Februari 2013


ir amiruddinAhli majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Ir Amiruddin  Hamzah menjelaskan bahawa hutang kerajaan negeri Kedah terhadap  Pusat sejak Mac 2008 ialah untuk tujuan pembesaran Taman Berteknologi  Tinggi Kulim (KHTP) dan pengurusan bekalan air terawat untuk rakyat.

Maknanya, hutang dibuat bukan untuk projek mewah, hiburan atau  membeli cincin dan beg tangan isteri pemimpin negeri. Ia betul-betul  untuk faedah rakyat.

Menurut Amiruddin, hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu  pada 2 Mac 2008 ialah sebanyak RM2,095,556,334.17. Pertambahan hutang  selepas itu sehingga kini adalah sebanyak RM500 juta.

Kira-kira RM260 juta adalah hutang berkaitan KHTP, antaranya untuk  membesarkan KHTP fasa 4, setelah tiga fasa sedia ada tidak dapat  menampung permintaan tinggi pelaburan masuk, khususnya dari negara luar.

Dalam masa lima tahun pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat jumlah  pelaburan masuk ke KHTP adalah sebanyak RM10.8 billion manakala kalau  nak dibandingkan lima tahun pertama pelaburan masuk di zaman BN cuma  RM4.7 billion, sudah tentu memerlukan suntikan dana lebih besar.  Maknanya pertambahan lebih pesat pelabur berlaku di zaman Pakatan  sehingga memaksa KHTP dibesarkan. Untuk membesarkannya terpaksa pinjam  duit dari Pusat.

Ana ingat sangat, KHTP ini idea Tun Dr Mahathir. Bukan idea kita pun. Sebab itu, ana tak heran kalau MB Kedah respek dengan Tun Mahathir. Kalau tak ada KHTP, ana rasa, kita dah lama lari malam nak urus negeri macam Kedah ni. Miskin. Kedana.

Sebab itu, pada ana, isu hutang kita di Kedah ni, perlu penjelasan yang elok-elok. Jangan nak permainkan persoalan orang. Kita beritahu situasi yang sebenar. Bukan ambil mudah sahaja.

Pada ana, untuk tempoh menjelang PRU ini, IR AMIRUDDIN adalah orang terbaik untuk diberikan mandat untuk menjawab semua isu-isu ini. Wajah tampan. Bercakap pandai. Nampak profesional. Ini penting, supaya orang kampung boleh percaya. MB yang dok ada, depa kata, cakap dah macam Ketua Kampung atau Pengerusi JKKK. Tak sedap.

Advertisements

haji hadi3“Cerita BR1M ini bukan cerita baru. Al-Quran sudah menceritakan lebih lima enam ribu tahun yang lalu, Firaun telah (agih) BR1M,” katanya  sambil diringi gelak ketawa perwakilan di Pusat Konvensyen Shah Alam.
Beliau menceritakan bahawa Nabi Musa pada awalnya meminta Allah menjelaskan mengapa Firaun diberi kekayaan yang banyak.

“Nabi Musa berdoa wahai Tuhan kami, mengapa engkau beri kepada Firaun,  kekayaan yang melimpah ruah. Dengan kekayaan itu, digunakan untuk  menyesatkan rakyat bukan untuk membela rakyat,” katanya.
Seterusnya, beliau menceritakan pula mengenai keangkuhan Firaun yang mendakwa  berkuasa untuk memberi nikmat kepada rakyat berkenaan.

“Firaun  telah mengarahkan rakyat Mesir, dikumpul beramai-ramai, dan Firaun  berucap. Tidakkah aku menjadi pemerintah berkuasa di Mesir ini?

“Sungai-sungai yang mengalir di kampung-kampung, ini adalah projek aku. Di bawah penguasaan aku.
“Aku (Firaun) yang bagi. Satu lagi projek aku (Firaun). Al-Quran berkata  maka Firaun menjadikan rakyat ringan (meremehkan) akal dan membodohkan  rakyat,” katanya diiringi ketawa yang menggamatkan dewan konvensyen.
Ana puji melambung ucapan Haji Hadi dalam perasmian MANIFESTO semalam. Hebat. Memang ada gaya PM Malaysia. Berani. Tegas. Inilah yang kita ahli-ahli Pas tunggu selama ini. Bukannya Presiden yang macam lemau dan tak cukup makan. Ini baru ada kick.
Lepas Mursyidul Am kata mengenai haiwan – Presiden UP lagi dengan isu Firaun. Barulah ada gandingan mantap.
Ini strategi yang tepat. Pas mesti berani terus berkasar dengan isu. Jangan ambil mudah. Kalau perlu berkasar dengan Tuanku pun, kita patut buat. Sebab Tuanku pun kuat sangat sokong depa. Kali ini kita tunjuk sikit kehebatan Pas.

Manifesto-PR-Pilihanraya-2013Ana hadir lewat sedikit ke Shah Alam pagi tadi. Bila lewat, banyak benda ana tak dapat cover. Sudahnya minum dekat Concorde dengan ramai kawan-kawan pimpinan Pas yang hadir. Mereka senyum sahaja. Tapi nampak nada macam tak puas hati.

Menurut seorang pimpinan Pas, manifesto yang diluncurkan pagi tadi kurang ummph. Bab Islam dan Pas memang kurang. Nampak sangat, kata dia, bahawa Pas ada share yang paling minimum dalam manifesto tersebut. Dia kemudian tunjukkan kepada ana beberapa perkara yang dia rasakan tidak memberi keuntungan kepada Pas.

Mukasurat 12

– Menghayati kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, menjamin gak kebebasan beragama

1. ramai di kalangan jemaah Pas yang hadir hari ini merasakan topik ini terlalu umum. Tak ada cadangan yang lebih baik. Tak ada komitmen yang lebih jitu untuk memartabatkan Islam.
2. kelemahan ini pastinya akan digunakan oleh UMNO untuk menidakkan suara Pas dalam menyediakan manifesto PR ini.

Mukasurat 31

– Reformasi Institusi Islam dan Keagamaan.

1. Pengurusan institusi Islam dikuatkan dengan peruntukan yang lebih tinggi
2. Menambah nilai tanah wakaf
3. Meningkatkan imej
4. Meningkatkan dana Tabung Haji
5. Menjamin hak kebebasan beragama.

# dalam topik ini pun nampak kita macam tak komited dengan perjuangan Islam
# mana agenda Negara Berkebajikan yang dikemukakan Pas?
# kalau DAP boleh diberikan keutamaan, kenapa kita tidak? DAP cadangkan pemansuhan tol – diterima dan disebut dalam manifesto. Mana cadangan-cadangan Pas, khususnya dalam menambah jumlah sekolah agama dan sebagainya?

Nampak sangat manifesto pun mereka kurang ambil berat soal Islam dan Pas. Masalah ni.

lori pas Trailer Merdeka Rakyat to N.SembilanPAS akan memulakan Program Jelajah Negara Berkebajikan mulai esok  apabila treler yang digunakan bagi program tersebut telah siap  sepenuhnya.

Penyerahan jentera Jelajah Negara Berkebajikan itu akan dilakukan  oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat  Agung PAS, jam 1 petang esok.

Treler berkenaan akan singgah berhampiran plaza tol Jelapang, Perak  kira-kira jam 5.00 petang sebelum meneruskan perjalanan ke Kedah.

PAS melalui progam Jelajah Negara Berkebajikan akan memulakan program sulung, hi-tea di Kubur Panjang, Pendang, Kedah pada 22 Februari,  bermula jam 4 petang bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan  bekas pelakon Abby Abadi.

Menurut seorang teman ana di ibupejabat, trailer yang diberikan kepada Pas ini ditaja sepenuhnya oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan PKR. Ana ucap terima kasih banyak. Barulah sama naik, pas dan pkr. Tidaklah kita asyik pakai cara lama sahaja. Pasang pembesar suara sahaja. Kali ini, kita ada pentas sendiri.

Semasa ana sms teman ana dalam PKR, dia kata – trailer Pas tak banyak kurang daripada trailer PKR/DSAI. Cuma bas sahaja yang dia orang tak boleh bagi. Setakat trailer, tak ada masalah. Memang mereka tempah khas, sepertimana yang dibuat oleh Erdogan di Turki.

Pada ana, tak kisahlah PKR ambil mana pun. Turki ke. Syria ke. Tel Aviv ke. Janji Pas nampak cerdik dan canggih sedikit berbanding cara lama.

Ini baru petanda sahabat sejati. Sebagai parti yang paling kedana berbanding rakan lain, kita terima sahaja apa bantuan yang diberikan. Kita tak kisah. Asalkan untuk tujuan kemenangan politik.

Bagi pihak ahli Pas di bawah, ana ucap terima kasih kepada DSAI. Memang sahabat sejati. Kala senang dan susah.

paskelantanAna baca Sinar Harian pagi ini dengan hati yang berbunga. Lega. Bukannya apa, sebagai parti Islam, agaknya kita ni terlalu mudah nak beri peluang pada orang. Kantoi zina. Kahwin di seberang. Tak beri khidmat. Kaki bisnes. Kacau bini orang. Tak turun masjid. Tak hirau orang. Tukar kereta 6 kali setahun. Kaya raya bagai nak rak. Ada Porsche. Semua ini antara penyakit di kalangan YB kita.

Ana puji dan seronok kalau Majlis Syura benar-benar mahu kaji semula calon PAS kali ini. Memang patut pun. Kita tak boleh nak beri peluang orang yang lemah, bertanding dan mewakili parti berkali-kali.

Tapi biasalah, kalau dalam keadaan macam ini, mulalah strategi nak menangi hati pemimpin. Pada mereka, kunci sebenar untuk jadi calon PAS ada dua sahaja:-

1. Dapat restu Mursyidul Am.
2. Dapat restu MB Kelantan.

Hahaha. Memang lah orang sama. Tapi itulah yang selalu bermain di bibir orang-orang bercita tinggi dalam parti kita. Kalau dapat clearance Mursyidul Am, insya’Allah – lepaslah. Begitu powernya kuasa restu pemimpin kita ini.

Pada ana, tidak ada salahnya. Seorang yang pernah melalui proses sama tahun lalu berkongsi cerita dengan ana, Tok Guru boleh terus tahu samada calon itu sesuai atau tidak. Kuasa tilikan mungkin.

Blogger pakar kita, Mohd Sayuti Omar sudah memulakan – seramai 17 orang ADUN Pas yang patut digugurkan. Pada dia 17. Kalau ikut senarai ana dan kawan-kawan, ada 45 orang ADUN/YB Pas yang patut ditukarkan. Semuanya ada masalah.

Pengguguran paling aula’ dan utama sudah pastinya MB Kedah. Lemah.

Harimau Selatan pasdap“Saya pasti kita dapat melumpuhkan Barisan Nasional (BN) di Johor,  setakat malam ini PR akan dapat menumbangkan BN di 12 kerusi parlimen.

“Saya tidak mahu cakap besar kalau PR dapat memerintah Johor ia  merupakan bonus kepada kita, yang pasti 12 kerusi dapat kita tawan,”  ucap beliau di hadapan 1,000 orang yang hadir.

Salahuddin  memberitahu jika beliau mementingkan kedudukan dan pendapatan bulanan   setiap bulan, beliau boleh untuk terus mempertahankan kerusi di Kubang  Kerian.

Namun, ujarnya demi untuk mengembalikan kesejahteraan rakyat Johor perkara tersebut dikorbankan semuanya.

“Saya boleh minta untuk kekal di Kubang Kerian kalau saya mahu mendapat balik elaun dan gaji saya.

12 kerusi Parlimen di Johor – yang patut ditanyakan dengan lebih lanjut; berapa KERUSI PAS?

Ana malas nak cerita, kalau 12 kerusi Parlimen – 6 milik DAP; 6 milik PKR – apa kebaikannya kepada PAS? Kita tumpuang sorak sahaja?

Jangan kecil hati kawan-kawan, ana cakap ini berasaskan fakta. Kita tanding di 10 kawasan Parlimen. Kalah semua pada 2008. Apa jaminan kita menang kali ini? Baik, kalau ikut sukatan politik semasa, Salahuddin mungkin menang. Yang lain?

Kita jangan lupa dengan DAP, kali ini mereka nak menang semua. Dulu tanding 6, menang 1. Ada juga menang. Tapi kalau undi cina naik hantu kali ini, tak dibaginya pada PR; tak mati kita?

Sebab itu ana rasa, Salahuddin jangan cakap terlalu besar di Johor. Kena tenang-tenang. Orang Johor ni, kalau cakap besar, memang dia orang tak suka. Bodoh sombong.

p/s: ana cadang PAS segera buat logo Pas pada logo Harimau Selatan ni. Letak lah gambar Bulan dalam mulut rimau tu ke. Menarik orang muda benda ni. Cuba buat dulu.

HADI2(1)Ana kadang-kadang cukup kecewa dengan Presiden parti kita ini. Bukannya apa, kita sudah nak masuk dalam fasa terakhir PRU, tapi Presiden masih lagi main-main dan suka buat kenyataan yang tidak mendatangkan keuntungan kepada parti. Menyedihkan.

Sebagai orang lama dalam parti, Presiden sepatutnya mempunyai strategi yang lebih kemas dan terancang. Jangan terpedaya dengan pertanyaan akhbar utama ni. Mesti ada pendirian.

Sedang Anwar sibuk pusing seluruh alam Malaysia nak cari undi, Presiden kita dengan mudah sahaja nak keluar daripada Pakatan. Pada ana ini langkah yang ke belakang. Bukannya ke hadapan.

Ramai kalangan ahli dan jamaah mengatakan, Presiden tidak bertindak dan berfikir sebagai Presiden lagi. Macam dah hilang taring. Buat kenyataan syok sendiri. Di kalangan ahli Pas sendiri mula mengakui, bahawa Presiden sudah hilang minat. Di Terengganu sekalipun, Presiden sudah tidak ada gigitan politik. Sudah tumpul.

Dalam fasa terakhir masuk ke pilihanraya ini, tak perlulah agaknya Presiden main politik kurang matang. Mesti ada tulang belakang sedikit. Sikit-sikit nak merajuk dan tarik diri ini permainan politik pondan. Orang dah tak pakai stail ini. Kalau lawan, mesti lawan sungguh-sungguh. Jangan bagi chance.

Ana sendiri boleh jamin, kalau sekarang kita keluar Pakatan – PAS tak mampu menang lebih daripada 5 kerusi Parlimen. Kalah Kelantan dan Kedah sekaligus. Ana dah nampak malapetaka kalau kita tinggalkan Anwar.

Laman Berikutnya »