Ini terkandung dalam ucapan di Muktamar semalam. Pada ana, tak ada salahnya kenyataan ini. Tak payah lah nak nafikan sangat. Kena terbuka hati.

Bukan main dua tiga orang pemimpin PBB yang marah dengan kenyataan itu. A Karim Hamzah, gangster tua parti PBB pun marah dengan Pas. Kononnya kita tidak adil dalam membuat judgement begini.

Karim boleh cakap apa dia nak cakap. Kehidupan Karim pun kita tahu. Cara Karim jaga para pemimpin Semenanjung pun kita tahu. Tapi kita tak mahu buka aib peribadi. Pemimpin Pas cakap secara umum sahaja.

Di Sarawak, memang tak rasa Islam nya. Yang kita rasa, orang yang kononnya liberal dan terbuka. Meja sebelah makan babi pun dia boleh tenang dan ambil bau.

Pada ana tak ada salahnya Pas buat kenyataan macam ini.

Itu hakikat. Pergilah ke mana sahaja di Kuching, Miri, Bintulu. Roh Islam tak dirasa. Arak merata-rata. Perempuan tak tutup aurat jangan cerita.

Soal pentadbiran masjid ini benda biasa. Tak payah nak bangga sangat lah.

Pada ana, Pas buat benda yang betul. Kita cakap benda betul walaupun pahit.