Februari 2016


Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak menyertai perhimpunan anjuran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim itu.

“Orang UMNO kita (PAS) hendak berbaik. Ada pun parti UMNO sudah banyak (buat) kesilapan. Saya tidak mahu terlibat dalam himpunan (anti-Najib),” katanya kepada sebuah portal berita semalam.

Zaid yang pernah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini mengumumkan akan menganjurkan satu perhimpunan bagi menjatuhkan Perdana Menteri pada 27 Mac ini.

Pengumuman beliau itu disambut baik oleh pemimpin pembangkang dan kumpulan penentang dalaman UMNO termasuk Lim Kit Siang dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Zaid kemudian berdolak dalik mendakwa beliau cuma mahu membuat satu acara ‘tertutup’ dan atas ‘jemputan sahaja’ kepada kira-kira 1,000 orang.

**************

PAS tak ada masa nak layan program politik kaki tunggang. Tak ada masa.

Kita tak nak join bukan sebab kita kawan sangat dengan Jib. Tapi kita ada pendirian. Tak payah nak kecoh-kecoh.

Abang Jib jadi PM masa PRU14 itu satu bonus kepada kita. Kita pun ada strategi juga. Ganti orang, nanti payah kita nak sailang.

Jadi jangan buat spekulasi kata kita sudah kena beli. Tolong sikit lah.

Ana nak ucap tahniah kepada Presiden dan pimpinan Pas yang sangat pandai mencari bahan kempen. Ana ucap tahniah sangat-sangat. Program Green Silk yang diadakan untuk mencari sokongan masyarakat tiong hua memang mantap dan padu. Ana suka sangat. Cina datang ramai oo. Tak bagi upah pun.

Ana selalu kata, tak ramai Cina yang perangai komunis. Yang ada dalam DAP sahaja. Mereka ini memang otak kongsi gelap. Hai San punya geng. Kaki libas orang.

Sebab itu mereka tak peduli pasal Islam dan Melayu. Pada mereka, agama ini Opium. Mengkhayalkan. Kalau pun mereka Kristian, mereka Kristian jadi jadian. Tak original. Setakat nak tunjuk ada agama.

Green Silk ini pada ana, program bijak. Memang bijak.

Kita jangan bagi Cina takut kepada Islam dan Pas. Kita bagi mereka terbuka pemikiran. Green Silk ini lembut dan tenang sahaja programnya.

Green Silk ini kena diteruskan di setiap negeri.

Sarawak paling penting. Kita kena naikkan sokongan. Kalau PRN dulu kita dapat 10,000 undi. Kali ini kita kena target 100,000 undi. Baru betul.

Pada ana, Adenan Satem ini nasib baik sahaja. Orang menyampah dengan Tok Uban (Taib). Ada orang baru, mereka sokong lah.

Masalah dengan PKR ini adalah mereka hanya takut kepada dua benda. 1) Anwar. 2) Duit. Kalau hilang dua-dua ini, maknanya hilanglah harapan brader-brader dan sister-sister reformasi ini semua.

Anwar dan Duit – dua benda yang sangat penting kepada puak PKR. Sebab itu, mereka bukan marah sebab Guan Eng pecat wakil mereka. Mereka kecewa, sebab wakil mereka kehilangan elaun bulanan. Sudahnya nanti, PKR Pusat yang kena fikir macamana nak bayar elaun mangkuk berdua tu.

Ana dimaklumkan oleh seorang sahabat Ketua Cabang, belanja hangus PKR Pusat setiap bulan adalah RM5.4 juta. Termasuk gaji, elaun khas, elaun perjalanan, elaun keraian, elaun kesetiaan semua.

Tak tahu berapa orang dapat. Tapi tak semua Ketua Cabang dapat. Yang banyak mulut, memang tak dapat.

Yang kata boss baik. Presiden baik. Menangis teresak-esak mengenangkan perjuangan Anwar, dapatlah elaun.

Yang kaki balun. Ko duduk la situ diam-diam. Tak ada siapa nak layan.

Azmin marah, sebab dua ADUN chokia ini akan minta elaun daripada dia. Dah jadi tradisi PKR, Menteri Besar Selangor adalah punca pendapatan utama kepada PKR pusat. Banyak duit, memang datang dari Shah Alam.

Bila kena pancung oleh Guan Eng, kenalah Azmin tanggung dua orang lagi mangkuk hayun. Tu yang Azmin marah.

Bukan sikit elaun yang mereka minta.

Dalam UMNO kalau sudah tak ada jawatan, anda hanya lah setaraf pencacai dan hina. Tak layak bercakap dan hanya boleh tunduk dan meneruskan kesetiaan kepada pemimpin. Jangan cakap banyak.

Demikian lah agaknya niat Nazri Aziz terhadap Muhyiddin dan Rafidah Aziz. Nazri kata, jangan jadi ANJING. Sudah-sudahlah tu.

Mudah betul UMNO mengANJINGkan bekas pemimpin. Mudah. Macam tak ada apa-apa. Kak Fidah tu, walaupun tidak bertudung, tapi kita respek sebab dia seorang pemimpin yang sangat bijak dan dihormati. Kawan dan lawan hormat pada dia.

Muhyiddin pun sama. Walaupun lain kapal, tapi anak Tok Guru Yassin Muar itu tetap saudara kita dalam Islam.

Kalaupun kita musuh, Pas tak pernah nak ANJINGKAN mana-mana pemimpin UMNO. Pada kita, akhlak kena jaga. Jangan pakai sondol sahaja.

Kita harap rakyat buka mata dan jadi saksi kelancangan pemimpin UMNO. Inilah tahap akhlak pemimpin UMNO. Buruk perangai. Dah tua, tapi perangai macam gangster.

Kalau bekas TPM, bekas Menteri berbelas tahun pun kena ANJING dengan pemimpin UMNO. Bayangkan kalau rakyat biasa. Apa tahap kita ni?

Kadang-kadang pening juga apabila pemimpin kita pun tulis dan cakap benda yang mereka sendiri tak berapa nak faham. Semalam, Tuan Ibrahim cakap pasal KEPIMPINAN TEKNOKRAT. Ingat kita perjuangkan kepimpinan ULAMA’. Rupanya sekarang kita nak depankan teknokrat.

Apakah ini jalan kita ke depan? Kita nak profesional jadi Perdana Menteri, sementara Ulama’ main peranan cukupkan kuorum ajer.

Kalau betul yang blog ini baca:-
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengemukakan cadangan kerajaan teknokrat sebagai jalan keluar kepada kemelut politik pembangkang.

Kerajaan teknokrat adalah satu langkah ke hadapan bagi memberi peluang kepada tokoh dan cendekiawan negara menerajui hala tuju baru dan pentadbiran negara manakala parti dan ahli politik menjadi wadah perubahan tersebut.

Maksud kerajaan teknorat ialah sebuah sistem pemerintahan yakni kuasa parti politik terhadap negara hanya terhad untuk melantik kalangan profesional sebagai eksekutif pentadbir negara bermula daripada Perdana Menteri hingga ke peringkat terbawah.

Berdasarkan akademik

Sebelum ini, pemimpin parti politik yang biasa menjawat jawatan PM dan menteri. Tetapi idea kerajaan teknokrat ini meletakkan penjawat tersebut berdasarkan kelulusan akademik tertentu yang tidak terlibat dengan pilihan raya.

Makna kata, teknokrat tak payah tanding pilihanraya. Tunggu sahaja lantikan. Kuat ke kerajaan yang macam ini?

Bolehkah teknokrat ini dengar cakap kita setiap masa?

Berapa ramai teknokrat ulul albab yang kita ada?

Boleh mereka faham dan menjaga amanah macam kita jaga?

Pada ana, ini cadangan sedap diri aje. Nampak sangat kita tak mampu jadi pemimpin. Dah mula nak beri tanggungjawab kepada orang lain.

Akademik bukan segalanya dalam politik. Tengok Bashah, bodoh tapi jadi Menteri Besar juga. Kalah yang ada Master/PhD.

Ramai juga kalangan ahli-ahli kita di Kelantan yang senyum kambing apabila DUKE tidak dapat meneruskan ceramah di Kelantan tempohari. Datang tempat kita, janganlah nak kutuk dan sindir kita. Sudahnya, belum start dah kena.

Ana tak mahu buat spekulasi apa-apa. Tapi katanya ada usaha UMNO Kelantan gunakan DUKE untuk tawarkan sokongan politik rakyat Kelantan kepada Pas. Macamana DS Vida digunakan untuk tampung bola. DUKE digunakan untuk cairkan sokongan rakyat.

Ini semua bergantung niat masing-masing lah. Kita harap tak betul lah ada special project Ketua Penerangan UMNO Kelantan, untuk panggil lebih ramai penceramah luar untuk berceramah di Kelantan. Supaya, orang Kelantan sudah tidak berfikir dengan cara lama dan kekal sokong Pas.

Pada ana, DUKE dan mana-mana Ustaz lain kena ambil sikap yang profesional. Jangan nak datang Kelantan dan mula tunjuk belang. Perli kita. Kutuk kita. Hina kita. Kita pun ada maruah jugak.

Sebab itu, ana rasa, tak payahlah bawak penceramah-penceramah Kuala Lumpur, Perak atau negeri lain ke Kelantan.

Kita ramai doh Tok Guru di Kelantan. DUKE dan kawan-kawan lain boleh pergi ke Sabah, Sarawak. Sana lagi teruk Islamnya. Entah ke mana-mana.

Jangan kacau kita lah. Duduk diam di negeri sendiri.

Kelantan dah cukup ulama’. Kita negeri ratusan tahun dengan ilmu islam dan mantik. Bukan belasan tahun. Ratusan tahun. Tok Kenali, Haji Yaakub Lorong Gajah Mati, Haji Abdul Malek – semua orang Kelantan. Kita tak pakai Ustaz import.

Payah kalau kita rasa kita lebih besar daripada parti. Itu lah tabiat Husam buat sekian lama. Husam rasa dia lebih besar, lebih pandai, lebih hebat dan lebih segala-galanya berbanding orang lain.

Kalau nak kritik Presiden atau pimpinan, selalulah pandang pada diri sendiri. Jangan anggap kita terlalu hebat sampai orang lain kita perkecilkan.

Apa planning Husam?

Katanya, Husam teridam-idam untuk menjadi orang kanan di dalam parti PKR. Setelah menilai keadaan, Husam rasakan PKR lebih sesuai untuk dirinya. Malah, Husam sudah dijanjikan tempat dan jawatan yang baik jika sanggup menyeberang.

Kita kenal Husam sekian lama.

Bakat memang ada. Akal pun agak cepat. Tapi ini tidak bermakna Husam boleh nak jadikan Pas sebagai tempat dia balun ikut suka.

Jangan lupa kesenangan selama ini dapat daripada mana. Jangan lupa asal usul. Jangan lupa anda nikmati kesenangan ini berdasarkan kepada parti yang memberikan anda kedudukan yang baik.

Sedarlah diri. Husam Musa sebagai individu tidak sehebat mana. Husam dengan Pas itulah yang memberi kekuatan.

Kalau Husam pilih PKR, kita pun ada jalan untuk pastikan kejatuhan Husam Musa. Mudah. Bahan semua sudah ada.

Laman Berikutnya »