Pagi tadi (24hb Mei 2016), ramai rakan-rakan yang dijemput ke suatu program mengenai pencegahan gejala sosial di UNISEL, Bestari Jaya. Ana pun tak tahu program apa, tapi dapat Whatsapp minta ana hadir jadi pemerhati.

Ana kalau ada peluang dan jemputan, ana akan pergi. Sengaja nak tengok macamana hebatnya gerakan PKR di sebelah Selangor. Yang best nya, ramai yang dijemput ke Bestari Jaya ini orang Sg Besar.

Menyorok dengan tema ‘Konvensyen Menangani Gejala Sosial dan Jenayah Merentasi Budaya’, rupa-rupanya program politik. Nazmi nak beritahu boss dia, dia dah buat kerja untuk bantu jentera parti.

Pada ana program ini gagal teruk. Orang tak ada. Waktu perasmian, dipanggil entah budak-budak rempit mana untuk penuhkan dewan. Bayar lah tu.

Tak ada apa yang menarik pun. Program lebih teruk daripada program budak universiti.

Ini memberi petanda buruk kepada PKR di PRK Sg Besar. Pemimpin masyarakat tak turun. Pegawai ADUN pun tak turun. Ketua Ranting pun tak ramai turun.

Advertisements
Kita pun tahu apa sedang jadi dalam kem lawan. Huru hara. Masing-masing nak tunjuk pandai. Masing-masing nak tunjuk siapa yang lebih rapat dengan PMO/Madame Ros. Ini kita dapat daripada mulut tukang susun sendiri. Kata dia, susah nak tentukan calon. Sebab di Selangor ini banyak Taikor.

Di Selangor ada Taikor Senior dan Taikor Junior.

Taikor paling senior, sudah tentulah Noh Omar. Ini memang master planner. Setakat plan aje lah. Buat kerja belum tentu.

Noh katanya mahu orang dia diletakkan sebagai calon. Mudah untuk menyusun gerakerja katanya. Kalau orang lain, payah dia nak bantu.

Noh dikatakan beri komitmen, kalau calon dia diletakkan, sebahagian kewangan akan keluar daripada poketnya sendiri. All out. Kalau orang lain, dia tak mahu masuk campur. Pandai sendiri lah.

Taikor junior di Selangor, tak lain tak bukan, YB Irmo (Kuala Selangor).

Katanya siapa yang ada blessing Irmo, akan dapat tempat. Kerana kuasa lobi YB Irmo lebih dahsyat berbanding Noh.

YB Irmo bawa nama orang lain. Orang muda. Orang yang tak ada cerita belakang.

Kita akan tengok lobi siapa lebih dahsyat dan kuat.

Blog ini terdengar khabar-khabar angin bahawa satu RIBUT PENYATUAN akan berlaku di Selangor menjelang PRU yang akan datang. Katanya banyak rombongan yang datang merisik, melamar, meminang Pas Selangor untuk dijadikan permaisuri politik. Hebat Pas Selangor.

Kita harap majlis merisik Pas Selangor tak menjadi seperti peristiwa di Masjid Khadijah, Pantai Dalam. Belum apa-apa dah bergasak sama sendiri.

Kalau nak bersama, mesti ada peraturan. Mesti ada undang-undang.

Ana minta sangat, jangan hanya cakap di mulut. Tapi dibuat dengan penuh adab dan peraturan.

Kita boleh minta perkara berikut: –

– Pas mesti MB; UMNO ambil Timbalan MB

– UMNO tak bertanding di kawasan Pas di seluruh Selangor

– Pelantikan apa-apa jawatan mesti 60:40 (Pas; UMNO)

– Penghulu semuanya orang Pas

– Imam/Bilal juga ditentukan oleh Pas

– Pas akan pegang 4 jawatan Exco

Kalau boleh setuju dengan syarat ini, ana rasa memang ada jalan untuk kita berte,u di pelamin politik.

Mas kahwin jangan lupa pulak! Harga? Itu kena bincang dalam Whatsapp. Tak boleh secara terbuka. Tahu sama tahu.

Apa yang penting, kalau berlaku penyatuan, ini adalah demi kepentingan Melayu dan Islam. Tak lain daripada itu.

Kita bertemu atas niat silaturrahim yang terbaik. Tak ada adu domba. Bersatu kerana Allah.

Ana dimaklumkan, Iskandar Samad sedang merangka pelan untuk melaksana penyatuan ini di Selangor. DAP mesti diketepikan terus. PKR diletakkan sekadar di pinggiran.

Kita dah penat jadi penyokong. Kita nak jadi leader ini kali.

Payah bila berurusan dengan kumpulan yang tak ada harakat perjuangan, dan hanya seronok nak berebut jawatan. Pada ana, keputusan Azmin semalam kira dah OK. Pas tak hilang satu kerusi pun. Tambah lagi 3. PKR kena korban 19. DAP maintain.

Yang PAN ini meroyan ini kenapa.

Kononnya mereka tak layak dapat 8; mesti dapat 34..

Cermin lah diri. Kuat sangat kah PAN di Selangor sampai nak demand 34. Kalau DAP rasa PAN penting sangat nak dapatkan undi Melayu, DAP lah patut korbankan banyak seats untuk PAN. Barulah satu hati.

Ini tidak, bila sampai waktu seats, DAP buat muka tokey jual babi. Macam tak mahu masuk campur.

Padan dengan muka Mat Sabu and Gang, kena kencing dengan Cina macam itu ajer. Mintalah DAP bagi 24 seats. Barulah nampak kerjasama DAP-PAN/PAN-DAP.

Susah sangat buat parti baru sahajalah.

Kalau dahulu PAN (Parti Amanah Rakyat); buat baru nama TAT (Tim Agenda Terbaik). Baru sedap main….politik.

Hahaha. Hahahaha. Kesian tengok cara kepala MB Selangor kena tunjal dengan Midfield Selangor. Agaknya kat rumah macam itulah juga kena dengan Datin Seri. Agaknyalah. Bukan buat fitnah.

Pada kita, ini semua mesej politik yang jelas kepada MB. Kalau tak berani buat keputusan, macam itulah kepala MB kena lanyak dengan DAP, dengan Tony Pua dan geng dia di Selangor.

Pas tidak ada masalah dengan MB. Kalau kita nak tonjol calon kita pun, Pas boleh buat.

Tapi kita pegang kepada konsep tahaluf. Tak ada hal punya.

Duduklah kerusi MB, tapi bantu 5000 jentera kita di bawah. Beri mereka kedudukan dan wang secara bulanan. Kita jaga MB.

Masalah dengan DAP, mereka tak cukup dengan wang. Mereka nak kuasa. Mereka nak kedudukan.

Sebab itu jadi masalah.

Kalau player Selangor pun berani tunjal kepada MB.

Tony Pua bukan setakat tunjal. Sekeh pun dia berani. Lutu pun dia berani.

Selepas dua minggu penubuhannya, Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu berkata sambutan “luar dugaan” rakyat terhadap parti itu menunjukkan tiga negeri mendahului berbanding negeri lain.

Berdasar data permohonan yang dibentangkan dalam mesyuarat AMANAH kelmarin, Mohamad berkata Kelantan mendahului dengan sebanyak lebih 7,000 borang telah diisi dan dikembalikan kepada ibu pejabat AMANAH dan kini sedang menunggu kelulusan.

Menurutnya lagi, penyertaan kedua terbanyak dari Johor melebihi 5,000 orang manakala, ketiga tertinggi dari Selangor sebanyak lebih 4,000 permohonan dan Kedah berada di tangga keempat dengan permohonan melebihi 2,000 borang.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Mohamad berkata setakat ini sebanyak 50,000 borang telah diedarkan tetapi belum dikembalikan dan dijangka 30,000 borang bakal diluluskan menjelang mesyuarat parti itu yang akan datang.

“Saya rasa, (penyertaan) di luar dugaan, rasa macam floodgate. Saya rasa bukan kerana kehebatan (pemimpin) parti AMANAH, tetapi oleh kerana suasana yang membantu seperti kes 1MDB, nilai duit (yang jatuh), (kenaikan) harga barang.

******************************

Wawancara awal AMANAH dengan media. Kononnya ada 70000 orang yang tak sabar nak mendaftar. Kononnya sekarang AMANAH dah siap sedia untuk tawan Kelantan.

Jangan buat lawak puak ni. Nak tawan Kelantan? Beberapa program AMANAH di Kelantan, nak dapat 45 orang hadir pun payah. Nak tawan?

Kerja buang masa. Geng nak peralat ugama. Tak sedar diri.

Sudahlah tu. Kena terima cadangan DAP, AMANAH kena bertanding di Klang Valley. Tak payah la nak ke Kelantan. Buang masa.

Banyak lagi kawasan di KL dan Selangor. Lawan semua. Bagi puas hati. Tak payaj mimpi nak tawan Kelantan.

Letak Mat Sabu di Kelantan, dapat deposit pun dah nasib baik lah. Sungguh cakap ni.

Nak tergelak pun ada, kesian pun ada, orang tua macam Rahim Thamby Cheek mengaku tidak bersalah kerana menghasut orang ramai, kononnya kerabat Selangor sudahpun murtad. Ini tuduhan yang sangat dahsyat. Bukan main-main. Dah lama orang cakap pasal ini, tapi Rahim Thamby baru tahu agaknya.
Sebenarnya kerabat Selangor pun dah lama nafikan. Tak tahu RTC keluar dari gua mana, tetiba letak dalam facebook fakta bodoh dan palsu.
Bayangkan, seorang Ketua Menteri, dan pernah juga digambarkan sebagai seorang yang sangat karismatik, akhirnya tewas dengan tuduhan bodoh dan berstatus mangkuk hayun.
Agaknya RTC nak temankan Khir Toyo yang kesepian. Bila mereka bersama, bolehlah mereka bincang tentang pembangunan negara.
Katanya, seorang lagi MB yang sedang menunggu turn untuk dihadapkan ke mahkamah adalah MB Pahang. Katanya ada angin-angin songsang yang mengatakan sesuatu isu akan dikenakan terhadap MB Pahang. Isu apa? Tak pasti.
Isu ini cukup kuat berlegar di kalangan orang Pas di Pahang. Sumber mereka pun orang UMNO. Katanya, sudah ada pengganti MB Pahang dalam masa terdekat ini.
Kita harap jangan lah ramai sangat pemimpin Melayu yang masuk berehat di penjara. Bawa bertenang. Jangan berebut. Tempat banyak.