Transformasi Dalam PAS


Kuat blogger UMNO yang balun kita sebab ahli PAS kawasan Tok Guru pun masuk UMNO. Apa nak jadi ni? Kita tak jaga orang ka? Dalam pada sedap-sedap kita berdemo pasal FELDA di KL, orang kawasan kita sendiri pulak yang tinggalkan kita. Ini kes berat.

Pada analah, ini semua soal kepimpinan dan kesungguhan kita mempertahan parti. Kita kawan DAP, kita tak sedar, orang kita sendiri pun marah. Kita ikut cakap Nwar, kita tak sedar, orang kita sendiri marah. Masalah sungguh.

Jangan kita lupa kawan-kawan dan orang yang sokong kita selama ini. Bahaya. Menurut laporan blogger UMNO yang ana ambil:-

  • Antara punca mereka memasuki UMNO adalah disebabkan oleh tindakan PAS Pangkalan Chepa yang diketuai oleh MB Nik Aziz dan Nik Amar telah mengabaikan kebajikan penduduk di kawasan kampung Pulau Melaka itu sendiri yang menjadi tempat kediaman MB Kelantan. Malah menurut mereka kepimpinan Nik Aziz tidak mengendahkan kebajikan rakyat dan terus membiarkan rakyat hidup dalam kemiskinan walaupun tinggal hanya beberapa meter dari rumah Nik Aziz.
  • Nik Aziz juga dikatakan lebih mengutamakan rakyat dari luar kawasan termasuk dari negeri lain untuk berjumpa dan mendengar masalah berbanding dari rakyat di kawasan sendiri. Malah Nik Aziz juga sanggup memberi bantuan kewangan kepada peserta BERSIH 3.0 daripada bantuan kepada rakyat miskin di kawasan berkenaan. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat dan menyebabkan penduduk bertindak memasuki UMNO sebagai manifestasi ketidakpuasan hati rakyat.

Kalau ahli di tempat Tok Guru pun dah tinggal kita; payah politik kita nanti ni

Advertisements

Ana harap sangat, dalam isu air di Selangor dan WP ini, pemimpin PKR di Selangor faham dan tahu apa strategi yang nak dibuat untuk masa akan datang. Ana cukup risau, sebab kita bermain dengan kesusahan rakyat. Ana sendiri pun terlibat. Ada ketika waktu air tak ada, kena angkat dengan baldi ke atas rumah. Aduhai, seksa. Nak patah pinggang rasanya.

Sebab itu ana nak katakan, kita jangan main-main dengan kesusahan rakyat. Rakyat yang marah, tension, penat kena angkat air, tak pandai nak tahu isu step in ka, klausa pengambil alihan ka, strategi korporat ka. Yang rakyat tahu, mereka nak tahu ada air waktu mereka pulas kepala paip di rumah. Mandi junub tak terganggu. Istinjak pun mudah. Ana harap sangat, MB seperti Khalid Ibrahim faham bab ini.

Bukan ana tak sokong. Ana sokong. Panggillah mana-mana penasihat pun. Tapi jangan sampai punah kepercayaan rakyat kepada kita. Ketakutan ana, sebab ego, kita berlagak dan cuba nak menegakkan benang yang basah. Itu yang bahaya.

Kita tengok apa yang berlaku di Kelantan, masalah air sangat serius. Berapa sekolah di Kelantan yang tak dapat air yang sepatutnya. Terganggu proses pebelajaran anak-anak kita. Tak elok begitu.

Kerajaan Negeri Selangor akan menghantar satu kumpulan profesional untuk meneliti operasi harian Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi mengenal pasti keadaan semasa air terawat di Selangor.

Kumpulan profesional ini dianggotai oleh Suhaimi Kamaruzaman (Ketua Pengawai Eksekutif KDEB), Ir Abas Abdullah (Pengarah ABASS), Karim Endut, (Pengurus Besar Pengurusan Air, Kumpulan Perangsang Selangor) dan Kevin Lee (Ketua Perancangan Strategik dan Pelaburan, Perangsang Selangor).

Demikian umum Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.

Pengumuman ini berikutan kenyataan beliau semalam, kerajaan negeri akan ‘step in’ dalam pengurusan Syabas.

Ia dibuat berikutan kenyataan Syabas akan membuat catuan air di Selangor.

Bagi kerajaan negeri, kenyataan ini satu kenyataan politik yang mahu menyusahkan kerajaan dan rakyat negeri Selangor.

Ini kerana, bagi mereka, catuan air tidak perlu kerana kesemua empangan air yang ada penuh dan tidak masalah.

“Kumpulan profesional ini dihantar kerana Syabas gagal memberi penjelasan terperinci dan memuaskan dalam beberapa isu ketika syarikat tersebut memberi taklimat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, pagi tadi,” kata Khalid dalam kenyataannya.

Ana harap sangat, yang diamanah untuk memantau bukan kroni mana-mana pihak. Buat kerja untuk rakyat. Mudah

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) Mazlan Aliman mahu Perbadanan Kerajaan Negeri Kedah (PKNK) menjual kembali saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) sekiranya mereka telah membelinya.

“Kita konsisten dengan pendirian menentang FGVH. Saya telah nyatakan pendirian saya dalam mesyuarat PAS Pusat.“Jika benar, saya akan bantah kerana ia bertentangan dengan solidariti parti komponen Pakatan Rakyat.

“Kita juga akan mencadangkan agar syarikat berkaitan kerajaan tersebut menjual saham dan memohon maaf pada rakyat,” kata Mazlan yang juga ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat dan Ketua Penerangan PAS Johor.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan PKNK yang membeli 500,000 unit saham peruntukan Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa (MITI) untuk kuota bumiputera pada harga RM4.55 beberapa hari yang lalu.

Ana nak tergelak bila baca PKNK beli saham FELDA. Inilah bijaknya MB Kedah. Korang buat Himpunan Oren, dia beli saham. Pada ana, ini adalah usaha yang sangat baik. Peluang untuk Kerajaan Negeri untuk buat duit mudah.

Mazlan Aliman tak faham dengan suasana ekonomi di Kedah. Miskin, susah dan berdepan dengan bajet yang lemah. Ini kita kena akui. Sebab itu, kalau Azizan melabur dalam FGV pun ana tak marah. Sebagai CEO Negeri, pada ana, tindakan itu wajar dan membawa kebaikan kepada semua. Malah, pada ana, Kedah patut mohon jumlah yang lebih besar. Jauh lebih besar. 

Ana yakin, MB Kedah minta tolong kepada rakan-rakan pemimpin UMNO untuk membolehkan ini berlaku. Mukhriz Mahathir di MITI. MITI jaga saham Bumiputera. Ana yakin sangat, anak Mahathir membantu MB Kedah untuk dapat saham FGV. Kalau betul, pada ana, anak Mahathir ini ada otak politik. Pandai dan bijaksana. Dia tahu bahawa Kerajaan Negeri ada masalah kewangan. Ini akan bantu kerajaan Negeri. Yang akhirnya bantu rakyat di Kedah.

MB Kedah, pada ana, memang bijak dan berpandangan jauh. Ini yang kita mahu. Kita bukannya nak kaki protes semata-mata. Kena imbang juga dengan tuntutan ekonomi kerajaan negeri yang sebenar. Bukan main gasak sahaja.

Kalau Azizan minta tolong Mukhriz pun, ana rasa tak berdosa. Tak masuk neraka.

“Dia yang cabar saya suruh saya ceraikan dia dengan talak tiga,”ujar Yahya Ibrahim, 82 ketika ditemui di rumah anaknya di Kampung Kubang Badak, dekat sini pagi tadi.

Pada masa yang sama katanya,  bekas isterinya yang juga penyokong tegar Umno, Che Hasnah Che Ahmad, 61, bukan sahaja menolak perjuangan PAS, sebaliknya menghina Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jelasnya, sepanjang 14 tahun perkahwinan keduanya dengan Che Hasnah selepas kematian isterinya, beliau tidak pernah berselisih faham dengan bekas isterinya.

Bagaimanapun, penghinaan terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, di samping menuduh mengundi PAS berdosa besar beliau tidak boleh bertolak ansur lagi, apa lagi bekas isterinya ‘mencabar’ supaya menceraikannya.

Harakahdaily mengambil pendekatan untuk mengetahui penjelasan sebenar berhubung perkara itu dari Yahya, memandangkan kes perceraian mereka telah tersiar dalam media arus perdana pro Umno termasuk media cetak.

Ana pelik la dengan Pak Ya. Ana kenal lama dengan Pak Ya ni. Lama. Sama macam Pak Ya, ana pun ada isteri *kedua orang gomen. Kerja gomen lagi. Pegawai imigresen. Dia sayang gomen. Ana sayang PAS. Atas katil – kami lupa semua. Takkan lah ilmu itu pun Pak Ya tak ada.

Ana cadangkan kawan-kawan, janganlah nak politik semua benda. Kena bawa bertenang. Nikah kahwin ini soal lain. Jangan kecamuk. Kalau kecamuk jadi macam Pak Ya inilah. Hancur.

PAS will field at least 60 per cent new faces as candidates in the coming 13th general election.

Party information chief Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, said the new faces would be 40 per cent from the Youth and 20 per cent from the Muslimat (women) wings.

“However, the final decision on the choice of candidates has not been made yet.

“The list of candidates had been studied by the PAS (Syura) Consultative Council and is now being scrutinised at the party level,” he said when contacted today.

Tuan Ibrahim said PAS would only announce the list of party candidates after parliament had been dissolved.

Asked on the number of parliamentary seats targeted by PAS in the coming general election, Tuan Ibrahim said the party targeted to contest at least 70 seats compared to 60 in the 2008 general election.

“This too has not been finalised as we are still discussing the matter with our partners, DAP and Parti Keadilan Rakyat (PKR),” he said

——

Ana bukannya tak setuju nak tukar orang. Ana setuju. Memang ada tu, WAJIB ditukar pun. Yang sakit ada. Yang ada masalah mengawal syahwat ada. Yang macam nak lompat ada. Yang sudah jadi kawan BN ada. Yang banyak bagi bisnes kepada menantu ada. Yang kaya raya melampau pun ada. Macam-macam ada.

Tapi nak tukar 60 % calon ni, pada ana boleh meletakkan parti dalam masalah. Kita bukannya kuat macam BN dan UMNO. Kita pun banyak masalah dalam parti. Mereka yang ada di bawah pun pandai juga sabotaj parti. Kalau tukar 60 %, ana rasa kita semua memang nak tempah masalah.

Boleh ke kita tukar 60 % calon di Kelantan? Pada ana, belum tentu. 30 % kalau tukar pun kita akan ada masalah. Ulama’ dan calon-calon lama pun masih ada cita-cita dan kemahuan. Kita mungkin kata ini perjuangan, tapi ramai juga antara mereka yang melihat RM dan kedudukan sebagai perkara penting dan utama. Kena ingat tu. Dalam parti kita ni, kita ingat semua orang akan ikut cakap. Belum tentu sheikh.

Ana harap sangat, yang dah tua, tak ada idea, rapat sangat dengan BN, sukarela cakap pada pimpinan tak mahu dicalonkan. Mudah.

PAS berkemungkinan besar akan meletakkan calonnya di P.213 Parlimen Mukah, Sarawak pada pilihan raya umum ke-13.

Untuk tujuan itu, Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat (JPPP) menghantar tiga wakil kawasan pembantu bagi memperkemas jentera di kawasan tersebut bermula 2 hingga 6 Julai lalu.

Mereka terdiri daripada Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad, timbalan Pesuruhjaya Melaka, Bahiki Islamil dan timbalan Pesuruhjaya Pulau Pinang, Rosidi Husain.

Menurut Mohamad Nor, dua orang dilantik sebagai pengarah pilihan raya di Dun Balingian dan Dun Dalat.

“PAS sudah bertemu dengan pimpinan DAP Mukah tapi belum berkesempatan bertemu pimpinan PKR. Tapi akan ada lawatan susulan selepas ini dan kita akan bertemu dengan kedua-dua pemimpin parti ini,” kata beliau kepada harakahdaily hari ini.

P213 MUKAH
Jumlah Pengundi: 22,851
Peratusan Kaum: M: 72% C: 10% I: % B/Sab: % B/Swk: 18% L: %
1. Datuk Seri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad (BN) (10,090) 
2. Hai Merawin @ Bonaventure (Bebas) (3,792)
Majoriti: 6,298
Jumlah undi: 14,403
Peratus mengundi: 63.03%
Undi rosak: 521
Penyandang: Datuk Seri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad (BN)
(Majoriti: 9,178 undi)

Ana bukan nak katalah, tapi pada ana, yang pernah bertugas di Sarawak sewaktu PRN yang lalu, ini adalah aksi hantar nyawa oleh PAS. Pada ana, ini adalah kawasan yang tidak sesuai untuk Pas. Walaupun pengundi adalah 72 % orang Melayu, namun ianya bukan ‘Melayu’ kita. Lain pemikirannya. Leo Michael Toyad nama besar. Kalau dia tanding lagi, mana kita nak cari 6,000 undi untuk lawan dia. Cari penyakit.

Kenapa Baru Bian tak mahu ambil kawasan ini? Sebab dia tahu, kalau PKR tanding pun bungkus. Sebab itu dia offer pada Pas.

Apa perlu jumpa DAP Mukah. DAP pun tak berapa mahu bertanding kawasan ni. Mati berdiri kata DAP.

Ana minta kepimpinan kita kaji sebelum terima kawasan. Kaji betul-betul. Kalau setakat tanding, lepas tu LENGIT (kalah teruk – bahasa orang Johor); buat apa.

Pada ana, menurut pertimbangan rakan-rakan di Sarawak, kerusi Parlimen yang wajar ditandingi oleh Pas adalah Limbang. Lebih mudah untuk dimenangi. Kalau kita lihat tahun 2008 pun, calon PKR hanya kalah 600 undi. Kalau PAS bertanding, dengan cara kempen yang betul, kita boleh menang.

Disinilah kita nak uji sejauh mana DAP akan kerja kuat untuk kita. Kalau kita tanding kawasan Melayu, DAP tidak akan bantu.

P221 LIMBANG (KAWASAN BARU)
Jumlah Pengundi: 20,315
Peratusan Kaum: M: 37% C: 23% I: % B/Sab: % B/Swk: 39% L: %
1. Hasbi Habibollah (BN) (6,427) 
2. Dr. Lau Liak Koi (PKR) (5,751)
Majoriti: 676
Jumlah undi: 12,291
Peratus mengundi: 60.5%
Undi rosak: 113
Penyandang:
(Majoriti: )

Ana dapat banyak sms daripada kalangan rakan-rakan di bawah di PAS Perak; yang meminta ana nyatakan kepada kepimpinan – supaya tidak melampau lampau sangat menerima bekas kakitangan awam ke dalam parti kita. Bukannya apa. Kita kena hati-hati.

Kita takut kalau-kalau mereka ini bawa banyak isu rasuah bersama mereka. Masak kita nak pertahan. Jangan lah sangat-sangat nak ketengahkan mereka sampai orang kita sendiri diketepikan. Kalau individu-individu yang masuk ini semua bersih – kenapa mereka nampak macam takut-takut nak katakan mereka ahli PAS. Puas kena pujuk. Puas kena cerita. Puas kena ajak. Baru nak ikrar mereka sokong PAS.

Antara yang dikatakan bakal menjadi aset, takut-takut jadi liabiliti.

Namun, semalam Bekas Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak, Abdullah Antong Sabri yang dilanda kontroversi semasa insiden rampasan kuasa di Perak bersama-sama dengan PAS.

Beliau dilihat ketika program Hi-tea bersama Ikon Ahli Baru PAS yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Negeri, semalam.

Kehadirannya memeranjatkan hadirin terutama Adun-Adun PAS yang hadir ke program tersebut.

Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut melahirkan rasa kegembiraan dengan kehadirannya.

Tetamu istimewa dalam program tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut dan pimpinan PAS Negeri.

Hadir sama ialah bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan  seperti Bekas Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Adnan Ibrahim, Bekas OCPD Slim River, Haji Abdullah Omar, Bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid, bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Ahmad Zabidi Shamsuddin dan ramai lagi.

Abdullah Antong Sabri – sebagai misal, dikatakan banyak juga kes yang masih belum didedahkan. Banyak kepentingan perniagaan waktu menjawat jawatan. Payah juga kalau didedahkan.

Laman Berikutnya »