Disember 2013


http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/24554-islam-benarkan-rakyat-tegur-kerajaan-tg-nik-aziz

Apa sahaja cara kita buat untuk menyedarkan kerajaan tentang kesusahan hidup rakyat Islam tidak menghalangnya.

“Boleh dibuat, hendak berhimpun ke.. hendak berdoa ke.. atau naik sepanduk pun boleh. Negara demokrasi Islam membenarkan rakyat tegur kerajaan,” kata  Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS berkata, Islam memberi peluang kepada rakyat untuk beritahu kesusahan mereka kepada kerajaan.

“Waktu Saiyidina Abu Bakar jadi Khalifah beliau menyebut kalau aku betul tolong bantu aku, kalau aku salah tolong betulkan aku.

“Kemudian bangun seorang sahabat, dia kata kalau kamu salah aku akan betul dengan mata pedang,” katanya ketika ditemui di pejabat Institut Pemikiran Tok  Guru di sini, hari ini.

Beberapa NGO termasuk Gerakan Turun Kos  Sara Hidup (Turun) menganjurkan perhimpunan aman pada malam 31 Disember  ini bagi mendesak kerajaan menurunkan kos hidup rakyat.

Selepas  pilihan raya umum lalu kerajaan BN menaikkan harga petrol 20 sen  seliter, dan awal tahun hadapan pula kenaikan tarif elektrik 4.99 sen  satu kilowatt.

Selain itu kenaikan tambang LRT, monorel dan kadar tol di 15 lebuh raya.

Bagaimanapun kerajaan BN melalui media dikuasainya melabelkan perhimpunan aman  tersebut sebagai agenda bagi menggulingkan kerajaan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, beliau menyokong perjuangan anak-anak muda yang bersusah payah membawa isu rakyat.

=======================

Ana setuju benar dengan saranan Tok Guru. Ana cuma harap puak UMNO di Kelantan tidak guna alasan sama untuk berdemo menentang kerajaan kita.

Tok Guru kena tahu, kerajaan Kelantan kita pun tidak sekuat mana lo ni. Banyok masa’aloh. Mace-mace lah.

Hok MB dok macam MB. Hok TMB macam lebih dari MB. Hok Exco do tahu buak kerjo. Mace-mace lah.

Kala Tok Pa panda gak….dia buak demo menente kerajaan Pas kelantam. Nayo puok kita bohh.

Advertisements

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/24504-k-jaan-gadai-pinjaman-perumahan-kakitangan-awam

Tindakan menggadai pinjaman perumahan kakitangan kerajaan melalui pensekuritian dikhuatiri bakal menjerumuskan negara ke dalam krisis kewangan subprima seperti yang melanda Amerika Syarikat pada tahun 2007 dan 2008, kata Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli.

Menurut beliau,  pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan ini dimulakan pada  2004 oleh Cagamas iaitu syarikat pinjaman perumahan negara.

“Pensekuritian melibatkan kerajaan menjual portfolio pinjaman perumahan kakitangan kerajaan kepada pelabur melalui penerbitan bon.

“Ini bermakna kakitangan kerajaan secara tidak langsung berhutang dengan pelabur-pelabur yang membeli bon yang diterbitkan melalui kaedah pensekuritian ini,” jelas beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Rafizi menambah, walaupun amalan ini telah dimulakan sejak 2004, pensekuritian pinjaman perumahan menjadi salah satu punca krisis kewangan subprima yang melanda Amerika Syarikat dalam tahun 2007 dan 2008.

Cerodik Buah Pelior

Itu ayat yang diberi oleh seorang Ahli Pas Perak yang berborak dengan ana malam tadi di Vanggey. Sebagai bekas banker, kawan kita ini kata, tahap pemikiran Rafizi ini macam budak yang baru akil baligh. Asal nampak pompuan seksi sikit, stim. Asal nampak terselak sikit, stim. Keluar air mazi.

Kata dia, Rafizi ini sudah macam budak gila. Segala benda dikatakan salah. Kalau kita ikut, jawabnya dengan kita-kita jadi orang cerodik buah pelior.

Tak semua penjualan hutang, dalam bahasa mudah yang tidak boleh pakai. Banker ini kata, ada kalanya perlu dibuat. Anwar buat juga waktu dia di kementerian kewangan dulu. Lagi teruk katanya.

Ana bab ekonomi tak la pandai sangat. Pada ana, tak payahlah kita dalam Pas, termasuk Harakah nak mengikut gila si Rafizi ni. Buang masa.

Baik kita cakap isu harga naik. Mudah.

Nak bercerita kisah subprime dengan Pak Man Kampung Tersusun Tambun, jawabnya memang kena maki tegak-tegak. Bodoh punya Rafizi.

Ibdil Babi2
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin percaya bahawa tindakan umat Islam mengikuti sambutan Krismas – seperti yang pernah disertainya sebelum ini – tidak akan menjejaskan akidah penganut agama tersebut.

Menteri belia dan sukan itu dalam ucapan hari Krismasnya menceritakan pengalaman beliau bersekolah di sekolah rendah Katolik di Jepun yang diuruskan mubaligh Katolik dari Kanada.

“Kami semua menyanyi dalam koir. Bila tiba Krismas, mereka yang bukan Kristian turut menyanyi lagu yang tidak berunsur keagamaan. Saya fikir beberapa kawan juga menyanyi lagu keagamaan tapi mendiamkan diri dalam ayat tertentu.

“Saya pergi ke rumah kawan untuk (merayakan) Krismas. Saya diberi hadiah. Ibubapa saya juga bersedia, jadi saya bawa hadiah bersama untuk diberi kepada tuan rumah.

“Semua ini tidak menjejaskan kepercayaan saya… tiada apa di sekolah Katolik saya yang boleh mencabar dan menurunkan iman saya!,” kata beliau.

Tambah Khairy, terdapat banyak tanda salib diletakkan di setiap bilik darjah malahan gurunya, Brother Raymond menggantung tanda salib yang besar di leher.

Keyakinan agama

Khairy berkata sekolahnya akan bermula dengan bacaan doa dan mereka yang tidak beragama Kristian seperti beliau akan menunduk hormat serta membaca Al-Fatihah.

“Saya menceritakan dengan ringkas pengalaman ini untuk tunjukkan betapa kita boleh mempunyai keyakinan terhadap kepercayaan sendiri. Jika kepercayaan anda kuat, tiada apa yang boleh buat anda kehilangan agama,” kata beliau.

============================

Anda tidak perlu hairan dengan fatwa baru Al Sheikh Khairy Jamaluddin al-Rembaui al-Most Wantedi ini. Memang inilah sikap baru Pemuda UMNO Malaysia. Pergi jahanam lah dengan fatwa JAKIM yang lembab dan tidak populis. Bosan ah.

Al Sheikh Khairy Jamaluddin al-Rembaui al-Most Wantedi mahu umat Islam jangan takut dengan Salib. Bawak bertenang. Kalau Ustaz Rani boleh selamba bercakap depan Salib, apa salahnya kalau Khairy nyanyi lagu koir?

Kita dalam PAS pun tak boleh nak marah dengan fatwa Al Sheikh kita ini. Pandangannya memang mantap.

Sekurang-kurangnya, sebagai seorang peminum tegar, Sheikh kita ini tidak berselindung dengan fahamannya. Ini baru #lifestyle bak kata Pemuda UMNO.

Kita semua kenal KJ. Dia memang ikon. Dengan pendirian yang sekular liberalis free thinker seperti ini, undi UMNO akan menjadi mantap dalam pRU akan datang.

Kita pun kena lebih kerap pergi gereja. Kalau boleh, kita buat tazkirah dan usrah dalam gereja. Barulah boleh lawan puak #lifestyle Pemuda UMNO ini.

Kumpul punya kumpul duit, ana dan isteri kedua akhirnya menjejakkan kaki di bumi Istanbul. Syukur. Boleh tahan juga duit buat blog ini. Ditambah dengan pemberian last minutes seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan, dapatlah bermewah sedikit.
Ana memang tak pernah berbulan madu dengan isteri kedua ini. Bukan ana tak sayang. Tak sempat. Tugas beliau di Jabatan Imigresen pun banyak. Ana kali ini, beri tumpuan kepada dia. Dia pun nakkan baby. Ini yang kami ke Istanbul ni. Projek Istanbul.
Rupa-rupanya, ramai orang gomen yang ada di Istanbul. Ana terjumpa dengan TPM/Isteri/Anak beliau di jalanan. Ana bersalam. Muka tak mahu senyum. Di Istanbul pun tak mahu senyum. Apa punya TPM.
Sewaktu minum petang, ana berbual dengan beberapa orang tali barut TPM di sebuah kafe. Rupa-rupanya mereka sedang risau, kerana boss mereka sedang berfikir untuk meletakkan jawatan dalam masa terdekat ini.

Bila ana makklum bahawa isteri ana kerja Jabatan Imigresen, mereka selesa dengan ana. Mereka anggap ana orang gomen juga. Baguslah dalam hati ana. Boleh tahu apa yang mereka bincang.

Ana hanya mengangguk. Dengan soalan, ‘kenapa nak letak jawatan? Tak mahu tunggu jadi PM? Najib bukan kuat?’
Mereka semua tersentak. Sebab baru kenal, tapi ana berani beri statement begitu.
Mereka kata, boss mereka sudah tidak ada idea untuk memimpin. Lemah. Apa yang berlaku di Kementerian Pelajaran, membuatkan boss mereka nampak bodoh dan bengap.
Mereka cuma berkata, boss mereka hanya akan terus pegang jawatan jika orang tertentu memberikan komitmen untuk membantu. Beberapa nama yang mahu dibawa masuk dan menyumbang di Pejabat TPM/Menteri Pelajaran adalah MB Perak dan Ahli Parlimen Kulim.

Habis tu, MB kena letak jawatan ke?

Ana diam sahaja. Kakitangan TPM nampaknya sedang bersungguh menyusun pelan menyamun duit di peringkat paling tinggi.
Patutlah tak ada orang fikir pasal PISA/TIMMS. Mereka tengah seronok bincang strategi di Istanbul.
Bila ana nak keluar, terserempak pula dengan MB Perak. Laaa….ada juga si metalik ni.

Tuduhan dilemparkan Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar (gambar)  kononnya  Kelantan mundur 40 tahun membuktikan beliau tidak pernah menjejakkan kaki serta mengenali negeri itu secara dekat.

Jelas Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd Hatta Ramli kepada Harakahdaily, kenyataan Kamaruddin itu turut menunjukkan beliau tidak mendapat maklumat serta statistik yang lengkap mengenai kejayaan Kelantan berbanding negeri-negeri lain.

Menurutnya lagi, Kamaruddin perlu melawat Sabah dan Sarawak terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan yang tidak berasas.

“Saya tidak tahu dari mana beliau mendapat maklumat tersebut dan bagi saya kenyataan sedemikain menunjukkan beliau tidak pernah menjejak kaki ke Kelantan atau mengenali negeri itu.

“Nasihat saya cuba melawat Sabah dan Sarawak, lihat negeri yang berada di bawah  BN dari segi kemajuan lepas itu baru boleh bandingkan dengan Kelantan.

“Baru kita tahu negeri mana yang lebih mundur, jangan menuduh tanpa bukti serta fakta yang kukuh,” jelasnya.

Pada ana, jangan kita emosional bila kena balun begitu. Tenang dan cuba tangani secara berhemah.

Ana orang Pas, dan ana boleh setuju bahawa Kelantan mundur. Tapi bukanlah 40 tahun. 20 tahun mungkin ada.

Kita ini selalu sangat nak guna alasan Sabah dan Sarawak. Itu mereka punya hal lah. Kita ini, apa nak jadi? Sekolah buruk, jalan teruk, kekotoran tak usah nak cakap,pembangunan ala kadar. Itu pun masih nak pertahan?

Pada ana, kita patut terima pandangan kamaruddin kachar. Jangan emosi. Perbaiki negeri kita. Jangan nama sahaja Islam, tapi pembangunan entah ke mana. Malahan, kalau banding dengan Kerteh pun, rasanya Kota Bharu jauh kalah dan kebelakang.

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini selesai melantik semua pengerusi lajnah.

Timbalan pengerusi dan setiausaha juga dilantik, namun ada beberapa lajnah yang belum dibuat pelantikan itu.

Sebanyak 17 pengerusi lajnah termasuk satu lajnah baru iaitu Lajnah Dakwah dan enam pengerusi lembaga dilantik hari ini.
Berikut merupakan senarai pengerusi, timbalan pengerusi dan setiausaha lajnah bagi sesi 2013-2015:
1. Lajnah Politik dan Pilihan Raya
Pengerusi : Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Timbalan  : Mohamad Sabu Setiausaha: Datuk Mustafa Ali
2. Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan
Pengerusi           : Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Timbalan Pengerusi 1: Idris Ahmad Timbalan Pengerusi 2:Datuk Abu Bakar Chik Pengarah Jabatan Tarbiyah: Idris Ahmad
3. Lajanah Dakwah
Pengerusi            : Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Pengerusi 1 : Nasrudin Hassan Timbalan Penegrusi 2 : Nuridah Salleh
4. Lajnah Penerangan dan Hubungan Media
Pengerusi : Datuk Mahfuz Omar Timbalan  : Tan Sri Mohamad Taib Setiausaha: Misbahul Munir
5. Lajnah Pengembangan Ekonomi dan Pembangunan Usahawan
Pengerusi         : Husam Musa
6. Lajnah Pendidikan
Pengerusi            :Datuk Abu Bakar Chik Timbalan Pengerusi 1 :Datuk Datuk Ahmad Amar Abdullah Timbalan Pengerusi 2 :Datuk Mahfodz Mohamed
7. Lajnah Hubungan Antarabangsa
Pengerusi            : Dr Syed Azman syed Ahmad Nawawi Timbalan Pengerusi 1 : Datuk Kamarudin Jaffar Timbalan Pengerusi 2 : Nik Zawawi Salleh
8. Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan
Pengerusi          : Dr Siti Mariah Mahmud Timbalan Pengerusi : Dr Riduan Mohd Nor
9. Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia
Pengerusi          : Hanipa Maidin Timbalan Penegrusi : Abang Ahmad Kerdee
10. Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Pengerusi          : Datuk Seri ir Nizar Jamaludin Timbalan Pengerusi : Abdul Ghani Shamsuddin Pengarah Jabatan IT Pusat : Shuhaimi Embong
11. Lajnah Perpaduan Nasional
Pengerusi          : Datuk Dr Mujahid Yusof Timbalan Pengerusi : Nik Abduh Nik Abdul Aziz
12. Lajnah Kebudayaan dan Kesenian
Pengerusi          : Dr Muhaimin Sulam
13. Lajnah Hal Ehwal Parlimen
Pengerusi          : Datuk Mahfuz Omar Timbalan Pengerusi : Khalid Abdul Samad
14. Lajnah Pekerja dan Pengguna
Pengerusi          : Anuar Tahir
15. Lajnah Asas Tani
Pengerusi          : Datuk Ir Amirudin Hamzah
16. Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal
Pengerusi            : Mazlan Aliman Timbalan Pengerusi 1 : Mohamad Hussain (Sabah dan Sarawak) Timbalan Pengerusi 2 :
17. Lajnah Alam Sekitar
Pengerusi         : Zulkefli Mohamad Omar
Lain-lain:
1. Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana
Pengerusi            : Salahuddin Ayub Timbalan Pengerusi 1 : Hussin Ismail Timbalan Pengerusi 2 : Mohd Arifin
2. Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi NGO
Pengerusi          : Mohamad Sabu
3. Lembaga Pemerkasaan Parti

Pengerusi : Mohamad Sabu
4. Lembaga Pembinaan Kompleks
Pengerusi            : Salahuddin Ayub
5. Lembaga Pengarah Harakah
Pengerusi            : Datuk Mustafa Ali Pengarah Urusan : Dr Rosli Yaakop
6. Lembaga Penasihat DHPP
Pengerusi          : Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Ana harap Lajnah Pas tak jadi macam Biro MT UMNO yang hanya aktif dua hari sebelum Perhimpunan Agung. Kena kerja kuat kalau nak menang PRU.
Ana puji tindakan mengambil Tan Sri Muhammad Haji Muhammad Taib sebagai Timbalan Pengerusi Lajnah Media. Cantik. Macam ini baru ada strategi.
Ana juga nak cadang, Tan Sri Muhammad Haji Muhammad Taib dilantik sebagai Penasihat MB Selangor. Tan Sri Mike Tyson tahu segala lubang najis, lubang duit, lobok emas yang ada di Selangor. Elok kalau pengetahuan itu dikongsi dengan MB Selangor.
Pada ana, berbanding Anwar, elok Muhammad Taib dilantik sebagai sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Baru mantap sheikh.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri,  Datuk Abdul Rahim Mohamad  Radzi mengesahkan “orang nombor dua PAS” yang didedahkan oleh Menteri  Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengikut fahaman  Syiah adalah Timbalan Presiden parti Islam itu, Mohamad Sabu.
Dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini, Abdul Rahim berkata  kenyataan itu adalah berdasarkan 10 fakta dan maklumat yang dikumpul  oleh KDN termasuk keterangan daripada Mohamad sendiri.
Antaranya beliau pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeni melalui tulisannya bertajuk ”  Teladan Pemerintahan Nabi Yusof, Khomeni” dalam ruangan Fikrah yang  terbit dalam akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008.
“Berdasarkan temuramah yang dilakukan Ustaz Zamihan Mat Zain, pegawai  KDN bersama Dr Abdul Aziz Hanafi menjelaskan bahawa Mat Sabu pernah  melafazkan selawat sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada satu  sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau Perlis pada tahun 2005,” kata  Abdul Rahim.
Selain itu Mat Sabu juga menyatakan kekaguman  dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin Revolusi Iran 1979, Imam  Ruhollah Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau dalam  ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Julai 2011.
Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan  iaitu Sayyid Hassan Nasrallah dan mengaku beliau dan isteri kerap  bertemu dengan pemimpin berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali.
Berdasarkan maklumat, beliau juga didapati membuat lawatan ke sebuah  masjid Syiah di Kampung Aluar Wilayah Satun Selatan Thailand serta  melakukan kunjungan ke atas pemimpin Syiah di sana pada tahun 2011.
Mat Sabu turut didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian yang  dikendalikan ustaz fahaman Syiah pada 2011 di Bukit Merah, Semanggol,  Perak.
Selain itu terdapat saksi seorang Tok guru yang melihat  Mat Sabu sendiri menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil  leper di tempat sujudnya, yang merupakan amalan sinonim dengan golongan  Syiah sekaligus membuktikan Mat Sabu merupakan salah seorang penganut  Syiah.
Dalam pada itu, Datuk Abdul Rahim menegaskan KDN  termasuk agensi lain seperti JAKIM dan Jabatan Agama Islam negeri akan  terus memantau dan peka dengan ancaman kegiatan serta fahaman Syiah dan  akan bekerjasama membendung pengaruh fahaman serta gerakan itu di  kalangan rakyat Malaysia.
Kenyataan terbabit dibaca oleh Abdul Rahim yang kemudiannya tidak menerima sebarang pertanyaan daripada wartawan.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kdn-dedah-10-bukti-kaitkan-mat-sabu-dengan-syiah-26874?cp

http://www.astroawani.com/news/show/kdn-dedah-10-bukti-kaitkan-mat-sabu-dengan-syiah-26874
Bodoh sungguh bukti yang disiapkan oleh KDN ini. Tidak sangka KDN akan turun ke tahap kebodohan yang setaraf dengan lembu Kak Ijat.
Sebelum Zahid sibuk nak tuduh Mat Sabu syiah, dia boleh ke nafikan kakitangannya sendiri GAY?

Laman Berikutnya »