September 2011


Ana dan rakan-rakan yang sibuk menunggu keputusan mesyuarat malam tadi mulanya cemas juga. Mahunya tidak, pertengkaran mulut antara Karpal dan TG Haji Hadi kuat sampai dengar ke luar bilik mesyuarat. Karpal mahukan Haji Hadi berperanan sebagai Presiden parti – bukannya orang suruhan Nik Aziz yang tidak ada jawatan parti, Karpal lupa agaknya Nik Aziz adalah Mursyidul Am.

Ana yang duduk di luar bersama kakitangan PAS, pucat lesi muka. Mahunya tidak, buatnya Presiden PAS tinggalkan mesyuarat, tak jahanam jadinya. Rosak peluang kita nak menang Putrajaya. Ana tabik kepada Haji Hadi yang tenang sahaja melayani pertanyaan, keceluparan dan keganasan hujah Karpal. Tenang sahaja Tok Guru. Memang inilah ciri seorang Presiden PAS. Tak mudah nak melompat.

Penyelesaiannya mudah – kita kembali sahaja kepada Buku Jingga. Kita dah setuju dengan Buku Jingga, tak payahlah kita refer kepada pandangan peribadi. Susah jadinya nak jaga parti. Jangan syiok sendiri dalam berparti ni. Nanti jadi macam Zaid Ibrahim, buat apa pun tak jadi. Letih.

Ana nak tabik kepada Anwar kerana telah berperanan baik dalam menyatukan PAS dan DAP dalam isu ini. Anwar memang ada stail sebagai PM. Tenang dan sentiasa sahaja mendengar pandangan orang lain. Tidak tamak dalam memberikan pandangan. Ini suatu contoh yang kita semua kena ikut. Contoh lain yang tak berapa nak elok, tinggalkan. Hehe..

Penjelasan Anwar memang terang. Sementara PKR dan DAP hormat dengan enakmen syariah yang telah dibentangkan di Kelantan (1993) dan Terengganu (2003); ianya perlu disesuaikan dengan Perlembagaan dan Buku Jingga. Memang stail dan macho jawapan Anwar ini. Memang itu pun yang kita kena buat. Janganlah melebih sangat bab hudud ni. Kalau kita tak menang di Pusat, macamana nak buat Hudud di negeri sendiri. Kadang-kadang orang PAS sendiri pun tak faham bab undang-undang ni. Tahunya nak potong tangan ajer. Bukan itu matlamat Hudud pun.

Of wet dream, nightmare and Marty McFly – Art Harun

Pada mereka yang pandai baca orang putih, ana cadang baca artikel Art Harun ni. Bagus. Dia ingatkan orang PAS macam kita, jangan BERAHI sangat dengan Hudud. Jangan dengar perkataan Hudud sahaja terus sampai ‘kemuncak’. Pada Art Harun, Orang PAS yang macam ini hanyalah mereka yang mimpi basah malam sebelumnya. Jangan kita jadi macam itu.

Kita menang Putrajaya dulu sheikh…lepas tu baru kita boleh mimpi yang lebih basah. Amacam…?

Advertisements

Ana secara terus terang tak sabar nak tunggu keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pakatan Rakyat esok – yang hanya mempunyai satu agenda iaitu HUDUD. Kita sama-sama doakan agar ada keputusan politik yang tepat, dapat diambil oleh jawatankuasa tersebut – bagi memastikan PR akan kekal sebagai kerjasama politik yang kental. PRU dah dekat bang. Kalau kita asyik gaduh sama sendiri, jawabnya kita akan berdepan dengan haluan yang sukar. Jangan tempah maut politik awal sangat.

Ana memang tidak ada kepentingan. Kepentingan ana hanyalah sebagai ahli parti. Ana nak tengok PAS terus kuat dan mendapat kepercayaan rakyat. Tak lebih dan tak kurang. Pada ana, politik ini kenderaan kita melakukan perubahan. Kalau politik kita gagal kali ini, ana rasa kita nak cerita pasal politik pun naik sayu.

Dalam suasana yang macam ini, kita jangan cepat melatah dan keluar ayat yang bukan-bukan. Bawa bertenang. Jangan cepat nak lukakan hati kawan-kawan.

Ini tidak, sikit-sikit suruh keluar Pakatan. Sikit-sikit suruh keluar kerjasama politik. Dah kuat sangat ke PAS ni? Kalau DAP tak bantu undi Cina dan kerjasama di Selangor, boleh ke kita rasa nak pegang jawatan EXCO dan bantu kawan-kawan di bawah? Ada peluang ke?

Janganlah kufur nikmat sangat. Bawa bertenang. Kita bukan sehari dua berkawan dengan DAP ini. Dah lama. Janganlah sebab satu isu, kita nak berlaga angin.

Ana yakin, kepintaran Anwar Ibrahim akan sekali lagi menjadi jambatan kepada hubungan kita. Bab ini ana puji Anwar. Dia memang bijak dan pandai mengawal keadaan. Dia pintar dalam mencari haluan politik. Kalau tak ada isu liwat – ana rasa Anwar memang dah lama jadi PM. Senang PAS nak berurusan dengan Anwar.

Sebagai ahli, kita doakan yang terbaik. Kita harap PR akan terus mantap. Kita doakan PR akan terus jadi platform politik yang terbaik.

Kita boleh selesai masalah dengan cara yang baik. Insya’Allah.

“TEGAKKANLAH NEGARA ISLAM DI DALAM DIRI KAMU, NESCAYA DIA AKAN TERTEGAK DI TANAH AIR MU NANTI”.

Ana berterima kasih banyak, disebabkan artikel ana sebelum ini, mengenai Hudud – ada pemimpin pusat PAS yang nasihatkan ana. Jangan teruk sangat kritik TG Nik Aziz. Tak elok. TG tarafnya tinggi. Jangan nak rosakkan imej TG. Ana akurlah. Ana bukannya orang parti yang tak ada disiplin. Ana ikut. Cuma ana sampaikan juga pandangan kawan-kawan, tidak mahu melihat Pakatan Rakyat tewas disebabkan isu-isu yang patutnya kita letak tepi dulu. Tunggu lepas PRU barulah kita bincang balik. Bukan apa. Takut roboh.

Mungkin ramai yang tak berapa setuju dengan ana, tapi pada ana, strategi penting dalam politik. Bukan boleh main hentam keromo. Kena ada jurus. kena ada buah serang atau pun buah elak. Bab Hudud ini ana rasa kita kena masuk dan pakai buah elak. Tepis sikit. Pandangan sama ana beri pada pemimpin yang marah ana semalam. Terima kasih banyak sebab baca blog ana. Ada juga pemimpin yang baca blog ana ni. Kira oklah juga.

Pemimpin yang sama turut berkongsi pandangan dengan ana, kena banyak membaca buku mengenai Negara Islam. Insya’allah. Ana akan buat.

Pemimpin tersebut hadiah kepada ana buku Mujahid Yusof Rawa. Suruh ana hadamkan. Pun ana akan buat.

Mujahid memang ana suka dan selalu ana jumpa. Memang berbakat besar. Tetapi di mana Mujahid sekarang? Lebih banyak senyap. Kenapa?

Ana diberitahu bahawa dia diarahkan senyap sikit kerana bukunya banyak menentang kepimpinan ulama’. Ana dah baca separuh, tapi tak jumpa Mujahid ant-ulama. Pelik juga.

Ana minta kita sama-sama baca buku Mujahid ini.

Umur parti kita nak masuk 60 tahun. Tapi kalau kita masih bertelagah bab hudud dengan kawan-kawan politik. Payahlah PAS nak pergi jauh.

Ana pun pelik dengan pimpinan PAS ni, terutamanya TG Nik Aziz. Tak ada angin. Tak ada ribut. Tak ada masalah. Tiba-tiba heboh nak laksanakan Hukum Hudud. Apa masalahnya ni? Kita sudah tetapkan dengan Negara Berkebajikan, kenapa nak buat pusingan U lagi. Dah kenapa? Apa yang nak ditakutkan sangat?

Ok kita boleh faham, dalam satu laporan pilihanraya yang dibuat sebuah badan pemikir; isu negara berkebajikan + isu mat sabu + isu komunis + isu menantu nik aziz + isu husam musa; akan menyebabkan PAS akan kalah di Kedah dan menang tipis di Kelantan. Ini baru gambaran. Belum tahu lagi. Baru peringkat menyelidik. Janganlah TG Nik Aziz jadi cemas dan panik. Jangan takut.

Ana tak faham daripada strategi politik, untuk apa kita bangkitkan isu hudud ni. Macam nak cari bunuh politik Pakatan Rakyat sahaja? Jangan lah macam itu.

Betul, Anwar kata dia sokong Hudud. Tapi atas alasan apa? Kenapa dia tiba-tiba nak hukum hudud? Masa dalam UMNO; anwar juga yang buat lawak – kalau buat Hudud; orang kelantan nanti ramai tangan kudung. Sekarang sudah ok? Sebab apa?

Anwar sokong Hudud. Karpal bantah Hudud. Kes sodomi dan liwat Anwar pun orang sama juga. Apa cerita?

Ana nak nasihatkan pimpinan parti, janganlah bagi ahli pening. Ana rasa, orang kuat kita di bawah pun jadi serba salah. Sekejap negara berkebajikan. Sekejap negara Islam. Sekejap kerjasama PR. Sekejap hukum hudud. Apa nak jadi kita ni?

Dah bosan ke kita nak bersama dalam Pakatan Rakyat?

Kalau macam ini lambat lagilah kita nak jadi Timbalan perdana Menteri. Lambat. TG Nik Aziz kacau daun.

Ana hadir sama memberi sokongan kepada Abang Mat semalam. Naik bas dari Kuala Lumpur dengan 5 orang rakan PAS Batu. Mereka pun simpati dan ingin menyatakan sokongan kepada Mat Sabu. Seorang daripada kumpulan kami yang pergi itu bekas Polis. Ketua Balai lagi pada tahun terakhir kerjanya dengan PDRM. Tak ada sentimen pun. Tenang sahaja dia menyokong Abang Mat dalam isu ini.

Ini semua kerja jahat nak menjahanam karier politik abang mat yang sedang bersinar. Mereka takut. Abang Mat memang celupar dan ganas. Itu yang mereka takut.

Keluarlah macam-macam video kononnya perbualan abang mat dengan betina jalang. Ini semua fitnah. Suara abang mat siapa pun boleh tiru. Tak payah nak kencing kita lah. Macam kita tak tahu taktik SB bagi merosakkan imej pemimpin kita.

Ana nak sarankan semua ahli PAS menderma kepada usaha mempertahan abang mat. Jangan biarkan dia seorang. Tak baik.

Abang mat bukannya orang senang macam Husam Musa. Dia biasa sahaja. Duit tak banyak. Kita kena sama-sama bantu.

Nanti ana akan dapatkan no akaun abang mat ataupun tabung berkaitan. Kalau takpun, datang sahaja ceramah; dan masukkan duit seikhlas mungkin.

Kita susah dan senang bersama-sama, insya’Allah.

Kadang-kadang blogger UMNO ini gila semacam. Semua benda nak buat kecoh. Semua benda nak dihebahkan. Kadang-kadang benda yang tak penting pun jadi masalah kepada depa ni. Awatnya? Gila?

Sukahati MB Kedah la nak beli kereta apa pun. Ini untuk kegunaan rasmi. Bukan dia suka-suka nak pakai untuk hantar bini pergi pasar. Acara rasmi. Faham ke tak faham? Mentang-mentang kita parti Islam dia nak harap kita naik unta ker? Ada akai ka depa ni?

Menteri Besar Kedah sama macam MB lain. Sama. Jangan rendahkan kita sebab kita parti Islam. Ini semua nak tunjuk kononnya kita menghabiskan duit rakyat. Ini semua nak tunjukkan kita ini macam tak ada keinginan. Kita bukan manusia? Kalau MB Kelantan, Kedah nak pakai kereta Merz tak boleh? Yang depa itu tak apa pulak. Konon tunjuk Najib bawa dan pakai Perdana sahaja. Kereta lain Najib tak ada? Come on lah bang. Matang la sikit.

Anwar sendiri mengakui bahawa Kedah adalah sebuah Negeri yang diurus dengan baik. Dalam penerangan Ustaz Azizan kepada Anwar, kenaikan dana kerajaan negeri kedah memang mengkagumkan. Cuma nak naik banyak selepas ni memang susahla sikit. Sebab Kedah terpakda berlawan dengan Kerajaan Guan Eng. Depa lagi hebat bab marketing.

Kita minta lah blogger UMNO tak payah lah main isu kecik macam kereta ni. Tak matang sangat nampaknya.

Jangan bezakan MB KEDAH dengan Ali Rustum, Mat Said Gangster Ganu, dan Mamak Bendahara Zambry di Perak. Sama sahaja. Awat, depa semua pakai kereta bodoh ka? Zambry bawak kereta kancil ka?

Kalau ada bajet lebih, apa salahnya MB Kedah pakai kereta besaq.

Perbualan ringkas ana dengan YB Saari Sungib di Hulu Kelang kelmarin memang seronok. YB Saari pernah masuk ISA. Pernah bergelumang dengan kepayahan ISA. Pernah diletakkan dekat dengan sel Ezam Md Nor dan Lokman Noor Adam. Memang pejuang sejati. Memang seorang yang celup ikut mana pun akan bersama dengan perjuangan Islam. Ana memang dah lama minat dengan YB Saari. Pada ana, beliau adalah contoh pemimpin lapis baru yang boleh diketengahkan oleh PAS.

YB Saari memaklumkan kepada ana – dia sendiri tidak sangka Najib Rosmah berani untuk memansuhkan ISA. Macam ada yang tak kena kata YB Saari. Macam ada wahyu yang meminta Najib memansuhkan ISA. Tapi ini bukan wahyu Tuhan. Wahyu yang tak tahu turun daripada mana.

YB Saari mengatakan bagaimana ISA sebenarnya akan terus digunapakai dalam memastikan pembangkang tidak akan bernyawa. YB Saari tak percaya bahawa dua undang-undang yang akan digubal akan menjadi kurang kejam berbanding ISA.

Ana setuju dengan YB Saari. Memang keberanian Mat Jib Rosmah ini memberikan masalah kepada kita. Apa tidaknya, kalau Jib Rosmah berani tukar dengan seluruhnya, apa modal lagi kita nak lawan dengan kerajaan. ISA ini adalah senjata kita. Sekarang sudah dijadikan senjata dia orang. Hampeh punya Jib.

Bayangkan, tak lama lagi PAS dan PKR akan lancar Free Anwar Campaign. Kaedah kita memang semaksimum mungkin. Kita akan lanyak Najib, Muhyiddin, Rosmah, Hisham, Hakim, (Agong) kalau perlu. Kita akan lanyak sehabis mungkin. Tak ada simpan punya. Kalau tak pakai ISA – apa undang-undang dia nak pakai? Pelik…tetapi itulah yang akan berlaku.

Takkanlah Jib nak risikokan kerajaan mereka dengan korbankan ISA? Pelik?

Laman Berikutnya »