Disember 2011


Ramai kakitangan awam, termasuk yang sudah lama bersama dengan PAS – menyatakan bahawa SBPA adalah pelan yang bagus dan baik. Ramai yang puas hati. Cikgu-cikgu yang kita temui pun suka dengan SBPA. Polis dan askar pun sama. Bila ana tanya, apa pasal mamat nama Omar Osman (CUEPACS) ini bersungguh benar nak tolak SBPA? Depa kata, biasalah – biasanya yang mencetuskan masalah dalam jabatan kerajaan ini adalah mereka yang aktif dengan CUEPACS. Pada mereka, bila mereka aktif dengan CUEPACS – kerajaan akan takut nak ambil tindakan. Mereka berlindung di sebalik jawatan.

Ana nak ingatkan kerajaan PR, kalau diberikan rezeki untuk kita memimpin PUTRAJAYA, kita kena pastikan mamat dan minah CUEPACS ini adalah kumpulan pertama yang kita ambil tindakan pecat dan buang. Tak guna. Mereka inilah kumpulan yang suka menghabiskan duit rakyat. PR tak boleh ada kakitangan awam yang tak cekap dan efisien.

Ana nak kongsi satu perkara, baru-baru ini ana pergilah satu jabatan kerajaan di kawasan Jalan Gurney. Ana naik atas nak jumpa Pengarah. Pengarah tak ada pergi minum. Jumpa Penolong Pengarah pun cuti sebab hujung tahun. Pegawai biasa pun tak ada. Kakitangan kerani lelaki dan perempuan sibuk main ping pong. Jam baru pukul 10.45 pagi. Bila ana soal, buat acuh tak acuh. Mentang-mentang ana pakai kopiah putih.

Sempat ana bagi ceramah, halal dan haram dalam mencari rezeki. Terdiam semua. Ana beritahu, kalau kita menipu dan curi tulang, rezeki tidak berkat. Bagi makan anak bini. Semua terpaku.

Ana nak tanya CUEPACS – kumpulan macam ini yang mereka nak perjuangkan? Kalau ana boss, dah lama ana bagi markah keluar baris. Main ping pong. Staff pompuan sibuk tengok komputer – bukan buat kerja pun, tengok cerita Tentang Dhia dalam tonton. Memang jenis puak suka makan duit haram.

Ana minta sangat, dalam manifesto PR – tolong wujudkan komitmen kita nak BUANG kumpulan pekerja kerajaan yang kuat mengular dan menipu. Belum masuk kes rasuah lagi. Memang hampeh.

Ana nak ingatkan, kerajaan boleh jatuh disebabkan kakitangan awam yang degil dan pengecut. Pengecut nak mengaku kelemahan diri. Pengecut nak keluar daripada perkhidmatan awam walaupun malas dan bodoh.

Ana rasa, kalau kerajaan kekal dengan markah 70 – mahunya 120,000 kakitangan awam keluar baris. Tapi sayangnya, kerajaan takut dengan CUEPACS. Orang paling tak bertanggungjawab dan banyak menghabiskan duit rakyat adalah CUEPACS! Mereka ini memang suka mempertahan biawak hidup.

Sebab itu ana sokong Tony Pua…kalau dapat jawatan; kita buang sahaja kakitangan awam yang pemalas.

Ramai juga jamaah di kawasan Batu yang bertanya kepada ana, apa kedudukan HUDUD di dalam Konvensyen dan perasmian manifesto Pakatan Rakyat pada 14hb Januari ini? Ana kata, insya’Allah, kita dahulukan NEGARA BERKEBAJIKAN. Ramai yang geleng kepala. Mereka nak juga HUDUD. Pada ana, walaupun penerangan yang cantik dan menarik dalam video klip OLEY oleh Pemuda PAS – nampaknya gelora kalangan ahli di bawah masih lagi wujud dan real. Mereka nak juga hudud.

Pada ana, PAS Pusat kena keluar bajet dan perbaiki kempen NEGARA BERKEBAJIKAN. Jangan terlalu nak pisahkan hudud dari PAS. Masalah nampaknya.

Takkan kita nak buat apa yang ahli tak berapa nak faham dan gemar. Mereka masih pegang negara Islam. Kita nak jual benda baru. Payah juga.

Pada ana, negara berkebajikan ini konsep yang bagus. Tapi kena dekatkan sikit dengan Negara Islam. Insya’ALlah boleh diusahakan. Kita ramai ulama’ dalam parti, boleh cari kaitan antara negara berkebajikan dan negara Islam. Bagi ayat yang kuat sikit. Insya’ALlah boleh kita dapatkan semula sokongan rakyat.

Ada juga kawan-kawan yang tanya pasal isu lain.

9 Januari 2012: Apa Pendirian PAS?

Selepas Anwar dapat keputusan di mahkamah; apa pula pendirian PAS nanti? Mereka tanya? Ana tak dapat nak jawab.

Pada ana, kita sama-sama doa kepada Allah SWT bahawa Anwar akan lepas bebas dan didapati tidak bersalah. Kita doa. Kita buat kenduri dan solat hajat hampir setiap hari. PAS kena akui, PAS mengharapkan aura Anwar kalau nak menang pilihanraya. Kalau Anwar tak ada….susah juga kita.

Pada ana, Anwar kalaupun dia tersilap mengawal nafsu, khidmatnya masih diperlukan dalam konteks yang lebih besar. Dia mungkin tak tahan nafsu – tapi dia seorang pemimpin yang baik. Tok Guru Nik Aziz sendiri mengakui. Anwar mungkin tak dapat tahan gelora; tapi dia yang terbaik dalam bidang politik.

PAS kena teruskan solat hajat buat Anwar. Ini sahaja yang kita mampu tolong.

Kalau dah sepakat, di kalangan pimpinan PAS bahawa Hasan Ali adalah liabiliti kepada parti, ana suka cadangkan agar PAS buat keputusan serta merta dan PECAT sahaja Hasan Ali dalam kadar yang segera. Kalau dah melampau sangat berkonspirasi untuk menjahanam parti, apa lagi hukumannya?

Kita selalu kata UMNO lembik, tak berani, tak ada tulang belakang, sampai masalah LEMBU pun tak berani nak pecat Ketua Wanita; apa kata PAS buktikan kepada UMNO bahawa kita lebih berani dan tegas. Ambil tindakan. Buang parti. Pecat daripada EXCO Kerajaan Negeri; Serta merta.

Barulah nampak kita tegas dengan disiplin parti. Tak bermain dengan dasar dan kedudukan parti. Ini yang ramai ahli PAS nak kita buat. Kalau dah terbukti salah, pecat sahaja. Jangan tangguh. Buat rosak nama parti sahaja buat kejadah apa nya.

Ana punya fikiran mudah sahaja, dalam parti tidak boleh ada primadona dan mereka yang perasan lebih hebat daripada parti. Bahaya. Kalau salah – pecat. Mudah.

Ana dah buat kajian sikit-sikit di Selangor, tak ada impak mana pun kalau Hasan Ali tak ada. Khalid Samad lebih mampu memimpin kata ramai jemaah PAS. Khalid Samad lebih berpengalaman dalam mengurus isu agama. Ini kata merekalah. Kalau ramai kata begitu. Ana agak setuju.

Kita tutup episod Hasan Ali dalam PAS. Mudah. Jangan biar dia rosakkan parti.

Ana senyum sahaja bila pelajar UPSI membuat celaka lagi. Adam Adli budak Utara. Budak kepala Batas. Ramai dok kata, ayah dia boleh tahan sokong UMNO dan Barisan Nasional. Tapi anak secara kebetulan menjadi penyokong kuat Anwar Ibrahim. Sudahnya, ayah dia pun jadi risau bila tengok gambar Adam Adli yang seksi dan membuka baju (sekaligus menggambarkan akhlak budak ini).

Ana dah banyak kali menulis mengenai UPSI ini. Ana dah kata, kalangan pelajar UPSI ini ramai yang dah rosak akhlak. Tak ada kaedah tarbiyah yang baik. Tapi kita dok harap depa keluar boleh jadi cikgu dan mujahid. Haram. Semua jenis kaki kongkalikong. Entah apa apa.

Ana tak heran kalau PKR nak guna budak UPSI. PAS takkan guna. Pada kita, kita dah kenai sangat perangai budak UPSI yang kononnya bakal pendidik masa depan ni. Semua kerja nak duit. Belum buat program dan gerakan, dok demand dengan PAS macam-macam. Kalau tak dak duit – kami takkan sokong. Lantak pi.

Pada ana, apa yang dibuat oleh pelajar UPSI ini merosakkan imej Pakatan Rakyat. Buat macam kita jadi tak matang.

Apa hal yang nak pergi turunkan bendera di tempat UMNO? Cuba bayangkan kalau Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara, datang dan ludah bendera PAS di Taman Melewar. Kita pun jadi marah. Janganlah sampai begitu. Tapi nak buat macamana, jenis pelajar UPSI yang bodoh dan ikut cakap sahaja. Sudahnya, termasuk dengan PAS sekali malu nak jawab dengan pengundi Melayu.

Cubalah agaknya pelajar UPSI tengok bagaimana PAS didik anak-anak mahasiswa di UM, UKM, UIA, USIM dan UiTM. Semuanya menurut kata dan tidak buat kerja-kerja politik yang bodoh. Mereka tahu soal menjaga thiqqah dan perangai. Jangan berlebih dan melampau. Ini semua melalui proses tamrin dan tarbiyyah yang tepat. Tak macam budak-budak UPSI yang kemaruk tak bertempat.

Jujur ana kata, ana malu dengan UPSI. Kalau ana jadi pemimpin di UPSI, ana letak jawatan. Kalau ada maruahlah. Ini tidak. Mula salahkan students. Pemimpin di UPSI buat apa? Tidur?

Adam Adli ini pada ana lambang runtuhnya akhlak dan institusi UPSI. Maaf cakap lah, ana hilang hormat.

Parti Islam Indonesia bentuk Aliansi Hijau

Parti-parti Islam di Indonesia tidak mahu lagi situasi politik negara umat Islam terbesar di dunia itu ditentukan parti didominasi kumpulan nasionalis sekular seperti yang ada sekarang.

Malam tadi mencetus satu lembaran baru yang menuntut keikhlasan penuh bagi membentuk acuan baru politik berlandas dimensi Islam apabila satu aliansi baru dibentuk.

Mengejutkan apabila aliansi itu dinamakan Aliansi Hijau dengan logo berbentuk seperti berlian hijau  yang bergaris dua putih di tengah.

Aliansi itu dibentuk melalui kesepakatan dengan perjanjian persefahaman di antara Partai Bulan Bintang (PBB)  dan Partai Kebangkitan Nasional Ulama (PKNU) dengan penuh sesak kehadiran penyokong di sebuah hotel di sini.

MoU itu ditandatangani Ketua Umum PBB, Dr H M Kaban dan Ketua Umum Dewan Tertinggi PKNU, Drs H Chairul Anam dengan disaksikan pemimpin tertinggi kedua-dua parti dan penyokong dari seluruh wilayah Indonesia.

=============================

Ana teringin sangat agar PAS menggunakan pendekatan sama di Malaysia. Kita kena satukan semula hati NGO-NGO Islam untuk bersama dengan PAS dan tidak lagi bergerak secara nafsi nafsi.

Gerak secara sendiri ini tidak mementingkan jamaah. Ana teringat bagaimana PAS dengan ABIM pernah duduk di meja diskusi yang sama; bercakap mengenai Islam. Berbincang mengenai kedudukan istimewa Melayu dan raja-raja. Benda ini pernah wujud dahulu. Tapi sekarang….

ABIM pun sudah tidak seperti dulu dengan PAS. Kita fahamlah, di dalam ABIM ada krisis keyakinan kepimpinan. Presiden yang ada mempunyai nilai ilmu yang terhad dan bukannya seorang cendikiawan. Susah nak tarik perhatian kelompok ulama’ dan pemikir. Razak bukannya tak bagus, tapi masih lagi main selamat. Tak mahu nak kecilkan hati banyak pihak. Sudahnya, jadi tak tentu hala. Kanan susah. Kiri susah. Payah nak ajak bincang.

WADAH – walaupun ramai pemikir, tapi niatnya hanya satu – Anwar Ibrahim. Islam pun boleh letak tepi kalau Anwar Ibrahim punya pasal.

PAS kena mulakan gerak NGO Islam yang lebih mantap. Perlu mula sekarang. Jangan tunggu bang….

Ana pun tak faham dengan Pemuda PKR ni, keputusan belum dapat, apapun belum tahu – dia sudah buat kempen Bebas Anwar 901. Masuk pun belum nak bebas macamana? Salah pun belum tentu. Ana dapatkan nasihat ramai teman-teman loyar, depa kata belum tentu lekat. Belum tentu. Kaedah simpan air mani Polis pun tak berapa nak betul. Orang simpan dalam peti ais. Dia simpan dalam kabinet besi. Tak sejuk. Sperm boleh meninggal. Kata loyar kat luar lah..

Tapi ada dua tiga orang loyar yang kata kes akan lekat. Anwar gagal buktikan keraguan yang munasabah. Saksi alibi yang dijanjikan oleh Anwar tak dibawa ke mahkamah. Sumpah pun tak buat.

Ana malas nak borak dengan loyar ni. Susah nak faham. Depa punya bahasa tinggi. Tapi bagus, semua muda-muda dan kaya-kaya. Ramai yang masuk PAS. Mereka ini semua aset parti kita. Jangan lupa.

Pada ana, Pemuda PKR kena buat rilek sahaja dulu. Jangan gabra. Tenang.

Pertama, kita mesti tunggu keputusan. Belum sampai tahap rayu lagi. Mesti boleh rayu. Kalau rayu, kena dengan stail Karpal PuSingh, mahunya lagi 6 tahun baru selesai. Lama lagi tu. Anwar sempat jadi PM. Terus buang kes. Abis citer.

Kempen Bebas Anwar 901 Dilancar

Dalam pada itu Shamsul memberitahu berkaitan dengan keputusan fitnah II Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diketahui pada 9 Januari tahun hadapan beliau secara hari ini melancarkan kempen secara maya di laman ‘Twitter’ bagi menghimpunkan seramai yang mungkin terhadap kes tersebut.

“Saya juga hari ini telah memulakan kempen #BebasAnwar901 yang dilakukan secara maya di laman twitter.

“Kita ingin mengumpulkan seramai yang mungkin mereka yang membantah usaha kerajaan ingin memenjarakan Anwar berkenaan dengan kes tersebut, yang mana kita lihat segala percaturan untuk memasukan beliau ke dalam penjara sudah dirancang dari awal lagi.

Secara maya. Ingat ajak berhimpun lagi. Penat lah kita.

Masalah dengan PKR ni, bila perlu orang berhimpun – depa ajak kita. Bila dia dapat kuasa – dia tinggal kita. Mangkuk hayun sungguh.

Kita harap Anwar lepaslah. Jangan pi sungai buloh. Pening kita.

“Bagi saya kepimpinan yang ditujukkan oleh kepimpinan Nik Aziz memang tidak ada tandingan, malah sikap kesederhanaan yang ditunjukkan olehnya itu terlalu sukar untuk kita temui pada masa sekarang,” katanya dalam Wacana Sinar Harian, PRU13: Undi Siap Jadi Penentu di sini.

Menurutnya lagi, atas faktor itu juga Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS itu masih releven untuk terus bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Malah katanya, tokoh PAS itu masih mendapat sokongan majoriti rakyat negeri Kelantan yang diperintah beliau sudah lebih 20 tahun.

“Kita melihat beliau masih lagi disokong oleh seluruh rakyat di Kelantan dan ini tiada sebab untuk beliau tidak bertanding pada PRU13 nanti.

————————–

Ana malaslah nak komen kenyataan ahli akademik seperti Dr Hassan Hasbullah ini. Lantak dia lah nak kata apa pun. Tapi pada ana, pandangan seperti Prof ini tidak membantu PAS dalam jangka masa panjang.

Jujur. Kita perlu bercakap dan berfikir secara jujur. Apakah dengan umur 80 tahun TG Nik Aziz masih mampu memainkan peranan seperti 10 tahun yang lalu? Masih boleh? Apakah TG Nik Aziz masih mempunyai wibawa macam 10 tahun dahulu? Kita kena sedar, rakyat Kelantan semakin bijak. Bukan semakin bodoh. Rakyat Kelantan pun berhak mendapat kerajaan yang boleh memberikan mereka yang terbaik. Apakah rakyat Kelantan tidak mahukan muka baru?

Yang peliknya, kita ini pandai pulak demand kepada orang lain supaya buat perubahan. Kita tak payah berubah? Kita boleh kekal jadi pemimpin sampai maut menjemput? Begitu? Kita lupakah bagaimana kita hina/herdik/caci/hamun Mahathir sebab dia nak pegang jawatan sampai mati? Habis apa bezanya Mahathir dengan Nik Aziz?

Ana minta maaflah, ana cakap macam ini kerana kita sudah cakap tak serupa bikin. Cakap pasal perubahan. Tapi kita sendiri tak nak berubah. Sampai bila PAS Kelantan nak duduk bawah ketiak TG Nik Aziz? Sampai bila?

Pada ana, Kelantan punya ramai pemimpin berpotensi. Ramai. Jangan kita nak susahkan TG Nik Aziz lagi. Biar dia berehat dan menikmati kehidupan sebagai ulama’ biasa. Nasihat dia kita pakai. Tapi tak perlulah lagi sebagai MB. Ini pandangan peribadi ana.

PAS pun perlu tunjuk perubahan. Kita jangan jadi parti yang seronok menumpang syafaat politik TG Nik Aziz. Sudahlah tu. Masa untuk kita perkenal MB baru di Kelantan – sekaligus memberikan nafas baru kepada PAS.

Mungkin ramai yang marah ana. Tapi ana cakap ikhlas. Beri peluang muka baru. Husam. Nik Amar. Nik Abduh. Takiyuddin. Semua ini berpotensi. Masalah kita kalau sampai kiamat bergantung kepada orang sama.

PAS pun perlu REFORMASI! REFORMASI! REFORMASI!

Jom Ubah!

Laman Berikutnya »