Julai 2010


Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), minggu lalu telahpun mengadakan pertemuan dengan pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Pertemuan itu sebagai usaha berterusan mereka mengangkat isu salahurus Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sehingga mahu kepada penubuhan kaukus khas membawa isu Felda ke Parlimen.

Pengerusi Anak, Mazlan Aliman berkata, pertemuan hampir sejam di kediaman Ahli Parlimen Guang Musang di ibu negara itu antara lain memperlihatkan respons positif Tengku Razaleigh untuk bersama memperjuangkan dan mengangkat isu tersebut.

“Respons sangat positif. Dia (Tengku Razaleigh) bersetuju bahawa, Felda sudah tersasar dari matlamat asal dan bersedia menyuarakan isu tersebut ke Parlimen,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, Tengku Razaleigh juga mahu melihat Felda dipacu mengikut hasrat asal penubuhannya dengan memberikan hak sepatutnya kepada peneroka.

========================================================================================

Itu sumber Harakahdaily, bukan ana yang buat. Nanti ada pula juak-juak UMNO yang angin dengan ana. Apahal pulak yang dia orang ni marah kalau kita cakap pasal FELDA pun ana tak tahu. Kaya sangatkah dia orang ni? Seronok sangatkah jadi peneroka? Kaya semua ke anak pinak mereka?

Tak ke mereka ingat dengan kes Awang Soh (353 yang lain) lawan FELDA. Kita menang. FELDA memang menipu timbangan. Menyeksa batin peneroka selama ini. Tak sedar lagi? Apa dia orang ni dah makan mandrem Pontian ker (Ahmad Maslan). Ahmad Maslan pun selalu turun ke Parit Madirono, kata ahli jemaah kita di sana. Jumpa dengan pawang besar. Jumpa dengan bomoh. Tak tahulah. Nak bomohkan rakyat. Atau nak bomohkan Najib – supaya tak marahkan dia dalam kes FELDA ni.

Orang FELDA, jauh dan dekat, janganlah jadi insan yang ‘taklid’ dengan budaya angguk Pegawai Felda. Buang masa. Dia orang makan gaji. Kita buat mereka kawan. Jangan bermusuh. Di kalangan mereka pun ramai orang kita. Tak tahu macamana kita menang kes Awang Soh? Orang dalam FELDA juga yang bantu. Pegawai FELDA juga yang bagi banyak info kepada peguam kita. Akhirnya, tunduk mereka sampai di Istana Keadilan. Amacam? Nak lawan lagi?

Bayangkan kalau semua 150,000 peneroka buat kes kepada FELDA. Pening mereka nak jawab. Mahu dibuat bangunan lagi satu – khas untuk tempatkan kalangan peguam-peguam baru yang disusun untuk bertembung dengan FELDA. Baru betul..

Ana setuju sangat kita jumpa Ku Li bab FELDA ni. Ku Li banyak pengalaman. Dalam PETRONAS. Dalam FELDA. Kita pakai pengalaman tersebut. Kalaupun tak pernah berada dalam FELDA; Ku Li pernah menjad orang muda yang dirujuk dalam isu-isu ekonomi. Pasti ada info yang dia dapat dari mana-mana bahan lama.

Ku Li walaupun orang lama; tapi idea banyak. Kalau dapat kita gabung macam tahun 1990 pun bagus juga. Ku Li gabung Anwar; gabung Haji Hadi. Mantap. Inilah perpaduan Melayu yang lebih membawa makna. Bukannya perpaduan ala umno-pas. Itu bukan gabung. Itu mainan politik.

Ku Li + Anwar + Haji Hadi = kita tawan Putrajaya. Jangan ingat Ku Li lemah. Dia ada power tu. Orang Kelantan. Akal banyak

Advertisements
Ramai orang bertanya kepada ana, kenapa agaknya FAM ini tidak menjadi Persatuan yang baik dan tersusun. Dibantu dan didorong oleh Istana. Banyak syarikat korporat yang sedia membantu dan mencampakkan karung duit. Boleh mendapatkan penajaan dengan mudah; sekali ketik jari – berjuta masuk kantung pun tak maju-maju. Apa masalah FAM ini sebenarnya? Dulu, ada juga mereka yang yakin kononnya Ketua Pemuda UMNO aka Si Kitol akan menjadi ‘penyelamat’ kepada FAM. Kononnya ada rancangan realiti – MyTeam yang akan membawa bolasepak Malaysia ke tampuk kejayaan yang luar biasa. Maka, sebagai menantu kepada Perdana Menteri – permaidani merah disediakan untuk Si Kitol. Menang mudah. Bergaya.
Ketua Pemuda UMNO masa itu yakin bahawa hubungan baiknya dengan banyak syarikat ternama akan membuahkan hasil kepada FAM. Belumpun lama, Si Kitol pun tersungkur di pintu harapan. Habis semua dikencingnya. Baik kawan dan lawan. Janji nak memajukan FAM; dicampak di luar longkang Sri Perdana di PUTRAJAYA masa berkemas keluar dengan Pak Lah. Hancur harapan rakyat nak tengok FAM maju.
Kali ini, Ketua Pemuda ada proksi dalam FAM. Abdullah Hishan dikatakan sebagai ‘Uncle’ di dalam arena bolasepak kepada KJ. Perangai pun tak ubah banyak. Lebih kurang sama. 2 x 5. Kaki kencing juga.
Tapi Abdullah Hishan bukan sahaja kaki kencing; tapi juga ‘kaki sental’ perempuan. Pantang nampak. Dia rembat. Tak kira bini orang ataupun tidak. Dia tak kisah samada orang itu dah berkeluarga ataupun tidak. Inilah ‘petaka’/’sumpahan’ yang ada dengan FAM. Kalangan seperti Abdullah Hishan nak diangkat sebagai pemimpin bolasepak. Tapi kita nak harapkan budak-budak bola kita jari orang baik. Pimpinan macam Abdullah Hishan? Dibiarkan sahaja? Kali ini tawarkan diri sebagai Naib Presiden FAM. Memang pada satu ketika, Abdullah Hishan bantu YB NIZAR menang Persatuan Bolasepak Perak. Tapi, tolong tak ikhlas. Tolong minta duit.
Masalah FAM ini bukan kepada tampuk kepimpinan. Tetapi kepada pimpinan pertengahan yang lebih sudu dari kuah. Ikut kepala sendiri dan tidak pernah nak dengar arahan dan titah DYMM Tuanku.
Abdullah Hishan ini tidak perlu diletakkan di dalam pimpinan FAM. Jadi kotor dan busuk. Mungkin ada yang kata, kita cakap berdasarkan apa? Ikut sedap mulut. Tanpa bukti; tanpa alasan. Kita nak rakyat jengah semula kes DATO’ ABDULLAH HISHAN BIN MOHD HASHIM LAWAN SHARMA KUMARI SHUKLA. Ada berani? Kita bukan cakap ikut sedap mulut. Ini ada bukti.
Di dalam pernyataan mahkamah, berapa kali Abdullah Hishan mengaku dia ‘berzina’ dengan perempuan tersebut. Banyak kali. Mengaku. Dalam mahkamah. Di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Berlaku pada waktu sama di MAJLIS ANUGERAH BOLASEPAK NEGARA. Mengaku. Sharma Kumari masuk bilik. Tukar baju. Lepas tu…berlakulah. Selepas daripada itu, jumpa hampir setiap hari; kecuali hujung minggu. Atas alasan sibuk mengurus syarikat.
Banyak lagi insiden ‘perzinaan’ di Radisson Hotel, Langkawi. Di Churchill Inter Continental London. Siap gugurkan kandungan di London.
Selepas KJ ; takkan kita nak biar mamat ni pula tadbir FAM. Walaupun di peringkat Naib Presiden. Karut lah. Tak malukah muka FAM. Tak malukah UMNO nak letakkan orang yang ‘moral baggage’ ini di persatuan yang hebat? Apasal pulak pemimpin macam ini nak kita ketengahkan sebagai pemimpin bola Negara? Karut! Busuk nama bolasepak Negara.
===============================
* kalau individu macam ini pimpin FAM….jahanamlah bola kita!!!

Tindakan Umno yang tergamak memperalatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya berbohong dan mendakwa terdapat pimpinan PAS yang meminta beliau menguruskan perpaduan PAS-Umno membuktikan parti itu memang tenat dan terdesak, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat melihat sendiri tingkah laku dan kelakuan Umno di penghujung hayat mereka.

“Institusi agama seperti jawatan mufti pun sanggup diperkudakan. Semuanya halal bagi mereka asalkan dapat terus berkuasa. Dulu, kini dan selamanya Umno menipu rakyat,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz melihat apa yang berlaku kepada Umno itu sebagai balasan Allah malah beliau yakin rakyat juga ingin melihat Umno dimuziumkan.

“Akhirnya balasan Allah ke atas mereka sehinggakan daripada parti yang nampak hebat dan perkasa, sekarang ini desperate.

================================================================================================

Pandangan ana, cukup sakitlah UMNO kalau melakukan perkara yang sedemikian. Harussani bukan calang mufti. Kelas A. Berani kerana benar. Cakap tak ikut samada engkau pemimpin PAS atau UMNO. Mungkin dengan Sultan – Mufti Perak tersebut adalah berlembut sedikit. Kali ini nak cakap soal perpaduan bagi pihak parti politik bernama UMNO. Ana setuju juga dengan pandangan Mahfuz itu – desperate sangat ke dah?

Tapi dalam pada ana meneliti satu demi satu kenyataan; baik di kalangan pimpinan kita mahupun parti lain; ana belum nampak cakap-cakap yang ‘bunyi dan bau’nya ikhlas nak bersatu. Yang sana tu dah tentulah…takut kalah; baru nak bersatu. Yang kita ini, apa perlunya kita bersatu – kalau kita masih utuh dengan DAP dan Anwar Ibrahim? Apa perlunya UMNO? NGO desak? Itu hal dialah. Tak ada kena mengena dengan kita.

Soal tahun 1978 kita kena tendang oleh Tun Hussein itu satu hal. Ana baru umur 16 pada ketika itu. Berbuih juga arwah ayah ana mengutuk Hussein lembik pada ketika itu. Luka hati orang PAS. Habis sekampung gelakkan arwah ayah ana sebab kena tipu dengan UMNO. Takkan nak kena lagi….

Kita kukuhkah sahajalah hubungan kita dengan Anwar dan DAP. Dengan Anwar, sementara dia ada kekuatan ini; kita tumpang. Bila dia dah ke dalam; lepas itu kita kaji gerakan lain. Dengan DAP; asal dia jaga kita elok. Ambil berat hal kita. Ambil tahu nasib pemimpin dan YB PAS; kita teruskan sahaja. Tak guna nak gostan.

Ana tak percaya masyarakat nakkan sangat kita bersatu dengan UMNO. Ana rasa, ahli kita lebih selesa kita meneruskan dengan PR. Dengan Anwar dan DAP. Ana rasalah. Sebab ke manapun ana pergi; ramai yang tak berapa ‘syoh’ nak berkawan dengan parti terdesak dan tersedak. Terdesak nakkan sokongan. Tersedak dengan kekayaan.

* kalau mufti dah berbohong….lingkup lah jawabnya. ESQ apa cerita? kejap ok…kejap tak ok….

Salam Tuan Empunya Blog,
Pertama sekali, maafkan saya kalau bahasa yang digunakan tidak bersesuaian. Yang penting mesej yang nak saya sampaikan kepada pimpinan atasan PAS – mengenai isu pergaduhan Lim Guan Eng dan Nik Ali (SDO, Pulau Pinang).
Sebagai ahli PAS, saya lihat tindakan KM PP ini hanya akan mendatangkan risau dan marah kalangan orang Melayu Pulau Pinang. Saya katakan ini, kerana Nik Ali adalah ‘satu satunya’ pegawai kerajaan yang mampu membantu kita di bawah. Saya sendiri, sebagai ahli PAS dilayan dengan baik di pejabatnya tempoh hari; sewaktu mengadu mengenai beberapa projek pembangunan di Kepala Batas. Jangan tak percaya, beberapa projek pembangunan di kawasan bekas Perdana Menteri pun ditangguhkan. Sebagai pemimpin PAS kawasan, beberapa ahli jemaah telah sepakat untuk mengadu kepada Nik Ali. Pada masa dan ketika itu juga, dia membuat panggilan kepada Kement Kewangan di Putrajaya. Nik Ali sangat cekap; dan menganggap kami sebagai rakyat yang wajar dibantu.
Saya mengaku di hadapan Nik Ali bahawa saya adalah orang PAS kawasan Kepala Batas. Saya aktif di kawasan. Tuan tahu apa dia kata; ‘saya di sini untuk rakyat; bukan untuk UMNO dan mana-mana parti politik’ lain. Saya dan rakan-rakan sangat terharu; kerana rupanya masih ada lagi kalangan pegawai kerajaan yang tahu dengan ‘prinsip kesetiaan’ mereka kepada rakyat.
Sewaktu keluar daripada pejabat, bertembung pula dengan bakal calon BN Kepala Batas, Ahmad Darus (orang kaya baru UMNO). Ahmad Darus sendiri mengakui bahawa ‘tidak salah’ untuk Nik Ali membantu PAS…’memang patut dia membantu semua….dia pegawai kerajaan; bukan pegawai parti’.
Makna kata, Nik Ali akan membantu ‘rakyat’. Tidak kira ahli politik mana sekalipun. Di Pulau Pinang, nak masuk pejabat Ketua Menteri macam masuk Bukit Aman. Banyak soal. Banyak karenah. Banyak orang yang akan memandang kita serong. Apatah lagi saya yang memakai kopiah putih ini. Kepimpinan DAP tidak mesra dengan kita. Selalu melihat kita macam menyusahkan.
Nik Ali ini orangnya berbeza. Luar biasa. Sangat mesra dan mudah didekati. Memang menjadi tempat mengadu kita di Pulau Pinang ini. Harapkan SUK pun sama kepala macam Ketua Menteri. Banyak protokol. Menyusahkan orang.
Ketua menteri agaknya tidak pernah mendapat maklum balas orang ramai di PP. Saya khuatir, kalau Nik Ali dipindahkan atau dibuang; kita akan mempunyai masalah untuk mengadu dengan pegawai kerajaan. Kita tidak ada tempat untuk minta tolong sebab kerajaan PP sendiri macam tak endah pada kita.
Dengan rasa rendah diri, saya memohon agar pimpinan PAS dapat membantu Nik Ali ini.
Sekian, Wassalam
HABM
Kepala Batas
==========================================================================
Kali ini, kita hanya menyiarkan e mail yang diberikan oleh pengunjung blog ini. Dalam soal yang berlaku di PP, kita tak payah campur. Tapi, apa yang dikatakan oleh ahli kita ini perlu juga diambil kira oleh pimpinan kita. Mereka kurang tempat mengadu di negeri tersebut. Kita di KL ini mungkin tak faham apa yang berlaku di PP. Tapi apa suara hati mereka; kita kena amati dan fahami maksudnya.
PAS Pulau Pinang kena kaji pendirian dalam hal ini. Samada Nik Ali layak dipertahan atau tidak; kita kena buat keputusan dan nyatakan kepada pimpinan. Jangan simpan. Jangan diam. Takut nanti merosak parti…
Pada ana, sebagai ahli PAS kita jangan menjadi JAKUN POLITIK. Takut dengan bayang-bayang sendiri. Takut nak bertindak. Takut kena kritik. Takut dipersalahkan. Tak perlu kita nak menegakkan benang yang basah; kalau yang rugi adalah parti kita sendiri…

Pakatan Rakyat sedia mencari jalan untuk memansuhkan cukai selama lima tahun sekiranya rakyat sedia memberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Demikian tawaran AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa (gambar) semalam pada suatu majlis Pakatan Rakyat negeri di sini.

“Kalau Pakatan Rakyat dapat ambil alih (kerajaan) Pusat lepas PRU13, cukai pendapatan akan dimansuhkan sepenggal atau sekurang-kurangnya kakitangan kerajaan tak perlu bayar sepenggal,” ujar beliau.

Menurut beliau, kepemimpinan Pakatan Rakyat mempunyai formula tersendiri untuk urus tadbir kewangan negara secara adil, dinamik dan tidak membebankan rakyat.

Disebabkan itu, beliau menganggap langkah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri menaikkan harga barangan asasi rakyat sebagai tindakan yang tidak bijak serta tidak menguntungkan rakyat.

Katanya lagi, kerajaan sepatutnya mengutamakan keperluan rakyat dengan menangguhkan beberapa projek mega yang nyata menguntungkan pihak tertentu semata-mata.

Ana bukan apa, takut sangat nanti orang kata kita cakap tak serupa bikin. 5 tahun tanpa cukai ini maknanya, tidak ada dana untuk mengurus Negara. KSU punya elaun. TKSU punya elaun. Semua para pegawai kerajaan punya elaun (yang diperoleh secara halal atau haram); nak korek daripada mana? Ana cuma khuatir, kenyataan YB yang amat ana sayang ini; akan sebenarnya meletakkan PAS di dalam keadaan yang tidak mampu untuk menahan asakan.
Kita kena sedar, kita sebenarnya menjanjikan ‘syurga’ kepada kakitangan kerajaan. Tapi, soalnya sejauh mana kita yakin mereka akan membantu kita juga. Kita boleh janji. Masa zaman Pak Lah, kita memang ada kelebihan kerana PM lama itu ada sedikit masalah menyusun strategi. Najib ada kaedah dan cara lain nak jaga pegawai kerajaan. Kita janji, takut kita yang tertiarap.
Memang kita seronok bila kerajaan naik harga barang. Kita kritik. Kita banyak bahan nak jumpa orang kampung. Kita boleh sua orang kampung dengan hakikat bahawa BN tidak pandai jaga pentadbiran. Kalau setakat naik 5 sen; baik tak payah naik. Tapi nak naik juga. Sebab apa? Sebab apa?
Kita minta Kerajaan BN bagi contoh jelas macamana nak belanjakan wang RM750 juta daripada hasil penjimatan subsidi. Bagitahulah. Kat mana nak belanja? Berapa Kelantan dapat? Berapa Sarawak dapat? Berapa KL dapat? Kita senang nak kira samada kerajaan BN ni adil atau tidak. Setakat umum penjimatan RM750 juta sahaja mana cukup. Tak adillah kalau begitu. Baik bagi pada PAS; tahulah kami nak susun dengan agenda Negara Berkebajikan. Tahulah kami nak kongsi secara adil.
Cadangan Husam itu ada baiknya; tapi kena susun semula. Tunjuk bagaimana kita nak urus tadbir tanpa cukai. Macamana kita nak lakukan pembangunan tanpa modal cukai yang banyak. Kalangan kita pun nak tahu juga. Senang nak yakinkan orang kampung.
Ana penat nak jawab pertanyaan kawan-kawan mengenai usaha mewujudkan kerjasama dengan UMNO. Kenapa timbul semula cerita ni pun kita tak pasti. Tapi khabarnya, ada sambutan baik di kalangan pimpinan PAS sendiri. Ada yang kata TG Haji Hadi pun agak menerima idea ini. Demikian juga dengan Ustaz Nasa. Ketua Pemuda juga nampaknya sangat menerima cadangan yang dikemukakan. Naib Ketua Pemuda PAS pun sama.
Habis tu, kalah dah ramai yang setuju; waima TG Nik Aziz pun dah agak terbuka hati; apa kata jemaah? Wajar diteruskan? Apakah ini jalan kita? Apakah ini namanya tahalluf siyasi yang kita idam-idamkan. Apakah ramai umat Islam akan menerima percantuman ini? Cantum daripada segi apa? Setakat mana cantumnya? Ramai juga kawan-kawan yang mula resah. Ada yang kata, cantum dan dekat dengan UMNO bagus. Ada yang kata tidak elok untuk PAS. Soalnya, yang mana satu? Ok ke tak ok?
Ana cakap begini kerana kita kena jaga hati kawan-kawan PR. Apa kata Anwar nanti. Kita tak mahu Anwar terlalu kecil hati. Anwar pun banyak juga berkorban untuk kita. Bantuan kewangan. Bantuan sokongan. Pendek kata, moral dan material. Dia ada bantu. Inilah perlu kita nilaikan. Belum lagi dengan kerjasama DAP. Sanggupkah kita nak biarkan Guan Eng dan Kit Siang berkecil hati. Banyak susah senang kita dah kongsi dengan mereka. Kejayaan Nizar memimpin Perak; banyak dibantu DAP. Takkanlah kita semudah itu nak tinggalkan kawan dan perjanjian. Kita kena tengok banyak perkara.
Anwar bantu PAS dengan cara dia. Pidato Anwar. Gaya Anwar. Semua ini banyak juga bantu PAS. Kita kena kenang jasa.
Betul, ana pun suka kalau umat Melayu/Islam bersatu dan berdiskusi mengenai Islam dalam suasana yang positif. Ini memanglah yang terbaik. Inilah juga yang kita impikan. Tapi ana tak nak pula Abang Rosli (PKR Klang) atau Mr Soh (DAP W Maju) kutuk kita sebab tak setia. Belum lagi dengar bebelan puak India dalam PKR nih. Mahu diludahnya bendera kita. Mahu bersepah ludah dan kahak di atas bendera kita. Tak larat ana nak tengok.
Bab ini, kita kena serah kepada pimpinan buat keputusan. Buat keputusan yang jelas dan disukai oleh jemaah. Jangan buat keputusan ikut kepentingan diri sendiri. Fikir jemaah. Fikir Negara Islam. Fikir baldatun toyyibah wa rabbul ghafur.
Ana cuma terfikir, kalaupun ada usaha penyatuan – ianya mestilah menguntungkan PAS secara politik. Jangan kita yang rugi. Kalau perlu minta jawatan; kita kena minta. Bukan kita minta sebab gila kuasa – tapi kita gunakan sebagai asas untuk membantu syiar PAS dan Islam.
Kita tunggu sahaja jawapan pimpinan. Masalah dengan Umno dan Pak JIB ni sombong la pulak. Orang dia cakap lain. Dia cakap lain. Dia kata, tak perlu PAS pun UMNO kuat. Ini apa pula cerita? Nak jumpa – tapi pukul belakang PAS lagi. Ini melampau. Jangan nak main ‘pondok pondok’ dengan kepentingan politik.
* mana pergi ulama’ muda UMNO….senyap sahaja. sambung belajar ker?
Pertama sekali, ana nak ucap TAHNIAH kepada PAS Selangor yang sudah memulakan langkah dengan melantik beberapa orang Ahli Majlis bukan Islam di dalam beberapa Majlis Perbandaran/Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor. Semua ini dilakukan di atas tiket dan kuota PAS. Hebat. Inilah permulaan kepada usaha bersungguh PAS untuk memastikan masyarakat berbilang kaum TIDAK mempunyai sebarang rasa sangsi dengan kesungguhan PAS menarik perhatian dan sokongan mereka.
Yang penting, pimpinan PAS Selangor melakukan perubahan. Sedang Selangor sibuk kes siapa dapat pasir lebih; PAS cerita mengenai kepimpinan dan undi rakyat. Inilah kehebatan kita. Tapi, ana tak mahulah keputusan ini diambil secara was-was oleh ahli. Kita kena terbukalah. Jangan terlalu takut dan jumud. Kita kena berubah. Jangan jadi macam MIC. Cakap sahaja pandai, tapi masih di takuk lama.
Ana cakap pasal perkara ini kerana dah timbul rasa kurang senang dengan cadangan ini. Kariah di Hulou Kelang misalnya mula rasa risau; takut orang Melayu/umat Islam anggap PAS sebagai parti yang dah terlalu terbuka. Akhirnya, kita kalah dalam pilihanraya. Malahan, di kalangan rakan-rakan rapat YB Saari Sungib, pun memaklumkan bagaimana mereka juga risau dengan kesan kepada usaha ini.
Kita kena ingat, orang India mempunyai ‘daya mengenang budi’ yang rendah. Bagan Pinang, Hulu Sleangor jadi saksi. Kita harapkan sokongan mereka. Mereka lari sokong BN. Sebab apa? Sebab dapat duit. Dapat t shirt. Kalau kita letak 600 ahli majlis India sebagai kuota PAS pun; belum tentu mereka sokong kita. Ini yang pelik.
Masyarakat India berpolitik dengan cara belum matang. Emosional. Ini budaya mereka. Masalah sikit bunuh diri. Minum racun tikus. Minum racun round up. Dalam politik pun mereka macam itu. Silap sikit….mereka tak sokong. Yang parah kita. Yang payah kita.
Tapi, kalau dah buat dan janji – kita laksanakan sahaja. Cuba, test, try. Kalau mereka masih tak mengenang budi; kita lupakan sahaja. Dah lantik ahli majlis pun masih tak mahu ikut cakap kita. Baik tinggalkan terus.
Tapi nak lantik pun; pilihlah dengan baik. Jangan si kaki todi kita lantik jadi Ahli Majlis. Sebab dia ada jawatan sikit, kita raikan dengan jawatan ahli majlis. Payah la kalau macam itu. Itu sudah jadi macam MCA. Kaki seks pun boleh menang. Kita mesti ada kayu ukur istimewa. Kena letak syarat. Kalau boleh baca dua tiga ayat Quran pun elok.
Macam Gobala. Macam Nga Kor Ming. Baru ada ruh Islam. Walaupun mereka bukan Islam.
* nak cadangkan pimpinan lantik Encik Balasundram; Ketua Kuil berhala di Batang Kali sebagai Ahli Majlis…pengaruh dia besar.

Laman Berikutnya »