Ini terkandung dalam ucapan di Muktamar semalam. Pada ana, tak ada salahnya kenyataan ini. Tak payah lah nak nafikan sangat. Kena terbuka hati.

Bukan main dua tiga orang pemimpin PBB yang marah dengan kenyataan itu. A Karim Hamzah, gangster tua parti PBB pun marah dengan Pas. Kononnya kita tidak adil dalam membuat judgement begini.

Karim boleh cakap apa dia nak cakap. Kehidupan Karim pun kita tahu. Cara Karim jaga para pemimpin Semenanjung pun kita tahu. Tapi kita tak mahu buka aib peribadi. Pemimpin Pas cakap secara umum sahaja.

Di Sarawak, memang tak rasa Islam nya. Yang kita rasa, orang yang kononnya liberal dan terbuka. Meja sebelah makan babi pun dia boleh tenang dan ambil bau.

Pada ana tak ada salahnya Pas buat kenyataan macam ini.

Itu hakikat. Pergilah ke mana sahaja di Kuching, Miri, Bintulu. Roh Islam tak dirasa. Arak merata-rata. Perempuan tak tutup aurat jangan cerita.

Soal pentadbiran masjid ini benda biasa. Tak payah nak bangga sangat lah.

Pada ana, Pas buat benda yang betul. Kita cakap benda betul walaupun pahit.

Undi Pas meningkat banyak di Sarawak. Luar biasa. Kalau PRN2011 kita dapat 9,600 undi. Sekarang kita dah cecah 22,000 undi. Peningkatan 229 %. Betul ke ana kira tu. Kalau salah pun, kita anggap ada peningkatan sudahlah.

Kita tak berjaya dimalukan oleh parti oren yang berlagak hebat. Kononnya sebuah parti yang diterima baik rakyat, kerana menyokong penuh Mahathir.

Calon kita Yusof Assidiqqi berdepan orang kuat Taib Mahmud. Masih berjaya dapat 2035 undi. Steady. Calon parti oren dapat 389 undi. Alahai kesian, Baik tak payah masuk bertanding lah kalau macam itu. 389 undi ini standard mesyuarat agung PIBG sahaja.

Zainal Abidin Yet dapat juga 1000 undi lebih.

Zulkipli Ramzi pun dapat 1000 lebih.

Ok lah tu. Pada ana permulaan yang sangat baik.

Kita bermula dengan 22000. Satu hari nanti, kita akan dapat jadi Ketua Menteri Sarawak. Tak kisahlah masa tu kita hidup lagi atau tidak.

Inilah perjuangan namanya.

Tak terlawan kita Adenan Satem ni.

Kita cuba di lain masa.

Ana banyak kali ulang pendirian sama, kita belum sedia mencatatkan kemenangan di Sarawak. Tambah undi, ya. Menang? Pada ana, masih susah dan hampir mustahil.

Tapi semalam kawan-kawan di lapangan kata, sudah nampak cahaya Pas akan memenangi dua kawasan, kalau bodoh-bodoh pun, satu kawasan kali ini. Cik Hamidah Mokhtar di Beting Maro, katanya sudah siap untuk mencatatkan upset paling win di abad ini. Calon wanita, muda belia, nampaknya sudah siap menewaskan calon BN.

Ahmad Kerdee, calon kita sebelum ini (2011), kali ini tidak bertanding.

Hamidah ini memang ada potensi besar. Anak muda yang bijak, senang didekati, diminati oleh ramai pengundi wanita.

Kita harap kali ini, Beting Maro boleh menjadi milik Pas. Memulakan peneguhan agama Islam di Sarawak melalui Beting Maro.

Kawasan ini batu loncatan kita untuk membawa semangat Pas ke Borneo. Hamidah, jika menang, akan menjadi Srikandi Pas yang hebat.

Jika menang, kita harus letakkan Hamidah di antara kerusi tertinggi di Pusat. Mesti diberikan peranan dan elaun yang lebih besar untuk membawa panji Pas di Sarawak.

Hamidah mesti kita beri didikan politik yang terbaik.

Kalau mampu menang, dan berdepan dengan Adenan Satem di DUN, memang seronok kita tengok.

Mahu sakit semula jantung Tok Nan. Kita doa-doa begitulah.

Kalau ada yang tumbang minggu ini pun bagus juak.

DAP kecoh kononnya nak pastikan semua pengundi pos di Sarawak dibatalkan dalam PRN kali ini. Bangang. Selama ini ada tak ada pula bantah. Sekarang pula dia bantah. Dah tak ada kerja lain?

Tahun 2011, lebih 18,000 pengundi pos di Sarawak. Segala abang gomen, askar, polis, cikgu, semua lah. Kita tetap dapat kurang 10,000 undi juga. Tak lebih.

Kita faham lah, orang gomen ini semua otak dah tepu. Tak mahu berubah. Masih nak kekalkan orang yang sama, walaupun kotor dan rasuah.

Kita harap kali ini, 20,000 undi pos di Sarawak akan bersama dengan kita. Beri undi kepada Pas, akan memudahkan kita membuat keputusan untuk bersama parti mana dalam PRU akan datang.

Takkanlah semua orang gomen masih sesat dan nak bersama parti yang mungkar. Tak mahu masuk syurga? Kalau mahu, bersama Pas. Beri undi kepada Pas.

Kita akan dapat memberi mesej yang padu, bilamana kita dapat undi yang besar kali ini. Ana target 30,000. Kalau dapat 50,000 lebih baik.

Misi kita nak selamatkan Sarawak. Selamatkan dari segala macam kefasadan dan kekurangan. Beri kita peluang.

Sekali lagi, YB Iskandar kita membuat kenyataan yang tepat dan bagus mengenai kedudukan Pas di Sarawak. Semalam, YB Iskandar berikan pandangan berikut:-

– Pas nak jadi parti check and balance sahaja di Sarawak

– Tidak berhasrat jadi kerajaan

– Tak mahu bersekongkol dengan BN

– Anti penyelewengan

– Jaga kedudukan anak negeri

Pada ana, semua yang YB Iskandar cakap ini memang tepat dan baik. Kita kena beritahu rakyat Sarawak, terutama yang bukan beragama Islam, kita bukan nak perintah Sarawak dan jadikan Sarawak macam Brunei – amalkan undang-undang Islam.

Itu memang cita-cita kita, tapi bukan sekarang. Later later nanti.

Sekarang ini, kita hanya nak pacak bendera. Nak masuk beri ceramah. Nak beritahu bahawa ada parti Islam sebagai pilihan kepada pengundi.

Kita kena pertingkat jumlah undi daripada 9,719 (undi keseluruhan) kepada kurang-kurangnya 30,000 undi.

Patut kita kena ada matlamat ini. Kita nak 30,000 UNDI! Senang.

Ana sedih, punyalah teruk orang Sarawak menolak Islam sampai kita hanya ada 9,719 undi dalam PRN lalu.

1.44 % sahaja yang mengundi Pas.

Puiii.

Sarawak PKR today told their partners in the opposition coalition that the 49 seats they were allocated in the last state election in 2011 “are not up for grabs” and they would contest the same seats in the forthcoming state polls.

Only the 11 new seats that the Election Commission is planning to create are negotiable, said the state PKR election committee deputy chairman Baharuddin Mokhsen.

In the distribution of the 71 seats, DAP were allocated 15, mostly in Chinese majority constituencies, while PAS were allocated only seven.

The nod to have the 49 seats non-negotiable appeared to have come from PKR deputy president Mohamad Azmin Ali who ended his three-day working visit to the state yesterday.

“The party’s deputy president has made it clear that we are now to focus on all our seats,” Baharuddin said. “PKR will focus on all the 49 seats we contested in the 10th state election in 2011.”

The 49 seats, mainly Malay majority and rural Dayak majority areas, were allocated to the PKR when PR was an entity.

——————–

Kalau ikut kira-kira Azmin Ali, mungkin PKR nak bertanding di 71 kawasan. Kononnya kuat dan mempunyai duit yang banyak.

Kita patut beritahu Azmin, dulu pun kata macam tu. Bertanding di 49 kawasan, menang 3. Makna kata, peratus kejayaan setakat 6.1 % sahaja. Kali ini nak lagi pakai angka sama. Ke parit lagi.

6.1 % itu sewaktu Anwar ada. Lepas. Bukan banduan. Anwar sendiri datang ke Sarawak dan disedapkan oleh gadis bidayuh di banyak hotel di Kuching.

Anwar ada. 6.1 %. Azmin? Rasanya tak sampai 3 %. Kalau adapun kawasan yang dijaga oleh Ali Biju. Lain? Hancurrr.

Azmin patut sedar diri, politik di Sarawak ini lain. Mereka nak parti tempatan. Pas pun tak diterima. Kami sedar diri.

Tapi, kami tak pula demand lebih-lebih. Setakat ada sahaja ok lah. Tapi nampaknya PKR ini memang jenis tamak haloba. Dah tahu kalah pun masih mahu bertanding di 49 kawasan.

Pada ana, Sarawak ini kita kena guna DAP lebih banyak. Bagi mereka peluang. Biar Sarawak jadi kubu kuat mereka yang kedua. Selepas Penang.

Ana setuju dengan pandangan pimpinan PAS, kita sudah boleh melupakan sedikit isu banjir di Kelantan pada ketika ini. Benda sudah ditakdirkan. Nak buat macamana. Bukan kita ada kuasa nak alih monsun ke tempat lain kan. Doa sahaja tak jadi gelombang ke-2.
Tumpuan kita mesti dialih ke Sarawak. Bumi yang banyak potensi untuk diserap dengan politik Islam kita.
Rugi benar lah kalau kita tak pantas mengalih pandangan ke Sarawak. Rugi. Ini peluang kita untuk menunjukkan Pas masih relevan di Malaysia.
SPR baru sahaja umumkan ada pertambahan 11 kerusi DUN baru di Sarawak.
DUN Batu Kitang (Stampin),
Stakan (Kota Samarahan),
Serumbu, Puncak Borneo (sebelum ini dikenali sebagai Mambong),
Triboh (Serian),
Gedong (Batang Sadong),
Kabong (Saratok),
Tellian (Mukah),
Selirik (Kapit),
Murum (Hulu Rajang),
Samalaju (Bintulu)
Long Lama (Baram)
Hasil tinjauan awal, pada pandangan 8 daripada 11 kawasan ini sangat elok jika diberikan kepada Pas. Baki 3 (2 PKR; 1 DAP).
Kita merasakan itu pembahagian yang adil, supaya Sarawak dapat dijadikan Darul Islam Borneo seperti Kelantan di Pantai Timur.
Maka itu, ana mintalah kita semua menderma sebanyak-banyaknya duit/tenaga/emas/perak/berlian dalam memastikan kita mampu menawan Sarawak dalam PRN yang akan datang.
Insya’Allah, kalau kita usaha dengan keras. Kita boleh mendapatkan hasil politik yang baik.