Jun 2010


Salam. Maaflah sebab memulakan bicara dengan buat kenyataan seperti itu. Nak tergelak pun ada, apabila terdapat kalangan ulama’ belum akil baligh yang membuat keputusan untuk bersama dengan parti pemerintah. Bukannya mudah, nak cuci ‘tong taik’ kata seorang kawan daripada Melewar. Ana senyum sahaja. Tak menyampuk pun. Biarkan sahaja kalangan ahli jemaah PAS sendiri membuat ‘tafsiran’ mengenai kemasukan beramai-ramai ulama’ masyuk UMNO membuat pelbagai kenyataan. Lagi yang buat ana tergelak, bila tengok mantan MB Perlis membuat kenyataan yang menganggap mereka yang masuk UMNO – sebagai puak-puak wahabi. Ketua Ulama’ jadi malu. Betulkan kenyataan Sahidan bahawa mereka bukan Wahabi. Shahidan pun tarik balik.
Drama kemasukan ‘Ular Dalam Semak’ (Ulama’ UMNO) ini memang menyeronokkan. Banyak cerita. Ada yang dikatakan sebagai pengganas pun nak ditarik masuk oleh UMNO. Musykil? Jangan! UMNO dalam kebodohannya akan menerima sesiapa sahaja. Ular dalam semak; kalau masuk secara perlahan; ataupun masuk secara berkompang pun akan jadi ‘bahaya’. Shahidan memang dah lama menjadi peminat Wahabi. Walaupun menyamakan Wahabi sebagai ‘binatang’. Binatang apa wahabi tu? Tanya Shahidan dalam wawancara dengan Malaysiakini. Tengok sendiri. Ana bukan buat cerita.
PAS tak hairan dengan kemasukan ulama’ belum akil baligh ini. Mereka budak baru. Belum tahu sepak terajang politik dalam UMNO. Belum tahu dengan lagak dan gila babinya sesetengah Ketua Bahagian. Belum masak dengan ‘kekotoran’ dan najis yang meresap dalam parti itu. Paling tidakpun, kerja dan tugas hakiki mereka adalah membaca doa di dalam majlis politik. Sembahyang orang mati. Jadi imam kursus motivasi. Jadi bilal kursus pilihanraya. Setakat itu sahaja.
Mungkin ada yang ingatkan ana, dalam UMNO ada ulama’ yang jadi Menteri. Hamid Othman. Abdullah Zain. Sekarang ni Jamil Khir. Semua tahap ulama’. Tapi pemikiran mereka kena kongkong dengan isme’ UMNO. Semua tak boleh nak buat apa. Sudahnya, dalam kes judi – pun mereka kena senyap-senyap sokong. Tak menitik ke air mata Jamil Khir bila memikirkan betapa dia dipaksa menyokong lesen judi. Ulama’ apa itu? Ular dalam semak!
Dalam PAS, ulama’ bukan setakat masuk dan bacakan doa. Ada ulama’ kita yang menjadi pentadbir politik yang berkesan. TG NA, TG HH, Ustaz Nasha – semuanya kalangan mereka yang boleh mentadbir politik dengan baik. Kita mintalah kalangan 40 orang ulama’ muda – yang sebahagianya ‘dikencing’ untuk hadir ke majlis bertemu najib; terangkan mengenai landasan keIslaman UMNO. Terangkan. Kita nak tahu. Terangkan juga kelemahan PAS. Beritahu kita kenapa PAS bukan jadi pilihan mereka? Kita pun nak tahu juga pemikiran ulama’ PHD ni. Kita belum ada PHD. Belum sampai tahap agamawan.
Kita jadi pelik, PAS yang ada Majlis Syura; PAS yang sememangnya menyantuni kelompok ulama’ boleh ditolak oleh puak-puak ini. Betullah, mereka hanya CARI MAKAN. Mereka orang Kerajaan; tetapi janganlah sampai menggadai maruah sampai begitu sekali. Malu seisi keluarga. Orang kata, ulama’ boleh dibeli macam bahan mentah. Rosak agama.
Kita mintalah mereka jangan lupa bawak sabun pencuci jenama terbaik; dalam ‘mewangikan’ perjuangan parti pemerintah yang busuk dan penuh langau. Banyak yang nak kena cuci. Dalam PAS, kita dah siap dengan sebuah bahtera politik bersih; tapi mereka nak pilih – kenderaan buruk dan reput; kita nak buat macamana. Kita boleh persoal ‘rasional’ puak ada PHD ini dalam menilai corak pemikiran. Senang sahaja jawapannya; dia tengok ayah dia jadi MUFTI senang kerja. Pergi ofis. Sembahyang. Tengok surat khabar. Rasmi program. Balik. Mudah. Tak payah fikir pasal maslahah. Tak payah fikir pasal perjuangan. Ini, pemikiran Islam jenis apa? Jenis maggi mee. Mudah dan segera?
Kita ucap selamat berkampung di dalam parti yang busuk dan kusut. Biarlah mereka ambil jalan sendiri – tetapi sentiasa hati-hati; kerana dalam ‘semak’ UMNO; bukan setakat ada ular; ada buaya; ada naga; ada jerangkap samar. Ustaz dan ulama’ muda yang dah buat keputusan – kita ucap tahniah.
* untung sabut timbul; untung batu tenggelam; untung ulama’….DAPAT JADI MUFTI!
Advertisements
Menurut Harakahdaily sekejap tadi:
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 27 Jun: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan keputusan kerajaan membantah judi sebagai keputusan Jemaah Menteri, bukan keputusan melibatkan Majlis Tertinggi Umno semata-mata.
Pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, GMJ bersyukur dan menyambut baik keputusan berkenaan namun ianya mesti diumumkan secara jelas kepada rakyat bahawa ianya merupakan keputusan kerajaan Barisan Nasional.
“Kita menerima keputusan ini dengan menyatakan bahawa ia tetap perlu dilontarkan atau diumumkan daripada keputusan jemaah menteri, bukan daripada keputusan satu parti politik (Barisan Nasional) sahaja” katanya pada sidang media di Rumah Pena, di ibu negara hari ini.
Azmi juga menegaskan, GMJ tidak akan dimansuhkan begitu sahaja walaupun kerajaan menarik balik pemberian lesen judi, sebaliknya akan meneruskan kempen membantah judi secara berpanjangan.
Pertamanya, kita kena perhati ‘asbab’ kenapa kita nak adakan demonstrasi jalanan ini. Apa yang kita nak, dah pun dibatalkan oleh kerajaan. Apa yang kita nak sampaikan, dah pun diterima baik. Tan Sri Vincent ‘Judi’ Tan pun tentunya dah kecewa kerana niat ekonominya dah terbantut. Tak dapat tidak, ini adalah kemenangan kita kerana berjaya membulatkan tekad untuk menentang kerajaan dalam kes judi. Kita patut rasa gembira kerana kaedah kita sudahpun mampu membantutkan perkara musibah ini.
Tapi kalau nak teruskan juga himpunan ana takut rakyat luar sana jadi marah. Mahunya tidak, kita dah kata bantah. Kerajaan dah ikut. Nak demo lagi buat apa? Cukuplah tu. Kecuali kalau kita nak raikan kemenangan rakyat sebab bantahan kita didengar; kalau itu ana sokong sangatlah. Tapi kena jelaskan ‘asbab’ ini dengan betul. Ana tak mahu ada yang kelentong sebab nak berhimpun atas alasan lain.
Ana cakap begini kerana ada aktivis PKR Ampang Jaya yang pesan pada ana, untuk datang himpunan sebagai sokongan kepada Ketua Umum PKR. Ana langsung pening kepala. Apahal pulak? Kenapa pula nak sokong PKR? Ana pun pening? Mana satu betul ni? Nak banteras judi atau benda lain? Janganlah main-mainkan kita untuk benda yang kita tak berapa suka nak demo.
Kita kena jelas dengan sebab kita nak berdemo. Demo ini memerlukan susunan jentera yang baik. Ana takut jadi macam demo kutu Rembau yang tak berapa nak menjadi di Masjid Negara. Langsung 50 orang sahaja yang ada. Kalau nak demo, kita buat betul-betul.
Ana tak kisah telan air sabun pun. Rindu pun ada telan air sabun. Tak kisah kena sedas dua peluru getah. Pun sedap juga. Dah lama ana tak main tembak-tembak. Tapi biarlah atas asbab dan alasan yang jelas. Kalau setakat main demo sahaja; ana tak gemar. Apatah lagi kalau ada yang cadangkan demo ini untuk ‘orang tertentu’. Ana tak suka. Kita demo sebab isu. Sebab dasar. Bukan pasal kes mahkamah. Itu pandai sendirilah.,..
Pimpinan kena bagi ‘terang’. On ke tidak…? Kalau on, ana nak susun dengan ahli jemaah. Kalau on, atas sebab apa? Dan siapa penganjur utama? Kena perjelas. Kita tak nak pulak, indvidu sama yang ‘taja’ demo ini; pun buat benda sama untuk orang lain…dah tak ada kerja ker?
Kadang-kadang naik hairan bin ajaib dengan ‘briefing’ pihak kerajaan ni. Senang sahaja nak letak semua orang sebagai pengganas. Ikut peraturan mana. Apa yang dia nilai. Sebab minat dengan Wahabi; terus jadi JI. Bagaimana dengan ajaran Syiah? Tak pula dikatakan sebagai pengganas. Takkan semua kita orang PAS ini pengganas. Yang ulama’ pangkat tinggi; dengan PhD bersusun pun mahu dilonggok sebagai pengganas. Janganlah mudah sangat buat kesimpulan. Mudah lah kalau macam itu. Nampak orang berkopiah dan berjanggut sikit; semua dianggap sebagai pengganas. Mana boleh macam itu…
Dalam PAS, pun ada ‘gerakan’ Syiah ini. Syiah di Malaysia merupakan satu kelompok pecahan dari umat Islam yang merangkumi lebih kurang 10% dari seluruh umat Islam di dunia1.  Golongan Syiah ini berpecah kepada beberapa kumpulan. Tetapi di dalam buku penjelasan ini hanya disebut tiga (3) kumpulan yang terbesar iaitu:
Syiah Imam Dua Belas (ja’fariyah)
Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi hampir 60% daripada penduduk Iraq. Golongan ini juga menjadi kumpulan minoriti di beberapa buah negara seperti Pakistan, Afghanistan, Lebanon dan Syria.
Syiah Zaidiyah – Kumpulan yang dikenali dengan nama Syiah Imam Lima ini berkembang di Yaman dan hampir 40% daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut Syiah Zaidiyah*.
Syiah Ismailiyah – Kumpulan ini mempunyai Imam Tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta orang. Kumpulan ini sekarang berpusat di India dan bertaburan di sekitar Asia Tengah, Iran, Syria dan Timur Afrika1.

Di Malaysia terdapat tiga (3) kumpulan Syiah yang berkembang semenjak beberapa tahun yang Ialu iaitu:

i. Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra)

Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia ia dikenali dengan golongan yang memiliki Kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Kelang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200 hingga 400 orang (tahun 1996).


(1 Fakta ini dipetik dari buku “The Concise Encylopedia of Islam” oleh Cyril Glasse th.1989 hal. 364-365. Mengikut statistik Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Syiah di negeri Iraq ialah 49%.)

ii. Syiah Ismailiah Agha Khan.

Kumpulan yang dikenali dengan nama Kedai Peerbhai ini bergerak di sekitar Lembah Kelang. Jumlah pengikut tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari kelompok Bohra.

iii. Syiah Ja’fariyah @ Imamiah Ithna Assyariyyah (Imam Dua Belas)

a) Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.

b) Fahaman Syiah ini bertambah meruncing apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman Syiah Ja’fariyah secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi.

c) Beberapa buah kitab utama Syiah telah dijadikan bahan rujukan dan sebahagiannya telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, antaranya:

i) Kasyf al-Asrar
Oleh: Ayatullah al-Khomeini

ii) AI-Hukumah al-Islamiah
Oleh: Ayatullah al-Khomeini

iii) Al-Sabah Min al-Salaf
Oleh: Ayatullah al Murtadza az- Zubaidi

iv) AI- Usul Min al-Kaft
Oleh: al-Sheikh Muhammad bin Yaacob al-Kulaini (thn. 1338H)

v) Tahrir al- Wasilah
Oleh: Ayatullah al-Khomeini

vi) Al-Murajaat
Oleh: al-Sheikh Abdul Husin Syarafuddin al-Musawi

vii) Peshawar Nights
Oleh: al-Sayyid Muhammad Rais al-Wahidin

viii) Mafatih al-jittan
Oleh: Sheikh Abbas al-Qummi

ix) Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan ljtihad)
Oleh: al-Hasan bin Yusuf al- Mutahhar al-Hulliyy, diterjemahkan oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993)

x) Mengapa Aku Memilih Ahlul Bait a.s?
Oleh: Syeikh Muhammad Mar’i al-Amin al-Antaki – diterjemah oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993)

xi) Al-Sahabah
Oleh: Haidar

xii) Ahlu al-Bait
Oleh: Dr. Mahfuz Mohamed
Yang hairan, tak pernah la pulak kerajaan nak siasat. Kita pun takut dengan kumpulan ini. Sembahyang letak batu. Cara mengucap pun lain. Tapi dah mula menunjukkan ‘kekuatan’ di dalam parti kita. Masalahnya, nak buang semua; makin sikit la penyokong kita. Nak buat macamana? Ini dia nak kait kita dengan JI pulak. Memang tak senonoh betul. Nak kaji, kajilah betul-betul. Jangan serkap jarang ikut suka hati. Melingkup lah jawabnya.
Tak semua orang PAS suka wahabi. Tak semua. Macam tak semua yang boleh terbeli dengan ajaran Syiah ini. Kita ikut pemimpin. Tapi, setakat ini tak ada pula pemimpin PAS yang menggalakkan kami jadi pengganas. Tak ada. Jemaah PAS orang baik-baik. Yang tukang lapor tu sahaja mempunyai niat yang terpesong.
Ana susah nak jawab pertanyaan ikhlas kawan-kawan mengenai pentadbiran kita di Kelantan. Nampaknya masih banyak isu yang masih belum selesai. Masih banyak perkara yang masih belum lunas. Tapi, ada rakan-rakan yang mengatakan – akan bertambah masalah di Kelantan; jika kita menambah lebih banyak jawatan kepada kawan-kawan.
Mereka risau, kerana sudahlah isu ‘pengganti’ belum selesai di Kelantan. Siapa selepas ini? Siapa yang lebih molek? Siapa yang lebih bersih? Siapa yang lebih berpengaruh? Siapa yang lebih alim? Siapa yang lebih ‘tok guru’ berbanding yang lainnya; pelantikan Timbalan EXCO ini akan hanya menyusahkan keadaan. Ini pandangan. Orang kita sendiri janganlah jadi mereka yang tak boleh terima pandangan. Pantang kritik parti sendiri – jadi macam perempuan bersalin ada sakit meroyan. Hilang akal. Seolah-olahnya, parti kita ini macam maksum seluruhnya. Tak boleh nak kritik. Zaman pentadbiran Rasulullah SAW pun tak jadi sekronik ini.
Jangan begitu, sebagai ahli – kita dibenarkan beri pandangan. Samada pandangan kita betul atau tidak; itu soal lain. Kita mesti perbaiki keadaan – perbetulkan pemimpin kalau kita rasa ada benda yang boleh dibetulkan.
Kawan-kawan tanyakan kepada ana, apakah ini kemahuan dan kehendak Tok Guru Nik Aziz sendiri. Ana tak dapat jawab. Sebab berbanding Setiausaha Politik lama, ana tak kenal sangat dengan SUPOL baru MB Kelantan. Hok lama ana kenal baik. Senang didekati. Mudoh nak bawa berbincang. Hok baru – belum acu try lagi. Rasa dok berani pun ada. Dok berani dan dok berahi.
Biasanya, pelantikan ‘shadow’ (kecek orang putih) kepada anggota pentadbiran hanya dilakukan di dalam parti. Bukan dalam kerajaan. Kalau dalam parti; rakan-rakan Timbalan EXCO akan dibenarkan menjadi pemerhati kepada kaedah mana EXCO yang ada jaga pentadbiran. Kalau tak elok – tegur. Kalau tak molek – permolek. Tapi ini di dalam parti sahaja. Mesyuarat peringkat Negeri boleh dijadikan tempat memberi maklum balas. Kalau tak mahu malukan exco; cakap secara one to one. Sulit. Lebih efektif. Tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan.
Tapi yang dibuat di Kelantan; ada special sikit. Angkat sumpah. Macam ada elaun sahaja? Untuk apa? Jaga kawan-kawan kita supaya tidak melompat? Bukankah semua sudah ada bai’ah. Kalau lompat; cerai isteri talak tiga. Apa perlunya lagi lantikan ini? Ini pertanyaan kawan-kawan. Ana bawakan sahaja.
Laporan Harakahdaily menyebut:-
Kerajaan Kelantan hari ini secara rasmi melantik 13 orang timbalan Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri bagi membantu exco melaksanakan tugasan.

Majlis Angkat Sumpah jawatan siang tadi dilakukan di hadapan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang diadakan di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di sini.

Mereka yang dilantik, Adun Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awan, Pembangunan Tanah dan Wilayah.

Untuk Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, dua timbalan exco dilantik iaitu Adun Demit, Muhammad Mustapha dan Adun Gual Periok, Muhammad Awang.

Bagi portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, dua timbalan dilantik iaitu Adun Kadok, Azami Mohd Nor dan Adun Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun.

Sementara itu Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat.

Adun Ayer Lanas, Ustaz Abdullah Yaacob dan Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamad pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri.

Sementara itu, Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustapha pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawtankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, manakala Adun Mengkebang Abdul Latif Abdul Rahman pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, sukan dan NGO.

Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim pula sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, manakala Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mahmood, dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi negeri.

Adun Pasir Tumboh, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat Sains dan Teknologi negeri.

Perlantikan jawatan berkenaan berkuat kuasa 1 Januari lalu dan kerajaan negeri menurut Tuan Guru, akan membayar kesemua tunggakan gaji bermula tempoh kuatkuasa itu.

Ana takut, orang akan persoalkan kedudukan kewangan kita. Lainlah kalau kita dah dapat royalti. Royalti belum dapat. Kita boleh lantik ikut suka hati. Boleh buat macam-macam perkara. Ini tidak. Kantung makin kusut. Tapi kita nak tambahkan kusut. Ana tak mahu orang anggap lain. Kita macam tak pentingkan ‘perbendaharaan’ dalam membuat keputusan.
* timbalan EXCO dapat kereta/elaun ke? ….

Ana hanya menyampaikan pandangan rakan-rakan PAS di Taman Ibukota, Setapak yang membayangkan PAS sangat rugi kerana kehilangan Dr Asri. Ana diam sahaja. Sambil ana mencari-cari isi ayam, kebetulan makan tengahari semalam di Nasi Ayam Mancongkam, Jalan Gombak. PAS Taman Ibukota memang dah lama aktif. Amat kuat. Walaupun berjiran dengan UMNO milik Setiausaha Politik Perdana Menteri. Tapi PAS Taman Ibukota tak hairan pun. Sebabnya, UMNO di kawasan itu pun kacau bilau. Huru hara. Jadi, PAS hanya buat kerja sendiri. Alhamdulillah, menang kita dalam PRU yang lepas. Menang 150 undi. YB PKR. Dah letak jawatan dalam PKR pun.

Berbalik kepada kes Dr Asri ni – ana pun merasakan benda yang sama. Rasa rugi. Asri mungkin dikatakan sebagai Wahabi; tapi apa salahnya. Lebih meriah al adabul ikhtilaf dalam parti kalau ramai daripada sekolah pemikiran berbeza. Barulah terasa bahawa PAS parti Islam sebenar.

Apa yang jadi masalah dengan puak reformis dan wahabi ini? Anak tak faham. Kenapa kita perlu takut dan risau. Sedang dalam PAS ramai yang mengamalkan ‘syiah’, tak pula kita takut. Yang sembahyang letak batu, tak pula kita tegur. Kerana apa? Kerana mereka orang Kelantan? Maka, orang PAS Kelantan ada ‘keistimewaan’? Apa perlunya kita membiarkan Syiah di dalam PAS.

Ana menganggap kehilangan Asri untuk bersama UMNO adalah ‘kesilapan’ kita juga. Sedang ramai kalangan ahli PAS di bawah yang menghargai ilmu Dr Asri; ramai ulama’ PAS yang takut dengan bayang-bayang sendiri. Mereka takut Asri jadi lebih bijak. Mereka takut Asri jadi lebih diterima. Mereka takut Asri melampaui ‘glamor’ Presiden dan Timbalan Presiden. Malahan, ada yang kata – waima Majlis Syura pun tak berapa nak berani nak berdebat dengan Asri. Payah la kalau macam itu.

Ana pernah menghadiri kelas Asri. Dia bukan orang UMNO totok. Dia bukannya suka sangat dengan Jibby (Najib). Tak. Dia sukakan kebebasan pemikiran. Kalau zaman Pak Lah; Dr Asri selamba sahaja mengutuk Pak Lah dengan menidakkan sajak Mencari Damai Abadi orang tua tu. Selamba. Berani menegur pemimpin. Ciri ini yang kita mahu.

Kepimpinan PAS janganlah takut dengan bayang-bayang sendiri. Ketemu Asri. Pujuk dia. Tarbiyah dan didik hatinya dengan perjuangan murni PAS. Kenali Asri – berikan peluang dia mendekati perjuangan Islam kita. Ini tidak. Belum pun kenal – dah tolak dia. Selalu nasihatkan kita, dahulukan parti – abis tu, yang kita gagal tarik Asri ini kenapa? Kerana kita nak jaga pangkat dan jawatan kita?

Ana kecewa, sebab antara yang kuat menolak Dr Asri ini adalah Mahfuz dan Md Sabu. Tapi atas dasar apa? Atas sebab apa? Kononnya, dia terlalu banyak makan jasa/budi UMNO. Terlalu banyak makan duit rasuah. Masya’Allah; sampai hati menuduh ulama’ dengan sedemikian rupa. Di mana adab dan hati budi mereka ini? Ana dan kawan-kawan PAS Taman Ibukota berkongsi rasa kecewa. Kita tahu, Asri boleh jadi aset kepada PAS.

Hadis riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya orang yang terbaik di antara kamu ialah yang hidup pada zaman kurunku (sahabat), kemudian orang-orang yang hidup sesudah kurunku (tabiin), kemudian orang-orang yang hidup sesudah mereka (tabiit tabiin), kemudian orang-orang yang hidup sesudah mereka. Imran berkata: Aku tidak tahu apakah Rasulullah saw. mengatakan setelah kurun beliau dua kali atau tiga kali. Kemudian setelah mereka akan datang suatu kaum yang memberikan kesaksian sedangkan mereka tidak dimintai kesaksian, dan mereka berkhianat sehingga tidak dapat dipercaya, mereka selalu bernazar namun tidak pernah memenuhinya dan akan tampak pada mereka kegemukan.

Masih mendoakan Dr Asri membuat keputusan tepat dengan bersama PAS, insya’Allah.

* sama-sama kita doa….untung kita kalau ada Dr Asri.

Ana susah nak percaya, tetapi cadangan yang mengatakan supaya Negeri PR buat pilihanraya dulu berbanding dengan Negeri lain – macam membayangkan kita yakin menang besar kalau buat pilihanraya dulu. Yakin sangat? Atau kita sengaja nak uji kesediaan jentera lawan. Kalau nak uji, oklah juga. Tetapi kalau nak buat dulu; rasa macam tak yakin pun ada. Tapi kalau pimpinan kata begitu, apa kita nak kata. Sebagai ahli parti; kita kena akur. Ana akur. Tapi ana takut kita kalah sahaja. Itu yang ana takut.

Sebagai contoh, ana pergi ke Kedah; di kalangan ahli kita sendiri pun ada yang tak berapa nak yakin. Tuanku memang bagus. Alhamdulillah. Tidak belah mana-mana pihak. Tetapi bagaimana dengan jentera? Ada ahli kita sendiri yang mula marah-marah dengan MB Kedah. Kawan ana, orang PAS Pokok Sena; cukup marah sebab MB tak turun sewaktu Duli Tuanku rasmi Bangunan Penjara di Pokok Sena. Jemputan dah diberi awal. Semua dah siap. Jentera PAS di bawah dikerah untuk bawa orang ramai-ramai. Tengok-tengok MB yang selalu pakai kaca mata hitam – tak mai. Marah orang.

Tuanku kecewa sebab MB tak tunjuk muka pun. Tak penting kehadiran Tuanku? MB lebih besar? MB lebih berkuasa?

Situasi sama berlaku di Kelantan. Abang Jib yang baru pergi kelmarin punya sentuhan juga. Masyarakat Siam dah semakin seronok. Dapat kewarganegaraan. Kita amacam? Kes anak menantu belum selesai. Kes kickdefella rm4 juta belum selesai. Risau sungguh. Ada sekumpulan pelajar UKM yang buat survey baru-baru ini, mengatakan kekuatan kita di Kelantan setakat 46 % sahaja. Kalah tu! Kalau ikut survey la! Tapi kita tak tengok la keseluruhannya. Jangan ingat kita boleh menang besar.

Pulau Pinang biarlah DAP fikir. Mereka yakin menang. Sebab DAP sudah ada banyak duit. Banyak projek Penang yang dia sakau. Kita di Kedah dan Kelantan? Banyak juga projek – tapi siapa yang kebas; atas nama ‘KEPIMPINAN ULAMA’?

Selangor? Kita nak tumpang projek angkat sampah pun tak berapa nak dapat. Ada seorang sahaja ahli PAS yang tunjuk dapat projek kelas F berharga 98 ribu. Untung adalah 30 %. Baru sekali dapat. Orang PKR dah dapat 4 kali. Ada orang PKR di Selayang, dapat dekat 6 kali. Bayangkan. Kita nak hidup macamana? Ini semua keresahan kawan-kawan yang ana rasa, kena perhati sebelum kecoh nak buat pilihanraya di negeri kita. Jangan konfiden sangat sheikh – bungkus nanti!

Salam buat semua. Entah kenapa ana mengalirkan air mata malam tadi. Sewaktu hadir di tahlil arwah Ustaz Hassan Shukri, ana dapat merasakan bahawa arwah sememangnya seorang pejuang PAS sejati. Dihormati lawan dan kawan. Disayangi lawan dan kawan. Dikasihi lawan dan kawan. Bab ini penting. Sebab, pimpinan PAS sejak dari dahulu dihormati kerana menjalani kehidupan yang zuhud dan sederhana. Jawatan tinggi, tetapi tidak riak, takabbur dan bongkak dengan kedudukan. Sentiasa redha dengan ketentuan Allah SWT. Sentiasa berasa cukup dan tenang dengan apa yang ada.
Bab ini, sudah kurang di dalam PAS. Ana perhatikan, anak-anak muda pejuang PAS – walaupun profesional dan berpendidikan tinggi; elemen perjuangan itu ada longgar sedikit. Di kalangan pemuda PAS, ana ada dengar cerita-cerita di mana mereka membandingkan ‘kereta’ sesama sendiri. Kereta siapa hebat. Kereta siapa besar. Rumah siapa yang lebih mahal. Semua ini ana rasakan cukup memualkan. Di saat sedang berhadapan dengan jenazah mantan Timbalan Presiden PAS; mereka sibuk membandingkan kereta. Ustaz Ketua Pemuda kena tengok apa jenis pemimpin pemuda yang dia ada. Apakah ada beza dengan pimpinan pemuda UMNO? Apakah perlu nak banding dengan budak hingusan UMNO yang memang tak ada nilai perjuangan.
Kita kena ambil iktibar daripada pemergian Ustaz Hassan Shukri. Kita kena ambil iktibar. Ana tengok, bukan sahaja orang PAS yang hadir – orang UMNO Taman Melewar pun sayangkan arwah. Mereka menangis dan mengalirkan air mata. Mereka ikhlas dengan sayang dan kasih mereka kepada pimpinan kita. Ana kagum.
Soalnya, apakah kita nanti mampu mengundang hormat yang sedemikian rupa? Apakah kita ini masih mengamalkan kezuhuhan dan kealiman pimpinan  lama kita. SubhanAllah. Hebat.
Ustaz Hassan Shukri adalah pejuang PAS yang sejati. Elok sahaja kita habir bermuktamar, kita kehilangan seorang permata di dalam perjuangan PAS. Ini adalah kehilangan yang amat besar kepada kita.
Kita kena perhati dan perincikan segala perkara baik yang pernah arwah berikan kepada PAS. Memang waktu pegang jawatan; ramai juga yang mengutuk. Ana ingat, ramai juga yang suka dan melonjak ketika arwah tidak dapat mengekalkan jawatan. Atas dasar perubahan – kita jadi puak yang suka/gembira dengan kekecewaan orang lain. Ana sempat berbual dengan rakan baik Allahyarham Ustaz petang semalam; yang mengatakan – Ustaz amat risau dengan elemen ‘buruk’ yang ada dalam PAS. Ini semua kita kena juga tengok.
Kita memang berada dalam persimpangan baru politik. Kita nak lakukan perubahan, tapi ianya tidak akan jadi mudah. Memang ada yang mengutuk. Memang ada yang mengeji. Tapi, jangan sampai kita nak korbankan ‘nilai kezuhudan’ yang ada. PAS jangan ubah rasa rendah diri dan zuhud kita. Kita jangan nak korbankan nilai kekuatan kita. Ini kita kena nilai semula.
Kekayaan yang dimiliki oleh sesetengah daripada profesional muda kita – adalah hasil titik peluh mereka. Kita nak kata apa. Tapi jangan sampai jadi kelompok yang kejar kontrak; dan sanggup pijak kaki orang lain. Ini bukan budaya kita.
Sama-samalah kita – bacakan Al Fatihan buat Allahyarham. Moga segala semangat juang di dalam PAS selama ini diterima sebagai amal di sisi Allah.
Al Fatihah.
* kagum dengan ahli perjuangan macam arwah….kagum.

Laman Berikutnya »