah pun. Tak ada lagi kes yang ana dengar pelajar kena buang sebab join PAS. Tak ada. Ana sendiri yang hadir beberapa program tamrin dan tarbiyyah; tak pernah nampak mahasiswa kita jadi takut dan kurang cerdik. Terutamanya yang masuk PAS. Semua bebas bagi pandangan. Apa masalah dengan AUKU ni sebenarnya?

Pada ana, Aziz Bari (walaupun dia pakar) tetapi tidak realistik. Memang betul Aziz Bari pernah kena siasat UIAM. Tapi ini kes lain. Kebebasan akademik? Tapi tidaklah sampai kurang ajar dengan Sultan.

Ana minta maaf lah, ramai Melayu macam ana ni yang masih sayang kepada Sultan. Pada ana, Sultan ini ada peranan yang tersendiri. Tidak pula kita sampai kena kurang ajar dengan Sultan.

Aziz Bari janganlah kuat sangat nak kritik MB Kedah tu. Puak UMNO suka sangat kalau Aziz Bari bantai MB. Depa buat kenduri kesyukuran.

Kedah bukannya kuat pun. Bajet kita pun tak berapa besar. Ciput. Tak macam Selangor. Tak macam Pulau Pinang.

Kalau PAS Kedah kuat ana tak adalah kisah sangat. Tapi tak kuat. Kena bantai sikit. Harus kita tumbang. Aziz Bari kena faham bab ini. Mengurus Negeri ini bukan macam jadi Pensyarah di UIAM. Jauh bezanya. Aziz Bari tak ada pengalaman bab ini. Tapi kalau cakap – mak aii. Mulut kurang insuran ke apa?

26 Januari 2011 (Khamis)

9.00 – 12.00 Malam

Lokasi – Stadium Mini Sabak Bernam

Penceramah:

1.      YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2.      YB Azmin Ali

3.      YB Zuraida Kamaruddin

4.      YBhg Professor  Aziz Bari

5.      YBhg Dr Badrul Amin Baharom

6.      YBhg Ustaz Solehan Muhyi

Ana harap sangat seluruh keluarga jawa/bugis/banjar yang ada di seluruh Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gedangsa, Sg Hj Dorani – turun ramai ramai menyambut tokoh Pakatan Rakyat; Anwar Ibrahim pada malam ini.

Harus kita ingat, Anwar sudah lepas bebas daripada segala tuduhan liwat dan sebagainya. Anwar sudah bersih dan suci. Kita, ahli PAS dan seluruh rakyat yang mahu melihat perubahan – patut ramai ramai turun menyambut Anwar sebagai hero yang suci daripada Pakatan Rakyat.

Ana juga yakin, ini satu permulaan awal Anwar nak memperkenalkan calon Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bagi kawasan Sabak Bernam; siapa lagi
kalau bukan Prof Aziz Bari (anak watan Sabak Bernam yang banyak berjasa).

Kita mesti pastikan Pof Aziz Bari menang dan masuk ke Parlimen. Baru kita tengok budak-budak bodoh Ahli Parlimen BN akan ternganga dengan
hujah Aziz Bari.

Buat masa ini, berdasarkan info Wak Dogol (ahli PAS); UMNO Sabak Bernam tidak ada calon yang baik. Nak recycle calon lama dah tak boleh. Katanya nak letak Warno jadi calon Ahli Parlimen. Kalau setakat Warno dengan Aziz Bari – jauh sangat bezanya. Warno ni takat jadi jaguh kampung bolehla.

Mari ramai-ramai malam ni. Jangan segan-segan. Dapat pahala dan ganjaran selayaknya. Ini majlis ilmu. Bukan ceramah PERKASA atau Hasan
Ali (temberang kuat).

Ana dijemput hadir ke majlis perkahwinan anak Fatmi (SUPOL PM). Tak ada jemputan rasmi. Tapi bila dah letak banner di setiap jalan di Kota Bharu; ana kira ana dijemputlah. Dah kebetulan anak beranak ana semua ada di KB; semua pakat pergi.

Ana diberitahu oleh orang UMNO, Fatmi memang ada niat nak tanding di Parlimen Kota Bharu. Tapi dia juga tak kisah kalau PM ambil keputusan untuk letak calon lain. Calon agamawan yang boleh setara dengan PAS. Daripada gerakan yang dibuat di akar umbi, Fatmi memang layak bertanding. Banyak dia keluar belanja. Memang bukan duit dia; duit rakyat. Tapi dia pandai ambil mileage.

Masalah Fatmi adalah semua staff PM nak bertanding. Ini semua majal. Takkan semua nak tanding. Shapiee tanding di W Maju. Fatmi tanding di Kota Bharu. Siapa yang nak jaga PM? Ini kenyataan orang kuat UMNO KB kepada ana. Ana angguk dan pura-pura bodoh sahaja.

Nampaknya, PAS Kelantan pun tak bersungguh nak berlawan dengan UMNO di KB. Macam dah menyerah kalah. Modal tak cukup agaknya. Katanya, PAS memang tak ambil peduli sebab ada khabar angin kata Zaid akan tanding semula di KB. Atas tiket PKR. PAS malas nak ambil pot.

Pada ana, elok kalau PAS yang cuba tanding di KB. Ini macam PUTRAJAYA Negeri Islam. Takkan kita nak serah macam itu sahaja. Kalau ada peluang guna kedudukan Sultan; kita kena guna pakai. Minta Tuanku bantu kita di bawah. Tak boleh?

Apa? Sultan tak boleh politik? Sultan Selangor selamba aje. Sultan Perak pun selamba. Sultan Johor pun buat juga. Apa salah Sultan Kelantan bantu kita di bawah. Barulah ada perkaitan yang baik antara Raja dan Rakyat.

Apa? Fatmi kata nak kita tolong dia untuk bantu rakyat? Pembohong!!!

* terima kasih Dato’ Fatmi…nasi minyak free untuk anak-anak kawe….

Alhamdulillah, sempat juga ana ke jamuan kenduri kesyukuran Pak Sheikh tempohari. Seronok jumpa dengan pimpinan PKR dan PAS yang berkumpul bersama, meraikan rasa lega di atas pembebasan Pak Sheikh daripada kes liwat. Semua happy. Muka ada senyum. Seronok melihat Pak Sheikh yang tenang dan tidak diganggu dengan kes mahkamah.

Dalam perbualan ramai kawan-kawan PAS, mereka seronok juga tengok wajah Kadiaq Sheikh Fadiaq ada sekali dalam jamuan. Ini baru betul. Bekas Menteri yang secara terang-terangan sanggup bersama kita.

Sewaktu bertemu dengan Kadiaq, ramai juga kawan-kawan PAS tanya samada dia nak bertanding semula dalam PRU yang akan datang. Dia senyum. Dia pun tegaskan, kalau dia nak bertanding – dia boleh bertanding bila-bila masa. Adik dia, MT UMNO (Aziz Sheikh) sedia bagi kawasan Kulim Bandar Bharu bila-bila masa. Tapi, orang PAS boleh sokong saya tak? Semua gelak. MESTILAH!!! Jawab kami ramai-ramai.

Ana dapat bayangkan, kalau Kadiaq bertanding semula dan menang; maka akan lebih peninglah kepala BN. Mahunya tidak. Bukan kecik anak. Kadiaq di Kedah macam Raja. Rumah besaq. Kaya raya. Duit banyak. Kalau adik dia pun sedia bagi laluan – kita nak kata apa.

Pada ana, apa yang berlaku adalah kuasa Allah SWT jua. Kadiaq yang memang kuat UMNO pun akhirnya rapat dengan PKR dan PAS. Siapa boleh agak jadi macam tu.

Ana tanya bekas Menteri: ‘kenapa tak jemput Ku Li sekali?’.

Kadiaq jawab: ‘Saya datang ni kira macam Ku Li datanglah ni’.

Semua pakat gelak ramai-ramai.

Kadiaq tambah lagi; UMNO sudah jadi parti yang usang dan tidak bermaya. UMNO sudah jadi zombie. Hadirin semua gelak.

Indah sungguh suasana malam itu, melihat seorang Menteri UMNO sanggup bersama dengan kita. Kadiaq kata, semua rahsia UMNO dalam poket dia. Semua minit MT UMNO dia baca. Adik dia akan bagi copy. Semua benda dia tahu.

Memang seronok kali ni.

Ana ucap tahniah lah kepada Dr yang baru dilantik sebagai Exco Selangor yang baru. Apapun orang kata, Dr masih lagi ahli PAS dan wajar kita sokong dengan sepenuh hati. Mahu tidak mahu, kita letaklah harapan kepada Dr agar dapat memberikan yang terbaik kepada PAS Selangor. Bukan kepada kawasan sendiri sahaja. Jangan ulang kesilapan Hasan Ali. Kawasan sendiri tak jaga. Kawasan PAS yang lain pun tak jaga. Dia jaga diri sendiri. Sudahnya, UMNO jaga dia. Kita juga yang kena.

Ana dah sampaikan pandangan itu hari, pada pandangan ana yang tak pandai politik ini, Saari Sungib adalah calon yang lebih baik. Dalam segala segi. Kemahiran bercakap. Kerja politik. Kerja sukarela. Pernah masuk ISA kerana politik. Setia dengan PAS. Kasihkan perjuangan Anwar. Berpendidikan. Semua ini membuatkan Saari sebagai calon sempurna. Tapi biasalah, dalam PAS pun ada permainan politik juga. Banyak. Tikam. Bentis. Tolak. Semua ada.

Tapi kita terimalah dengan hati terbuka dengan perlantikan ini. Bukan orang lain, keluarga PAS kita juga.

Pada ana,kekecewaan kedua adalah apabila portfolio Hal Ehwal Islam diambil alih oleh MB. Ana bukan nak ikut cakap Utusan Malaysia; tapi ramai juga jamaah kita yang tanya; apa jadi dengan PAS? Apa kedudukan kita dalam Exco? Bukankah ISLAM memang menjadi hal ehwal kita dalam PAS? Kenapa bagi orang lain?

Ana tak boleh nak jawab soalan jamaah di Masjid Makmuriah, Sungai Besar malam tadi. Ana diam. Seorang ahli totok PAS tak senyumpun pada ana. Pada dia, ana patut sudah warning pimpinan pasal ini. Siapalah ana. Orang tak dengar cakap ana.

Ana terima teks daripada seorang ahli PAS yang rapat dengan Menteri Besar. Sms-nya berbunyi begini:-

‘enta semua kena tenang. MB tahu dia buat apa. kita tak boleh ada kes serbu gereja lagi. bahaya kepada undi. nanti BN menang. cuba tengok kawasan PJ Selatan. ada 16 gereja yang menyokong kita (PR). kalau kita lukakan hati mereka; habis undi PR’. 

Ana balas sms kawan ana itu:-

‘ana setuju bab strategi politik. tapi apa salahnya kekal exco agama pada kita; dengan pengawasan MB? takkan sampai macam itu MB tak percaya PAS?’

Dia balas balik:-

‘kita jumpalah sheikh. mudah nak terangkan. kita dan BN 50-50 di Selangor. jangan timbulkan isu’.

Ana tak jawab sms itu. Tapi itulah hakikat sebenarnya. Semua ini strategi politik.

Ana pulangkanlah kepada kebijaksanaan pimpinan.

Pada ana, jangan tengok 16 GEREJA di PJ SELATAN sahaja – apa jadi dengan ratusan/ribuan MUSOLLA, SURAU, MASJID yang ada seluruh Selangor. Yang kita nak jaga sangat PJ Selatan itu pasal apa? Ana pun tak faham.

Apapun, selamat bertugaslah EXCO Selangor yang baru. Moga beroleh keberkatan.

Macam-macam kawan dok cerita, katanya PKR betul-betul nak mansuhkan undang-undang permainan dalaman sejenis dalam PRU yang akan datang. Kepada PAS memang permintaan ini macam pelik sikit. Ini sudah macam mencabar wibawa dan kredibiliti PAS sebagai parti Islam. Ana dapat desakan kawan-kawan, supaya sampaikan kepada pimpinan, PAS tak boleh nak berlebih kurang bab undang-undang ini.

Sudahlah kita tukar hudud kepada Negara kebajikan, takkanlah PAS nak duduk diam juga bila Pak Sheikh bersungguh benar dalam mesyuarat tertinggi parti, dan pertemuan dengan media antarabangsa untuk pinda undang-undang permainan sejenis ini. Kita pun jadi risau.

Ana diberitahu seorang pimpinan tertinggi, inilah antara isu yang sangat-sangat menjadi debat di kalangan pimpinan tertinggi.

Kita akui, sememangnya Anwar sangat penting kepada politik PAS. Tapi janganlah PAS diletakkan dalam keadaan yang serba salah. Sampaikan kita kena pertahan undang-undang kafir laknat yang membenarkan main sama sejenis. Ini sudah merosakkan ummah.

Kita akui Anwar penting, tapi janganlah sampai meletakkan PAS macam parti serpihan yang tidak penting.

Di mana kami nak letak muka bila pergi masjid, surau, musolla, qiyam – kalau orang dah tanya kita soal pelik-pelik. Tanya pasal undang-undang homo dan sebagainya.

Kita rayu pada Pak Sheikh…janganlah sampai nak biar PAS merempat tepi jalan; merayu undi orang Melayu. Susah kami nanti. PKR mungkin boleh hidup. Tapi undi Melayu konservatif masih perlu bersama PAS. Jangan lupa itu.

Laman Berikutnya »