November 2011


Ana pun hairan apabila ada pihak yang tak bersetuju dengan gesaan Tuan Ibrahim untuk tutup Genting jika PAS memerintah Pahang. Apa masalahnya? Kalau yang bersuara itu Cina ana boleh terima. Tapi kalau Melayu UMNO sendiri pun nak pertahan Genting – ana rasa ini sudah silap besar.

Apa gila orang Melayu ini sampai sanggup pertahan Genting dan institusi judi. Pelik ana. Apa dia orang ini sudah kemaruk nak berkawan dengan Setan? Apa dia orang ini sudah jadi taik judi sampai tak boleh nak hilangkan Genting daripada pandangan?

Ana memang tak pernah jejak Genting. Tak pernah teringin pun. Pada ana, Genting ini tempat jin dan setan bertendang. Kalau kita sibuk nak pergi Genting – kita suka berkawan dengan setan lag tu. Ana tak tahulah kenapa orang Melayu sentimental sangat dengan Genting. Pusat judi nak pertahan, Kita pun tak tahu berapa ratus ribu bayi luar nikah yang dibuat di Genting. Mana ada usaha nak letak pegawai agama di Genting. Semua bebas. Seks pun bebas.

Sebab itu ana rasa, usaha nak tutup Genting ni memang boleh dapatkan kita undi Melayu. Undi orang FELDA.

Ini semua strategi politik. Kita ugut nak tutup Genting – orang Melayu baru buka mata dengan nilai Islam kita. Ini yang kita mahu. Baru mereka sedar bahawa PAS tak pernah nak buang niat Negara Islam. Negara berkebajikan itu taktik. Negara Islam itu niat utama. Jangan silap.

Kita mulakan dengan Genting – lepas itu kita cadangkan kepada Kerajaan (waktu itu kita perintah); semua Star Cruises pun kita arah tutup. Ini semua pusat judi juga. Judi atas air.

Pada ana, PAS tak boleh kompromi bab ini. Kita kena suarakan sampai ke atas. Jangan takut dengan ugutan undi. Kita mesti fokus kepada nilai Islam kita.

“Barangkali Soi Lek tidak faham bahawa judi boleh merosakkan institusi keluarga dan kemasyarakatan dan apabila rosak dua institusi ini ia ancaman kepada negara. Keluarga boleh berpecah belah akibat bahana judi sehingga berlaku perceraian. Dalam masyarakat pula judi boleh membawa pergaduhan, pembunuhan dan suburnya industri Ah Long.

“Apa yang untungnya rakyat dengan judi ini sebab yang untung hanya tauke judi, jadi itu bukanlah kemajuan namanya. Sebab itu negara yang maju seperti Singapura dan Indonesia tidak membenarkan kasino berlesen,” katanya dalam sidang medianya semalam.

Ana puji Dewan Pemuda PAS Pahang yang cepat buat kenyataan. Ini baru jihad der…

Advertisements

Ana tertarik dengan analisa pilihanraya yang dibuat oleh seorang bekas ADUN UMNO kawasan Perdana Menteri. Blognya nama Sakmongkol. Pada ana, orang ni memang bijak dan pandai. Ana tertarik dengan banyak ulasan yang dibuat oleh bekas YB ini.

Pada ana, sebagai penyokong kuat PAS, kita jangan baca satu sumber sahaja. Kena banyak sumber. Barulah pemikiran politik kita juga terbuka dan dapat memahami pandangan orang terhadap kita. Ini yang perlu kalangan penyokong kita buat. Bukan ambil satu sumber. Banyak sumber. Barulah ada keterbukaan.

Mula-mula ana baca, ana kesan sudah ada kesilapan fakta yang ditulis oleh bekas ADUN ini. Pada anggaran politiknya, DAP akan menang 48 kawasan Parlimen dalam PRU 13 yang akan datang.48? Setahu ana, DAP hanya bertanding di 46 kawasan pilihanraya yang lalu. Macamana menang 48? DAP tambah dua kerusi Parlimen? Kawasan mana? Kenapa perlu ditambah? Apakah ada kemungkinan DAP menang 100 % dalam pilihanraya yang akan datang? 100 %? Pada ana macam tak logik. DAP sendiri pun tak buat analisa begitu.

Tapi apa yang diperkatakan tentang PAS mungkin ada benarnya. Ana ambil apa dia tulis ya….

PAS

How can PAS win? It’s difficult for its opponent to dislodge PAS in its traditional role as champions for Islam and serving as the emotional anchor for conservative Malays. It will retain the many seats it now has in Kelantan. It will gain more seats in Terengganu which is expected to go back to PAS this time around. Some of the seats in Kedah for example, currently held by MCA  and UMNO will be won by PAS. The seat now occupied by MCA’s Chor will be lost to PAS. PAS can win because it’s organized and is motivated by convictions. This is what sets it apart from UMNO.

They are not out for personal glory and gratification. They have got a number of secular liberals in the party who can attract younger Malay voters. They will attract the serious thinkers among the younger Malay crowd who are not included in the tweeting about football or about Elton John variety.
PAS currently has 23 seats in parliament. It will secure a large number in Terengganu, maybe 1 seat in Pahang, 3 in Kedah. My guess is they will increase their seats by another 7-8. PAS will enter the next parliament with around 30-31 seats.

Pada ana, pandangan penulis tersebut tentang PAS mungkin ada benarnya. Ada. Memang ada asas.

Kita mungkin menang banyak kawasan di Terengganu. UMNO Terengganu bukan setakat retak. Pecah berderai. Salah pilih calon, kita akan menang banyak kerusi di Terengganu. Ana bagi 7 kawasan Parlimen di Terengganu. Amacam? Boleh?

Kita sama-sama doa, kita dapat buat yang terbaik kali ini. Kita kena pastikan PAS lebih baik daripada PKR. Kalau dulu PKR tanding banyak kerusi – kita kata, berilah lebih sedikit pada PAS. Tak salahpun. Kita lebih baik berbanding PKR. Dalam banyak segi.

Kalau PAS Terengganu menang banyak – kita layak letak Wahid Endut sebagai Naib Presiden PAS lepas ini.

Menurut seorang rakan ana yang bekerja di Bukit Aman, tangkapan ISA yang dilakukan di Sabah baru-baru ini memang terlibat dengan satu gerakan yang dipanggil sebagai Daulah Islamiah Nusantara (DIN). Niat mereka sebenarnya bagus. Nak satukan Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Filipina di bawah satu payung gerakan Islam yang berstatus nusantara. Pada ana, ini adalah niat yang sangat murni. Boleh agaknya kita angkat semula sistem khilafah di rantau ini. Kalau jadilah.

Tapi yang menjadi sedikit ngeri, apabila rakan ana turut memaklumkan bahawa mereka ini (DIN) sanggup guna strategi yang melampau dalam merampas kerajaan. Mereka ini tidak percaya dengan jalan politik. Lambat. Tak merasa kita berada di bawah lembayung politik sahaja. Kena ada gerakan yang lebih ganas dan bersedia menjatuhkan kerajaan.

Ana tak nak ulas bab ini. Pada ana, apa yang PAS lakukan di Malaysia adalah contoh bahawa jalan politik adalah wadah yang paling baik dan berkesan. Kita tengok Kelantan. Kita perhati Kedah. Sinar Islam berlaku dengan sangat positif dan tidak perlu dipaksa-paksa. Ini yang kita mahu.

DIN ini memang ada potensi. Tetapi elok kalau penyatuan ini dilakukan secara politik. PAS di Malaysia. Nahdatul Ulama’ di Indonesia. Moro di Filipina. Melayu Singapura. Gunakan jalan politik daripada jalan keganasan. Ini pada ana lebih molek.

Bayangkan kalau Asia Tenggara hanya ada satu parti Islam – Nahdatul Ulama’ (Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Selatan Thailand). Ana rasa teknik ini lebih molek.

Keganasan dan menggunakan gerakan teroris ini boleh menyebabkan rakyat takut. Mereka yang bukan Islam perlu didekati dengan amalan dan dakwah. Bukan dengan kekerasan.

Ana tengok memang kerjasama kita dengan parti Islam nusantara nampak lemah dan tidak bermaya. Kita kena belajar banyak daripada NU di Indonesia. Lebih banyak program bersama dengan mereka pun bagus untuk PAS. Kita lebih banyak tumpu ke Negara arab. Nusantara kita lupakan.

Ramai ahli kita, ahli PAS, yang memang bencikan Mahathir di tahap yang tertinggi. Kalau berborak dengan Ustaz Musa Kubang Pasu, sebut sahaja nama Mahathir – dia akan meludah sekali ke tanah. Phuiiii….katanya kuat. Ana pun tak tahu apa pasal Ustaz Musa benci sangat pada Mahathir.

Pada ana lah, Mahathir ini watak sambilan sahaja dalam UMNO. Siapa dalam UMNO yang nak dengar cakap orang tak berjawatan macam Mahathir ni? Tak ada sebenarnya. Mahathir pun tak perasan, bak kata Ku Li, UMNO sudah tidak mahu dengar dengan pandangan orang lain. Yang penting hanyalah pemimpin yang ada. Najib. Muhyiddin. Hisham. Zahid. Sudah. Yang lain memang tak ada kesan pun sebenarnya.

Sebab itu ana tak terperanjat langsung dengan kenyataan Mahathir dalam Mingguan Malaysia. Pada ana, ini semua tidak akan ada kesan dengan orang UMNO. Pada orang UMNO, yang bercakap mesti ada jawatan. Kalau tak ada jawatan, elok diam dan buat bodoh. Kalau bercakap lagi buat orang gelak.

Tapi, secara politik, ana masih lagi anggap kita jangan nak main-main dengan pandangan Mahathir. Walaupun ana bukan satu kapal politik dengan Mahathir, tapi ana tahu pemikiran politik dia memang ke depan.

Baguslah kalau orang UMNO tak respek kepada Mahathir – tapi kalau orang UMNO sudah mula dengar cakap Mahathir; masalah kita nanti.

Kita kena terima kasih kepada Pak Lah kerana sudah dengan sendirinya buat orang UMNO benci Mahathir. Bila Mahathir kritik Pak Lah, orang UMNO yang sayang kepada Pak Lah mula marah kepada Mahathir. UMNO pecah lagi.

Untuk kepentingan PAS, ana harap sangat orang UMNO terus benci Mahathir. Ini elok untuk kita. Bila UMNO tidak dengar Mahathir – ini bermakna kita akan dapat melihat UMNO yang senang berpuas hati dan duduk diam. Mereka tak kerja sungguh-sungguh.Yang mereka buat adalah bodek pemimpin. Ini karakter UMNO yang sangat sinonim.

Kita biarkan UMNO dengan kononnya strategi baru. MyVoice lah. Pahlawan siber lah. BN pilihan orang muda lah. Ini semua nyanyian kosong sahaja. Impak? Tak ada. Jangan kita risau.

Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab membebaskan segera 11 tahanan terbaru dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menurut ketuanya, Nasruddin Hassan, tangkapan terbaru itu sangat bertentengan dengan aspirasi Najib yang sebelum ini mengumumkan pentadbirannya akan memansuhkan akta draconian itu kerana tidak lagi relevan untuk digunakan.

“Pemuda PAS mendesak supaya kerajaan membebaskan segera tahanan tersebut,” katanya kepada Harakahdaily.

“Ini jelas, kerajaan tak pernah serius untuk memansuhkan akta ini. Sepatunya tak perlu lagi tangkapan selepas pengumuman (pemansuhan) dibuat,” tambahnya kecewa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sekumpulan lelaki di Sabah yang ditahan dibawah ISA pada 14 November lalu kerana didakwa terbabit dengan kegiatan militan.

Difahamkan sekurang-kurangnya 10 atau 11 orang ditahan termasuk juga warga Filipina dan Indonesia.

Semua mereka ditahan mengikut di bawah Seksyen 73(1) AKDN 1960 (ISA).

Mengulas lanjut, Nasruddin berkata, Dewan Pemuda PAS secara konsisten menentang ISA atas sifatnya yang zalim kerana membenarkan tahanan tanpa bicara.

====

Pada analah, elok kalau kita biarkan Polis siasat dahulu kes ini. Jangan cepat melompat. Biarkan siasatan dibuat secara menyeluruh.

Bukan soal mereka ahli kita atau tidak, tetapi kalau Ustaz Ketua Pemuda pernah pergi ke Sabah; memang situasi sangat panas dan berbahang. Dalam pada kita, PAS, bercakap soal menukar kerajaan dengan undi – mereka di sana memang sanggup buat apa sahaja. Bercampur-campur kesungguhan mereka nak menjahanamkan kerajaan. Ana jadi takut.

Ana ingat lagi, dalam satu pertemuan dengan ahli PAS di Sabah, seorang ahli kita bangun dan mula menunjukkan parang yang memang sentiasa di bawa di belakang baju. Dia kata, dia sanggup tebas siapa sahaja yang menganggu pemimpin PAS. Dia juga cakap, orang Islam di Mindanao, Malaysia, Borneo dan Indonesia mesti merusuh dan merampas kerajaan yang ada dari kelompok sekular dan bencikan agama.

Ana dan pemimpin PAS yang hadir waktu itu urut dada. Minta dia duduk dan tenang. Bukan ini yang kita nak latih ahli kita di Sabah. Confirm orang tak undi kita nanti.

Kita jangan tipu diri sendiri, pemimpin kita sendiri pun risau dengan ‘pengaruh’ Syiah dan kelompok militan ini. Bila di bawa ke Majlis Fatwa – mereka diam dan tak mahu buat sebarang keputusan. Kita takut hilang undi.

Pada ana, kita jangan cepat melompat dan marah-marah. Kaji dulu sebab musababnya. Takut kita termalu pula nanti.

Ana ingat ‘asalkan bukan United’. Rupanya asalkan bukan UMNO. Memang A. Asalkan bukan UMNO, kita sama-sama sokong.

Macam inilah, biar ana jelaskan, ana bukan benci UMNO seluruhnya. Ada benda yang bagus juga UMNO ini buat. Tapi UMNO zaman dulu kalalah. UMNO zaman Tun Razak. Zaman Harun Idris. Zaman Ku Li. Masa itu, UMNO ini tidak bermusuh sangat dengan PAS. UMNO tahu paksi perjuangannya. Tapi yang ada sekarang ni – memang layak dipinggirkan terus dari muka bumi Allah taala ni. Mengarut. Tipu dan kencing rakyat.

Agenda ABU ni memang menarik minat orang muda. Depa cukup suka. Ini yang perlu kita perkuatkan. Jangan lengah.

Pemuda PAS Pusat pun turun-turunlah bantu kawan-kawan di bawah. Ana dengar banyak ahli Pemuda merungut. Ada macam pendekatan pilih kasih di kalangan pimpinan pemuda pusat. Ini yang kita tak seronok nak dengar.

Kawan ana, ahli PKR Kota Raja jemput ana hadir ke kongres PKR tak lama lagi. Insya’Allah PAS akan beri sokongan penuh. Kita masih perlukan PKR bagi menarik undi Melayu liberal di bandar-bandar besar. Kita perlukan undi.

“Kewujudan Pakatan Rakyat (PR) dilihat akan melemahkan kekuasaan orang Melayu dan juga akan menghakiskan kekuatan Islam di negara ini. Sejak negara ini merdeka, UMNO adalah tunjang kekuasaan BN dan UMNOlah yang diharapkan memelihara maruah Islam dan kaum Melayu. Selama 54 tahun nasib Melayu dan Islam terbela, dan kalaulah UMNO tewas maka orang Melayu akan hancur dan semakin lemah.
“Itulah pemikiran yang hendak diterapkan di kalangan rakyat, agar umat Islam dan kaum Melayu akan sentiasa was-was dan ketakutan untuk kehilangan UMNO. Namun, apa yang penting ialah ‘Adakah pemikiran ini bertolak kepada fakta dan realiti sebenar atau hanya satu luahan rasa tanpa berpijak kepada fakta yang nyata?” tanya beliau.
Tuan Ibrahim berkata walaupun hujah di atas sekali imbas, atas permukaan ada terasa seperti benar namun beliau memberikan lapan hujah untuk direnungkan rakyat Melayu Islam sebelum membuat kesimpulan.
Kalau betul UMNO pentingkan kekuasaan Melayu Islam, kenapa tiada tambahan kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah – sehinggakan ada kawasan parlimen yang jumlah pemgundinya mencecah hampir seratus ribu orang.

Ana harap sangat semua ahli PAS komited dengan agenda ABU ini. Kita kena sama-sama buktikan; PAS siap sedia untuk menggantikan UMNO.

Bercakap di Dewan Rakyat sewaktu penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012, Bung berkata, tindakan itu perlu kerana isu tersebut menyusahkan parti.

Beliau yang berang ketika membangkitkan isu yang dikaitkan dengan syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil itu juga mahu tindakan segera diambil kepada pemimpin wanita Umno itu yang didakwa mencalar imej Umno.

“Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.

“Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

“Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil,” katanya.

Tambahnya lagi kerana seorang individu yang terlibat dengan isu fidlot kebangsaan itu menyebabkan seluruh Umno susah.

=====

Ana puji Bung Mokhtar dalam isu ini. Rupa-rupanya ada lagi pemimpin UMNO yang mempunyai bebola. Inilah baru dinamakan sebagai pemimpin. Berani bercakap benar. Ana bukan apa, kalau ada 100 orang lagi yang berani macam Bung dalam UMNO dan kerajaan – PAS akan berdepan dengan masalah.

Bung Mokhtar ini ana sifatkan sebagai spesis yang semakin terhakis di dalam UMNO. Dah tak ramai.

Ana rasa Shahrizat (atau Kak Ijat) di kalangan orang Lembah Pantai ini memang patut letak jawatan. Kalau tidak rosak undi.

Memanglah ana suka kalau Kak Ijat kekal. Memang bagus untuk Pakatan Rakyat. Tapi pada ana, ini soal prinsiplah. Ana tak boleh terima isu lembu naik condo ni. Bukan soal parti. Ana memang minat kepada Kak Ijat. Anak dia lagilah. Tapi ini sudah busuk sangat buruknya.

Buat Kak Ijat….Selamat Jalan….ana ucapkan tahniah kerana terus berjaya kayakan anak beranak. Tahniah.

* ana sertakan gambar design bilik maid di apartment Kak Ijat. syarikat kawan ana yang design. dia kata peruntukan bilik maid sahaja dekat-dekat RM700k. bilik maid! belum bilik lembu lagi…aduhai Kak Ijat…

Laman Berikutnya »