Ana pun pelik dengan sesetengah pemimpin kita ni. Yang sedang
berlangsung adalah pemilihan PKR…tapi nampak gaya perpecahan di
kalangan kita yang lebih. Ada Exco Pas yang sokong Team A. Ada yang
sokong Team B. Ada yang sokong Team C. Apa halnya ni? Sejak bila kita
jadi macai kepada PKR.

Ana rasa benda ini tak bagus. Sangat tidak bagus. Biar mereka dengan
pemilihan mereka. Kita tak perlu masuk campur.

Yang teruk sekali di Selangor, punyalah ramai Exco yang kelam kabut
turun ke bawah, kononnya bantu Team itu dan ini. Tugas pada Negeri
terbengkalai. Exco sibuk turun ke bawah jumpa dengan pengundi PKR. Ini
bangang punya kerja. Ada Exco yang siap susun jadual usrah di rumah,
nak bantu kawan.

PAS

N15 TAMAN TEMPLER
PAS: Zaidy Abdul Talib

N17 GOMBAK SETIA
PAS: Hasbullah Mohd Ridzwan

N18 HULU KELANG
PAS: Saari Sungib

N2 SABAK
PAS: Sallehen Mukhyi

N20 LEMBAH JAYA
PAS: Khasim Abdul Aziz

N21 CHEMPAKA
PAS: Iskandar Abdul Samad

N23 DUSUN TUA
PAS: Razaly Hassan

N26 BANGI
PAS:Mohd Shafie Ngah

N29 SERI SERDANG
PAS: Noor Hanim Ismail

N38 PAYA JARAS
PAS: Mohd Khairuddin Othman

N42 MERU
PAS: Abd Rani Osman

N45 SELAT KLANG
PAS: Halimah Ali

N51 SIJANGKANG
PAS: Ahmad Yunus Hairi

N53 MORIB
PAS: Hasnul Baharuddin

N54 TANJUNG SEPAT
PAS: Mohd Haslin Hassan

Kata seorang ADUN pada ana, ‘memang yang lawan mereka sama mereka.
tapi ini soal duit dan peruntukan sheikh. kalau ana tak tolong
MB…buatnya kaki main dalam toilet jadi MB, masak kita. ana nak jaga
kawasan. nak jaga jamaah. duit kena ada. kalau ana tak ada duit, enta
pun tak mahu kawan dengan ana’.

Menurut ADUN tersebut pada ana, kalau sudi memberi pertolongan kepada
MB Selangor (ada peruntukan lebih yang akan diturunkan. dekat RM300
ribu juga). Boleh tolong ahli dan rakyat.

Oklah kalau ada upah. Jangan buat kerja bodoh sokong orang tak ada
upah. Sudah-sudahlah kita dibodohkan oleh PKR selama ini. Kita kena
maju sedikit. Kalau setakat tolong air liur, buat membazir sahaja.