Julai 2012


Beliau berkata, 55 kerusi parlimen dari 57 dari Sabah-Sarawak (Borneo) telah dibolosi dan sudah tidak ada lagi jaminan BN mendapat sokongan dari kedua-dua negeri ini. 

“Hari ini ramalannya ialah 14 kerusi dari Sabah termasuk Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan akan mudah-mudah tumbang kepada Pakatan Pembangkang,” tulis beliau.

Anggota Parlimen Kuala Selangor itu mengulas tindakan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Wilfred Bumburing yang meninggalkan BN dan menyokong Pakatan Rakyat.

“Kejutan buat Najib bukan kepalang, amat menyiksakannnya. Mimpi ngerinya semakin menjadi realiti, tambahan masa bukan disebelahnya untuk membuat apa jua percaturan strategik kecuali memandang ke hujung tahun atau dilajakkan ke tahun depan,” ulas beliau ekoran kenyataan kedua-dua anggota Parlimen BN dari Sabah itu.

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 : Sabah

 

BN

DAP

PKR

Bebas

Bersekutu
Parlimen 24
(25)
1
(5)
0
(19)
0
(18)
0
(2)

 

 

BN

Pas

DAP

PKR

Bebas

Bersekutu
DUN 59
(60)
0
(2)
1
(10)
0
(54)
0
(52)
0
(15)

Pada ana, PAS tak ada untung apa-apa pun di Sabah. Hidup segan mati tak mahu. Berapa banyak kerusi Parlimen kita bertanding? Berapa banyak kerusi DUN kita bertanding? 

Sebab itu pada ana, kita janganlah sibuk sangat dengan politik Sabah ni. Kalau setakat kita sendiri pun belum tentu hala mendapat keuntungan politik. Semua jadi milik PKR dan DAP. Mereka pun tak bersungguh nak bawa kita ke Sabah dengan lebih baik dan meyakinkan. 

Ana minta Haji Hadi, kali ini, PAS tak boleh tertinggal. Kita mesti minta kerusi yang lebih. Pada ana, 3 kawasan Parlimen wajar PAS tanding. Ditambah dengan 10 kerusi DUN. Kenapa tidak. Sebelum ini PKR tanding di 54 kerusi; bungkus semua. Buktinya apa? Buktinya PKR pun tak ada kekuatan di Sabah. Tapi kalau kita gerak sebagai satu pasukan barulah ada perubahan. 

Daripada beri tempat kepada bebas, beri muka kepada Yong Teck Lee – baik DAP dan PKR bantu PAS masuk Sabah dengan lebih yakin. 

Kita pun bukannya kurang calon. Ramai yang mampu dan layak.

PESURUHJAYA Mohd Aminuddin Aling
TIMBALAN PESURUHJAYA Haji Hamzah Abdullah
TIMBALAN PESURUHJAYA Haji Ahmad Dolah
TIMBALAN PESURUHJAYA Ustaz Anuar Md Ali
SETIAUSAHA Ustaz Ag Laiman Haji Ikin
PENOLONG SETIAUSAHA Haji Zaidi Shadan
PENOLONG SETIAUSAHA Abdul Wahid Rafaei
   
BENDAHARI Ali Hasan
KETUA PENERANGAN Hisammuddin Haji Sulaiman
PENGARAH PILIHANRAYA Muhamad Husain
KETUA ULAMAK Ustaz Nuruddin Ibrahim
KETUA PEMUDA Lahirul Latigu
KETUA MUSLIMAT Zaiton Ahmad
AHLI Madlan Idris
  Abdul Salim Karim
  Seri Wahyuni Bukhari

Ana tengok, sementara yang menang DAP dan PKR; kita pulak yang lebih-lebih menjerit dan meminta-minta supaya Sabah menerima PAS. Hakikatnya, mereka segan pun tidak tengok kita.

ImejPAS mengalu-alukan semua pemimpin politik di Sabah kalau mahu bersama-sama dengan PAS dalam memperjuangkan keadilan di negara ini.

Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Hatta Ramli membuka laluan itu ketika berucap dalam majlis pengumuman pimpinan BN Sabah yang meninggalkan BN.

Mereka diketuai oleh anggota Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang mengumumkan tindakan beliau meninggalkan BN dan akan bersama Pakatan Rakyat.

Dalam ucapan itu, Dr Hatta turut berkata, kunjungan hormat Lajim menemui Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menimbulkan pelbagai spekulasi.

“Saya mengalu-alukan kalau tuan-puan mahu bersama PAS tetapi yang lebih penting buat masa ini adalah keluar dari BN dan membantu Pakatan Rakyat  membawa perubahan kepada Sabah,” kata Dr Hatta di majlis itu.

Ana bukan apa Sheikh, politik Sabah ini maintenance tinggi. Bukan kecik anak. Ramai ahli politik Sabah ni hartanya bertimbun-timbun. Kalau gabung harta ahli Exco Kelantan (kecuali Husam) belum tentu boleh sama dengan harta Lajim Ukin ni. Jangan main-main. Lajim ini bukan kecil anak.

Walaupun ana letak bahawa kita nakkan Lajim bersama PAS, tapi ana juga diberitahu oleh rakan-rakan PAS di Sabah. Antara sms mereka:-

  • Jangan berani jemput ini Lajim bah. Mati PAS mahu bayar dia nanti. Bukan orang sebarang tu. 
  • Tuan Haji, kalau mahu ambil Lajim, baik kita ambil Wilfred. Murah sedikit. 
  • Ini orang rasuah bah. Mahu ambil masuk PAS untuk apa? Mahu mati PAS kah? 
  • Ndak perlu ambil Lajim bah. Buang masa. 
  • Tidak ada jiwa Islam dan perjuangan! Anggap kami PAS Sabah macam kucing kurap. Mahu ambil dia lagi bah? 
  • Lajim masuk PAS, ana tutup bilik gerakan. 

Pada ana, Dr Hatta sekadar ajak-ajak ayam sahaja. Dalam majlis rasmi, takkan tak tawarkan. Malulah Lajim. 

Politik Sabah macam konsep tender. Siapa bayar tinggi, dia pergi. Mana mampu kita. Dah nampak siapa bayar tinggi? 

Imej

‘Bonus bagus, tapi tak selesai masalah sebenar’

Biarpun menyambut baik pengumuman bonus penjawat awam oleh Perdana Menteri semalam, namun bagi PAS ianya bukan penyelesaian jangka masa panjang kepada beban hidup yang ditanggung rakyat.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, sehingga kini kerajaan BN hanya pandai bermain dengan pemberian one-off menggunakan angka 500, namun gagal merancang pelan tindakan untuk jangka masa panjang. 

“Kerajaan gagal melaksanakan plan bertindak jangka panjang bagi membantu kesempitan hidup rakyat, bagi menutup kelemahan tersebut mereka hanya menggunakan RM500 dengan tujuan menutup mulut rakyat.

“Banyak imbuhan yang diberikan sebelum ini hanya dalam lingkungan RM500 sahaja dan itu sahaja yang mampu dilakukan oleh kerajaan untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Datuk Seri Najib Razak semalam bahawa semua penjawat awam akan diberikan bonus setengah bulan gaji dengan minima RM500.

Bayaran RM500 itu juga turut akan diberikan kepada pesara kerajaan.

Sambil melabelkan BN sebagai ‘Kerajaan 500’, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut melahirkan kebimbangan pemberian one-off itu akan disusuli dengan kenaikan harga barang.

Sheikh Mahfodz – ana harap enta tak buat isu sangat lah bab ini. Jangan menggelabah. Ramai juga kalangan kakitangan awam yang sokong kita. Tak perlu ungkit pasal RM500 tu. Kalau Kerajaan BN – kerajaan ‘500’; bagaimana kerajaan Selangor – ‘kerajaan 700’???

Berapa Kerajaan Kedah dan Kelantan bagi pada kakitangan awam? Ana nak tahu juga. 

Kalau setakat RM100 pun tak bagi. OUT.

ImejAna respek pemimpin PAS yang berani macam ini. Cukup berani. Apa nak takut. Apa nak risau dengan benda realiti. Kalau orang kata PAS kerjasama dengan DAP untuk cetuskan 13 Mei pun. Ini cerita lama lah. Zaman pak pandir. Tak ramai Melayu yang ingat pun. Setakat mati 2/3 orang apa nak kecoh. Memali pun ada orang mati. Tak kecoh pun. 

Ana setuju pendekatan Salahuddin Ayub; buka semua cerita 13 Mei. Jangan simpan. Kasi lambak semua sekali. 

Betullah PAS kerjasama dengan DAP tahun 1969. Kerjasama politik. Tugas kita, hancurkan kepercayaan orang Melayu pada Tunku Abdul Rahman. Kita pun jaja cerita Tunku kaki judi. Kaki botol. Kaki togok. Orang Melayu percaya. Menang kita 12 kawasan Parlimen. Undi hampir 24 % milik PAS. Menjadi taktik kita. Nak kesal apa? Apa nak kesalkan? 

Pada ana lah, 13 Mei ini macam cerita kartun aje. Macam Tom and Jerry. Kita tengok. Kita gelak. Melayu Tom. Cina Jerry. Kadang-kadang Jerry menang. Jerry berlari keliling rumah. Biasalah. 

13 Mei ini, pada ana, kaedah Datuk Harun nak naikkan diri dia dalam UMNO. Itu sahaja. Asal dia dapat tempat, anak beranak dia kaya. Sudahlah. Lepas tu heran apa dia dengan orang Melayu. Tak gitu? 

Kalau perlu kita ulang kerjasama sama, apa salahnya? Kita ON sahaja. Janji menang pilihanraya.

DAP tahun 2012 bukan macam DAP tahun 1969. Banyak beza. DAP tahun 1969 memang kepala tak betul. Kaki Yam Seng. Memang kepala bintang 3. Zaman sekarang, DAP dah maju. Dah jadi Umar Abdul Aziz. Bukan macam dulu. Apa nak kecoh Cina bawak penyapu keliling bandar. Khir Toyo bawak penyapu naik pentas selamba ajer. Tak ingat? Tak pulak kita mengamuk. Ceh. 

ImejLagi banyak kita lambak cerita 13 Mei. Lagi bagus.

ImejMahasiswa Malaysia di luar negara khususnya United Kingdom (UK) dan Ireland turut menyumbang untuk pembinaan Lebuh Raya Rakyat oleh kerajaan Kelantan.

Sebanyak RM8,000 dikumpul oleh pelajar jurusan perubatan untuk diserahkan pada kerajaan negeri untuk menjayakan pembinaan jambatan itu yang bakal dibina tidak lama lagi.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh wakil pelajar berkenaan, Mohammad Azli Omizi, 21, Mohd Azam Omizi, 23 dan Azri Che Hassan, 21 kepada anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.

Azli ketika ditemui memberitahu, sumbangan berkenaan sebahagian besarnya diberikan oleh pelajar Kelantan jurusan perubatan di dua universiti tersebut.

 “Ianya adalah tanggungjawab kami untuk melihat projek untuk rakyat itu berjalan baik,” ujarnya.

 Sementara itu, Husam pada sidang medianya semalam berkata, sumbangan orang ramai melalui online untuk pembinaan lebuhraya itu sudah meningkat RM1 juta. 

Ana ucap TAHNIAH la kepada Adik Mohammad Azli Omizi yang sudi gerak dengan kawan-kawan untuk bantu PROJEK LEBUH RAYA RAKYAT ni. Bagus sungguh budak ni. Rasanya dia pergi UK pun di atas tajaan kerajaan UMNO/BN. Tapi dia tak lupa nak bantu KERAJAAN PAS di Kelantan. Bukan soal duit dan jumlah RM8000 tu. Yang penting ingatan. Kalau nak derma semua biasiswa kerajaan pada PAS pun kita alu alukan. 

Mohammad Azli ini mengaji di MRSM Pengkalan Chepa sebelum ni. Lepas tu masuk Kolej MARA Banting. Pergi UK pun tajaan MARA lah kot. Tapi sayangnya kepada PAS memang membanggakan. Budak macam ini yang kita boleh puji melangit.

Kita tahniah kepada Husam yang berjaya menjauhkan budak-budak pandai ni daripada kerajaan. Masuk PAS lebih elok. 

Azli Che Hassan (gambar) pun bekas budak MRSM Alor Gajah. Kolej MARA Banting. Tajaan MARA juga di Dublin, Irelands. Hebat adik-adik kita yang ANTI KERAJAAN ni. Ana bangga. Ana kalau jumpa mereka ni, ana akan peluk. 

Yang pandai mereka. Yang punya OTAK mereka. Suka hati lah mereka nak sokong siapa kan. MARA hanya bayar sahaja. Mereka yang pandai dan layak masuk Universiti. Memang cekap YB Husam. 

Kalau semua students kita derma biasiswa mereka kepada LEBUH RAYA RAKYAT kan bagus. Cepat siap!

ImejKetika panas cerita tentang kedudukan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim dalam Umno, tiba-tiba hari ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kedua-duanya kelihatan berbual mesra di pejabat Menteri Besar Kelantan itu hari ini.

Bulan lalu, Lajim mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu. 

Difahamkan pengumuman berkenaan dibuat pada majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahirannya pada Sabtu bulan lalu.

Harakahdaily sangat seronok untuk bertemu dengan Tuan Guru. Ana pujilah sikap Lajim. Pandai hormat ulama’. Tapi ana nak tanya satu soalan LAZIM = apahal masuk PKR dan bukan masuk PAS?

Lajim lama perjuangkan isu orang Sabah. Aktif dengan GPMS pada satu ketika. Maknanya, jiwa perjuangan Lajim ni ok jugalah. Tapi bila ana kata, semuanya ada berasaskan RINGGIT MALAYSIA dan deal dengan Anwar. Ana kurang gemarlah. Ini bukan perjuangan. Ini per’wang’an. Rosak. 
 
Tapi kalau Lajim masuk PAS, ana puji. Inilah sahaja jalan untuk kita menang di Sabah. Lajim jadi wakil kita, wakil PAS di Sabah. Mantap. Ini tidak, sebab ada deal abgus dengan Anwar, dia masuk PKR. Aduhai. Lajim pun kena lawan segala macam agenda Kristianisasi di Sabah. Melalui PAS lah baru boleh lawan. 

Lajim menang besar tahun 2008. Hampir 10k undi. Kalau join PAS, mesti boleh tambah. 

Imej

Ana tak nampak sebarang keperluan untuk parti Cina seperti DAP berasa cemas bila disebut 13 Mei. Yang takut tak tentu hala pasal apa. Ana minta sangat rakan-rakan dalam DAP tenang. Ini semua teknik dan propaganza BN. Tak lebih dan tak kurang. Nampaknya sentimen lawak jenaka BN di bulan ramadhan tidak hilang. Mereka gemar berjenaka dan membuat cerita dongeng. 

Kenapa mesti DAP nak cemas dengan istilah komunisme? Tenang sahaja. Jangan cepat melatah. BN memang nak trap kita. Dia sengaja nak kaitkan kita dengan macam-macam ideologi. DAP komunis. PAS ekstrimis. PKR LGBT. Mudah kan. Ini semua kerja orang media bro. Kalau kita jadi bodoh dan melompat, mereka akan gelak dan ketawakan kita. 

Ana minta Komrad Kit Siang dan Komrad Guan Eng bawa bertenang. Senyum sahaja. Biar dia main permainan budak tak sekolah ini. 

Komrad Kit Siang ana tengok cemas tak bertempat. Suruh mereka buktikan. Nak buat apa. Buang masa. Kita tak perlu defensif bab ini. Komrad Guan Eng pun sama. Kita dah rancang untuk ikut permainan Anwar dan Buku Jingga, buat apa nak gelabah. Anwar jadi panduan kita. Jangan risau. 

Bila ana baca tulisan Komrad Kit dalam Malaysian Mirror – ana rasa Komrad Kit melompat. Orang putih kata orgasme politik (minta maaf tulis macam ni dalam bulan yang mulia). Komrad Kit gelabah. 

The cat is out of the bag – UMNO has a quartet of lies on 4Rs on Race, Religion, Malay Rulers and Riots (May 13 threats) to attack DAP and Pakatan Rakyat as the centrepiece of its strategy for the dirtiest general election in history in its increasingly desperate bid to hold on to federal power in Putrajaya in the 13 General Election.

For the past three years, UMNO propagandists through their owned and controlled mainstream media as well as social media and Internet, have been playing the first 3R cards of Race, Religion and Malay Rulers to defame and demonise DAP as anti- Malay, anti-Islam and anti-Malay Rulers but clearly to little effect in this age of information when these are all lies and falsehoods.

Since our formation 46 years ago in 1966, DAP has committed itself to be a political party for all Malaysians irrespective of race, religion or region.

Apa yang Komrad Kit risau pun ana tak tahu. 

Komrad Kit kena ingat, 13hb Mei adalah satu KEMUNCAK prestasi kita sebagai satu pakatan politik. Jangan lupa itu. Kalau kita campur-campur peratusan undi PAS, DAP, Parti Gerakan, PPP pada tahun 1969 – kita sudah mencatatkan angka 51.16 peratus undi popular. Menang! 

Yang Komrad Kit rasa takut sangat dengan 13hb Mei, sebab apa???

Bayangkan, BN pada tahun 1969 hanya mencatatkan 48 % undi popular. Kita, PAS dan DAP menang besar. Anwar pun tak ada masa itu. Dok jilat bontot kerajaan, kita masih boleh menang besar. PAS dan DAP kena pegang KEJAYAAN BESAR itu. 

Sekarang, sejarah mungkin berulang. Komrad Kit kena banyak sabar. Ini bulan puasa. 

Sekali depa kata Komrad Kit komunis – lagi kami angkat Komrad Kit sebagai wira bangsa. Itu janji PAS. Kami kalau dah janji, kena tepati. Kalau idak, masuk neraka.

Kuat blogger UMNO yang balun kita sebab ahli PAS kawasan Tok Guru pun masuk UMNO. Apa nak jadi ni? Kita tak jaga orang ka? Dalam pada sedap-sedap kita berdemo pasal FELDA di KL, orang kawasan kita sendiri pulak yang tinggalkan kita. Ini kes berat.

Pada analah, ini semua soal kepimpinan dan kesungguhan kita mempertahan parti. Kita kawan DAP, kita tak sedar, orang kita sendiri pun marah. Kita ikut cakap Nwar, kita tak sedar, orang kita sendiri marah. Masalah sungguh.

Jangan kita lupa kawan-kawan dan orang yang sokong kita selama ini. Bahaya. Menurut laporan blogger UMNO yang ana ambil:-

  • Antara punca mereka memasuki UMNO adalah disebabkan oleh tindakan PAS Pangkalan Chepa yang diketuai oleh MB Nik Aziz dan Nik Amar telah mengabaikan kebajikan penduduk di kawasan kampung Pulau Melaka itu sendiri yang menjadi tempat kediaman MB Kelantan. Malah menurut mereka kepimpinan Nik Aziz tidak mengendahkan kebajikan rakyat dan terus membiarkan rakyat hidup dalam kemiskinan walaupun tinggal hanya beberapa meter dari rumah Nik Aziz.
  • Nik Aziz juga dikatakan lebih mengutamakan rakyat dari luar kawasan termasuk dari negeri lain untuk berjumpa dan mendengar masalah berbanding dari rakyat di kawasan sendiri. Malah Nik Aziz juga sanggup memberi bantuan kewangan kepada peserta BERSIH 3.0 daripada bantuan kepada rakyat miskin di kawasan berkenaan. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat dan menyebabkan penduduk bertindak memasuki UMNO sebagai manifestasi ketidakpuasan hati rakyat.

Kalau ahli di tempat Tok Guru pun dah tinggal kita; payah politik kita nanti ni

Ana harap sangat, dalam isu air di Selangor dan WP ini, pemimpin PKR di Selangor faham dan tahu apa strategi yang nak dibuat untuk masa akan datang. Ana cukup risau, sebab kita bermain dengan kesusahan rakyat. Ana sendiri pun terlibat. Ada ketika waktu air tak ada, kena angkat dengan baldi ke atas rumah. Aduhai, seksa. Nak patah pinggang rasanya.

Sebab itu ana nak katakan, kita jangan main-main dengan kesusahan rakyat. Rakyat yang marah, tension, penat kena angkat air, tak pandai nak tahu isu step in ka, klausa pengambil alihan ka, strategi korporat ka. Yang rakyat tahu, mereka nak tahu ada air waktu mereka pulas kepala paip di rumah. Mandi junub tak terganggu. Istinjak pun mudah. Ana harap sangat, MB seperti Khalid Ibrahim faham bab ini.

Bukan ana tak sokong. Ana sokong. Panggillah mana-mana penasihat pun. Tapi jangan sampai punah kepercayaan rakyat kepada kita. Ketakutan ana, sebab ego, kita berlagak dan cuba nak menegakkan benang yang basah. Itu yang bahaya.

Kita tengok apa yang berlaku di Kelantan, masalah air sangat serius. Berapa sekolah di Kelantan yang tak dapat air yang sepatutnya. Terganggu proses pebelajaran anak-anak kita. Tak elok begitu.

Kerajaan Negeri Selangor akan menghantar satu kumpulan profesional untuk meneliti operasi harian Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi mengenal pasti keadaan semasa air terawat di Selangor.

Kumpulan profesional ini dianggotai oleh Suhaimi Kamaruzaman (Ketua Pengawai Eksekutif KDEB), Ir Abas Abdullah (Pengarah ABASS), Karim Endut, (Pengurus Besar Pengurusan Air, Kumpulan Perangsang Selangor) dan Kevin Lee (Ketua Perancangan Strategik dan Pelaburan, Perangsang Selangor).

Demikian umum Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.

Pengumuman ini berikutan kenyataan beliau semalam, kerajaan negeri akan ‘step in’ dalam pengurusan Syabas.

Ia dibuat berikutan kenyataan Syabas akan membuat catuan air di Selangor.

Bagi kerajaan negeri, kenyataan ini satu kenyataan politik yang mahu menyusahkan kerajaan dan rakyat negeri Selangor.

Ini kerana, bagi mereka, catuan air tidak perlu kerana kesemua empangan air yang ada penuh dan tidak masalah.

“Kumpulan profesional ini dihantar kerana Syabas gagal memberi penjelasan terperinci dan memuaskan dalam beberapa isu ketika syarikat tersebut memberi taklimat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, pagi tadi,” kata Khalid dalam kenyataannya.

Ana harap sangat, yang diamanah untuk memantau bukan kroni mana-mana pihak. Buat kerja untuk rakyat. Mudah

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) Mazlan Aliman mahu Perbadanan Kerajaan Negeri Kedah (PKNK) menjual kembali saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) sekiranya mereka telah membelinya.

“Kita konsisten dengan pendirian menentang FGVH. Saya telah nyatakan pendirian saya dalam mesyuarat PAS Pusat.“Jika benar, saya akan bantah kerana ia bertentangan dengan solidariti parti komponen Pakatan Rakyat.

“Kita juga akan mencadangkan agar syarikat berkaitan kerajaan tersebut menjual saham dan memohon maaf pada rakyat,” kata Mazlan yang juga ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat dan Ketua Penerangan PAS Johor.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan PKNK yang membeli 500,000 unit saham peruntukan Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa (MITI) untuk kuota bumiputera pada harga RM4.55 beberapa hari yang lalu.

Ana nak tergelak bila baca PKNK beli saham FELDA. Inilah bijaknya MB Kedah. Korang buat Himpunan Oren, dia beli saham. Pada ana, ini adalah usaha yang sangat baik. Peluang untuk Kerajaan Negeri untuk buat duit mudah.

Mazlan Aliman tak faham dengan suasana ekonomi di Kedah. Miskin, susah dan berdepan dengan bajet yang lemah. Ini kita kena akui. Sebab itu, kalau Azizan melabur dalam FGV pun ana tak marah. Sebagai CEO Negeri, pada ana, tindakan itu wajar dan membawa kebaikan kepada semua. Malah, pada ana, Kedah patut mohon jumlah yang lebih besar. Jauh lebih besar. 

Ana yakin, MB Kedah minta tolong kepada rakan-rakan pemimpin UMNO untuk membolehkan ini berlaku. Mukhriz Mahathir di MITI. MITI jaga saham Bumiputera. Ana yakin sangat, anak Mahathir membantu MB Kedah untuk dapat saham FGV. Kalau betul, pada ana, anak Mahathir ini ada otak politik. Pandai dan bijaksana. Dia tahu bahawa Kerajaan Negeri ada masalah kewangan. Ini akan bantu kerajaan Negeri. Yang akhirnya bantu rakyat di Kedah.

MB Kedah, pada ana, memang bijak dan berpandangan jauh. Ini yang kita mahu. Kita bukannya nak kaki protes semata-mata. Kena imbang juga dengan tuntutan ekonomi kerajaan negeri yang sebenar. Bukan main gasak sahaja.

Kalau Azizan minta tolong Mukhriz pun, ana rasa tak berdosa. Tak masuk neraka.

Laman Berikutnya »