Mac 2011


Ana ucap tahniah di atas kesungguhan PAS Selangor menjayakan solat hajat malam semalam. Ana rasa, ini adalah antara himpunan terbesar kita dalam meraikan mihnah yang menimpa sahabat kita di dalam parti. Pada ana, perhimpunan semalam sudah sekaligus membuktikan bahawa Noh Omar tak boleh diskaun PR untuk menang Selangor semula. Yang seronok, semuanya yang hadir dengan satu semangat; meraikan kawan/sahabat yang menjadi gam pengukuh parti.

Pada ana, Anwar dan PAS ini ada hubungan turun naik. Kejap ok. Kejap tak ok. Kejap suam. Kejap panas. Kejap dingin. Kejap sayang. Pada ana, standardlah tu. Kita tak boleh nak minta semua orang suka pada kita.

Anwar menganggap PAS adalah parti yang Islamik; tetapi masih terkongkong dengan ‘cara lama’. Kaedah yang tidak maju. Tapi Anwar dapat bertemu dengan PAS baru di dalam pemikiran TG Nik Aziz yang lebih maju dan ke depan. Pilihan kepada PAS; kalau nak Islam – mesti pasti parti politik berjaya. Itu sahaja. Dan Anwar tahu Nik Aziz ada kekuatan ini. TG Haji Hadi, walaupun Anwar selalu ungkap sebagai ‘sahabat’; tetapi sebenarnya Anwar kurang seronok. Haji Hadi kurang dengar cakap Kamaruddin Jaafar. Haji Hadi kurang dengar cakap Husam. Haji Hadi ada pemikiran sendiri. Ini Anwar tak berapa selesa.

Malam semalam, PAS beri komitmen penuh nak bantu Anwar. Atas dasar sahabat/kawan politik. PAS tak sanggup tinggal Anwar seorang. Kalau tinggal Anwar; PAS pun takut tak dapat undi Melayu.

Selepas program; masing-masing balik ke tempat masing-masing. Dalam perjalanan ke tempat letak kereta; jumpa sahabat lama Haji Karim (PAS Jenjarum). Dia kena balik cepat; sebab Muhyiddin datang esok pagi (hari ini). Ana pun tanya, buat apa enta nak jumpa Muhyiddin? ‘Nak dengar isu video seks’…maknanya; orang PAS pun masih mencari jawapan juga. Bukan tentu kita setuju dengan program solat hajat. Maknanya, solat pun atas niat lain-lain. Ada yang mohon Allah tunjukkan kebenaran. Kita tunggu sahaja.

Ana percaya, Allah SWT akan makbulkan 30k umat Islam yang nakkan kebenaran. Insya’Allah, kita akan lihat kebenarannya nanti.

Bab kata Ibrahim Pendek: ‘….MARI KITA TENGOK; SIAPA YANG KENAAAAAA……’

SOLAT SUNAT HAJAT

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: “Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat.”

NIAT SOLAT HAJAT

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Selepas membaca al-Fatihah, dalam rakaat pertama hendaklah dibaca Ayat Qursi sementara pada rakaat kedua pula dibaca Surah Al-Ikhlas.


Apabila selesai sahaja solat, terus sujud kepada Allah dan membaca tasbih ini… kemudian bacalah doa @ mintalah apa yang kita hajatkan.

سُبْحَانَ الَّذِي لَبِسَ الْعِزَّ وَقَالَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي تَعَطَّفَ بِالْمَجْدِ وَتَكَرَّمَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي أَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ بِعِلْمِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي لَا يَنْبَغِي التَّسْبِيحُ إلَّا لَهُ , سُبْحَانَ ذِي الْمَنِّ وَالْفَضْلِ ,سُبْحَانَ ذِي الْعِزِّ وَالْكَرَمِ , سُبْحَانَ ذِي الطَّوْلِ , أَسْأَلُك بِمَعَاقِدِ الْعِزِّ مِنْ عَرْشِك , وَمُنْتَهَى الرَّحْمَةِ مِنْ كِتَابِك وَبِاسْمِك الْأَعْظَمِ وَجَدِّك الْأَعْلَى , وَكَلِمَاتِك التَّامَّاتِ الْعَامَّاتِ الَّتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

“Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat  dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.

Advertisements

Harakah reporter: I didn’t say it was Anwar

I knew nothing about video. I was scared
for my safety during screening

Wan Nordin Wan Yaacob, a senior reporter with Harakah, the Pas party newspaper, has denied stating that he had named Anwar Ibrahim as the alleged opposition politician video-taped having sex supposedly with a prostitute.

Wan Nordin was quoted by Detik Daily as saying that, on the contrary, he had merely stated that the man’s face resembled that of Anwar. However, after observing the paunch on the man in the video, he had decided that the man could not be Anwar.

==================================

Ana kadang-kadang jadi sedih dengan wartawan yang selalu rasa takut untuk menampilkan kebenaran. Pada ana, isu video seks ini adalah isu kebenaran. Kebenaran mungkin pahit; tapi kalau itu adalah yang terbaik – siapa kita nak tolak kebenaran. HARAKAH hanya akan mampu terus bertahan; sekiranya terus bercakap mengenai ‘kebenaran’.

Wan Nordin perlu bercakap benar. Apa sebenarnya pandangan peribadinya. Tapi apabila dipanggil oleh si ‘polan’ yang ada dalam video itu; terus Wan Nordin pusing 360 darjah. Konar kata orang politik. Kenapa nak konar? Kalau dah mata Wan Nordin nampak ‘macam’ si polan. Cakap sahajalah.

Kita, PAS tidak terhutang budi dengan sesiapa sehingga perlu nak konar. Tak perlu. Kalau kita cakap benda betul; tak perlu konar.

Dalam ceramah Fitnah 2 di Gombak pun; kita tak dapat jawapan yang pasti. Memang ramai, PAS Hulu Kelang, PAS Gombak, PAS Ampang, PAS W Maju yang hadir. Tapi semuanya hampa. Sebab banyak cerita pasal lain; bukan isu seks.

Kita pun baca juga blog; nak juga tahu pasal tempat? Siapa perempuan itu? Yang dikatakan sedang berada di Melaka. Kerja di KL panas. Baik pergi Melaka. Jangan pula kawan-kawan PAS Melaka pergi cari. Ana terbaca sahaja. Kalau betul – betullah.

Kita kena selalu ingatkan diri; ini bukan masalah kita. Ini masalah orang lain. Kita perlu jadi pemerhati sahaja. Dan buat laporan yang betul.

Mat Sabu sahaja yang berani cakap: ‘LANTIK PAKAR ANTARABANGSA SIASAT VIDEO’. Ini macam baru anak jantan!!!

p/s: gambar hanya…hiasan….(kalau macam ini…ana pun goyang sheikh…)

Kerajaan PAS Kelantan terus menjadi mangsa diskriminasi Kerajaan Persekutuan sejak memerintah negeri itu 20 tahun lalu dengan pelbagai cara, terutama menerusi 17 aspek yang dapat dikesan dengan nyata.

Tindakan diskriminasi pertama yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap Kelantan berlaku apabila Kerajaan Pusat menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), sebaik sahaja PAS berjaya memerintah negeri itu pada tahun 1990, bagi tujuan mengganggu sistem pentadbiran kerajaan negeri.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menjelaskan, dengan wujudnya JPP, berlakulah sistem dualisme dalam pentadbiran negeri Kelantan, apabila turut diwujudkan kakitangan jabatan di peringkat negeri, jajahan, daerah sehingga di kampung-kampung.

Menurut beliau, disebabkan keadaan itu, di negeri Kelantan turut terdapat dua penghulu bagi setiap daerah, apabila seorang darinya dilantik oleh kerajaan negeri dan seorang lagi dilantik oleh Kerajaan Persekutuan yang memainkan peranan menerusi JPP.

Katanya, tindakan tersebut merupakan satu penderaan yang amat nyata dari Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan, akibat permainan politik kotor para pemimpin Umno BN yang marahkan rakyat Kelantan menyokong PAS pada PRU tahun itu.

“Lanjutan dari itu, Tok Guru Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan hanya sempat mempengerusikan sekali sahaja Majlis Tindakan Negeri Kelantan. Selepas itu majlis itu dibubarkan dan tidak lagi dibenarkan mana-mana agensi Persekutuan hadir ke dalam Majlis Tindakan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan,” katanya.

Ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, beliau menjelaskan, tindakan diskriminasi ketiga, Menteri Besar tidak lagi dilantik menjadi Pengarah Keselamatan Negeri Kelantan, tempatnya digantikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

Keempat, baja subsidi tidak lagi diberikan secara menyeluruh oleh Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan, khususnya yang bekerja sebagai petani, tetapi hanya diberikan kepada mereka yang mendapat sokongan dari JPP yang tentunya hanya kepada para penyokong Umno BN sahaja.

“Akibatnya, Kerajaan Negeri Kelantan mulai tahun 1991 terpaksa membelanjakan RM3.2 juta di dalam belanjawan negeri bagi menampung pembiayaan baja subsidi kepada para petani,” katanya.

Kelima, menurut beliau, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi dijemput di dalam Mesyuarat-mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dikatakan MBs Club, sebaliknya dijemput pemimpin Umno yang kalah dalam pilihanraya menghadiri mesyuarat itu mewakili Menteri Besar.

“Keenam, geran Persekutuan dalam benteuk capitation grant, federal road grant, growth grant, dalam bentuk geran keseimbangan dan lain-lain diberi amat lewat. Ini kami di negeri Kelantan untuk tahun ini dibayar tahun hadapan, sedangkan di negeri-negeri lain ada yang dibayar tiap-tiap bulan, ada yang dibayar pada bulan Januari dan Jun,” tegasnya.

Ketujuh, peruntukan geran rumah awam kos rendah sebanyak RM12 juta yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan melalui pihak Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan telah ditarik balik sebaik sahaja PAS berjaya memerintah Kelantan.

Kelapan, jelas beliau, permintaan Tuan Guru Nik Aziz sejak tahun 1991, menerusi pertemuannya dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad agar diwujudkan satu pelabuhan di Kelantan, tetap tidak dilayan oleh Kerajaan Persekutuan hingga kini.

“Kesembilan, Tok Guru minta supaya tanah yang telah pun diambil di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa untuk memanjangkan landasan penerbangan, sampai ke hari ini pun tidak dapat digunakan lagi,” katanya.

Kesepuluh, royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan tetap terus dinafikan sehingga hari ini, sehingga kerajaan Kelantan terpaksa membawanya ke mahkamah untuk mendapatkan royalti minyak dan gas hak rakyat negeri Kelantan.

“Kesebelas, apabila berubah kerajaan, wakil kerajaan negeri untuk berada di dalam Lembaga Pengarah KESEDAR tidak lagi diminta daripada kerajaan negeri, tetapi dilantik mengikut kesukaan pihak Kerajaan Persekutuan sendiri.

“Keduabelas, pengambilan peneroka untuk menduduki Felda dihentikan. Kemudian mereka majukan sendiri dan mengambil untung melalui apa yang dinamakan ladang Felda Plantation. Pada hal, tanah Felda diberikan oleh kerajaan negeri untuk dimajukan, dibangunkan dan menempatkan peneroka,” jelasnya.

Pentadbiran Majlis Sukan Negeri Kelantan, menurut Wan Abdul Rahim, sehingga kini turut didiskriminasikan oleh Kerajaan Pusat terhadap kerajaan Kelantan, sehingga menjadikannya tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri dan seperti mempunyai dua identiti, tidak seperti di negeri-negeri lain.

“Begitu juga dengan agensi-agensi pelancongan. Pada hal kita sudah ada Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) yang di bawah Exco yang jaga portfolio pelancongan, ada pegawai kerajaan yang ditugaskan menjadi pengarahnya, tetapi Kementerian Pelancongan melantik pula satu agensi lain untuk mengendalikan soal-soal pelancongan di Kelantan,” ujarnya.

Beliau turut kesal kerana Yang di-Pertua Dewan Rakyat sendiri turut terpengaruh dengan suasana politik negara, apabila Majlis Persidangan Speaker-Speaker Malaysia yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Rakyat sudah tidak diadakan lagi, sejak PRU tahun 2008 lalu.

“Kemuncak penderaan yang dilakukan oleh pihak berkenaan di Kelantan, apabila Umno Negeri Kelantan menjemput pemimpin-pemimpinnya pada satu hari dalam tahun 1993, buat satu pentas di Padang Sekolah Ketereh di Kota Bharu, jemput seorang kerabat kononnya dari Kuala Lumpur naik ke pentas dan mengangkat tangan.

“Serentak dengan itu dilaungkan “Daulat Tuanku”, “Daulat Tuanku”, “Daulat Tuanku”, “Daulat Tuanku”, “Daulat Tuanku”, “Daulat Tuanku”, “Daulat Tuanku” dan diikuti oleh semua orang Umno di situ. Tabal Raja baru di Kelantan pada tahun 1993. Ini bukan pembohongan. Ini bukan fitnah. Ini ada rakaman yang dibuat oleh polis dan agensi-agensi.

“Jadi sampai ke hari ini, saya sebagai rakyat negeri Kelantan tertanya-tanya, bilakah pendakwaan akan dilakukan terhadap penderhaka ini?

“Ini yang betul-betul menderhaka. Kita, budaya Melayu, kita orang Melayu. Kalau kita angkat tangan kepada satu orang menyatakan “Daulat Tuanku”, sebenarnya kita menderhaka kepada Raja yang ada di negeri masing-masing,” ujar beliau.

Beliau turut membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat pada 16 Mac lalu, ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.

===================================================

Kita kena bina keyakinan diri untuk terus memimpin negeri Kelantan dengan baik. Jangan sangsi dengan kemampuan kita. Janganlah pasal RM3.2 juta duit baja kita nak ungkit sampai hari kiamat. Logik lah sikit. Kita kena usaha jadi kerajaan yang lebih bertanggungjawab. Jangan pandai janji sahaja.

Sebagai model kepada pentadbiran Islam; sikap kita yang merintih hiba – tapi tanpa mampu mewujudkan usaha pentadbiran yang lebih baik – TAKUT TAKUT membuatkan orang hilang percaya. Memang ada juga kalangan penggerak yang kata; modal kita Islam sahaja. Tak perlu modal lain. Biar miskin. Biar ekonomi Negeri teruk. Biar kita tak ada program. Asal kita ada ISLAM.

Ana harap kita sama-sama dapat buka mata. Jangan nak selindung sebalik agama sahaja – tapi tak pandai menjaga ‘muamalat’ sebagai parti yang memimpin Negeri. Minta maaflah ana cakap macam ini. Ana tak berapa suka dengan perangai merintih macam ini. Nampak sangat kita terlalu harap dengan bantuan orang lain.

Bible

Nampaknya, kita hilang modal politik yang besar dalam isu salib. Ramai juga kawan-kawan yang sms; ‘enta sudah hilang modal politik. PAS patut perjuangkan isu salib; haramkan pengedaran bible’. PAS akan dapat undi Melayu yang tinggi

Ana antara percaya dan tidak. Kalau kita terlalu kejar undi CINA; sudahnya kita tak dapat juga. Pilihanraya Sarawak 2006; kita hanya dapat 1901 undi daripada seluruh Sarawak. Bayangkan. Hanya 1901 sahaja pengundi yang sayangkan Islam di Sarawak. Yang lain? Masih dibelenggu dengan pemikiran bahawa hanya BN sahaja mampu menjaga kepentingan mereka. Itulah cabarannya. Kalau kita terlampau ekstrim dalam mempertahan Islam; apa peluang kita tambah undi di Sarawak. Haram. Sanggupkah Cina Sarawak undi PAS dalam pilihanraya kali ini. Ana dimaklumkan, PKR guna seorang pakar media Kristian bagi tambah undi PKR di Sarawak. Vernon Keidit nama dia. Kawan ana yang pergi ke kursus anjuran PKR tersebut amat gembira kerana Vernon memang mampu menarik pandangan generasi muda.

PAS tak mahu guna Vernon ke? Ana nak juga pergi tengok dan belajar. Macamana kita nak tambah undi; daripada 1901 kepada 190,000 undi kali ini. Mana tahu, sebab kita dah pertahankan bible; kita dapat undi Cina Sarawak. Mana tahu. Kalau masih dengan 3,000 undi sahaja. Jawabnya kita gulung bendera sahajalah.

Kita cuma ada dua pilihan: nak undi Melayu; atau nak undi Cina Sarawak? Kali ini, kita dulukan undi Cina Sarawak. Undi Melayu – kita fikir lainlah. Melayu senang sikit kita nak urus perasaannya. Biarlah kita rugi sekejap; asal kita menang dalam jangka masa panjang.

Pada ana, kalau PAS nak datangkan impak kepada politik Sarawak; kita kena ‘sasar’ – sekurang-kurangnya 15,000 undi kali ini. Kita sama-sama cuba. Orang Kristian Sarawak patut bagilah sikit muka kepada kita.

Blue Filem

Bab ini ada seronok sikit. Siapa tak suka ooi! Ini bab ‘nature’. Tapi memanglah kita sedih sebab politik dah jadi hanyir. Nak buat macamana.

Ana suka dengan pandangan ABIM dalam isu ini. Pada ana, ini patut jadi pandangan PAS. Bukan ABIM. Apa ABIM kata?

“…Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa agar semua pihak menghormati segala ketetapan syariah yang telah digariskan untuk kebaikan bersama berhubung pendedahan salah laku seksual pemimpin politik negara.

Presidennya, Dr Muhamad Razak Idris juga meminta sebarang perbincangan serta perbicaraan kes hanya dilakukan oleh autoriti-autoriti yang berkenaan menerusi perundangan yang telah ditetapkan di samping mengelak untuk membicarakannya secara meluas tanpa dilandasi sebarang etika.

Merujuk kepada pendedahan salah laku seksual pemimpin politik negara oleh laman Malaysiakini bertajuk ‘Rakaman aksi seks pemimpin utama pembangkang? ‘, Abim ingin menyatakan bahawa sebarang pertuduhan ataupun dakwaan salah laku moral ke atas seseorang individu haruslah disalurkan menerusi prosedur perundangan yang sah”.

Pandangan ini pada ana amat molek. Tapi sayangnya, pemimpin kita sibuk nak suruh pemimpin tersebut bersumpah. Aduhai. Kita kena cakap pasal Islam lah dahulu. Nak tuduh orang berzina bukan mudah. Ada hukum hakamnya.

p.s: janganlah kawan-kawan sms ana tanya ada video ke tidak…ana belum DAPAT sheikh!!!

Ana nak puji dengan sikap kepimpinan pusat yang cepat mengemukakan pandangan; kalau benar itu adalah pemimpin PKR; maka kita akan kaji semula kedudukan kita di dalam Pakatan Rakyat. Pada ana, ini adalah suatu sikap dan tindakan yang betul. Ini bukan sebab kita berdendam dengan mana-mana pihak; ini soal kredibiliti dan kedudukan kita sebagai satu pasukan. Kalau ada seorang yang cedera. Kita kena tukarkan. Dalam keadaan politik persepsi – cedera imej juga adalah sesuatu yang sangat serius.

Pada ana, dalam pada kita mengurut dada; khuatir dengan perkembangan politik semasa, inilah hakikat politik baru agaknya. Semua boleh ditelanjangkan. Mana ada undang-undang. Selagi ada bahan. Selagi ada bukti. Selagi ada gambar. Selagi ada video. Kita lambak. Kita dalam PAS jangan suka sangat. Jangan ingat pemimpin kita tak ada yang terlibat. Jangan. Mana kita tahu.

Kalau kena pada batang hidung sendiri; apa kita rasa.

Dalam keadaan macam ini, ana simpati kepada isteri pemimpin tersebut. Apa lagi yang hendak dia katakan. Fitnah demi fitnah demi fitnah demi fitnah dilempar. Yang khuatir, dalam pada kita bercakap soal fitnah dan penipuan; masyarakat merasakan ianya betul dan tepat. Haru.

“Akan datang, satu zaman pada manusia di mana tidak ada lagi yang tinggal dari Islam kecuali namanya dan dari Al Quran yang akan tinggal hanya tulisannya. Masjid-masjid makmur tapi kosong dari petunjuk. Ulamanya akan menjadi wujud paling buruk di bawah kolong langit. Kekacauan fitnah akan keluar dari mereka tapi akhirnya kembali kepada mereka juga” (Baihaqi).

Kita kena banyak hati-hati. Kalau dahulu, blog ini jadi medan kita. Sekarang ini; medan ini dah jadi padang permainan semua pihak. Semua boleh lambak cerita. Cerita betul atau tidak. Belum tahu.

Kita DOAkan agar semua fitnah ini dapat diselesaikan dengan baik. Jangan ada masalah.

Pada ana, cara terbaik – adalah mengaku dan berundur kalau betul itu kita. Kalau bukan; perlu lawan sampai habis. Masyarakat kita bukan macam dulu. Insya’Allah rakyat boleh maafkan kalau kita jujur. Masalahnya kalau kita terkantoi menipu. Haru. Lagi buruk padahnya.

Kita kena jadikan Chua Soi Lek sebagai model bab kejujuran. Dia main. Dia jujur. Dia mengaku. Dia MENANG pemilihan. Dia jadi pemimpin semula. Mudah kan.

Berlusconi…pertahankan dia tak terlibat.

Tanya diri sendiri…nak jadi Chua Soi Lek; atau Berlusconi

p.s: SELISIH MALAIKAT 44

Ana pujilah dengan segala macam keyakinan yang disebutkan oleh pimpinan PAS Semenanjung mengenai peluang kita di Sarawak. Ramai yang tanya ana, apa peluang PAS? Apa pula peluang Pakatan Rakyat? Pada ana, samalah kedua-duanya. Kenapa nak beza. PAS dalam Pakatan Rakyat; apa bezanya antara PAS dan Pakatan Rakyat. Kalau PAS tewas…PR berjaya; PAS tetap berjaya. Benarkah begitu?

Sebab itu ana katakan, jangan sebut dan cakap ikut sedap mulut. Kena kaji dan berjumpa dengan kawan-kawan PAS di Sarawak. Jangan seronok tinggal di Pullman; tapi tidak turun ke bawah jumpa dengan aktivis PAS di kampung-kampung. Ada pemimpin kita; nak menyeberangi Sungai Sarawak pun tak berapa hendak. Tapi bercakap mengenai perubahan dan kemenangan di Sarawak. Apa cerita? Jangan main cakap; tapi malas nak berkorban.

Ana suka dengan pernyataan keyakinan; tapi bagaimana dengan ikhtiar. Berapa kali kita tanya apa yang PAS Sarawak perlu? Berapa kali pimpinan kita di pusat; turun dan berikan sokongan material kepada PAS Sarawak? Berapa kali? Ana yang datang sini dengan 4-5 orang blogger PAS pun duduk ‘hotel ayam’. Dah tak ada bajet. Takkan kita nak duduk Pullman macam Husam? Tak mampu kami yeop!!!

==============================================

Pilihan raya Sarawak bakal berlaku kejutan 

Katanya, hari ini jurang rakyat Sarawak sangat besar; yang miskin terlalu miskin sementara ketua menterinya pula dikenali mempunyai aset yang sangat besar dan sehingga hari ini dia pun tidak menafikannya.“Selain daripada mempunyai kekayaan, kalau kita lihat anaknya yang bercerai baru-baru ini bahawa tuntutan harta dia adalah beratus juta nilai harta yang dia miliki. Ini baru anak dia, dan macam mana pula dengan anak-beranaknya yang lain.

“Dan saya sangat hairan bagaimana BN masih mengizinkan beliau bertanding. Dia dah berkhidmat dan berurusan begitu lama. Ini bermakna BN tidak ada tokoh,” katanya.

===============================================

TG Haji Hadi pun bercakap pasal KEJUTAN. Kejutan atau ‘kezutan’. Takut kita yang ;’terkezut’ dengan keputusannya nanti.

Pada ana, kita kurangkan bercakap pasal kejutan; dan tumpu kepada usaha dan ikhtiar. Kalau DAP menang besar; mana duduknya PAS? Kalau SNAP menang? Mana duduknya PAS? PKR – ingatkah kepada perjanjian kita nak tewaskan Taib dan memimpin Putrajaya. Mampukah kita?

Summary of the 20 May 2006 Sarawak State Assembly election results
Votes % of vote Seats % of seats +/–
Barisan Nasional: 341,587 61.8 63[nb 1] 88.7 decrease3
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) 160,331 29.0 35 49.3 increase5
Sarawak United People’s Party (SUPP) 113,505 20.5 11 15.5 decrease5
Parti Rakyat Sarawak (PRS) 33,014 6.0 9 12.7 NA[nb 2]
Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) 34,737 6.3 8 11.3 NA[nb 2]
Democratic Action Party (DAP) 82,134 18.9 6 8.5 increase5
Barisan Bersatu Sarawak: 98,807 17.9 2 2.8 NA[nb 2]
Sarawak National Party (SNAP)[nb 3] 51,459 9.3 1 1.4 decrease5
Parti Keadilan Rakyat (PKR) 47,348 8.6 1 1.4 increase1
Islamic Party of Malaysia (PAS) 1,901 0.3 0 0.0 steady
Independents 18,535 3.4 1 1.4 steady
Overall total 552,350 100 71 100 increase10

Ana minta pimpinan pusat tengok betul-betul dekat angka yang warna merah itu. 1,901 UNDI sahaja. Itu sahaja yang kita dapat. Boleh menang kali ini? Tengok undi SNAP? Tengok undi PKR? Kita nak datangkan impak?

Ana takut, selepas PR Sarawak; kita kena tinggal lebih jauh. PKR tak ingat kita. Kalau hanya mampu dapat 1,901 undi (0.3 %) undi rakyat Sarawak pilihanraya lalu; jawabnya kita kena kencing lagi kali ini….

Laporan Harakahdaily:-

========================================================

Dakwaan penduduk kononnya kebun milik mereka di Kampung Serian, Gua Musang dirampas Ladang Rakyat adalah tidak benar.Ini kerana tanah seluas hampir 4,000 ekar yang diusahakan mereka tidak terbabit dengan projek berkenaan. 

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob berkata, kawasan ladang asalnya dirancang seluas hampir 11,000 ekar sekarang hanya diusahakan 7,000 ekar sahaja.

”Lagi pun perbincangan telah dibuat dengan penduduk sebelum projek berkenaan dimulakan iaitu pada 2006 di Masjid Kampung Batu 11.

”Ketika itu penduduk tempatan telah memberi kerjasama dan menunjuk kawasan yang mereka rentah. Setelah mengambil kira kawasan ditunjuk penduduk, pelan kawasan dibuat jurukur dilantik kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Akhbar tempatan melaporkan kira-kira 100 penduduk membuat bantahan kerana bimbang ladang getah dan dusun buah-buahan mereka dirampas.

=========================================================

Inilah masalah sebenar kita dalam PAS. Kalau berjumpa nampak berpeluk lekat. Cium pipi. Nampak sangat kita ini banyak sangat nak main politik sesama sendiri. Ini yang payah. Kita tidak kenal dan tidak mahu fokus tentang musuh sebenar kita.

Kenyataan TMB Kelantan ini sekaligus membuka ‘projek istimewa’ menjatuhkan TG Menteri Besar yang semakin mendapat sokongan untuk jawatan tertinggi parti. Sudah mula ada suara di Kelantan yang menidakkan kemampuan TG Nik Aziz. Ini suara PAS Kelantan sendiri. Bukan PAS luar. Ini yang kita cuba nak elak.

Janganlah kita samakan Nik Aziz dengan Taib Mahmud di Kelantan. Sarawak lebih maju dan mantap ekonominya – kata dua tiga orang kumpulan yang mahu TG tersungkur. Ana naik tak faham; apa perlunya nak main politik sesama sendiri. Lebih parah; PAS Kelantan nak tikam pemimpin Kelantan? Haru. Inilah yang jadi pada Husam; kredibiliti bagus, idea banyak, program bertimbun, kemampuan ada – akhirnya tersungkur di tangan orang lain. Rugi kita.

Pada ana, PAS Kelantan kena fokus dan tumpu kepada usaha nak tampilkan pemimpin di pusat. Kalau nak TG Nik Aziz jadi Presiden – bawa TG sahaja. Tak payah Husam pula nak jadi Timbalan Presiden. Kena tentukan sekarang.

Dan permainan dedah isu Ladang Rakyat ini bukan permainan yang baik. Niat pun kotor – matlamat menghalalkan cara?

Laman Berikutnya »