November 2012


Bukan main kasar lagi perwakilan UMNO menyanggah, mengutuk, menghina, memaki hamun kalangan pemimpin PAS. Macam-macam isu dikeluarkan. Kononnya, TG Nik Aziz adalah penyesat am, dan bukannya pemberi pedoman kepada PAS.

Ana tak tahu samada yang bercakap ini pernah kenal TG secara peribadi atau tidak. Tapi apa yang berlaku ini adalah suatu yang tidak wajar. Kalangan orang Cina menilai sahaja apa yang kita sesama bangsa lakukan. Pelik. Hangat dengan balas membalas cacian.

TG Nik Aziz adalah lambang pejuang Islam yang zuhud. Kalau ada sikit-sikit isu tanah itu, benda biasa. Semua manusia ada kelemahan. Tak gitu?

STESYEN MINYAK NIK AZIZ BERNILAI RM 1 JUTAStesen Minyak Petronas hak milik Nik Mohd Asri Bin  Nik Aziz (anak Nik Aziz). Asalnya stesen ini diurus oleh Mesra Makmur  Trading yang dimiliki oleh Hood Bin Mohd Isa KP:691119105535. Beliau  berasal dari Selangor bekas pemandu Nik Aziz dan menantu Nik Aziz. Ini adalah isu yang teruk dimainkan oleh pencacai UMNO terhadap Tuan Guru.

Apa lagi? Anak menantu yang kaya raya?

Kita bagi peluang lah anak mamak Pulau Pinang, Mamak Merican, untuk kutuk dan caci Tuan Guru. Kita kena faham, Reezal nak jadi calon Kepala Batas. Lagi kuat dia kutuk tok guru, lagi markah dia naik. Kalau tak kutuk, dia lebur.

Ana cuma nak nasihatkan, jangan awal-awal guna ayat Quran, lepas tu maki hamun. Tak baik bro.

1. Doa wanita lebih makbul daripada  lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika  ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu  lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan  sia-sia.”
2. Wanita yang salehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya  seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan  orang yang takut akan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas  tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan  anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan  anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara  perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia  bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan  penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka  mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup  pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari  mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di  udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar  baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta  menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah ang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W.”Ibunya.”

Bila Wanita UMNO, Puteri UMNO doakan agar kita beroleh rahmat – apakah ianya akan dijawab oleh Allah SWT. Sudahlah mak cik tua tak bertudung yang aminkan. Apa pulak nilainya doa ini?

Terima kasih banyak kerana doakan kita. Kita terima kasih banyak. Namun kita TAK AKAN tarik balik doa JAHANAM kita. Mungkin kita akan UP kan doa….supaya UMNO bukan sahaja ditimpa JAHANAM…malah ditimpa LAKNAT. Moh kita ramai-ramai. AMINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN.

Nokhorom betul. Minggu ni jalan akan jadi jammed luar biasa. Kebetulan orang rumah ada kursus di Seri Pacific. Naik menyampah tengok muka mak cik tua tak bertudung dekat area sini. Dah nak masuk kubur, tudung pun tak tahu nak pakai. Kalau tahu dek orang UMNO, marah. Tapi ana cakap benda betul.
Ana ambil kesempatan jugalah menjengah gerai dan tengok-tengok ucapan nanti. Bukan minat sangat. Menyampah lagi ada. Tapi disebabkan kita ini blogger, kita kena ambil tahu. Jangan tinggal terus. Ana akan kaji dan selidik mentaliti orang UMNO minggu ini. Pada ana, tak banyak perubahan pun. Old skool.
Boleh tahan teruk Muhyiddin bantai kita semalam. Macam-macam dia balun. Antaranya, seperti yang dipakai oleh Aspan Alias:-
Muhyiddin seperti Najib juga. Beliau seolah-olah akan menjadi gila  jika pembangkang mendapat kuasa dalam PRU ini. Bagi mereka-mereka ini  hilang kuasa serupa seperti memasuki neraka sedangkan peralihan kuasa  bergilir-gilir itu adalah mainan negara yang demokrasi. Apa yang  Muhyiddin sebutkan dalam ucapan itu hanya menandakan sikap dan sifat  UMNO yang tidak memahami yang demokrasi ini adalah pusaka bergilir dan  bukannya hak kekal UMNO dan BN.

Bagi pimpinan UMNO jika kalah BN ia seperti dunia akan kiamat. Tetapi rakyat sudah memahami hakikat bahawa ada kehidupan selepas UMNO.  Momokan yang ‘tiada UMNO tiada Melayu’ itu hanya terpakai semasa rakyat  belum berfikir dan tidak nampak yang ‘there is life after UMNO’. Malahan ia adalah kehidupan yang lebih baik kerana pihak PR akan membina rakyat yang berfikir.

Muhyiddin Gemuk pun ada bantai hubungan kita dengan DAP – kononnya kita ini melukut di tepi gantang.

Ana tak tahu. Ana tak melukut. Kalau ada pemimpin PAS yang melukut, ana tak tahu. Ana masih steady.

Ana nak ajak semua ahli PAS, kalau ada masa, marilah kita ramai-ramai berkumpul di PWTC. Jangan pakai kopiah. Pakai biasa. Lepas tu kita tengok perempuan-perempuan Melayu tayang body di sini. Memang banyak dosa. Tapi lepas tu kita minta ampun lah.

Pada ana, kita tak payah layan semua yang dikatakan Muhyiddin Gemuk. Biarlah dia nak mengarut apa pun. Kita jaga kain politik kita.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan  Kelantan, Datuk Husam Musa pernah berkata dengan beraninya mengeluarkan  kenyataan bahawa DAP lebih baik daripada Umno.

Husam pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun)  Kelantan di sini, semasa penggulungan mengungkit penentangan terhadap  Akta Darurat 1978 kepada Kelantan yang dibawa oleh seorang menteri  kemudiannya disokong MCA.

“DAP dengan MCA ini, 100 kali lebih baik… pada 1978, dibentangkan  Akta Darurat, dibawa menteri Umno dan kemudiannya disokong oleh MCA.

“Siapa yang menentang akta ini dan ada dalam rekod hansard.  Satu-satunya yang menentang akta ini ialah Lim Kit Siang, padahal ketika itu Pas dan DAP tidak ada hubungan,” katanya.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor menegaskan, itu bermakna mereka memegang prinsip demokrasi, tetapi Umno yang kata parti tersebut satu bangsa dengan Pas, padahal Umno yang ‘makan’ Pas dulu.

“Lepas itu dia (Umno) kata kenapa Pas boleh baik dengan DAP, sebab DAP perangai lebih baik daripada kamu,” katanya.

Jawapan Husam tersebut mendapat sokongan daripada Adun Pas yang lain dan disambut dengan gelak tawa.

Ana mendapat maklum balas ramai kawan-kawan di Kelantan, kenyataan Husam ini sudah tersebar luas di Kelantan dan Terengganu. Kalau positif tak apa. Ini NEGATIF. Sangat negatif. Kita tidak boleh nak elak daripada mengakui realiti bahawa pak cik dan mak cik kita di kampung, sangat risau dengan hubungan kita yang terlalu akrab dengan DAP ini. Pada mereka, DAP ini bukan sangat nak angkat Islam. Lebih kepada nak pastikan mereka dapat kuasa sendiri.

Ana minta YB Husam untuk turun perjelas dengan orang kampung mengenai isu ini. Penggerak UMNO pun pandai – bila kenyataan YB Husam begitu, mereka buka semula semua kisah lama, bagaimana DAP sangat takut dengan HUDUD dan sebagainya. Habis kita kena check mate.

Ada seorang pak cik di Kemaman, sanggup halau tukang kempen kita kerana tak boleh terima dengan kenyataan Husam. Pada dia, DAP tak ada dalam kamus orang Islam dan orang Melayu. DAP ini jahat – kata pak cik tersebut. Rupa-rupanya dia bekas Polis yang bertugas di Kepong pada tahun 1969. Pada dia, DAP ini ‘celaka’.

Ana hanya sampaikan apa yang berlaku di bawah. Kalau kita terus lambung DAP bagai nak rak, rasanya koyak juga undi kita nanti. Hati hatilah.

“Ya Allah…Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya, kuburkanlah UMNO dan  BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini (diulang sebanyak tiga kali). Ya Allah…Hukumkanlah UMNO. Ya Allah…Hukumkanlah UMNO dan BN. K.O!  BN, K.O! BN, BN K.O!, K.O! BN, BN K.O!, BN K.O! dalam PRU-13 ini Ya  Allah.

“Kalau Kamu pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Kamu izinkan  bumi Mu telan Qarun. Ya Allah…Kamu telah laknat Namrud dan begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah untuk Kamu menjahanamkan UMNO dan BN  dalam PRU-13,”
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121118/po_07/Pas-doa-hancurkan-UMNO-BN#ixzz2CvdMbWFg ©  Utusan Melayu (M) Bhd

Doa untuk keburukan dan kehinaan untuk  orang lain adalah bukan perkara asing dalam Islam. Dalam satu hadis,  Rasulullah s.a.w. telah menaiki mimbar sambil berkata: “Amin, amin,  amin.” Dikatakan kepada baginda: “Wahai Rasulullah! Apa yang kamu buat  ini?” Baginda menjawab: “Jibril a.s. berkata kepada aku, kehinaan kepada seseorang hamba apabila dia memasuki Ramadhan tidak diampunkan untuknya dosa. Maka aku berkata amin. Kemudian Jibril berkata, kehinaan kepada  seseorang hamba apabila disebut namamu dia tidak berselawat ke atas mu.  Maka aku berkata amin. Jibril berkata lagi, kehinaan kepada seseorang  hamba yang sempat dengan kedua ibu bapanya atau salah seorang  daripadanya tetapi tidak boleh memasukkannya ke dalam syurga (kerana  tidak berbuat baik kepada mereka) maka aku berkata amin.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam  Baihaqi. Dalam riwayat yang lain malaikat Jibril mendoakan agar  dibinasakan atau dijauhkan rahmat daripada Allah bagi ketiga-tiga mereka yang disebutkan di atas.
Ini ulasan yang diberikan oleh Ustaz Azhar bin Yahya, Timbalan Pengerusi Ulamak Pelapis, Dewan Ulamak PAS Pusat.
Ana pun hairan lah dengan orang UMNO ni. Menggelabah semacam. Baru kena doa hancur, dah takut. Dah susun segala bala tentera untuk pertahankan mereka.
Pada ana, benda biasa. Kalau kita gaduh dengan jiran, bohong kalau kita tidak mendoakan kebinasaan jiran kita. Kalau orang Melaka, terus dia kata: ‘hawau lahabau punya jiran. mampus tak mahu’. Ini pun satu doa. Salah? Kalau kita dah menyampah dan benci nak buat macamana? Nak diam sahaja?
Senjata orang Islam adalah doa. Kalau dah nama senjata, kita pakai aje lah.

Ya Allah…Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya, kuburkanlah UMNO dan  BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini (diulang sebanyak tiga kali). Ya Allah…Hukumkanlah UMNO. Ya Allah…Hukumkanlah UMNO dan BN. K.O!  BN, K.O! BN, BN K.O!, K.O! BN, BN K.O!, BN K.O! dalam PRU-13 ini Ya  Allah.

“Kalau Kamu pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Kamu izinkan  bumi Mu telan Qarun. Ya Allah…Kamu telah laknat Namrud dan begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah untuk Kamu menjahanamkan UMNO dan BN  dalam PRU-13,”
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121118/po_07/Pas-doa-hancurkan-UMNO-BN#ixzz2CveYaENe ©  Utusan Melayu (M) Bhd

Ana ucap terima kasih kepada Ustaz yang doakan hari tu. Macam ini baru betul. Alang-alang politik – biar kita politik sungguh-sungguh.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121118/po_07/Pas-doa-hancurkan-UMNO-BN#ixzz2CvdMbWFg ©  Utusan Melayu (M) Bhd

Manoharan vs. Ronnie Liu

Kota Alam Shah state  assemblyman M. Manoharan today asked Selangor state executive councillor Ronnie Liu Thian Kiew whether he would resign if he could not resolve  the issue of the proposed condominium project close to the Batu Caves  Hindu temple that has drawn strong objection from various quarters.

Manoharan of the DAP said the proposed 29-storey condominium project  close to the limestone hills was seen as a hazard to the environment and people there.

“Is YB Pandamaran (Ronnie Liu) prepared to resign if the condominium  project is not scrapped, because it is seen as a risk to the structure  of the 100-year-old Batu Caves Hindu temple?” he said when posing a  supplementary question to Liu (DAP-Pandamaran) in the Selangor State  Assembly meeting.

Liu, who is chairman of the Local Government, Study and Research  Committee, said the question of him resigning did not arise because the  state government had called a temporary halt to the project pending the  setting up of a committee to look into its approval.

Teresa Kok vs Speaker Dewan

Jangan kita lupa, konvensyen DAP Selangr pun tak ramai datang. 311 orang. Sahaja. Nampak sangat DAP ada perpecahan yang melampau-lampau. Tapi, mereka ini yang datang kata kita, pemimpin PAS tak layak tadbir Negara. Apa punya mangkuk.

Of the 1,153 delegates, only 311 or 27% showed up for the annual  meeting. The minimum quorum is 25% and party leaders were left  struggling to explain the numbers. Many of them said this was usually  the case in a non-election year for the party and delegates think it  would not make a difference whether they are there or not.

Kita minta sangat DAP supaya jaga kain sendiri. Jangan nak menyibuk dengan hal PAS.

Yang pasti, wakil DAP tak boleh jadi PM.

Lim Guan Eng
This is the consensus of three parties, that is Anwar. If it is  Pakatan Rakyat that wins, it is Anwar who will be prime minister,” DAP  secretary-general Lim Guan Engtold reporters at the Parliament lobby when asked to comment.

Asked about the proposal for the party with the most seats to get the prime minister’s post, Lim said that consensus among the PR parties was more important.

“But we think (the one) that can represent the whole of PR, the whole of Malaysia is Anwar…” Lim said, pointing out that his party  currently has the most seats, followed by PKR and PAS.

Karpal
DAP chairman Karpal Singh said the general consensus among Pakatan Rakyat leaders, including PAS, was that Datuk Seri Anwar Ibrahimwould be the prime minister if the coalition takes over the federal government.

“We cannot stop people at the PAS muktamar from making (other) suggestions,” he said.

“These are individual calls, and do not reflect the decision of the component parties’ leadership.”

Tian Chua

PKR vice-president Tian Chua agreed, dismissing talk of other Pakatan leaders assuming the role of prime minister as “a non-issue”.

It was, he said, just views of one or two members.

“Individual members are free to have their own views,” said Tian Chua
– Nampaknya  DAP dan PKR cukup FOBIA dengan keputusan MUKTAMAR bahawa kita mahukan Haji Hadi sebagai PM. Macam-macam perkara ditimbulkan, kononnya Haji Hadi tak pandai Bahasa Inggeris, tak kacak, punya imej terroris dan ektremis. Ini semua cakap-cakap orang takut; – PAS patut kekal sebagai parti ‘feeder’ dalam Pakatan Rakyat – bukan parti utama; – Haji Hadi tidak layak untuk PM (TPM adalah kemungkinan besar); – PAS patut kekal jaga AGAMA (kalau menang, kita patut jaga JAKIM, IKIM, USIM, UIA sahaja). Semua yang ada nama ISLAM, PAS akan jaga.
Nampaknya SINAR pun sudah jadi anti Hadi. Pun ada HADIfobia.

Sementara polemik siapa yang seharusnya menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR)  membentuk Kerajaan Pusat berterusan, bancian ‘online’ menunjukkan Datuk  Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan ramai.

Seramai 54 peratus daripada 1,139 pengunjung yang menyertai bancian  ‘online’ kendalian Sinar Harian Online mengatakan bahawa Anwar, Ketua  Pembangkang dan Ketua Umum PKR, layak menjadi Perdana Menteri.

Ia disusuli dengan 34 peratus yang memihak kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan 12 peratus pula memilih Mursyidul Am parti  itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Berdasarkan perkembangan semalam, kedua-dua Anwar dan Hadi membuat  kenyataan media bahawa Pas dan PKR sedia mengadakan perbincangan  mengenai isu tersebut.

Laman Berikutnya »