Tok Guru Nik Aziz


Ana sudah lapan tahun dalam PAS, tapi beberapa hari ini ada mesyuarat yang ana rasa tak perlu diadakan. Sampai nak menyusun mendapat dividen daripada kematian ini pada ana dah melampau.
Ada puak dalam parti kita yang sudah mula risau dengan kedudukan Pas jika sesuatu berlaku kepada Mursyidul Am. Kes naya kata depa. Mahunya Pas terkebumi sekali dengan Tok Guru.
Pada ana ini kumpulan orang yang tak rasional. Melampau. Sudah mula nak berbisik dan menyuntik semangat syiah di kalangan ahli.
Kata mereka, jenazah tidak perlu dikapan sempurna. Elok nampak muka. Mesti ada acara di Kelantan dan Terengannu.
Biar jutaan umat menyaksikan pahlawan Islam ini pergi. Biar awan lindungkan TG sepanjang perjalanan.
Jenazah Ayatollah dikatakan sampai jatuh ditarik oleh pengikut. Elok kalau dapat divideokan sampai macam itu.
Punyalah ramai, sampai mayat Ayotallah kena dibawa dengan helikopter ke Behest az-Zahra. Kumpulan ini nak perkara macam itu berlaku di Kelantan dan Terengganu.
Pada ana, semua susunan ini agak melampau. Jaga-jaga, jangan sampai kita sudah berlebih-lebih dengan perkara yang tidak wajar.
Advertisements

Masjid Beijing yang diilhamkan bekas Menteri besar, Tuan Guru Datuk Nik  Abdul Aziz Nik Mat yang menonjolkan seni bina Cina pada 2005, dirasmikan Sultan Muhammad V malam tadi.
Masjid berharga RM8.8 juta itu  dinamakan secara rasmi Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, kelihatan dari jauh seperti tokong cina.
Siap dibina pada 2009, kini ia menjadi tumpuan pelancong, memandangkan kedudukannya di pintu masuk dari selatan Thailand.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakub berkata, kewujudan masjid seni bina Cina mencerminkan Islam milik pelbagai kaum dan bukan milik orang Melayu  semata-mata.
“ini sesuai kerana Kelantan dikenali dengan imej  Islam zaman lampau yang bermula daripada sultan-sultan sebagai payung  agama kepada rakyat.

Alhamdulillah, pada ana, ini bukti bahawa kita cakap serupa bikin. 8 juta utk buat masjid. Banyak tu kita belanjakan.
Inilah contoh bahawa kepimpinan hebat dan zuhud TG Nik Aziz, sudah mula dirasai di Kelantan. Rakyat tak boleh pertikai. Kita buat untuk rakyat.

Reply
Forward

nik aziz bersihPresiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta Tuan Guru  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kekal memegang jawatan Pesuruhjaya PAS  negeri Kelantan seperti mana biasa.

Bercakap kepada Harakahdaily  Tuan Guru Abdul Hadi berkata, hasrat itu disampaikannya kepada bekas  Menteri Besar Kelantan itu pada pertemuan dengan TG Nik Aziz sendiri di  JKR 10, pagi tadi.

Menurut Abdul Hadi, perjuangan PAS khususnya di Kelantan masih memerlukan idea serta pandangan dari Tuan Guru Nik Aziz  sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama.

Pertemuan secara tertutup itu turut dihadiri isteri Tuan Guru Abdul Hadi, Toh Puan Seri Zainab.

Pada analah, kalau TG Nik Aziz nak bersara, biarlah dia bersara dengan aman. Tak perlu kacau lagi.

Tak perlu rasanya presiden nak main ayat, kononnya menjaga hati. Kita nak menang Putrajaya PRU14. Mana ada masa nak main ayat kosong begini. Pada ana, dan ramai kawan-kawan di Kelantan, Nik Aziz kena meninggalkan politik sepenuhnya.

Malahan, jika boleh jawatan MURSYIDUL AM pun diserahkan kepada Dato’ Dr Haron Din sekarang. Bukan tunggu…..

Bukannya apa, kita kesian dengan TG. Dah banyak berbakti. Berilah peluang berehat dan menikmati nikmat kekayaan yang ada. Inilah masanya.

Menteri Besar mesti pegang jawatan PESURUHJAYA. Khususnya di Kelantan. Husam dan kumpulannya sedang merancang nak membunuh karier politik Nik Amar. Cerita belakang tabir Exco semua siap nak dilambak. Kalau tak ada MB dan Pesuruhjaya yang tegas, jawabnya…

Kerajaan Negeri Kelantan akan mewujudkan Institut  Pemikiran Tok Guru sebagai usaha kerajaan negeri terus memperkasakan  institusi ulamak di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob  berkata, penubuhan itu juga sebagai satu pengiktirafan kepada jasa Bekas Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Kita juga mahu meraikan serta meletakkan jasa Tok Guru selama ini memimpin Kerajaan Kelantan sejak 1990 sehingga 6 Mei 2013.

“Objektif penubuhan institut ini ialah bagi mempastikan legasi Kepimpinan Ulama  diabadikan dalam institusi selain menjadi rujukan dan pengembangan Dasar Membangun Bersama Islam dan UMI (konsep Ubudiyyah, Mas’uuliyyah dan  Itqaan),” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas  menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan di kediaman  rasmi Menteri Besar, JKR 10, Kg Sireh dekat sini pagi tadi.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata institut itu juga akan menjadi pusat penyelidikan (R&D) bagi pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.

MB baru ini pada ana, masih lagi dalam FASA BODEK DAN KIPAS. Belum masuk gear mentadbir lagi. Kalau itulah benda pertama yang dicadangkan oleh MB, pada ana, kita akan meletakkan pentadbiran Kelantan dalam keadaan sukar.

Institut ini dikatakan akan menjadi think tank Kerajaan Negeri. Nampak sangat MB tidak yakin untuk memimpin.

Ana dimaklumkan, menantu Tok Guru ada juga dicadangkan sebagai CEO kepada institut ini. Jawabnya, jadi program keluarga lah.

Pada ana, yang lebih afdal, untuk MB mencari jalan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi di Kelantan. Itu paling penting. Tengok semula pelaksanaan Projek Lembah Sireh. Majukan semula. Perbaiki bekalan air. Ini pun penting.

Sudah-sudahlah membodek Tok Guru tu. Cukup. Ini masa untuk bekerja, bukan sibuk nak melambung jasa pemimpin yang tak seberapa. Sekadar pandangan ana sahaja. Tak setuju, tak apa.

Bukan main kasar lagi perwakilan UMNO menyanggah, mengutuk, menghina, memaki hamun kalangan pemimpin PAS. Macam-macam isu dikeluarkan. Kononnya, TG Nik Aziz adalah penyesat am, dan bukannya pemberi pedoman kepada PAS.

Ana tak tahu samada yang bercakap ini pernah kenal TG secara peribadi atau tidak. Tapi apa yang berlaku ini adalah suatu yang tidak wajar. Kalangan orang Cina menilai sahaja apa yang kita sesama bangsa lakukan. Pelik. Hangat dengan balas membalas cacian.

TG Nik Aziz adalah lambang pejuang Islam yang zuhud. Kalau ada sikit-sikit isu tanah itu, benda biasa. Semua manusia ada kelemahan. Tak gitu?

STESYEN MINYAK NIK AZIZ BERNILAI RM 1 JUTAStesen Minyak Petronas hak milik Nik Mohd Asri Bin  Nik Aziz (anak Nik Aziz). Asalnya stesen ini diurus oleh Mesra Makmur  Trading yang dimiliki oleh Hood Bin Mohd Isa KP:691119105535. Beliau  berasal dari Selangor bekas pemandu Nik Aziz dan menantu Nik Aziz. Ini adalah isu yang teruk dimainkan oleh pencacai UMNO terhadap Tuan Guru.

Apa lagi? Anak menantu yang kaya raya?

Kita bagi peluang lah anak mamak Pulau Pinang, Mamak Merican, untuk kutuk dan caci Tuan Guru. Kita kena faham, Reezal nak jadi calon Kepala Batas. Lagi kuat dia kutuk tok guru, lagi markah dia naik. Kalau tak kutuk, dia lebur.

Ana cuma nak nasihatkan, jangan awal-awal guna ayat Quran, lepas tu maki hamun. Tak baik bro.

Kuat blogger UMNO yang balun kita sebab ahli PAS kawasan Tok Guru pun masuk UMNO. Apa nak jadi ni? Kita tak jaga orang ka? Dalam pada sedap-sedap kita berdemo pasal FELDA di KL, orang kawasan kita sendiri pulak yang tinggalkan kita. Ini kes berat.

Pada analah, ini semua soal kepimpinan dan kesungguhan kita mempertahan parti. Kita kawan DAP, kita tak sedar, orang kita sendiri pun marah. Kita ikut cakap Nwar, kita tak sedar, orang kita sendiri marah. Masalah sungguh.

Jangan kita lupa kawan-kawan dan orang yang sokong kita selama ini. Bahaya. Menurut laporan blogger UMNO yang ana ambil:-

  • Antara punca mereka memasuki UMNO adalah disebabkan oleh tindakan PAS Pangkalan Chepa yang diketuai oleh MB Nik Aziz dan Nik Amar telah mengabaikan kebajikan penduduk di kawasan kampung Pulau Melaka itu sendiri yang menjadi tempat kediaman MB Kelantan. Malah menurut mereka kepimpinan Nik Aziz tidak mengendahkan kebajikan rakyat dan terus membiarkan rakyat hidup dalam kemiskinan walaupun tinggal hanya beberapa meter dari rumah Nik Aziz.
  • Nik Aziz juga dikatakan lebih mengutamakan rakyat dari luar kawasan termasuk dari negeri lain untuk berjumpa dan mendengar masalah berbanding dari rakyat di kawasan sendiri. Malah Nik Aziz juga sanggup memberi bantuan kewangan kepada peserta BERSIH 3.0 daripada bantuan kepada rakyat miskin di kawasan berkenaan. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat dan menyebabkan penduduk bertindak memasuki UMNO sebagai manifestasi ketidakpuasan hati rakyat.

Kalau ahli di tempat Tok Guru pun dah tinggal kita; payah politik kita nanti ni

“Dia yang cabar saya suruh saya ceraikan dia dengan talak tiga,”ujar Yahya Ibrahim, 82 ketika ditemui di rumah anaknya di Kampung Kubang Badak, dekat sini pagi tadi.

Pada masa yang sama katanya,  bekas isterinya yang juga penyokong tegar Umno, Che Hasnah Che Ahmad, 61, bukan sahaja menolak perjuangan PAS, sebaliknya menghina Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jelasnya, sepanjang 14 tahun perkahwinan keduanya dengan Che Hasnah selepas kematian isterinya, beliau tidak pernah berselisih faham dengan bekas isterinya.

Bagaimanapun, penghinaan terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, di samping menuduh mengundi PAS berdosa besar beliau tidak boleh bertolak ansur lagi, apa lagi bekas isterinya ‘mencabar’ supaya menceraikannya.

Harakahdaily mengambil pendekatan untuk mengetahui penjelasan sebenar berhubung perkara itu dari Yahya, memandangkan kes perceraian mereka telah tersiar dalam media arus perdana pro Umno termasuk media cetak.

Ana pelik la dengan Pak Ya. Ana kenal lama dengan Pak Ya ni. Lama. Sama macam Pak Ya, ana pun ada isteri *kedua orang gomen. Kerja gomen lagi. Pegawai imigresen. Dia sayang gomen. Ana sayang PAS. Atas katil – kami lupa semua. Takkan lah ilmu itu pun Pak Ya tak ada.

Ana cadangkan kawan-kawan, janganlah nak politik semua benda. Kena bawa bertenang. Nikah kahwin ini soal lain. Jangan kecamuk. Kalau kecamuk jadi macam Pak Ya inilah. Hancur.

Laman Berikutnya »