April 2014


Berdasar kenyataan beberapa pemimpin Umno seolah-olah memperlihatkan
sekarang 108 anggota parlimen Melayu bersedia menyokong usul mengenai
hudud apabila dibentang di parlimen.

Jumlah tersebut iaitu seramai 87 orang anggota parlimen Melayu Islam
dari Umno dan 21 lagi PAS. Jumlah itu belum lagi diambil kira anggota
parlimen Islam dari PKR.
Sedangkan untuk mendapatkan kelulusan pelaksanaan Enakmen Kanun
Jenayah Syariah II di Kelantan memerlukan tambahan seramai empat orang
lagi anggota parlimen untuk menjadikan 112 orang (majoriti mudah).

Anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, perkiraan itu dibuat
berdasarkan kenyataan beberapa anggota Umno yang memberi gambaran awal
mahu menyokong enakmen berkenaan.

Katanya, sebelum ini anggota parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir
Baharom, Tan Sri Annuar Musa (Ketereh) dan Tengku Razaleigh Hamzah
(Gua Musang) membayangkan mahu menyokong usul hudud.

“Bagaimanapun lebih mudah lagi apabila usul tersebut dibawa wakil
kerajaan. Mengapa mereka hanya mahu menyokong dari belakang dan tidak
membawa sendiri usul tersebut kalau benar-benar serius.

“Sekiranya kerajaan yang membawa usul tersebut peluang untuk diterima
dan dibahas lebih terbuka berbanding dibawa secara persendirian wakil
pembangkang,” katanya pada ceramah di perkarangan Flat Kampung Sireh
malam tadi.

Hadir sama Pegawai Khas Menteri Besar, Lau Chin Chua yang juga bekas
Setiausaha Gerakan Kelantan dan anggota-anggota jawatankuasa Majlis
Tindakan Dun Bunut Payong.

Pada ana, PAS patut bentang dan dapat political mileage. Kita perlu
undi Melayu dan orang Islam. Kita perlu kuat di pedalaman dan luar
bandar.

Pada ana, kita jangan jadi bodoh. Bentang dan biarkan UMNO buat
keputusan dia nak sokong atau tidak. Kalau kita dah bentang, UMNO
laknatullah tak mahu sokong, kita boleh pergi balik ke kampung, cakap
dengan orang kampung, orang UMNO sudah tidak lagi mendokong Islam.
Mereka setakat bina masjid sahaja. Lepas bina, lantak ko lah nak jadi
apa.

Kita jangan jadi sangkak sangat dengan UMNO ni. Kalau mereka tak
sokong, mereka yang rugi. Bukan kita.

Kita hanya perlu bentang dan kelaku orang UMNO. Kalau dia terima, ok.
Kalau tak, kita turun ke Parlimen mereka, dan mula berikan penerangan
kepada orang Melayu akan masalah orang UMNO yang tidak menyokong
Hudud. Apa susah.

Dah betul dah tu. Nik Abduh bentang. Reezal Merican sokong. Ku Li
bahas. Khairudin Kuala Nerus ulas.

Apa yang susah.

Kawan-kawan ana di Kepala Batas semua kata anak Naina ini dah nekad
nak sokong Pas dalam isu Hudud. Ana tak tahu lah betul ke idak.

Semalam bukan main kecoh dalam Whatsapp group ana mengenai berlakunya
gabungan Pas dan UMNO yang diusahakan oleh Udin Anak Yassin (bak kata
MSO). Udin anak Yassin telah berkunjung ke rumah TG Nik Abdul Aziz
untuk kepentingan politik dan nasib diri dia sebagai Timbalan Najib
dalam UMNO.

Yang orang tak tahu, Udin anak Yassin kecewa kerana dia tidak
diberikan peranan di dalam perjumpaan dengan Obama. Udin anak Yassin
rasa tertinggal, bilamana dalam banyak meeting, Udin tidak dijemput
dan diketepikan.

Malahan, dalam banyak acara, Udin Anak Yassin tidak diiktiraf sebagai
Timbalan pun. Yang lebih menyinar adalah JJ dan KJ.

Ini semua permainan celaka Muhyiddin.

Semalam penuh di Kuantan. Perkara sama. Nyanyi-nyanyi. Benda yang
orang kita memang suka. Orang Melayu kalau bab menyanyi nombor wahid.
Cuba tengok, waima yang sampai dah nak mati pun, masuk KILAUAN EMAS.
Kubur dah kata mari, nak juga menyanyi lagi.

Ana diberitahu, Ya Hanana ini adalah projek UMNO. Projek politik.
Untuk menarik dan melembutkan hati orang supaya dekatkan diri dengan
kerajaan. Bukan sangat sebab Rasul. Ini kata orang di JPM sendiri.

Kalau ini projek politik, memang dah nampak semakin berjaya.

Kita ada program sama? Balik-balik sham kamikaze. Personaliti dia pun kaput.

Kita kena hati-hati dengan projek Habib dari Indonesia ni.

Jangan lupa, Kedah dah buat, Selangor/WP dah buat, Pahang dah buat.
Jangan main-main bro. Ana nak beritahu.

Kita kena buat nyanyi-nyanyi juga. Cepat skit.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/detik-terakhir-saya-bersama-pa-ramkarpal-singh

Ana sedih dengan tulisan RamKarpal Singh ini. Sedih sangat. Manakan
tidak, nampak sangat Karpal memang sayang dengan anaknya yang satu
ini. RamKarpal memang agak rapat dengan Karpal. Dalam kes liwat Anwar
pun, ana tengok memang Ram yang bantu dan tahu rahsia dalaman mengenai
kes ini.

Ura-ura Ram ganti Karpal ini dah kuat sangat. Kalau tak Ram, Sangeet.
Anak Karpal juga. Inilah pada ana masalah dengan kawan-kawan politik
kita ni. Tak boleh keluar daripada keluarga.

Mereka patut contohi kita, mana ada main ganti-ganti ni. Ustaz Fadzil
Noor, walaupun kuat dan berpengaruh, tak wasiat pada anak. TG Hadi pun
tak wasiat. TG Nik Aziz pun tak wasiat pada anak. Karpal pulak yang
buat.

Patutnya, kita kena fikir di luar kotak politik biasa. Bayangkan kalau
DAP letak calon PAS di tempat Karpal. Menang dengan 40,000 undi.
Memang goyang telur Najib. Konpem. Manakan tidak, seorang pemimpin
kanan Pas menang kawasan Cina.

Itupun tak boleh nak fikir.

Kalau beri Abang Mat tempat, barulah kita tangguh Hudud. Baru adil.
Ada kerjasama. Ada tolak ansur. Ini tidak. Depa nak menang semua.

Mereka desak kita tinggal hudud. Mereka desak kita kurang sebut negara
Islam. Mereka desak kita terima sahaja politik mereka. Mereka desak
kita terima dasar ekonomi mereka. Tapi mereka tak dengar cakap kita.
Mana ada jalan. Where got road kata omputeh.

Ini Kali Lah

Beri tempat kepada Abang Mat. Kita tangguh Hudud.

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang dipersoal ekoran kekayaan luar biasa yang dimilikinya turut didakwa pernah memiliki sebuah bank di Bangladesh.

Maklumat tersebut didedahkan Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria dalam satu temubual bersama Harakahdaily semalam.

Menurut Razman, beliau mempunyai maklumat bahawa Daim pernah mengambil alih ICB Islamic Bank Limited berdaftar di Karwan Bazar, Dhaka sekitar antara tahun 2006 dan 2007.

“Bagaimanapun maklumat yang kami perolehi, beliau telah menjual bank itu pada Oktober 2010 dengan harga USD55,000 juta,” kata Razman kepada Harakahdaily.

Razman juga mendakwa, Daim mempunyai beberapa lagi milikan di luar negara melalui syarikat induk ICB Financial Group Holding AG atau juga dikenali sebagai ICB Banking Group yang berpengkalan di Switzerland.

Syarikat induk itu katanya, disenarai di Bursa Saham London pada Mei 2007.

“Pemegang saham terbesar ICB Financial Group Holding ini adalah Che Abdul Daim bin Haji Zainuddin iaitu sebanyak 61.3 peratus,” jelas beliau sambil merujuk satu data bulan Oktober 2010.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sebelum ini turut mendakwa Daim mempunyai wang jutaan ringgit di dalam bank di Afrika dan Eropah Timur.

————————–

Inilah kebodohan lama yang tak pernah hilang di dalam parti kita. Serang salah orang. Nak balun salah tempat.

Ana nak ingatkan Pesuruhjaya Pas Perak, sumbangan Daim kepada sekolah-sekolah pondok di Kedah, Kelantan, Patani, Bangladesh, Pakistan sahaja – sudah melebihi usaha kita di seluruh Malaysia. Wallahi ana cakap ni.

Kalau setakat kita pegang title Pesuruhjaya, lepas tu buat pendedahan yang tak berapa nak bijak, nampak bodoh sangat kita.

Kalau Daim tunjuk sumbangan dia kepada sekolah pondok, universiti Islam, rumah anak yatim, sarjana Islam dan sebagainya, malu kita nanti.

Berapa ramai pelajar tahfiz yang Pesuruhjaya Pas Perak taja? 50? 60? 100? Tun Daim taja beribu – itu ana sebagai ahli Pas sendiri yang saksikan.

Tak payah la ikut Nuar Berahim serang Daim. Malu kita nanti. Sekolah-sekolah agama di PP, Kedah, Kelantan (yang memang letak gambar bulan kita pun) Daim ada taja. Tak tahu malu?

Bila tak tahu bertanyalah. Kalau Daim tunjuk resit nanti….mengucap panjang.

Bekas Presiden Berjasa, Datuk Wan Hashim Wan Ahmad tidak yakin
anggota-anggota parlimen (MP) Umno akan mengundi menyokong perundangan
syariah apabila dibawa ke parlimen nanti.

Beliau berkata, kenyataan beberapa pemimpin Umno kononnya mahu
menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan disifatkan hanya
sekadar retorik politik semata-mata.

Katanya, banyak tindak tanduk sebelum ini tidak mencerminkan apa yang
dinyatakan melalui media, kerana parti itu sendiri tidak berminat
dengan perundangan Islam.

“Kalau benar pemimpin Umno mahu perundangan hudud dilaksanakan sudah
tentu mereka sejak dari awal lagi menyokong enakmen tersebut dan bukan
banyak berdolak dalih.

“Sekali sokong dan pada waktu lain pula tidak sokong, kononnya pula
hudud PAS dan macam-macam lagi. Bagaimana mereka hendak beri keyakinan
kepada orang ramai,” katanya yang juga seorang peguam veteran.

Pada 2 April lalu kerajaan Kelantan mengumumkan mahu membawa Enakmen
Kanun Jenayah Syariah II ke parlimen melalui usul persendirian bagi
membolehkan ia dilaksanakan di Kelantan.

Sebelum itu beberapa pemimpin Umno termasuk Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, anggota parlimen Ketereh, Tan
Sri Annuar Musa dan anggota parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh
Hamzah dilaporkan bersedia menyokong perundangan syariat apabila
dibawa ke parlimen.

Ahli Parlimen kita semua akan sokong HUDUD? Dah confirm? Ana
diberitahu ada beberapa MP Pas sendiri pun tak akan bangun dan sokong
Hudud. Apa nak jadi ni. Ana dimaklumkan seorang Pegawai Khas YB Pas di
Parlimen, Boss dia sudah bersumpah dengan Guan Eng bahawa dia akan
pastikan Hudud digagalkan.

Malahan MP Pas itupun mintak modal untuk memastikan beberapa orang
rakan lain turut akan menolak Hudud. Ini bukan calang-calang MP. Orang
berpengalaman.

Katanya, DAP sedang usaha cari sedikit dana untuk pastikan beberapa
orang MP Pas pun akan menolak Hudud di Parlimen.

Wah pada ana ini satu berita yang baru. Hudud sudah jadi macam bahan
perniagaan. Boleh dijual beli.

a. Menurut ulama Hanafiyah : “Pertukaran harta (benda) dengan harta
berdasarkan cara khusus (yang dibolehkan)”. (Alauddin al-Kasani,
Bada’i ash-Shana’I fi Tartib asy-Syara’i, juz 5, hal. 133)

b. Menurut Imam Nawawi dalam Al-Majmu’ : “Pertukaran harta dengan
harta untuk kepemilikan”. (Muhammad asy-Syarbini, Mugni al-Muhtaj, juz
2, hal. 2)

c. Menurut Ibnu Qudamah dalam kitab al-Mughni : “ Pertukaran harta
dengan harta untuk saling menjadikan milik”. (Ibnu Qudamah, al-Mughni,
juz 3, hal. 559)

d. Tukar menukar harta meskipun ada dalam tanggungan atau kemanfaatan
yang mubah dengan sesuatu yang semisal dengan keduanya, untuk
memberikan secara tetap (Raudh al-Nadii Syarah Kafi al-Muhtadi, 203).

e. Menukar barang dengan barang atau barang dengan uang dengan jalan
melepaskan hak milik dari yang satu kepada yang lain atas dasar saling
ridha. (Idris Ahmad, Fiqh al-Syafi’iyah)

f. Saling tukar harta, saling menerima, dapat dikelola (tasharruf)
dengan ijab dan qabul dengan cara yang sesuai dengan syara.
(Taqiyuddin, Kifayat al-Akhyar, hal. 329)

g. Penukaran benda dengan benda lain dengan jalan saling merelakan dan
memindahkan hak milik dengan ada penggantinya dengan cara yang
dibolehkan. (Fiqh al-Sunnah, hal. 126)

Ana tak tahu pula Hudud pun boleh dijadikan jual beli. Ada komisen
bagai. Rosak agama kita kalau macam ini.

IMG-20140421-WA000Ana daripada dulu lagi selalu ulang benda yang sama, kalau nak suruh
orang berjuang sekalipun, biarlah ada sedikit imbuhan dan bantuan. Ini
tidak, bila bab nak berdemo dan sebagainya, suruh orang Pas datang
free. Peruntukan semua bagi pada orang PKR dan DAP.

Kali ini, ana nak tengok berapa ratus ribu cina apek yang suka nak
turun dan bantah GST. Berapa ramai amoi pelacur yang turun sama. Sebab
lepas ni dia orang semua pun charge GST. Kalau dulu biasa amoi harga
198 (pakej), sekarang tambah 6 % GST dah berapa? Mereka lah kena turun
berdemo.

Ana tahu harga pakej sebab orang UMNO sebelah rumah ana selalu pergi.
Dia hafal semua port pelacur dalam Malaysia ni. Cakap ajer di mana.
Dia ada network bagus.

Ana cabar kali ini Cina DAP bawak turun 600,000 orang untuk bantah
GST. PKR patut bawak 500,000 orang. Pas cuma bawak 200,000. Kita
tengok siapa yang boleh capai target.

Pada ana, sudahnya nanti, Pas juga yang penuhkan kuota. ****mak punya
DAP dan PKR. Mereka nak hidup senang. Tak kena tangkap.

Ana terima arahan dengan hati yang penuh persoalan. Pemimpin negeri
kita dapat bajet berapa? Pemimpin bahagian dapat berapa? Pemimpin
kawasan dapat berapa?

Bab ini kita kena telus lah.

Kawan ana Ketua Cabang di Selangor (PKR) dapat peruntukan RM30,000 nak
bawak orang. Kita? Lillahitaala?

Mana boleh macam ini.

Ana memang sedih awal pagi tadi. Bila dapat berita daripada seorang
sahabat DAP di Ipoh bahawa Karpal terlibat dalam kemalangan jalan
raya. Ana kenal keluarga Karpal. Ram dan adik beradiknya yang lain.
Memang keluarga yang hebat.

Pada ana, memang lah Karpal menentang Hudud. Itu hak dia sebagai bukan
Islam. Ini soal perjuangan dia. Ana tak kisah pun. Pada ana, Karpal
berhak untuk menyampaikan pandangan. Lagipun, ulama’ muktabar pun
masih belum sepakat mengenai undang-undang shariah dan pelaksanaannya
kepada non-Muslim.

Pada ana, kita kena bezakan antara politik dan persahabatan. Karpal
ini masih sahabat yang baik kepada Pas. Tahaluf siyasi kita pun
disokong kuat oleh Karpal dan keluarga.

Ana daripada dulu kata, politik mesti mendahului hudud. Buat ketika
ini. Dalam Islam ada istilah fiqh-al waqi’. Realiti semasa, kita mesti
dahulukan politik. Itu pandangan ana.

Sebab itu pada ana, Karpal ini sahabat yang lebih baik kepada Pas,
berbanding orang UMNO.

Pada ana, Karpal ini jauh 1000 % lebih baik berbanding orang korup
seperti KJ, Shahidan kasim, nazri aziz dan sebagainya ni. Lebih baik.

Pada ana, tolak hudud bukan bererti Karpal tolak Islam.

Terus terang ana kata, ana akan menangis di tepi keranda Karpal.
Manusia hebat yang walaupun tidak menyokong Hudud, tetapi menyokong
kita di dalam Pas. Itu lebih penting.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan pada 5 Disember
2012 lalu telah meluluskan program ini dengan kadar RM200 bagi seorang
pemohon.

“Namun pada 8 Januari lalu MMKN telah bersetuju untuk menaikkan kadar
tersebut daripada RM200 kepada RM500 seorang bermula 1 Januari lalu.

“Insentif ini disalurkan melalui akaun Tabung Haji bagi yang beragama
Islan dan yang bukan beragama Islaam melalui Sijil Simpanan Premium
Bank Simpanan Nasional (BSN),” jelasnya pada sidang media di lobi
Dewan Negeri Seangor (DNS).

Jelas beliau, pada 2013 sebanyak 5,777 permohonan telah diterima dari
Fasa 1 hingga Fasa 19, dari jumlah tersebut sebanyak 4,425 permohonan
telah diluluskan.

“Sejumlah RM885 juta peruntukan disediakan kerajaan negeri bagi 4,425
permohonan yang lulus.

“Seterusnya pada tahun 2014, jawatankuasa telah menerima sebanyak 850
permohonan bagi Fasa 1 hingga Fasa 10.

——————-

RM885 juta untuk subsidi kahwin. Ana pun rasa Selangor memang sudah
layak diangkat sebagai Serambi Mekah yang baru (walaupun ada Kilang
Carlsberg).

Macam ini barulah kerajaan Islam. Air percuma. Subsidi kahwin. Ana
cuma harap selepas ini ada bantuan kahwin kali kedua untuk warga
Selangor. Memang terbaik.

Inilah yang sepatutnya kerajaan Islam buat dan laksana. Kalau lepas
ini ada bekalan elektrik percuma di Selangor, ana akan declare
Selangor sebagai NEGERI ISLAM TERBAIK di Malaysia (walaupun ada kilang
carlsberg).

Ana pun pelik dengan sesetengah pemimpin kita ni. Yang sedang
berlangsung adalah pemilihan PKR…tapi nampak gaya perpecahan di
kalangan kita yang lebih. Ada Exco Pas yang sokong Team A. Ada yang
sokong Team B. Ada yang sokong Team C. Apa halnya ni? Sejak bila kita
jadi macai kepada PKR.

Ana rasa benda ini tak bagus. Sangat tidak bagus. Biar mereka dengan
pemilihan mereka. Kita tak perlu masuk campur.

Yang teruk sekali di Selangor, punyalah ramai Exco yang kelam kabut
turun ke bawah, kononnya bantu Team itu dan ini. Tugas pada Negeri
terbengkalai. Exco sibuk turun ke bawah jumpa dengan pengundi PKR. Ini
bangang punya kerja. Ada Exco yang siap susun jadual usrah di rumah,
nak bantu kawan.

PAS

N15 TAMAN TEMPLER
PAS: Zaidy Abdul Talib

N17 GOMBAK SETIA
PAS: Hasbullah Mohd Ridzwan

N18 HULU KELANG
PAS: Saari Sungib

N2 SABAK
PAS: Sallehen Mukhyi

N20 LEMBAH JAYA
PAS: Khasim Abdul Aziz

N21 CHEMPAKA
PAS: Iskandar Abdul Samad

N23 DUSUN TUA
PAS: Razaly Hassan

N26 BANGI
PAS:Mohd Shafie Ngah

N29 SERI SERDANG
PAS: Noor Hanim Ismail

N38 PAYA JARAS
PAS: Mohd Khairuddin Othman

N42 MERU
PAS: Abd Rani Osman

N45 SELAT KLANG
PAS: Halimah Ali

N51 SIJANGKANG
PAS: Ahmad Yunus Hairi

N53 MORIB
PAS: Hasnul Baharuddin

N54 TANJUNG SEPAT
PAS: Mohd Haslin Hassan

Kata seorang ADUN pada ana, ‘memang yang lawan mereka sama mereka.
tapi ini soal duit dan peruntukan sheikh. kalau ana tak tolong
MB…buatnya kaki main dalam toilet jadi MB, masak kita. ana nak jaga
kawasan. nak jaga jamaah. duit kena ada. kalau ana tak ada duit, enta
pun tak mahu kawan dengan ana’.

Menurut ADUN tersebut pada ana, kalau sudi memberi pertolongan kepada
MB Selangor (ada peruntukan lebih yang akan diturunkan. dekat RM300
ribu juga). Boleh tolong ahli dan rakyat.

Oklah kalau ada upah. Jangan buat kerja bodoh sokong orang tak ada
upah. Sudah-sudahlah kita dibodohkan oleh PKR selama ini. Kita kena
maju sedikit. Kalau setakat tolong air liur, buat membazir sahaja.

Laman Berikutnya »