September 2012


Dalam pada kita menunggu nak membalun, membelasah, menjijikkan Bajet 2013 kera-jaan yang ada hari ini, ana nak minta sangat – minta sangat-sangat kawan dalam DAP untuk tidak terus menerus menekan, membalun usahawan Melayu semata-mata. Ana katakan begini, sebab ana dah dapat sms/email maklum balas oleh kawan-kawan di bawah, serangan demi serangan DAP terhadap Syed Mukhtar al-Bukhary ini tidak akan menguntungkan politik PAS.
Ana fikir, betul juga. Syed Mukhtar ini usahawan yang sangat terbuka dan sanggup duduk dengan sesiapa sahaja. Tak kira parti mana. Malahan, ada kawan-kawan di Kedah beritahu, Syed Mukhtar ada juga bantu program rakyat di Kedah. Program PAS dia memang tak campur. Tapi kalau Kerajaan Kedah yang minta, insya’Allah dia sedia membantu.
Sebab itu bila DAP gila-gila nak serang Syed Mukhtar, orang Melayu (tak kira dalam PAS atau UMNO) akan rasa tak selesa. Bukan kecil hati. Tak selesa.
Bukan apa, seorang teman dalam bidang perbankan, beritahu ana, sebenarnya hutang terbesar kalangan usahawan di Malaysia adalah milik usahawan Cina – YTL. Yeoh Tiong Lay ke apa nama dia. Memang hebat. Berniaga sampai ke England. Tapi, sebenarnya, kalau ikutkan hutang – ‘private debt’ ke apa orang panggil; jauh lebih besar daripada Syed Mukhtar. Kenapa Abang Tony Pua kita tak mainkan isu ini? Nak serang usahawan melayu sahaja? Kenapa tak sebut usahawan Cina?
Pada ana, kat sini DAP kena adil lah sedikit. Nak serang pun, biar serang keliling. Bukan main pilih-pilih. Kalau pilih ini nampak sangat kita masih terbeban dengan politik perkauman.
YTL ini bukan kecik-kecik anak punya usahawan. Bapok besor – kata orang Terengganu.
Antara kepentingan YTL:-

  • YTL Power Services
  • YTL Communications (dapat projek berbilion di kementerian pelajaran – tak ada pulak Tony Pua balun???)
  • Electranet Private Lty
  • Wessex Water
  • PowerSeraya Limited
  • ERL
  • YTL Cement Berhad
  • Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay
  • YTL Land & Development
  • YTL Hotels
  • YTL Corporation Berhad Group
  • YTL SV Carbon

Banyak lagilah. Ana pun penat nak tulis. Di sebalik semua kepentingan ini, YTL dikatakan mempunyai jumlah HUTANG keseluruhan berbilion-bilion. Ada yang kata hampir sampai RM14b. Tapi satu haram benda pun DAP tak serang. Bila kena kat Syed Mukhtar, semua benda DAP nak ungkit.

Pada ana, kita, PR kena strategik sedikit dalam membawa isu. Jangan main belasah. Kalau nak belasah, kena belasah semua. Ini tidak, DAP bantai syarikat Melayu, tapi syarikat Cina dia tak bising. Melayu dapat projek, DAP balun. Cina dapat projek? Senyap? Apa punya game politik ni?

Sebab itu ana kata, DAP ini masih belum hilang anti-Melayu nya. Masih buat perangai lama. Suruh kita transform jadi parti yang terbuka – tapi mereka masih lagi pegang politik zaman lama. Macamana tu?

Ana hadir juga semalam di majlis pembentangan bajet bayang-bayang Pakatan Rakyat. Ana tengok, penglibatan kita, orang Pas sangat minimum. Yang ramai, orang Pkr dan DAP. Ana pun tak tahu apa sebab. Tapi pada ana, benda yang sebesar dan sepenting ini, janganlah nak pinggirkan Pas. Tak seronok begitu.
Sudahlah ana dan 4 orang kawan lain nak masuk kena tanya macam-macam soalan. Daripada mana? Siapa suruh datang? Senarai tetamu hanya diluluskan oleh HQ PKR. Tak boleh ada orang lain. Ana terus tunjuk kad ana. Baru dia bagi masuk. Mangkuk. Perasan bagus.
Pada ana, tak kisahlah kita nak kata apapun, tapi bajet kita kali ini akan jadi sangat penting untuk PRU. Sangat penting. Salah buat, hancur kita.
Jadi pada ana secara peribadi, ini semua bajet PKR dan DAP. Bukan bajet kita.
Mana peruntukan untuk sekolah agama. Apa janji kita pada sekolah pondok? Apa jaminan Islam akan ditegakkan? Itu semua tak disebut dalam bajet. Ana kecewa. Patut Anwar kena umum juga peruntukan khas untuk pendidikan Negara Islam. Barulah ada makna. Berilah sikit muka pada Pas.
Yang ok sikit, PetroKelantan. Bab itu ana suka. Lebih baik lagi, kalau kita letak menantu kepimpinan kita sebagai CEO. Lengkap.
Tapi secara keseluruhannya, pada ana, bajet yang Anwar bentangkan semalam tak akan buat kita menang pilihanraya. Lemah. Tak ada daya saing.
Tapi pemimpin kita cepat sangat puji.

BELANJAWAN PR 2013 KE ARAH NEGARA BERKEBAJIKAN

11 Dzu al-Qa’idah 1433 bersamaan 27 September 2012

Dewan Pemuda PAS Malaysia mengalu-alukan pembentangan Belanjawan  PR 2013  yang bertemakan “Ekonomi Rakyat Negara Berkat”. Ianya dengan  tepat  memberi penekanan kepada tiga agenda memacu kebajikan rakyat;

a] meningkatkan pendapatan sebenar rakyat dan mengurangkan tekanan kos sara hidup,

b] membina kumpulan rakyat berkeusahawanan dengan daya saing kompetitif dan

c] mendaya masyarakat untuk mencapai keadilan dengan kemuliaan dan rasa penuh bangga.

Belanjawan PR ini menjadi satu lagi  bukti kemampuan Pakatan Rakyat  di dalam merangka strategi alternatif  ekonomi nasional  yang amat  relevan untuk diangkat sebagai tawaran yang membawa pembaharuan sebenar  untuk Malaysia.

Kelak UMNO-BN dan pengampu-pengampu  mereka tidak boleh lagi  berhujah bahawa Pakatan Rakyat cuma pandai  beretorik dan membuat omongan  kosong kerana Belanjawan PR ini buat  kesekian kalinya telah menjelaskan  tawaran kita secara objektif,  profesional dan bijaksana tanpa bersikap  apologetik terhadap cabaran  ekonomi yang seolah-olah cuba disembunyikan  oleh pemerintah.

Keputusan pilihan raya kampus bagi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  menyaksikan kumpulan pro-M yang dikenali sebagai Gerakan Mahasiswa UKM  (GMUKM) kekal menguasai kampus itu. GMUKM menang di 19 kerusi berbanding kumpulan pro-Aspirasi yang hanya menang lapan kerusi. Calon bebas turut memenangi satu kerusi pada pilihan raya kampus itu kali ini.
GMUKM meletakkan calon mereka di 28 kerusi iaitu sembilan kerusi umum manakala 19 lagi di fakulti. Kemenangan majoriti itu sekaligus mengekalkan penguasaan Pro-M di kampus itu. Pada pilihan raya kampus tahun lalu, GMUKM menang 23 kerusi.
Jujur ana kata, apa yang berlaku ketika ini menyaksikan kemerosotan sokongan kepada kita. Ini kalau ana buat analisa jujur. Ana turun ke UIA. Ana turun ke UM. Ana turun ke UKM. Ana nak rasa apa sebenarnya yang anak muda kita cakap dan rasai.
Ana boleh buat beberapa kesimpulan umum, ini analisa tak hebat macam UMCEDEL:-

  • Mahasiswa melihat PAS sebagai parti yang kurang visi. Tak ada pemimpin yang boleh dijadikan IKON.
  • Mereka suka dengan Anwar, tapi tidak percaya seratus peratus. Anwar terlalu rapat dengan DAP, berbanding PAS.
  • Kita masih lagi guna cadre cara lama. Tak berkembang.
  • Kekurangan dana untuk PRK. PKR lebih kelihatan membantu dalam kewangan. Mana pergi kepimpinan tertinggi PAS?
  • Najib semakin mampu menarik minat orang muda;
  • Kalangan pensyarah juga semakin kuat menyokong kerajaan.
  • Pakatan Rakyat tidak menyerlah merapati anak muda.

Analisa umum patut buka mata kita. Jangan syok sendiri. Kita dok kata orang muda sokong kita, tapi hakikatnya tidak.

Ana cadang, kepimpinan PAS buat post-mortem segera mengenai gerakan kita di kalangan mahasiswa. Nampak makin longlai.

Ana naik kesian pun ada dengan apa yang berlaku kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mansor Othman yang secara jelas kantoi menipu. Cocky. Arrogant. Sombong. Tokong. Semua lebih kurang makna. Habis terkantoi.
Ana kurang tengok Tv3, tapi semalam memang ana terpaku. Sampai tahap itu Tv3 boleh cari bukti. Jangan main-main. Ana takut kalau ada lagi rakaman perbualan sesama kita dalam Pas yang orang hantar ke Tv3. Ana rasa, ada sahaja kita mengutuk DAP dan Anwar dalam mesyuarat tertutup. Kalau dibuatnya ada yang rakam. Ke laut kita.
Pada ana, Mansor Othman kena buat perkara yang baik. Letak jawatan sahaja. Malu menipu ni memang malu. Tapi perkara yang bermaruah adalah untuk letak jawatan. Jangan tarik PKR dan PAS ke dalam masalah peribadi dia dan DAP. Dia nak bergaduh dengan DAP silakan. Tapi jangan tarik PAS.
Baru-baru ini, Guan Eng pun puji Pas. ‘Syabas PAS kerana berjaya mempertahankan indentiti perjuangan  sehingga 60 tahun walaupun terpaksa mengalami pahit maung, sepak  terajang politik, fitnah yang melampau dan sebagainya kata Setiausaha  Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau bangga dengan PAS kerana bersikap matang dan tidak cepat  melatah bila berhadapan dengan isu yang memburukan emej PAS atau siapa  sahaja yang menjadi teman seperjuangan dalam setiap kali diadakan  persefahaman politik.

Pujian Guan Eng, yang dianggap tokong politik ini memang kita ucap terima kasih. Kita sanjung. Ini komitmen sahabat lama politik.

Masalah dengan PKR Pulau Pinang ini adalah mereka pun sama sombong dengan DAP. Tak mahu nak beralah. Tak macam kita dalam Pas yang sedia nak beralah. Mansor yang sombong juga tak membantu DAP untuk jangka masa panjang. Hancur.

Nasihat buat Mansor – letak jawatan. Bagi pada orang lain. Naikkan Malik Kasim sebagai TKM. Pegang portfolio sama. Habis cerita.

Sebuah mahkamah Turki Jumaat lalu menjatuhkan hukuman penjara seumur  hidup kepada tiga bekas jeneral, hukuman pertama bagi perbicaraan dua  tahun untuk 364 pegawai yang dituduh merancang untuk menggulingkan  kerajaan Perdana Menteri Raccip Tayyip Erdogan.

Mahkamah berkata, tiga bekas jeneral tersebut hanya akan menjalani hukuman penjara selama 20 tahun kerana mereka tidak berjaya dalam usaha mereka untuk  menjatuhkan kerajaan.

Dua lagi jeneral yang sudah bersara dan satu jeneral yang masih berkhidmat juga telah dihukum penjara 18 tahun.

Mahkamah membebaskan 34 pegawai dalam kes itu, menampakkan kekuasaan mahkamah  sivil ke atas pihak tentera yang dulunya sangat berkuasa di Turki.

Tentera Turki secara tradisinya memainkan peranan yang dominan dalam politik,  melakukan tiga rampasan kuasa antara 1960 dan 1980 dan menendang keluar  kerajaan Islamik pertama negara tersebut dari pejabat pada tahun 1997.

Ana memang dah lama minat dengan Erdogan ni. Garang. Tegas. Berani.

Pada ana, apa yang berlaku di Turki ketika ini adalah satu kemenangan besar kepada Islam. Hubungan baik, Anwar dan Turki pula akan memberikan kita kelebihan jangka panjang. Ana harap sangat, ana pun percaya ramai dalam Pas pun anggap Anwar ini jelmaan Erdogan di Malaysia.

Kita doa, sembahyang hajat – semoga apa yang Anwar rancangkan untuk kita akan dapat direalisasikan.

Kalau Anwar menang, kita boleh agak, berapa ramai akan dipenjarakan. Kalau kita list satu persatu, mahu penuh Sungai Buloh dengan puak-puak ni.

Pada ana, Anwar masih penting kepada Pas. Masih. Mana sahaja ana turun, semua orang cerita pasal Anwar. Kadang-kadang, orang Pas sendiri lebih yakin dengan Anwar berbanding Presiden kita sendiri.

Apa kemungkinan Pas dan PKR bersatu? Ada? Berapa peratus kemungkinan?

http://youtu.be/F8SkiUL43CU
Seorang jiran ana tunjukkan kepada ana, satu bentuk kempen terbaru yang dikeluarkan oleh kumpulan yang dikatakan rapat dengan DAP. Pada kawan ana, cara dan kaedah yang dikemukakan oleh video ini sangat kurang ajar. Bukan budaya Malaysia.
Banyak carutan, kejian, hinaan yang digunapakai dalam video ini. Antaranya: ‘mengongkek’ (bersetubuh). Ana tak tahu samada video ini boleh memberikan kebaikan kepada kita atau tidak. Kawan ana, orang Cina sendiri pun malu dengan cara kempen yang kasar macam ini.
Mungkin DAP rasa, kaedah ini sesuai dan mampu menarik anak muda orang Cina untuk menyokong mereka. Ana tak mahulah campur. Tapi apakah ini cara kempen yang DAP nak bawa.
Ana tahu, kadang-kadang penceramah kita pun kasar juga. Tapi tak adalah sampai macam ini. Mencarut tak sudah.
Ana minta lah, kalau ada orang cina yang baca blog ana ini, cuba translatekan pada ana pasal video ini.
Jiran sebelah rumah ana, buat juga translation. Tapi tak tahu betul atau tidak.
Ana minta DAP jangan buat kaedah kempen ala komunis macam ini. Bahaya. Tak membantu PAS pun. Jangan lupa, kita bawa agenda Islam. Kalau dah segala macam carutan ini keluar; PAS nak bantu DAP pun jadi susah.
Kalau kita bekerjasama, janganlah jahanamkan rakan sendiri.
Sikit translation pada video tersebut:-

1)     Tajuk: Rakyat Malaysia mesti tonton. ‘Anjinggila’(juruacara) dedahkan kelentong 1Malaysia

2)     Animasi oleh jengtong (email: jengtong@gmail.com) . Juruacara: Maddog DJ. Dialek: Kantonis.

3)     Biadap Tidak bersalah. Maki mengonkek itu munasabah. [ Vulgar is no offense. To fuck is reasonable]

4)     1957: Tunku Abdul Rahman membuat perisytiharan kemerdekaan. Tetapi selepas 55 tahun BN memerintah , sekarang (2012) apa sudah jadi kepada negara kita? Kamu masih percaya akan dia (BN)? Nah, 1Malaysia, biarlah saya dedahkan (kelentong)nya. 1967, pendapatan per kapita kita lebih tinggi daripada Korea Selatan dan Taiwan. Bagaimanapun, akibat kelemahan BN dan Umno –asyik merompak ‘air’ (wang negara), pendapatan per kapita rakyat Korea Selatan dan Taiwan (2011) sudah mengatasi kita sebanyak tiga(3) kali ganda. Hakikatnya pada 1995, kedudukan Malaysia (ke-23) di dalam Indeks Persepsi Rasuah adalah lebih tinggi (baik) berbanding Korea Selatan(ke-24) dan Taiwan(ke-25). Tetapi pada hari ini di kalangan 183 buah negara, Malaysia jatuh ke tempat ke-60 –ketinggalan di belakang Botswana, Barbados, Aman dan entah apa lagi negara yang tidak dikenali.

5)     Di samping itu, disebabkan Pemerintah sudah sekian lama menindas industri media, kedudukan Malaysia di senarai “Kebebasan Media” ialah jatuh kepada 122—di kalangan 179 negara di dunia ini. Kita ketinggalan di belakang Timor Timor, Nepal dan Sudan. Bukankah ini amat memalukan kita?

6)     Pada 2012: Disebabkan pengurusan ekonomi yang salah, Bajet Malaysia mengalami ‘krisis defisit’ selama 15 tahun berturut-turut . Kalau saya tak cakap, kamu tidak mungkin tahu.  Sejak Ahjibgor menjadi PM dan Menteri Kewangan sehingga hari ini, hutang Negara sudah mencecah RM456 bilion. [Suara keluhan latar: Fuck!] Jumlah ini adalah lima(5) kali ganda berbanding jumlah tahun 1995 sewaktu Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. Fuck …lima kali ganda! Kamu tak takutkah? [Suara latar: Wahhhh!]

7)     Menteri BN yang paling jujur DS Idris Jala pernah mengumumkan, jika kita teruskan dalam keadaan begini, Malaysia akan ‘Pokkai’ (bangkerap) pada 2019. [Suara latar: Ahhhhh!] P{ada ketika itu, 28 juta rakyat Malaysia tak kira tua muda akan menanggung beban hutang sebanyak RM16,000 setiap orang. BN sesungguhnya sudah menganiayai kita semua. Fuck! [Suara latar menyusul : Fuck!]

Ana tak fahamlah bila orang Cina DAP suka mencarut-carut macam ini. Tak baik untuk Pas. Mungkin ada yang kata, video tersebut untuk orang Cina. Tapi pada ana, video ini merosakkan pemikiran rakyat Malaysia. Pada analah.

Ana letih sungguh dengan perangai DAP yang tak pernah berubah. Mereka nak kita bantu mereka dapatkan/tambahkan undi Melayu. Tapi kalau ikut statement dan kenyataan yang orang DAP pakai, bukan kita nak menambah undi Melayu; silap gaya, undi kita pun ghuyub dibuatnya.
Ana nak pesan dengan pimpinan DAP ni, kalau tak pandai nak bercakap dan mencari isu, jangan cakaplah. Duduk diam dan tak payah nak buat kenyataan apa-apa. Apa yang jadi sekarang ni beri masalah pada Pas lebih daripada apa yang DAP rasa.
Ana cakap macam ini, sebab kita yang jumpa orang/pengundi Melayu di bawah. Orang pun boleh buat lawak dengan kita. Kata kita takut. Kata kita tali barut komunis. Kata kita ikut cakap DAP. Kata kita jadi kuda. Apa kita nak buat. Ngeh boleh seronok dan senyum di kawasan dia. Kita bertanding di kawasan Melayu, apa yang kita rasa?
Pada ana, Guan Eng perlu ingatkan budak-budak dia supaya tak bawa isu sensitif menjelang PRU akan datang ini. Masak kita.

P68 BERUAS
Jumlah Pengundi: 43,273 Peratusan Kaum: M: 31.43% C: 54.14% I: 14.37% L: 0.06%
1. Ngeh Koo Ham (DAP) (15,831) 2. Chang Ko Youn (BN) (14,003)
Majoriti: 1,828 Jumlah undi: 30,723 Peratus mengundi: 71% Undi rosak: 889
Penyandang:  Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik (BN)       (Majoriti:  4,564 undi)

Ngeh jangan ingat dia kuat sangat. 31.43 % Melayu dalam kawasan tu ada menyumbang undi juga pada dia. Bukan undi Cina sahaja dia boleh menang! Ingat tu!
Kalau nak harapkan Pas bantu undi Melayu, jagalah sikit sensitiviti orang Melayu. Jangan main hentam sahaja. Ini kerja gila namanya. Kita yang jumpa pengundi Melayu, bukan dia.

Laman Berikutnya »