Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang dipersoal ekoran kekayaan luar biasa yang dimilikinya turut didakwa pernah memiliki sebuah bank di Bangladesh.

Maklumat tersebut didedahkan Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria dalam satu temubual bersama Harakahdaily semalam.

Menurut Razman, beliau mempunyai maklumat bahawa Daim pernah mengambil alih ICB Islamic Bank Limited berdaftar di Karwan Bazar, Dhaka sekitar antara tahun 2006 dan 2007.

“Bagaimanapun maklumat yang kami perolehi, beliau telah menjual bank itu pada Oktober 2010 dengan harga USD55,000 juta,” kata Razman kepada Harakahdaily.

Razman juga mendakwa, Daim mempunyai beberapa lagi milikan di luar negara melalui syarikat induk ICB Financial Group Holding AG atau juga dikenali sebagai ICB Banking Group yang berpengkalan di Switzerland.

Syarikat induk itu katanya, disenarai di Bursa Saham London pada Mei 2007.

“Pemegang saham terbesar ICB Financial Group Holding ini adalah Che Abdul Daim bin Haji Zainuddin iaitu sebanyak 61.3 peratus,” jelas beliau sambil merujuk satu data bulan Oktober 2010.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sebelum ini turut mendakwa Daim mempunyai wang jutaan ringgit di dalam bank di Afrika dan Eropah Timur.

————————–

Inilah kebodohan lama yang tak pernah hilang di dalam parti kita. Serang salah orang. Nak balun salah tempat.

Ana nak ingatkan Pesuruhjaya Pas Perak, sumbangan Daim kepada sekolah-sekolah pondok di Kedah, Kelantan, Patani, Bangladesh, Pakistan sahaja – sudah melebihi usaha kita di seluruh Malaysia. Wallahi ana cakap ni.

Kalau setakat kita pegang title Pesuruhjaya, lepas tu buat pendedahan yang tak berapa nak bijak, nampak bodoh sangat kita.

Kalau Daim tunjuk sumbangan dia kepada sekolah pondok, universiti Islam, rumah anak yatim, sarjana Islam dan sebagainya, malu kita nanti.

Berapa ramai pelajar tahfiz yang Pesuruhjaya Pas Perak taja? 50? 60? 100? Tun Daim taja beribu – itu ana sebagai ahli Pas sendiri yang saksikan.

Tak payah la ikut Nuar Berahim serang Daim. Malu kita nanti. Sekolah-sekolah agama di PP, Kedah, Kelantan (yang memang letak gambar bulan kita pun) Daim ada taja. Tak tahu malu?

Bila tak tahu bertanyalah. Kalau Daim tunjuk resit nanti….mengucap panjang.

Advertisements