Jun 2015


Ana puji dan sanjung kesungguhan Dewan Ulamak yang sudah mula menunjukkan taring, turun ke Bangunan MARA dan meminta siasatan menyeluruh dilakukan terhadap skandal pembelian Dudley House di Australia.
Memang ini pun yang kita tuntut dan mahukan, Dewan Ulamak yang tidak sahaja duduk di tikar sembahyang, beriktikaf sepanjang masa. Dewan Ulamak mesti turun bersama ke dalam masyarakat. Jadi pejuang.
Sayangnya, bila Dewan Ulamak jadi pendekar, nampak pulak Pemuda kita semakin layu dan lembah lembut. Nampak pulak Ketua Pemuda kita yang senyum syahdu dan tidak berbuat apa-apa.
Ana nak ingatkan Pemuda Pas, mereka berdepan dengan puak syabab Pemuda UMNO yang gunakan duit pada setiap masa. Mereka beli undi rakyat. Perjuangan mereka tidak utuh. Ada duit hiduplah mereka. Tak ada duit. Jammed.
Kita kena tengok struktur politik Iran yang aktif membenarkan kumpulan Ulama’ menjadi pemimpin sebenar dalam masyarakat mereka. Bukan sekadar bagi pandangan, tapi jadi kumpulan pendesak.
Pada ana, ini perkembangan yang sangat positif. Ana rasa kalau terus dilakukan, termasuk dalam isu 1MDB dan PetroSaudi, lebih baik. Kalau boleh Dewan Ulamak hantar satu memorandum kepada PetroSaudi, minta mereka jelaskan hubungan mereka dengan 1MDB.
Dewan Ulamak Pas kena main antarabangsa sekarang ni. Jangan simpan kuku.
Advertisements
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/36144-idea-mukhriz-tidak-realistik-tak-dapat-sokongan-pusat
Ana setuju sangat dengan pandangan Pas Kedah bahawa kepimpinan Mukhriz Tun Mahathir ini adalah tempoh yang sangat teruk, buruk dan lemah di negeri Kedah. Tak nampak apa pun yang dibuatnya.
Kalau setakat buat potret ayah sendiri belakang kedai, itu bukan pembaharuan. Itu namanya langkah terdesak. Tak ada jalan lain. Nak nyatakan sokongan takut hilang jawatan. Cat poster. Senang. Tak jadi isu.
Apa sahaja yang jadi di negeri Kedah? Ada yang jadi? Semuanya macam biasa sahaja. Airport pun tak jadi di Kulim. Kerajaan syok sendiri.
Ana dimaklumkan, kalangan Ketua-Ketua Bahagian UMNO pun anggap dia pemimpin lemau dan lemah. Tak ada kejantanan. Mereka depan sahaja angguk. Belakang mereka balun cukup-cukup.
Apa Najib ingat kalau bagi nyawa 18 bulan kepada pemimpin umno sedia ada, dia jadi kuat?
Ana tak tahu negeri lain, tapi kalau Kedah kekal dengan Mukhriz selama 18 bulan lagi – ana rasa kita akan dapat Kerajaan yang hidup segan, mati tak mau.
Ana minta Pas Kedah buat gerakan lebih mantap nak tawan negeri Kedah. Kita cuba sehabis baik. Ana yakin, kalau kena gaya, kita akan menang kali ini. Ada kawan ana, orang BTN Kedah pun beritahu ana, akan datang Pas akan jadi kerajaan balik lah. MB la…apa pun tak boleh. Itu kata Pegawai BTN. Ana nak cakap apa lagi…
Gila babi mereka ni. Sekarang ni semua salah mamak. Masalah sosial pun kononnya disebabkan mamak. Mamak buka 24 jam, maka berlakulah segala macam onar dalam masyarakat kita terutama di kota raya.
Kita nak beritahu lah, selain mamak, banyak lagi tempat yang perlu ditutup, sita atau dirosakkan. Bukan kedai mamak.
Di KL ni, berapa banyak kelab malam yang menjadi tempat anak cucu orang UMNO bergentayangan dengan air setan. Berapa banyak? Itu tak mahu pulak mereka tutup dan serbu. Mana pergi lebai mufti semua? Takut elaun kena tarik?
Ada tak tahu banyak, tapi antara yang terkenal:-
Zouk
Gravity
Providence Club
Play Club (Bandar Utama)
Frangipani
Rootz
Marini on 57
Sky Bar
Luna Bar
Mai Bar (Aloft Sentral)
Pada ana, tempat-tempat di atas ini lebih buruk berbanding 2,950 kedai mamak di seluruh negara. Kesian PRESMA kena pertahankan kedai mereka.
Tutuplah sekali dengan bar-bar ini? Amacam? Berani?
Sudahlah, berlakon konon baik sangat nak jaga masalah sosial. Lain jadi punca, lain pulak dikejarnya.
Ana cadang para Menteri UMNO tutup dulu kelab-kelab malam. Baru nanti mereka heran sebab anak dara mereka semua balik rumah awal.
Cakap macam orang tak ada akal. Ikut suka.
Kebanyakan kedai mamak atau ‘mapley’ di Malaysia yang beroperasi selama 24 jam memudahkan orang ramai untuk berkunjung dan menikmati makanan tanpa mengira masa.

Ternyata berbeza pula pendapat yang dikumpulkan dari media sosial. Netizen merasakan langkah itu tidak tepat kerana restoran yang beroperasi 24 jam seperti kedai mamak bukanlah punca gejala sosial menular.

Kalau dah satu kumpulan paling hebat dan kononnya berwibawa, maka pun mesti mah sedap dan ada kaitan. G18, lebih kurang nama diberi, katanya diberi atas sebab GLOCK 18, senjata yang digunakan untuk menembak dengan tepat dan berkesan.
Glock 18 (G18) ini memang ditempah khas oleh Polis Austria. Kononnya untuk kerja-kerja anti pengganas. Memang ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.
Sekarang ini dalam parti kita pun ada kumpulan sama. G18. Kumpulan Glock 18. Atau lebih tepat Gelojoh 18.
Kepada kumpulan ini, mereka sahajalah yang layak memimpin parti. Orang lain tahap macai dan angkat bendera sahaja. Mereka paling power dan dihormati.
Kumpulan begini memang tak membantu parti dan negara sekalipun. Yang penting kepada mereka, ada masyuk dan jawatan. Yang penting mereka boleh terus cari makan. Orang lain, boleh terus jadi macai.
Pada ana, apa yang berlaku ini ada hikmahnya. Kita nampak musuh dan senjata mereka. Kita nampak niat dan kemahuan mereka.
“Sesiapa pun seorang lelaki yg diangkat menjadi pemimpin atas sepuluh orang,sedangkan diantara yg sepuluh itu ada orang yg lebih baik dari orang yg diangkat menjadi pemimpin itu,maka dia telah menipu Allah,Rasul-Nya dan jemaah orang muslim”

Bekas naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata keputusan sama ada menerima atau menolak pelantikan sebagai ahli jawatankuasa PAS pusat adalah “perhitungan hidup mati karier beliau dalam PAS.

Menurutnya, beliau masih belum menjawab secara rasmi “tetapi beberapa jam yang lalu, telah riuh rendah di media baru tentang berita perlantikan saya sebagai AJK Pusat.”

“Ada yang memberi nasihat dan memujuk. Ada yang memberi amaran dan ancaman memutuskan persahabatan,” katanya dalam catatan di Facebook semalam, sambil menambah beliau “tak boleh marah-marah”

“Itulah asam garam dunia politik yang saya telah pilih dengan jiwa raga saya.

“Kesian saya. Sudahlah sebelum Muktamar ditohmah fitnah , dah kalah pun kena belasah lagi,” tegasnya.

Dalam catatan itu, beliau berkata pejabat agung PAS telah menyerahkan surat rasmi perlantikannya sebagai AJK PAS pusat.

“Bermakna bermula lagi satu episod dalam kehidupan saya untuk membuat satu keputusan penting.

——

Ada yang tak kena dengan adab kita dalam politik. Sampai begitu sekali mantan Naib Presiden diugut oleh rakan-rakan dalam Pas. Kita agaknya dah lupa bahawa kita bukan sekadar berpolitik, tetapi berjamaah.

Pada ana, Salahuddin kena fikir panjang. Ini bukan soal hidup mati karier politik. Ini soal adab berjamaah. Kenapa waktu orang lain tewas jawatan Timbalan Presiden, tidak ada usaha nak robohkan parti.

Tapi bila kena seorang ini, bagai nak runtuh parti dibuatnya.

Ana suka Salahuddin. Ana undi dia pun sebenarnya. Tapi sayanglah kalau dia tolak jawatan kerana ugutan sesetengah pihak.

Saidina Khalid al Walid r.a merupakan seorang tokoh hebat dalam medan peperangan dan telahpun dilantik sebagai Panglima Perang sebelum zaman pemerintahan Saidina Umar al Khattab. Sememangnya kepercayaan masyarakat Islam pada waktu tersebut amat tinggi terhadap kebolehan dan kehebatan Saidina Khalid al Walid r.a.

Namun apa yang memeranjatkan, setelah takhta khalifah diwariskan kepada Saidina Umar al Khattab r.a, beliau bertindak memecat Saidina Khalid al Walid dengan menggantikan Abu Ubaidah r.a untuk jawatan tersebut. Tindakan ini amat mengecewakan kebanyakan orang ramai dan menimbulkan perasaan tidak puas hati.

Walau bagaimanapun, Saidina Khalid al Walid r.a menerima keputusan tersebut dengan tenang dan berterusan taat terhadap kepimpinan Saidina Umar al Khattab r.a.

Ana puji langkah pimpinan Pas pusat yang dengan senang hati melantik beberapa orang kalangan puak progresif, anwarinas, liberal ke dalam AJK Pas Pusat. Pada ana, ini memang satu petanda kepimpinan ulama’ tidak menyisihkan mana-mana pihak.
Ana juga setuju, beberapa nama besar puak Anwarinas ditinggalkan terus. Mat Sabu, Dr Hatta, Khalid Samad – pada ana kumpulan Anwarinas totok yang tak perlu diberikan ruang waima seinci sekalipun. Yang dijemput ini pada ana, agak ok dan wajar diberikan tempat.
Mahfuz, contohnya, memang seorang yang vokal dan ada disiplin parti yang tinggi. Cakaplah apa pun pasal dia, jiwa Pas masih tegap.
Lagipun, kalau Mahfuz tak ada, ana rasa peranan YB kita di Parlimen akan jadi lemah. Dia seorang yang berani berdepan dengan Speaker dan BN. Cakap dan sindir dia pun pedas.
Mahfuz tak ada dalam grup Hawaii-Five O. Independent. Itu yang bagus.
Salahuddin, pada ana tak bernasib baik. Kalau kita menang Johor hari tu, sah dia jadi MB kita di Johor. Selesai masalah. Tapi soalnya asal tanding, kalah. Asal tanding, kalah. Letih juga.
Cuma ana tengok pelantikan Ketua Penerangan itu tak berapa padu lah. Macam ada kelemahan sedikit. Tak maju. Itu kena tengok balik lah.
Ini bukan ayat orang lain, ini ayat mantan Ketua Penerangan kita, YB Mahfuz Omar. Ana cukup pelik, waktu dalam jawatan, ayat bijak dan pandai ini tak keluar. Bila tak ada jawatan, baru keluar ayat yang macam-macam dan  baik ini.
Ana setuju dengan YB Mahfuz, kita masuk ke PRU13 sebagai satu pasukan. Pasukan PR. Kita bentang manifesto sebagai satu pasukan, PR. Kita turun yakinkan rakyat sebagai satu pasukan, PR.
Tetapi bila DAP komunis celupar kata PR sudah mati, apakah kita nak duduk diam dan tengok sahaja.
MB Selangor, bak kata Mahfuz mesti buat keputusan. Nak kahwin dengan DAP, atau nak kahwin dengan Pas? Tak boleh poligami.
Ini bukan cerita Abg Kus dalam Seniman Bujang Lapok. Abang Kus dapat dua-dua. Azmin jangan jadi Abang Kus. Kena pilih satu.
Kita kena hentikan segala hipokrasi ini.
Samada MB pilih, atau rakyat yang pilih.
Ana yakin benar, dalam keadaan sekarang, kalau pilihanraya balik pun Pas akan menang semua kawasan sedia ada. Silap-silap menang beberapa kawasan lagi.
Yang ana nampak kawasan yang kita boleh menang:-
– Sg Air Tawar
– Sg Panjang
– Hulu Bernam
– Batang Kali
– Jeram
Kalau kita menang semua ini, kita akan ada 20 seats. Baru mantap.

Laman Berikutnya »