Januari 2013


Nik_Aziz_BalakAna puji Kerajaan Negeri Kelantan yang sudah mula keluarkan statistik yang molek molek mengenai sumbangan kerajaan Negeri. Macam inilah baru betul. Kena jual apa yang kita ada, jangan main ikut orang sahaja.

Sejak diperkenalkan kerajaan Kelantan pada tahun 2007, skim bantuan  Takaful Kifaalah Warga Emas kini mempunyai lebih 146,000 peserta  berdaftar di seluruh negeri.

Sehingga Disember 2012 lalu, kerajaan negeri telah membelanjakan lebih  RM50 juta dibawah skim itu sebagai bantuan berupa pampasan kepada ahli  keluarga atau wasi peserta yang telah meninggal dunia.

Pengurus Takaful Kifalah Sdn Bhd, Abdul Syakur Sha’ari berkata, pihaknya sangat komited untuk terus memperkasakan Kelantan sebagai negeri  berkebajikan seperti yang digagaskan kerajaan negeri.

“Tahun 2013 adalah tahun keenam program ini berjalan. Dengan moto ‘Menggapai  keberkatan dan berkebajikan’ kita juga telah merancang untuk  memperkenalkan beberapa lagi skim bantuan serupa kepada seluh lapisan  masyarakat negeri ini bukan sahaja tertumpu kepada warga emas,” katanya  kepada Harakahdaily.

Menurut Abdul Syakur, pihaknya kini sedang berusaha untuk menawarkan  beberapa lagi produk baru termasuk Skim Kifalah As-Syabab untuk anak  muda berumur 18 tahun ke atas.

Selain itu, mereka juga akan  memperkenalkan Skim Khairat Kematian Takaful Umah serta Skim Takaful  Aulad bagi kanak-kanak khususnya murid-murid Pusat Asuhan Tunas Islam  (PASTI) di bawah kelolaan Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Walaupun sumbangan kita nampak kecik banding dengan sumbangan BN – pada ana, kita kena jual juga kepada rakyat. Kalau tidak, kita akan jauh ketinggalan berbanding dengan mereka.

Ana tak tahu pandangan rakan-rakan Pas lain di Kelantan – nampak arus perubahan ni lain macam sangat. Jangan ambil mudah.

Ana diberitahu, esok TPM turun lagi ke Kelantan. Dua program besar. Kita masih syok sendiri main tukar-tukar kek harijadi. Payah macam ni.

NIK AZIZ-kekAna cukup sejuk hati, mata dan dada bila tengok gambar TG Nik Aziz begitu mesra berjumpa dengan Karpal Singh dan Bishop di Pulau Pinang. Pada ana, permainan politik TG Nik Aziz ini memang tahap tinggi. Memang tidak terjangkau dek akal kita orang politik biasa. Bijaksana sungguh.

Apakan tidak, ketika Ibrahim Ali buat onar, TG Nik Abdul Aziz boleh bertemu dan meraikan ulangtahun ke-82 bersama dengan Karpal Singh dan Bishop. Karpal yang sebelum ini tegas mengatakan over my dead body pun sejuk dan lembut hati melayan kunjungan wali politik Pas Kelantan itu. Luar biasa. Hakikatnya, memang BN pening kepala nak melayan permainan politik Tok Guru ini. Manakan tidak, cara Tok Guru kita menghunus senjata politik sangat tajam dan tenang.

Ketika mana kecoh mengenai isu pemecatan Ustaz Nasha (yang ana anggap isu kecil dan tidak penting), Tok Guru lebih memikir kaedah memenangi hati pengundi di Sabah dan Sarawak. Ini cara politik matang. Kebetulan TPM pun ada di Sarawak, TG Nik Aziz sudah kunci undi gereja untuk terus bersama menyokong penuh Pas dalam PRU yang akan datang. Ini cara orang matang dan bijak berpolitik. Level wali.

Sama juga bila TG cakap bahawa Nasha CONFIRMED akan gugur daripada senarai calon. Cekap!

“Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan,”  katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di Kota Bharu,  hari ini.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Jan lalu.

Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan  pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.

“Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada  orang pecat. Jurulatih pun kena pecat,” katanya, sambil menambah bahawa  Nasharuddin masih kekal sebagai anggota parti itu.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.

“Itu saya tak mahu sebut pasal keburukan orang dan setiap apa yang berlaku itu ada kaedahnya,” katanya.

Pada ana, kalau TG terus jumpa Bishop, Pope, masuk gereja, jumpa mubaligh Kristian – kita akan dapat markah politik tinggi kali ini. Jangan lupa, kita harap sangat dapat menang di Sarawak. Kalau tanpa sokongan orang Kristian, nak menang macamana. Pas mesti menang kurang-kurang 2 parlimen di Sarawak. Barulah kita ada mutu, gaya dan keunggulan.

Happy Birthday Tok Guru! I love Tok Guru!

nashaAlhamdulillah, ana rasa bersyukur sangat dengan tindakan tegas, adil dan bijak yang dibuat oleh Majlis Syura untuk meng-RESIGNkan Ustaz Nasha secara daripada Majlis tersebut. Pada ana, kita tak perlukan pengkhianat ketika mana Pas dan kawan-kawan PR akan berdepan dengan PRU yang akan datang ini. Betul, ana memang antara penyokong kuat Ustaz Nasha sewaktu bertanding melawan Abang Mat dan Tuan Ibrahim. Ana turun sama berkempen. Ana bantu dalam blog ini. Tapi ana rasa, kesetiaan ana pun ada hadnya.
Ana naik menyampah apabila kelibat Ustaz Nasha heboh ke Gaza dan pegang kamera ambil gambar PM. Dah tak ada kerja lain? Dah begitu rendah sekali maruah diri dan keluarga? Mana perginya segala macam tarbiyah dan pesan pemimpin yang keluar daripada mulut Ustaz sebelum ini? Dah dibuang di pintu pagar Seri Perdana?
Ana hilang hormat kepada ulama’ yang penting poket daripada dakwah. Ana hilang hormat kepada kaki bodek yang tidak tahu malu. Ana hilang hormat pada ahli akademik yang turun sama menjadi lebai malang macam Zul Noordin. Ini semua kelompok parasit dalam Pas.
Laporan halal toyyiban Malaysiakini ana rujuk:-
Teka-teki mengenai kedudukan Nasharudin Mat Isa hari ini terjawab  apabila setiausaha majlis syura PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh  mengesahkan bahawa bekas timbalan presiden parti itu kini digugurkan  keanggotannya dalam badan tersebut.

Menurut laporan Sinar Harian Online, Nik Zawawi berkata keputusan itu dibuat memandangkan Nasharuddin melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan.

“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang  dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar  beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir  mesyuarat…,” katanya seperti dipetik laman tersebut.

Tambahnya, majlis syura juga telah menyerahkan surat perlucutan jawatan tersebut selepas mesyuarat berkenaan.

Nasharudin beberapa hari lalu dilaporkan menyertai gerombolan Umno, bersama  presiden parti tersebut Datuk Seri Najib Razak untuk lawatan kemanusiaan ke Gaza.

Menyentuh perkara itu, Nik Zawawi dalam laporan laman  berita itu berkata: “Itu terpulanglah kepada dia (Nasharuddin), itu  tindakan peribadinya sendiri.”
Siapa yang boleh percaya lawatan Ustaz Nasha atas dasar kemanusiaan dan dokongan kepada Palestin. Ini semua kerana politik. Ini semua sebab berebut nak dapat tempat bertanding dalam PRU yang ke 13.
Bukan rahsia lagi, Ustaz Nasha sendiri sudah berikan LIST kawasan yang dia boleh bertanding dan menang dengan bergaya. Dua kawasan di Kelantan. Satu di Kedah. Dua di Kuala Lumpur. Di KL, Ustaz Nasha tawarkan diri bertanding di Titiwangsa dan Setiawangsa. Salah satu. Hebat boleh beri list macam ini kepada orang UMNO.
Ana ucap selamat kepada Ustaz Nasha. Moga segala agenda bodek dan penuhkan poket beliau dapat dijayakan sepenuh hati.

husam2Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, menyifatkan tawaran  tujuh projek pembangunan jika BN menang di Kelantan sebagai suatu  penghinaan pada rakyat di negeri itu.
Menurutnya, meletakkan  syarat kemenangan BN Kelantan dalam PRU 13 untuk melaksanakan tujuh  projek mega Kerajaan Persekutuan amat tidak wajar kerana hak wajib yang  patut mereka perolehi melebihi tujuh projek pembangunan.
Beliau  yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan  Kebajikan negeri berkata demikian dalam sesi wawancara dengan Harakah  dan Harakahdaily di pejabatnya petang ini.
Menurutnya, Kelantan  sebahagian daripada Malaysia dan menjadi tanggungjawab Persekutuan  menyediakan kemudahan sebagaimana negeri-negeri lain.
“Kemenangan tidak seharusnya dijadikan syarat sekiranya Kerajaan Persekutuan jujur  dan menghormati rakyat Kelantan kerana apa yang dijanjikan adalah hak  rakyat Kelantan dalam negeri berdaulat di Malaysia.
“Tujuh projek mega yang dijanjikan juga sebagai pengulangan kepada janji terdahulu  sebelum PRU 12. Jika royalty Petroleum Kelantan diberikan sebagaimana  tuntutan sebanyak RM12 billion, Kerajaan Negeri boleh laksanakan sendiri apa yang dijanjikan,”ujarnya.
Tambahnya, sebagai contoh dengan  RM50 juta kos pembinaan masjid ikonik, RM2 billion untuk lebuh raya dan  lain-lain janji yang disenaraikan yang jumlahnya tidak sampai RM12  billion berbanding tuntutan Kelantan terhadap royalty Petroleum.
Sambungnya rakyat Kelantan tidak harus diberikan hak yang lebih rendah dari apa yang sepatutnya mereka dapat.
Beliau menambah hak pemberian royalti petroleum langsung tidak disebut dalam  ucapannya untuk negeri ini, selain Jawatankuasa Khas yang sengaja  dicipta untuk dilengahkan pemberian royalty Petroleum atau bayaran tunai kepada Kelantan.
Malangnya, menurut beliau lagi dalam kes  Terengganu dan Pahang tidak ada Jawatankuasa Khas ditubuhkan, namun  negeri itu telah mendapat hak masing-masing.
Pandangan peribadi ana:-

  • Setakat ini sahaja yang mampu kita serang janji Najib? Setakat ini sahaja? Ana cukup sedih kalau Exco Kerajaan Negeri setakat boleh kata kerajaan pusat tidak ikhlas dan janji kosong. Ini macam permainan budak kecik.
  • Ana mengharapkan janji balas yang lebih hebat oleh kita. Soal ciplak tak timbul. Husam kata Najib ciplak idea Pas sebab nak dirikan stadium. Pada ana, rakyat akan lebih percaya kalau kita dahulu yang bina stadium. Sama juga keadaannya, kita janji dah lama – tapi tak buat.
  • Husam nampaknya tak ada idea nak berdepan dengan janji Najib (BN). Setakat kata tidak ikhlas, budak darjah 6 pun boleh cakap.
  • Ana harap Husam kongsi juga manifesto Kelantan yang sedang dirangka. Soalan ana, kenapa tak libatkan beberapa tokoh ekonomi Kelantan? Kenapa tamak dan rasa diri sendiri sahaja pandai?
  • Menurut seorang peguam veteran PAS sendiri – isu royalti Kelantan tidak timbul langsung. Kita tak layak pun dapat royalti menurut peruntukan undang-undang. Ini pandangan loyar Pas sendiri. Husam tak pernah pun nak panggil loyar ini untuk dapat pandangan. Kenapa?
  • Pas kena duduk semeja dengan Anwar dan mula rancang ekonomi Kelantan dengan lebih baik.
  • Ana sms kawan-kawan di Kelantan, ahli kita, tanya soalan yang sama – ‘enta rasa terhina dengan janji najib razak’?. Ramai yang balas sms ana, TIDAK. Politik, biasalah kalau berjanji dengan pilihanraya. Tak tahu siapa yang Husam maksudkan terhina.

p/s: orang Kelantan patut rasa lebih hina bila TMJ bawa askar masuk stadium. Nampak sangat ‘gedebe’ Kelantan tak habis.

7upAna dah tulis banyak kali, jangan ambil mudah sangat mengenai usaha gelombang merah di Kelantan. Ana dah tulis banyak kali, kalau kita ambil mudah sangat dengan kedudukan kita di Kelantan, susah kita nak lawan BN ni. Mereka ada semua. Ada duit. Ada jentera. Ada usaha yang berterusan.
Antara yang Abe Jib janji untuk Kelantan:-

  • Lebuhraya Kuala Krai – Kota Baru;
  • Stadium baru
  • Masjid RM50 juta;
  • Rumah mampu milik (3,000 rumah);
  • Kampus UiTM KB;
  • Bas untuk KB;
  • Isu air;

Pada ana, walaupun kita boleh kata, ini semua janji politik – tapi kita kena juga tengok kesannya kepada rakyat Kelantan. Kalau Abe Jib lebih bijak, patutnya umum lebuhraya Gua Musang-Kota Baru; daripada kekal dengan Kuala Krai-KB. Menurut ramai rakan-rakan di Kelantan, kalau Gua Musang-KB diumumkan sebagai janji baru, lebih besar kesan politik di Kelantan.

Stadium – kita tahulah bagaimana orang Kelantan gila dengan bola. Memang gila habis. Sampai Tengku Mahkota ana kena bawak JMF sebab nak berdepan denga budaya ganas orang Kelantan. Katalah, stadium ini boleh muat 50,000 – harus semua sokong BN nanti.

RM50 juta masjid ana tak risau sangat. Kalau buatpun, bagi seminggu dua, masjid itu akan jadi milik PAS. Confirmed. Sebab orang UMNO tak suka pergi masjid.

Kampus UiTM memang bagus.

Bas pun bagus.

Air pun bagus.

Soalnya sekarang, apa janji kita pulak untuk rakyat Kelantan? Jangan kita diam sahaja. Ana kalau boleh cadang Anwar dan Tok Guru untuk duduk semeja dan bincang semula apa yang bakal kita susun di Kelantan. Jangan ambil mudah bohh. Bahaya.

patrick teohKadang-kadang memang ada puak cina yang memang menempah masalah dengan orang Melayu-Islam. Sengaja cucuk. Sengaja nak rasa kena lempang agaknya. Terbaru, ornag tua cina bernama Patrick Teoh (suara sedap) tapi hati busuk. Dia sibuk mengkritik kita, orang PAS, sebagai puak yang tak habis-habis nak perjuangkan hukum Quran.

Dia marah pasal kerajaan PAS kedah tak benarkan persembahan hiburan yang melampau seksi. Arahan itu biasa sahaja. Dah ditarik balik pun. Bukannya kekal. Walaupun kita tanggung malu kerana terpaksa gostan polisi, tapi kita kena buat juga. Sebab dapat tekanan kawan-kawan DAP kita.

Patrick Teoh ini memang baik dengan kita. Baik sungguh. Sebelum ini, dia memang penyokong kuat Pakatan Rakyat. Mungkin bukan penyokong PAS. Tapi penyokong DAP. Tapi bila kita dah gabung jadi Pakatan Rakyat – kira dia sokong kita lah.

Dia ni memang kaki mencarut. Tapi tak baiklah bila seranah kepimpinan kita di Kedah. Itu dah masuk kurang ajar namanya.

Ramai lagi sebenarnya cina jenis ini di luar sana. Makan hak kita. Kaya raya kena perah sumber hasil kita. Hasil tanah Melayu. Jenis tak sedar dek untung.

Tolonglah faham. Nak komplen PAS boleh. Tapi jangan hina kita. Jangan babitkan Qur’an. Jangan babitkan Islam. Jangan babitkan orang Melayu seluruhnya.

Ana kalau jumpa cina sorang ni, ana sumpah akan ludah dia on the spot. Haktui punya cina.

Lori-Kempen-DAP-HilangKerajaan negeri Kedah pimpinan PAS dikecam oleh DAP kerana garis panduan dari kerajaan negeri menghalang wanita dari melakukan persembahan  sempena menyambut Tahun Baru Cina.

Menurut Penolong Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching, peraturan  melarang wanita dari persembahan di pentas sempena Tahun Baru Cina  dianggap sebagai mengarut dan tidak boleh diterima.

“Ini bukan sahaja tidak menghormati hak orang bukan Islam, ini juga  diskrimikasi terhadap wanita. Kerajaan negeri Kedah yang dipimpin PAS  harus mengkaji semula dan membatalkan garis panduan ini,” kata Teo yang  merupakan ahli parlimen Serdang.

Menurut Teo, kerajaan yang tidak mendengar kehendak rakyat tidak akan bertahan lama, dan berharap kerajaan Kedah untuk lebih inklusif dalam  menyentuh isu-isu sensitif.

“Ini bukan pertama kali kerajaan PR Kedah terlibat dalam kontroversi  seperti ini, tindakan mereka menyebabkan Pakatan Rakyat menerima  kritikan hebat dari parti komponen BN dan melemahkan peluang PR  menjelang pilihan raya akan datang, dan tindakan tersebut hanya  menjauhkan rakyat dari pentadbiran.

“Tidak ada parti politik dalam negara ini yang boleh bertahan dengan  sokongan satu kaum sahaja. Keputusan dari kerajaan negeri Kedah ini  bertentangan dengan semangat slogan PAS iaitu ‘PAS for All’,” katanya  lagi.

—————————————————————
Pada ana, Majlis Syura wajar sekali lagi bersidang kali ini. Isu ini bukan isu kecil. Kita dok jaja PAS for all, tapi bila buat peraturan seperti ini, kita berhadapan dengan masalah yang besar.
Ana cuma berdoa, kali ini, jika Majlis Syura bersidang – beranilah sikit bertemu media. Buruk benor rupanya bila Pak Imam/Alim Ulama’ kita dipaksa ikut pintu belakang bila keluar meeting. Ana tak tahu arahan siapa, tapi nampak kita tak hormat alim ulama’.
Cumanya, jika Majlis Syura sekali lagi bersidang – tolong ambil kira beberapa kesan politik daripada keputusan yang dibuat. Antaranya:-

  • Apa kata Anwar Ibrahim dengan keputusan Majlis Syura? Apakah Anwar boleh bersetuju? Mahu tak mahu, dia PM kita nanti.
  • Apa kata DAP (Guan Eng dan Kit Siang?);
  • Apa kesan politik kepada Kedah, Kelantan dan negeri lain?
  • Berapa undi kita boleh dapat?
  • Berapa undi kita hilang?
  • Kawasan mana yang kita menang/kalah kalau kita buat sesuatu keputusan?
  • Kawasan mana yang PKR menang/kalah kalau kita silap buat keputusan?
  • Kawasan mana yang DAP menang/kalah kalau kita silap?

Majlis Syura yang boleh ambil kira isu politik lebih mampu membantu parti. Ini yang ana nampaklah. Da;am persahabatan politik PR, kita kena ambil kira isu ini.

Laman Berikutnya »