Mei 2013


N02-SABAK-Sallehen-MukhyiKita ucap setinggi tahniah di atas perlantikan YB Ustaz Sallehen Mukhyi sebagai Exco Selangor yang baru. Ini adalah satu tindakan politik yang sangat tepat. Inilah satu orang yang mampu membawa Pas Selangor ke tahap yang baru dalam politik.

Bagusnya tentang Ustaz ini, rekodnya super bersih. Macam tak ada kecacatan langsung. Rajin turun padang. Bantu parti. Bantu kerajaan. Tak cerewet. Mudah didekati. Disegani ramai.

Setelah lama berjuang di dalam parti, inilah penghormatan yang selayaknya diberikan kepada Ustaz. Ana tumpang gembira. Inilah petanda bahawa Pas Selangor akan terus membawa jalan kemenangan di negeri ini.

Ana harap sangat Ustaz tidak jadi seperti Dr Hasan Ali. Hebat di permulaan. Pancit di penghujung. Khianat akhirnya. Kita tak mahu ada individu macam ini.

Ana juga harap Ustaz tidak jadi seperti Dr Khir Toyo. Lupa asal usul. Sudahnya…

Bila ana meneliti ucapan-ucapan lama Ustaz, ana nampak Ustaz ada kekuatan dalaman yang bagus. Iman yang teguh. Jiwa perjuangan yang mantap.

Pernah Ustaz bicara:-

Namun,  bagaimana mungkin kita akan satukan kekuatan jika kita tidak mampu untuk satukan fikrah dan tindakan kita. Justru, marilah kita satukan fikrah  kita. Marilah kita satukan segala tindakan kita, strategi kita bermula  dengan satu niat, bergerak dengan satu tujuan dan berakhir dengan satu  Kahayan. Niatnya adalah untuk kekuatan Islam, Tujuannya adalah untuk  kekuatan Islam dan Kejayaannya adalah untuk Islam. Marilah kita SATUKAN  KEKUATAN.

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu kamu menggentarkan musuh ALlah, musuhmu dan orang-orang yang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang ALlah mengetahuinya. Apa  saja yang kamu nafkahkan pada jalan ALlah nescaya akan dibalasi dengan  cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya.” Al-Anfal : 60

Tahniah Ustaz. Ana bangga dengan enta.

hjhadi_12okt11-400x269http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19572-apabila-pas-tersasar-54-kerusi-parlimen
Tatkala DAP mendapat sokongan besar rakyat khususnya kaum Cina dengan memenangi 38 kerusi parlimen, PAS mengalami kemerosotan, apabila hanya memperolehi 21 kerusi parlimen pada PRU13, tersasar dari 54 parlimen target seperti diumum Pengerusi Road Map PAS Pusat, Datuk Husam Musa. Sementara menunggu laporan postmortem PAS Pusat yang diketuai Naib Presiden, Sdr Salahudin Ayub, tentu sekali muhasabah punca kekalahan teruk di sesetengah kawasan Melayu seperti di kawasan luar bandar dan Felda dibincangkan dengan lapang dada.
Kehilangan Kedah dari pemerintahan PAS dan Pakatan Rakyat, kegagalan merampas semula Perak, kemerosotan kerusi Parlimen dan Dun di Kelantan, kehilangan satu-satunya Dun PAS di Negeri Sembilan, Paroi, kegagalan memperolehi sekurang-kurangnya 20 Parlimen di Sabah dan Sarawak meskipun dikatakan gelombang ‘INI KALILAH’ begitu luar biasa adalah sesuatu yang sangat pahit untuk ditelan.
Setelah PR mengadakan road tour Blackout 505 dan kemuncaknya anjuran 60 NGO di Amcorp Mall Petaling Jaya, Sabtu lalu, apa lagi yang mahu dilakukan selepas ini?
Sementara menantikan petisyen difailkan dalam masa terdekat, tugasan mengekalkan momentum sokongan rakyat bukan perkara mudah. Sesetengah rakyat berpendapat, inilah masanya baik BN atau PR yang mendapat mandat semula di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan melaksanakan janji-janji dalam manifesto.
Notis mesyuarat agung di semua peringkat telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS. Ia saluran terbaik untuk menyemak, menilai dan melakukan koreksi terhadap kemampuan parti. Sama ada pemilihan secara syura atau pertandingan, lakukan dengan penuh harmoni. Jika ada calon yang lebih baik, boleh dicadang untuk menjadi pemimpin baru. Tidak perlu lobi melobi, kerana perwakilan ada pilihan tersendiri berdasarkan kriteria dan track record lalu.
Selaku AJK PAS Pusat dan Presiden ANAK, saya memikul tanggunjawab atas kemerosotan prestasi khusus di kawasan Felda. 18 Mei lalu pimpinan ANAK mengadakan perbincangan panjang mengenai halatuju ANAK dan proses penjenamaan semula ANAK. Saya sedang merangka proses peralihan kepada pemimpin pelapis ANAK, suatu nafas baru dari pemimpin sedia ada. Akan tiba masanya, saya perlu berundur untuk memberi ruang kepada pemimpin lain yang lebih berwibawa.

Ana nak ucap tahniah kepada Mazlan Aliman yang berani mengaku kelemahan dan GAGAL sama sekali dalam menawan kawasan FELDA dalam PRU kali ini.
Pada ana, kegagalan PAS menawan 54 kawasan Parlimen seperti yang diungkap oleh Mazlan, adalah berpunca daripada penyelidikan politik yang silap dan salah. Tidak bersandar kepada logik akal. Maka dengan itu, ana rasa, masanya sudah tiba untuk Husam Musa meletakkan jawatan dan mengakui dia GAGAL. Dia sendiri pun KALAH.
Menurut logik akal, PAS tak mungkin menang 54 kawasan Parlimen. Tak mungkin. Kawasan mana yang termasuk dalam 54 kawasan Parlimen? Cuba beritahu? Kalau Laksamana tua di Lumut yang bekas Ahli Pas pun kita tak boleh jaga (akhirnya tanding tiket PKR) jangan haraplah.
Inilah masalah dengan kita, bila ada suara yang mencemuh kepimpinan kerana gagal, ramailah konon juak yang pertahan Presiden dan kepimpinan. Kalau dah salah, mereka layak ditegur.
Ana tak marah langsung dengan Ketua AMK. Malah, pada ana, dia patut diucapkan tahniah kerana berani mengkritik kita. Sejak bila kita tiru sistem Iran, sampai Ayatollah tak boleh ditegur? Pas tak begitu.
Pada ana, teguran Mazlan Aliman ini bagus. Tak tahulah kalau ada lagi ahli kita yang bengap – terus menuduh orang yang mengkritik Pas ini sebagai balaci Umno. Jangan jadi bodoh akhi. Jadi ahli yang cerdik. Kritik bila perlu. Bukan ikut pemimpin macam buta hati.
Datuk Mohd Omar MustaphaSekumpulan kaki tangan Petronas menyifatkan ‘tsunami tauke Cina’ kini sedang melanda syarikat minyak nasional itu.Mereka hairan bagaimana Dialog Group Berhad tiba-tiba dikategorikan sebagai syarikat “tier 1” sedangkan, mereka mendakwa, ia bukanlah syarikat yang benar-benar berpengalaman dan layak untuk berada pada kategori itu.

“Adakah Dialog diletakkan secara misteri dalam kategori ‘tier 1’ kerana syarikat telah dirundingkan sebagai pihak yang mendapat manfaat utama di lapangan minyak D35 pesisir Bintulu?” salah seorang dari kumpulan kaki tangan Petronas itu mempersoalkan.

Mereka juga merasa ada sesuatu yang tidak kena sehingga Dialog akan menjadi kontraktor tempatan yang pertama yang mendapat taraf sebagai syarikat “tier 1”, iaitu sebaris dengan kontraktor “production sharing contract” (PSC) yang bertaraf dunia dan berpengalaman seperti Shell, Exxonmobil, Murphy Oil dan lain-lain.

Mereka mempersoalkan, adakah selepas menguasai projek Petronas iaitu Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID) bernilai US$20 bilion di Pengerang, Johor, Dialog akan mendapat satu lagi anugerah dengan cara yang sangat dipersoalkan.

Setelah dinaikkan taraf sebagai syarikat “tier 1”, Dialog dilihat akan menerima satu lagi anugerah Petronas iaitu menguasai kawasan Balingian di pesisir Bintulu bermula dengan lapangan minyak Bayan dan D35 melalui kontrak pembangunan semula dengan syarikat minyak nasional itu.

Soalannya…siapa yang ada lesen besar untuk bawa Dialog ke dalam Petronas?

Kita ucap tahniah kepada kakitangan Petronas yang berani tampil ke Harakah dan beritahu kita hal sebenar.

Pada ana, cerita Petronas ini kalau kita lambak dalam Parlimen….seronok. Bagi peluang orang Cina semua tahu bagaimana mereka masih lagi dapat kontrak walaupun kononnya nak jaga kepentingan Melayu.

Banyak juga cerita yang boleh dibangkitkan dalam parlimen. Kita telanjangkan Petronas cukup-cukup. Biar padan muka.

MMA mma invasionAna memang suka kalau ada orang bijak yang dapat jadi Menteri. Baguslah, kalau
dia bijak memang layak jadi Menteri. Tapi, bijak sahaja tak jadi juga. Kena
pandai bawa diri. Kalau kita orang Islam, seorang Menteri beragama Islam, ada
rukun Iman dan rukun Islam, tindakan kita lebih manis dan baik.

Ana letih bila tengok menteri UMNO yang galak nak jadi Menteri,
tapi tak tahu nak jaga diri. Masih terlibat dengan benda-benda maksiat. Yang
haram.

Ana tahu, tak semua orang yang suka KJ jadi Menteri. Mamu
Mahathir tak suka. Anak mamu Mahathir tak suka. Muhyiddin tak suka. Orang kita,
ada yang suka. Dap suka. Kit Siang suka. Guan Eng suka.

Tapi,
bayangkan, bila program pertama menteri belia dan sukan adalah program separuh
bogel. Apa kita nak kata?

Kita tahu, KJ, Jason Lo, Azran, Tony –
semua ini memang kaki tunggang. Biasa. Mereka ini kelompok
liberal.

Tapi bila dah jadi menteri, pandai-pandailah jaga diri.
Jangan jadikan program macam suka-suka dan enjoy sahaja. Kena ada
akhlak.

Tengoklah gambar ni sendiri. Malas ana nak komen panjang.

mukhrizMenteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir mengarahkan aktiviti  pembalakan di Gunung Inas Baling dan Tasik Pedu Padang Terap yang  dibantah rakyat, dihentikan bagi mengelakkan ia memberi kesan negatif  alam sekitar dan rakyat.

Tegas beliau, aktiviti itu perlu dihentikan sementara supaya kajian  semula dapat dilakukan termasuk menyemak semua konsesi pembalakan bagi  memastikan ia mematuhi setiap syarat berdasarkan laporan Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA).

“Sekiranya ada sebarang aduan berasaskan kepada bukti menyatakan  bahawa syarat tersebut walaupun sedikit tidak dipatuhi, maka saya tidak  akan teragak-agak untuk mengarahkan supaya aktiviti pembalakan  dihentikan (terus) dengan segera,” katanya kepada pemberita pada Majlis  Kesyukuran Kemenangan Barisan Nasional (BN) Kedah di Seri Mentaloon, di  sini hari ini.

Mukhriz berkata, semakan semula terhadap konsesi itu bukan bertujuan  hendak ‘kacau rezeki orang’ tetapi bermatlamat memastikan kepentingan  rakyat didahulukan.

“Pada masa depan seboleh-bolehnya saya tak mahu keluarkan konsesi  pembalakan lagi. Kita kena cari sumber pendapatan lain untuk Kedah,”  katanya.

Sementara itu, Mukhriz berkata, beliau telah mengadakan pertemuan  dengan pengurusan tertinggi Kolej Universiti Insaniah (Kuin) termasuk  Rektornya Prof. Datuk Dr. Jamil Osman bagi menyelesaikan masalah yang  berlaku di kolej universiti milik kerajaan negeri itu.

  • Mukhriz sekadar nak ambil nama sahaja. Dia sendiri pun tahu, balak adalah modal untuk memimpin kerajaan Kedah. Jangan kita lupa, yang dihentikan hanya di Pedu dan Gunung Inas. Yang lain masih ON.
  • Pandai juga anak Mamu Mahathir ni, dengan ambil tindakan macam ini, broker kita di dua-dua tempat akan dapat masalah besar. Duit komisen dah ambil. Kena pulang balik? Mana ada baki. Dah buat lawan pilihanraya.  Ini semua nak bagi susah orang Pas di Kedah.
  • Anak mamu Mahathir lupa, tindakannya akan membuatkan pegawai KCS yang sudah lobi tanah, marah dan mengamuk. Jentera kerajaan negeri akan hancur. Katanya, tanah hutan simpan kekal itu seluas 142.76 hektar diberi hak  milik kepada 40 orang pegawai kanan dari kalangan Pegawai Tadbir Negeri  (KCS) atau 3.569 hektar seorang pada 2010.
  • 40 pegawai KCS ini bukan pangkat drebar dan kerani. Semua pangkat atas-atas. Memang kaki parpu dan kolek duit. Jahanam anak Mamu.
  • Kita semua tahu, anak mamu juga ada masalah, sebab bini dia tak biasa duduk di Kedah. Semua benda komplen. Banyak nyamuk. Tak suka bau bendang dan lain-lain.
  • Para pegawai anak mamu yang dibawa dari KL pun boleh tahan sombong dan bongkak. Ini semua akan jadi formula jahanam.
  • Jangan kita risau, rasanya anak mamu Mahathir ni tak tahan lama di Kedah.

mat saidPas tetap akur dan menerima hakikat keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dibuat oleh rakyat walaupun Ketua Pembangkang terus menggerakkan siri perhimpunan mengajak rakyat untuk membantah.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Abdul Wahid Endut berkata, Pas berpegang kepada prinsip politik matang dan sama ada keputusan PRU memberi kemenangan atau kekalahan tetap diterima dengan berlapang dada.

“Kita tak mahu politik fesyen lama, kita gentleman. Kita terima menang atau kalah (keputusan PRU-13). Kita dah rasa semua, kalah dan menang kita dah rasa, tapi banyak kalah dari menanglah.

“Tak apalah, tapi kita nak politik kita lebih matang, jangan ada unsur dendam dan benda-benda yang tak sepatutnya berlaku dalam senario politik sekarang,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Perhubungan Pas Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalannya, Satiful Bahri Mamat; Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohd. Nor Hamzah; Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr. Alias A. Razak.

Ditanya mengenai tindakan Anwar yang masih ghairah meneruskan perhimpunan haram di serata negara bagi membantah keputusan PRU-13, Abdul Wahid berkata, itu merupakan hak masing-masing untuk meluahkan perasaan.

“Itu nak luahkan perasaan dan itu hak masing-masing dalam bentuk apa cara sekalipun sama ada ceramah atau perhimpunan, itu hak masing-masing. Hak demokrasi, ia bebas nak ceramah atau apa saja.

  • Laporan ini dikemukakan dalam Utusan Malaysia. Ana harap tak ada usaha utusan untuk mempergunakan statement ini. Mesti lapor secara betul. Kalau tak betul, memang kaki penipulah.
  • Ana respek, sebab pemimpin kita berani buat kenyataan macam ini kepada Utusan. Ini baru politik matang.
  • “Tak apalah, tapi kita nak politik kita lebih matang, jangan ada unsur dendam dan benda-benda yang tak sepatutnya berlaku dalam senario politik sekarang,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Perhubungan Pas Terengganu di sini hari ini – kalau banding dengan kenyataan MB Terengganu yang sombong, cukup berbeza adab dan akhlaknya.
  • Kalau pemimpin kita terus begini, dan Mat Said terus menjadi MB menjelang PRU14, ana yakin, kita akan menang Terengganu pada PRU14.
  • Sindrom Wan Mokhtar akan berulang semula. Mat said akan jadi punca kejatuhan UMNO terengganu.
  • Bayangkan berapa juta duit habis, panggil artis Indonesia ‘Waliband’ buat persembahan seluruh terengganu, sudahnya menang 17 kerusi sahaja. Itu pun nak sombong lagi.
kitchen cabinetNazri Aziz?

Tajuddin Rahman?

Wahid Omar?

Rohani Karim?

Waythamoorthy?

Ahmad Maslan?

Hamim Samuri?

Aziz Kaprawi?

Richard Riot?

Aduhai, nampaknya kita akan mendapat jalan mudah menjelang PRU14. Mudah sangat. Macam tak percaya, tapi itulah hakikatnya.

Tak ada apa yang Pas dan kawan-kawan PR perlu takutkan daripada pemilihan nama-nama yang berkecamuk di dalam kabinet kali ini. Kalau kita bandingkan dengan nama-nama Ahli Parlimen Pas pun, rasanya dah terbalik kong kabinet yang disusun ni.

Mana tidak, kita dapat rasakan, kalangan Ahli Parlimen Pas sendiri jauh lebih wibawa daripada apa yang ditawarkan oleh BN. Kesian. Dah tak ada orang agaknya.

Bandingkan nama-nama ahli kabinet dengan nama ahli parlimen kita:-

– Hadi Awang

– Kamaruddin Jaafar

– Dr Khairuddin Aman Razali

– Dr Siti Mariah Mahmud

– Datuk Raja Kamarul Baharin

– Dr Mujahid Yusof

– Ustaz Nasaruddin

– Dr Izani Hussin

– Dr Nik Mazian

– Dr Hatta

Kalau kita letak barisan ini sahaja, kita dah tahu, kewibawaan Pas jauh melangkau langau-langau UMNO yang dijadikan Menteri/Timbalan Menteri.

Ana kesian. Kesian dengan tahap wakil rakyat UMNO yang rendah dan payah nak bawa ke tengah. Bijak pandai semua dalam Pas. Kutu berahak semua dalam Umno.

Nak memimpin apa kalau macam itu.

INI KALILAH!!!

Laman Berikutnya »