April 2011


Kaedah kita dalam menilai kepimpinan yang efektif mesti jelas dan tidak berdasarkan sentimen. Ini ingatan seorang veteran PAS di Kawasan Batu, Wilayah Persekutuan kepada ana selepas solat Isya’ di Sentul semalam. Ana dengar sahaja. Memang itu yang elok dilakukan. Diam dan mendengar bagaimana orang tua menasihatkan kita. Jangan cuba nak berlagak kita ini pandai. Kalangan veteran PAS punya alasan dan asbab sendiri dalam menjelaskan keperluan mengekalkan Nasharuddin Md Isa sebagai Timbalan Presiden PAS.

Jelas veteran itu lagi:-

– Nasha adalah antara pemimpin PAS paling kerap turun ke bawah sewaktu PRN Sarawak yang baru lalu. Bab duit ringgit tak pernah kedekut. (Ana tidak mampu beri komen sebab ana tak jumpa Ustaz Nasa di sana). Ana dan kawan-kawan di kawasan lain.
– Ustaz Nasa mampu menjadi pelengkap kepada Haji Hadi
– Ustaz Nasa dihormati kawan dan lawan. Waima Khairy Jamaluddin; budak pandai UMNO pun suka dan hormat kepada Ustaz Nasa.
– Ustaz Nasa dihormati pemimpin DAP
– Ustaz Nasa rapat dengan Anwar/Azmin
– Ustaz Nasa ada kenalan di kalangan ahli akademik
– Ustaz Nasa ada kemampuan untuk naik sebagai Presiden satu hari nanti.

Veteran PAS mengingatkan ana; bahawa PAS tidak perlu orang ‘berani; tetapi bengap’ (…beliau tidak menyatakan siapa). PAS juga tidak perlu orang yang ‘kaya; tetapi kedekut’ sebagai Timbalan Presiden. Pun ana tak tanya siapa yang dimaksudkan.

PAS kena kembali kepada politik zaman Asri. Cekap. Pantas mengintai peluang dan tidak terlalu setia dengan pakatan politik. Ana susah nak jawab bab ini. Hakikatnya, ana tidak pernah merasai kepimpinan Asri. Ana dah kenal dengan Almarhum Fadzil Noor sahaja.

Soalnya, PAS kena jelas bab ke mana sebenarnya kita nak pergi sebagai parti? Nak gerak sendiri? Atau kita nak bergandingan? Kalau nak gerak sendiri; apakah kita cukup kuat dan kental? Apakah kita cukup kekuatan nak berdiri sendiri?

Veteran PAS tersebut mengingatkan ana; jangan cepat sangat nak menyanjung individu. Kena tengok jangka panjang. Kena tengok kemampuan kita di bawah. Beliau memuji kepimpinan PAS Selangor yang disifatkannya sangat ‘berani’ dan cepat mendekati rakyat. Ana diam juga.

Ana tak mahulah nak persoal pandangan veteran PAS ini. Tak elok. Kita dengar sahaja pandangan beliau.

Ana pun memang tak ada masalah dengan Ustaz Nasa. Tapi ana sudah selesa dengan Husam Musa. Pada ana Husam lebih berkemampuan. Tak apa; nanti kita sambung cerita.

* terima kasih kepada rakan dari Kedah yang mengingatkan ana tentang perjuangan.

Ana dah 8 kali tengok video pertemuan Setiausaha Agung PAS dengan pihak media. Banyak isu yang dipersoalkan kepada Setiausaha. Banyak. Daripada isu Sarawak; sehinggalah isu yang melibatkan video seks seorang pemimpin pembangkang. Pilihanraya sudah semakin hampir. Maknanya, akan ada lebih banyak video di masa-masa akan datang ini. Video siapa lagi kita pun tak berapa nak tahu.

Soalnya, Mustafa dah jawab dengan penuh semangat ‘Pakatan’. Ini Azmin dan Anwar kena terimalah. Nak jawab macamana lagi? Nak jawab kata PAS akan sentiasa bersama dengan Anwar dalam keadaan sihat; mahupun dalam sakit? Bersama dengan Anwar dalam keadaan hadas kecil dan hadas besar? Bersama dengan Anwar dalam hujan dan panas? Bersama dengan Anwar dalam susah dan senang? Bersama Anwar dalam keadaan surut dan pasang? Begitu?

PAS pun berhak menentukan jalan politik sendiri; perkara ini Azmin kena sedar dan faham. Janganlah anggap PAS macam parti politik kucing kurap yang diambil bila perlu; dibuang bila benci! Jangan lah harap PAS ambil pendekatan yang melampau-lampau. Janganlah sms minta pemimpin kita berikan sokongan kepada Anwar pada setiap masa.

Kita hormat Azmin; tapi tidaklah sampai ke peringkat dia boleh tentukan apa yang berlaku dalam PAS. Itu namanya zalim. Itu namanya menyibuk.

PAS ambil pendekatan yang sangat bernas. Apa-apapun; ia akan kembali kepada hukum. Kalau hukum Islam; PAS akan kemuka bab saksi. Boleh pakai ke saksi macam RTC dan Eskay al-penipu. Boleh pakai? Dalam Islam; saksi ini sangat ketat ‘peraturannya’.

.

Sungguh tidak masuk akal, seorang yang dirogol perlu mendatangkan empat orang saksi untuk membela diri??? Sebetulnya ini adalah salah faham di kalangan orang Islam dan bukan Islam, sebetulnya rogol tidak ada di dalam bahasa arab. Rogol disebut juga sevagai zina bin jabbal, oleh itu ulama telah mensabitkan hukuman rogol dengan hukum zina. Dalam kes zina maka perlu mendatangkan empat orang saksi seperti disebutkan dalam ayat di bawah :

Dan orang-orang yang menuduh wanita yang baik dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi maka deralah mereka yang menuduh itu 80 kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya (An-Nur 24;4).

Sedangkan kes rogol tidak sama dengan kes zina, sebab rogol dilakukan secara paksa manakala zina adalah dilakukan atas kerelaan kedua pihak. Oleh itu hukum yang dikenakan kepada perempuan yang berzina berbeza dengan perempuan yang dirogol.

Azmin kena faham; ini bukan kes ROGOL. Ini kes KANTOI sebab berzina. Memang sukar nak beri saksi. Tapi kalau dah ada dalam CCTV; macamana pulak hukumnya.

Ana nak ingatkan Azmin; tak payahlah nak guna fakta Yusof Qardhawi sepanjang masa. Orang PAS pun pandai juga membaca. Kita pun baca banyak kitab arab. Tak juga kita merujuk kepada Yusof Qaradawi sahaja.

Kita nak harap kepada Mufti pun – susah juga. Kalau mufti hanya cerita pasal poco-poco berbanding dengan isu yang lebih besar. Kita pun naik pelik. Mufti pun dah jatuh standard. Habis semua benda nak haram. Islam akan nampak macam agama yang mundur.

Nampaknya, banyak negeri sudah memberikan sokongan kepada TG Haji Hadi bagi mengetuai PAS buat sekian kalinya. Mesej ini sangat jelas dan terang. Mereka masih mahukan kepimpinan Hadi yang nampak sangat strategik dan boleh berkawan dengan semua pihak. Dakapan TG Haji Hadi kepada Jib di Sarawak; dijadikan modal politik, kononnya kepimpinan PAS tak boleh ambil pendekatan membenci kepimpinan Najib. PAS mesti sentiasa membuka peluang – untuk memungkinkan ada ‘pertemuan’ jujur antara kedua-duanya. Ana susah nak ulas bab ini. Kerana kita dengan parti Jib ini berpisah jauh sangat. Macam halal dan haram. Macamana nak bersatu?

Orang mungkin kata ana macam-macam, tetapi pada ana ini hakikat. UMNO dan PAS macam HALAL dan HARAM. Satu daging ayam; yang satu daging ####. Mana boleh nak campur. Satu minyak sayur. Yang satu lagi minyak ####; mana boleh campur.

Pendekatan politik kita dalam PAS selama ini adalah politik HALALAN TOYYIBAN. Ikut shariah. Ikut Islam. Ikut Quran dan Sunnah. Bukan ikut wang ringgit. Memang bagus kalau Presiden PAS nak bentuk kerjasama. Tapi mestilah dengan syarat agar PAS dapat terus dengan politik halal kita. Kalau dia nak halang, takkan ada ruang untuk kita bersatu.

Pada ana, dalam masa beberapa bulan ini akan menentukan banyak arah politik baru di Malaysia. Ketua Umum PKR bakal dimasukkan semula ke penjara. Itu kita yakin. Tak kisahlah atas kesalahan apa pun. Sondol punggung. Atau sondol depan. Pokoknya, kena! Itu kita yakin sangat.

Tanpa ada pemimpin yang mampu jadi gam dalam Pakatan Rakyat…di mana kedudukan kita?

P/raya Sarawak membuktikan bahawa orang Cina sudah menolak BN. Itu kita jelas. Tapi, apakah dalam pertarungan menolak BN itu; undi Cina akan kembali juga kepada PAS? Apa jaminan? Apakah PAS for All dah boleh diterima oleh semua pihak. Apakah perjuangan kita menjaga bible dan gereja sudah memberikan keuntungan politik?

Kalau Cina tolak BN; tapi masih tolak ISLAM juga – apa harapan kita? Masalah juga.

Di Selangor dan Kedah; sokongan terhadap HADI memang mantap dan padu. Negeri lain?

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali mendakwa jawatankuasa Masjid Kampung Baru tidak pernah dibuat pemilihan dan hanya dikuasai ahli keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas pembantunya.

Tambahnya lagi, orang Kampung Baru sendiri tidak mempunyai akses kepada pengurusan masjid khususnya dalam aspek kewangan.

Beliau mendedahkan demikian sebagai mengulas kenapa projek naik taraf Masjid Kampung Baru, melibatkan firma arkitek milik adik perdana menteri, Datuk Nazim Razak.

Semalam, syarikat tersebut mendakwa perkhidmatan mereka menyediakan rekabentuk untuk projek naik taraf Masjid Kampung Baru disediakan secara sukarela.

Penjelasan itu dibuat susulan tuntutan sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang menuntut Najib menerangkan isu berhubung pembabitan firma NRY Architects dalam projek naik taraf dengan nilai RM20 juta itu.

==============================

Ana ucap tahniah kepada Dr Lo’ Lo’ yang berani ke depan dan mempersoalkan projek ini. Memang patut pun. Semua benda nak buat untung. Semua benda nak kaut untung. Apa yang tinggal untuk rakyat? Apa, dah tak ada syarikat arkitek Bumi yang pandai buat masjid? Kenapa nak mesti suruh adik sendiri? Lainlah kalau adik dia bagi free? Kalau bagi free mahunya kemaluan kita di dalam PAS…tapi apa-apa hal pun kita bantai lah dulu.

Dr Lo’ Lo’ ni, kebanyakan kawan-kawan PAS Titiwangsa bagi tau – sudah terlalu akrab dengan perjuangan Anwar. Itu sahaja yang kita risaukan. Semua benda dia nak pertahan. Dalam kes video blue pun sibuk nak pertahan. Pertahan tahap sampai dah macam kemaruk dan fanatik sangat. Itu Dr kena perbetulkan. Kita ikhlas beritahu.

Dr Lo’ Lo’ bolehlah melawat di sekeliling Titiwangsa. Duduk dan berbual dengan rakan-rakan parti. Semua rasa Dr terlalu cepat nak pertahan mamat tu. Jangan cepat sangat. Cuba turun ke Desa Pandan. Cuba turun ke Keramat. Ramai yang akan beritahu Dr, kita kena tunggu episod yang berikutnya. Jangan tengok bab tuala sahaja. Kalau tanggal tuala. Apa kata Dr nanti.

Ana cuma ingatkan Dr supaya jangan nak pertahan sangat mamat tu. Cukup kita simpati. Cukup kita doakan. Cukup kita solat hajat.

Tapi kalau dah sampai bergaduh dengan orang, tinggikan suara sebab pertahan mamat tu. Ini sudah kes parah. Jangan lupa, PAS tak ada kena mengena dengan mamat tu.

Kalau mamat tu masuk USB (universiti sungai buloh) nanti, apa nak dikata. Boleh Dr menang di titiwangsa tanpa bantuan kawan-kawan PAS di bawah?

Alhamdulillah, ana selamat kembali ke pangkuan keluarga malam semalam. Puas dapat cium isteri-isteri (2) dan anak-anak. Mereka inilah sebenarnya sumber kekuatan ana dan rakan-rakan aktivis PAS seluruh Negara. Bawa jugalah tiga empat lima ekor terubuk masin. Buat rasa kenangan di Sarawak. Sewaktu menceritakan pengalaman di Sarawak; ana hanya memberikan gambaran bahawa masih ada peluang untuk PAS memberikan saingan di Sarawak. Masih ada.

Pada ana, perjuangan PAS di Sarawak bolehlah kita sifatkan sebagai JIHAD. Sungguh. JIHAD. Bandar Kuching pada ana adalah sebuah bandar yang tidak ada moral. Minta maaf cakaplah. Bandar yang terisi di dalamnya pelbagai kebusukan noda yang merosakkan masyarakat. Belum kita cerita tentang Gereja yang lebih banyak dari masjid. Belum kita cakap pasal anak muda Islam di Kuching yang hidup macam tak ada JALAN IMAN. Malah, ana sanggup kata mereka ini SESAT.

Bayangkan, kalau Jumaat, Sabtu dan Ahad; anak gadis Sarawak bersepah di Kuching dengan skirt pendek dan baju nampak coli. Naik berbulu mata kita menengoknya. Dosa memang dosa. Tapi kalau dah lalu depan mata nak buat macamana. Cubalah duduk di depan pintu Pullman sekitar jam 7-9 malam hari Jumaat. Anak gadis Melayu datang macam birah dan pelacur. Ana minta maaf cakap. Keluar kereta. Betulkan skirt. Tonjolkan dada. Lepak minum bir. Yang suka puak UMNO yang duduk dekat Pullman. Celik biji mata. Ana yang datang sekejap sebab ambil duit daripada PKR; jadi merah biji mata. Takut tengok budaya ISLAM di Kuching yang semakin rosak.

Belakang Pullman lagi teruk. Ada kelab yang bernama Piccadilly. Hancur juga. Lagi rabak. Ana tak masuk. Tapi pemerhatian ana dari jauh – KUCHING ini dah jadi macam SIN CITY. Kota DOSA. Tak tahulah apa perjuangan PBB di Kuching.

Maka, ana tak heranlah kalau DAP jadi lebih berkuasa di Kuching. Kita tak harap pun mereka ISLAM-kan Kuching. Tapi – memang ada keperluan itu.

Ana harap DAP Kuching akan bercakap mengenai SIN CITY ini di dalam DUN. Benda ini REAL. Rumah urut jangan cakaplah. Berlambak. Ada tu, difahamkan menggunakan penuntut Universiti. Demikianlah rosaknya Kuching dan Sarawak.

DAP kena cakap pasal Islam di Sarawak; berikan tekanan kepada Taib mengenai Dasar Islam yang nampak macam tak ada di Kuching. Kena.

Wajah LIBERAL Sarawak mesti ditukar kepada wajah ISLAM yang lebih mirip kepada PAS. DAP boleh main peranan.

PAS dapat hampir 20 ribu undi. Banyak berubah. Dengan 20 ribu undi ini – kita akan ZAHIRKAN Islam di Sarawak.

Serambi Mekah di Borneo – itu cita cita kami.

TAKBIRRR!

Semala, jentera PAS berada di kedudukan semangat yang sangat tinggi. Bayangkan, setelah beberapa hari bergerak di bawah; menjelajah ke segenap pelusuk kampung, surau, masjid dan musolla; kedudukan PAS di Beting Maro berada di dalam keadaan yang baik. Menang belum tahu. Tapi memang ada harapan.

Ramai yang bising; apahal pula TG Haji Hadi pergi peluk Mat Jib semalam. Pada ana, itu politik bijak pandai. Kita tak payah campur. Walaupun MSO sibuk mengutuk TG Haji Hadi dan meMUJA TG Nik Aziz; ana rasa Hadi lebih banyak berkorban masa dan tenaga di Beting Maro. Duit pun banyak keluar. Kesian dengan Presiden PAS; yang bersungguh nak tambah undi PAS; supaya nampak cantik di dalam rekod politik PAS Sarawak.

Pelukan TG Haji Hadi adalah pelukan ikhlas seorang sahabat. Itu sahaja. Tak timbul soal siapa peluk siapa. Najib pun suka dapat peluk TG Haji Hadi.

Tapi masalah besar di Beting Maro adalah CD blue filem yang diedar kepada pengundi muda. Merata yang dapat tengok video cerita blue. Tak baik begitu.

Di mana nilai politik kita agaknya? Sampai mudah sangat nak JAJA aib orang. KIta pun jadi masalah.

Nasib baik kita dah beritahu NUAR BERAHIM jangan selalu sangat ke Beting Maro. Jangan kerap sangat. Nanti pengundi lari.

PAS dalam kedudukan paling baik nak cipta sejarah. NUAR jangan kacau kita di Beting Maro tok.

Kecil hati kalangan penggerak PAS di seluruh Sarawak kerana TG Nik Aziz tidak membekalkan ‘cukup’ wang untuk kami di sini. Duit sendiri sudah banyak keluar. Janji bahawa Anwar akan memberikan dana khas kepada PAS juga tidak kedengaran. Malahan, waktu penggerak PAS menelefon Azmin Ali pun; dia hanya sebut ‘nanti; nanti’. Ada yang hina kita, kenapa perlu melutut kepada PKR; soalnya – kedudukan dah teruk. Berapa lama nak makan maggi?

Perjuangan memang perjuangan. Tapi kalau dah kedudukan sesak. Terpaksa juga menelefon Azmin. Pun tidak mampu juga nak bantu.

Selepas daripada ini kita kena pilih kalangan pimpinan PAS yang teguh ekonomi. Macam Husam. Kalau tidak payah kita. Bayangkan kalau semua kena bergerak di atas diri sendiri. Melingkup lah jawabnya.

TG Nik Aziz hanya bergerak di atas pentas DAP. Kata para sahabat di sini; apa jadi dengan kerusi yang ditandingi parti PAS? Wang RM15,000 yang diberikan kepada calon tidak banyak mana; kalau kita ikutkan kepada jentera dan bayaran-bayaran lain. Jentera di bawah langsung tidak merasa.

Pada ana, pimpinan PAS perlu usahakan sekurang-kurangnya RM30,000 lagi untuk fasa kedua kempen ini. Tidak ada jalan lain. Kalau tidak – memang payah jawabnya. Kita tengok jentera PBB bergerak macam wang dicedok daripada Sungai Sarawak. Tak surut-surut. Sentiasa ada.

TG Nik Aziz sewaktu di pentas DAP di Batu Kawa; bercakap tentang Islam dan semangatnya. Kita memang suka dan gemar. Tetapi dalam pada semangat; tolong sama tengok kedudukan kami di bawah ini. Sampai makan pun kena berkira-kira. Nasib baik, kelmarin Husam memberikan derma RM3,000 untuk dikongsi dua kawasan DUN. Lega sedikit.

Nampak sangat PAS ini terlalu mengharapkan seorang dua orang kaya yang simpati dengan perjuangan Islam. Kita perlu lebih ramai kontraktor, orang kaya di dalam PAS. Kalau tidak; semangat kita pun jadi semakin luntur…..

Laman Berikutnya »