Januari 2014


Kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama ke Malaysia,  yang dijangka April ini bakal mengundang satu lagi demonstrasi bantahan  apabila kedatangan itu dipercayai bagi memuktamadkan Perjanjian  Perkongsian Trans-Pacific (TPPA).

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, berkata atas sikap dan  pendirian SAMM sebelum ini, ‘sambutan’ atau lebih tepat, bantahan  terhadap kedatangan Obama itu akan diteruskan bagi menghantar isyarat  kepada pemimpin negara bahawa rakyat Malaysia tidak menerima TPPA.

SAMM, salah sebuah NGO di bawah gabungan Badan Bertindak Bantah TPPA, sebelum ini konsisten dengan pendirian bahawa perjanjian itu tidak mendatangkan manfaat yang besar kepada negara, sebaliknya hanya menjadikan Malaysia  sebagai budak suruhan AS.

“Bagi mewakili SAMM, yang juga berada  bersama-sama dalam Bantah TPPA, kita akan terus menggerakkan kempen  membantah kedatangan Obama ini, walaupun sebelum ini sudah pelbagai cara dilakukan seperti penyerahan memorandum, demonstrasi dan kenyataan  media.

“Namun, nampaknya Malaysia masih hendak bawa Obama, jadi  kita akan menggerakkan kempen, mungkin pada Februari ini bagi meneruskan bantahan sehingga April ini, yang semuanya akan diperincikan  badan-badan lain di bawah Bantah TPPA,” tegas Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard kepada Harakahdaily, hari ini.

Siap sedia kita huru harakan seluruh KL dengan suara rakyat! Kita tentang Obama habis-habisan! Kita ikut Chegu Bard habis-habisan!

Pada ana, benda ini lebih jauh penting daripada kegilaan Pak Sheikh nak jadi MB Selangor. Kalau betul nak ke Putrajaya, ini lah jalannya. Kita perlu pastikan Najib malu kerana jadi pemimpin 47 % rakyat Malaysia.

Kita nak buat onar di muka kerajaan yang lembik dan kurang cerdik ini.

Pada ana, kita lupakan Kajang. Kita lupakan Anwar. Kita lupakan MB Selangor. Kita fokus kepada Obama. Ana harap mereka yang jadi pemimpin dapat pastikan bajet yang cukup untuk kita berarak habis-habisan. Masanya sudah tiba, rakyat perlu kembali berjuang menentang kezaliman TPPA.

PAS akan beri sokongan penuh. Tanpa berbelah bahagi.

Lee Chin Cheh, who resigned as Kajang state assemblyman yesterday  said the decision was made based on common interest and to strengthen  the opposition’s ability to serve the people in Selangor.

Lee, 43, in a brief statement here, also expressed his gratitute to  the voters in Kajang, who had given him the opportunity to become their  elected representative.

“I am moved by the generosity of the voters in Kajang, who have given me their cooperation and confidence all this time,” he said.

Lee, a lawyer, is one of the newcomers from PKR who contested in the 13th general election last year.

He garnered 19,571 votes to win by a 6,824-majority vote in a  six-cornered fight against candidates from the Barisan Nasional (BN),  Berjasa and three independents.

Ana rasa kalau setakat nak cari Menteri Besar, ramai lagi kalangan ADUN Pas yang layak diberikan peluang untuk menjawat jawatan tersebut.

Kelam kabut dibuatnya bila PKR main gila dengan drama letak jawatan macam ini. Dia ingat kita ini tak ada kerja lain. Nak melayan karenah dia sahaja?

Ini bukan soal kena jaga politik kawan-kawan. Tapi nampak sangat bodohnya bole nak letak jawatan, lepas tu pasang orang yang menang jadi MB. Padahal bukan mereka pun yang ada kedudukan paling banyak.

Mainan macam ini yang buat orang menyampah.

http://msomelayu.blogspot.com/2014/01/kerajaan-kelantan-disaman-rm230-juta.html
Kerajaan Kelantan pimpinan Ahmad Yaakub menghadapi satu lagi masalah apabila hari ini kontrektor dari Korea, Dae Hanguru Infra dikatakan mengemukakan saman sebanyak RM230 juta terhadap Perbadanan  Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Baldah Toyyibah syarikat yang  mengendali urusan pembinaan Lebuh Raya Rakyat (Lerek) apabila kontreknya untuk membina lebuh raya itu dibatalkan.
Kontrektor Korea itu dikatakan telah mengeluarkan peruntukan sebanyak  RM5.448 juta untuk perbelanjaan awal urusan pembinaan lebuh raya  berkenaan. Bagaimana pun kontrek pembinaan itu dibatalkan apabila  kerajaan Kelantan berubah pimpinan dari Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada  Ahmad Yaakub dan pengendalinya syarikat Baldah Toyyiban berpindah tangan daripada Husam Musa kepada orang lain.
Peranan Husam menguruskan projek berkenaan ditarik balik dan diganti dengan orang lain apabila Ahmad Yaakub menjadi MB.
Ekoran itu pengurusan baru mengendali projek berkenaan telah  mengenepikan kontrektor dari Korea itu tanpa berbincang dan memikirkan  risiko di sebalik pembatalan itu.
Sumber tertentu memberi tahu syarikat Korea berkenaan telah menghantar  dua kali surat kepada pihak kerajaan Kelantan untuk berunding perkara  itu tetapi tidak dilayan. Khabar Exco yang ditugaskan menguruskan  pembinaan projek berkenaan tidak mahu melayani permintaan kontrektor  berkenaan atas alasan ia berurusan dengan orang lain.

Hari ini khabarnya kontrektor berkenaan telah mengemukakan saman menuntut ganti rugi sebanyak RM230 juta.
Masalahnya apa? Masalahnya Husam sudah ambil cengkeram yang agak tinggi untuk diguna dalam PRU yang lalu. Perbelanjaan PRU bukan sedikit. Itu sahaja modal yang ada pun.
Bila cengkeram dah ambil, mestilah kira macam akad dah tu. Bukan boleh main tarik diri last minit.
Sekarang ini nak jadi macamana? Husam ke mana? Syarikat Korea ke mana? Ecobound ke mana?
Pada ana, elok letak jawatan lah kalau tak boleh urus benda simple macam ini. Buat malu ja.

politik baru ala YADIM
Asyraf Wajdi Dusuki


19 hours ago

Alhamdulillah turut mendapat sokongan daripada Exco2 Agama Negeri2 dibawah Pakatan  untuk bersama YADIM menganj
urkan program BULAN DAKWAH demi menyemarakkan agenda dakwah Islamiah dan Islahiah tanpa mengira perbezaan ideologi  parti. Kelihatan dalam gambar YB Dato  Nasarudddin Daud Exco Agama Kelantan ( Pas ),  YB Abdul Malek Exco Agama Pulau Pinang ( PKR ),  YB Sallehin Mukhyi Exco Agama Selangor ( Pas )  dan Datuk Che Rahim Pengarah JAHEIK. Moga ini permulaan utk menjelmakan  masyarakat Malaysia yg lebih terbuka meletakkan kepentingan Islam  melebihi segala yg lain.
Ana cuma nak ingatkan kalangan Exco Agama Negeri PR agar tak seronok sangat bersalam, berpeluk dengan makhluk dua alam bernama Asyraf ini. Hati-hati.
Ana nak ingatkan, sewaktu dia tewas di Tumpat, apa benda yang dia tak balun Pas/Tok Guru/Haji Hadi. Semua benda dia bawak. Muka nampak warak, hati sangat kaudu.
Ana dimaklumkan oleh orang kita dalam JPM, Asyraf baru sahaja mendapat dana sebanyak RM18juta untuk digunakan sebagai dana latihan.
Duit ini lah yang bakal digunakan untuk menjahanam kita, Pas dan PKR. Asyraf tak usah cakap pasal Islahiah lah. Suruh dia islah diri sendiri.
Ana dimaklumkan oleh kakitangan YADIM, kronisme menjadi wabak baru di dalam entiti tersebut. Orang-orang luar dibawa masuk ke dalam YADIM. YADIM mahu dijadikan pusat PKPIM, ABIM – dan menjadikan Asyraf tak ubah macam Anwar Ibrahim baru dalam UMNO.
Ana nak ingatkan, hati hati permainan tinggi budak ini. Bahaya.

Anak ana, Pemuda Pas tergelak guling-guling bila dijemput AMK untuk demo besar-besaran di hadapan kedutaan Jepun semalam. Gila dah AMK ni? Kata dia. Benda bodoh pun nak dibesar-besarkan.
Ana ulang kali kata, kebodohan AMK ini tidak boleh dipakai. Memang mengarut. Tak tahu hujung pangkal, ajak Pemuda Pas pergi berdemo. Pergi jahanam lah kalau Anwar tak boleh masuk Jepun.
http://www.thejakartapost.com/news/2014/01/21/japan-has-refused-entry-many-famous-people.html

In keeping with its strict immigration rules, Japan has refused entry to many people over the years, including Hollywood celebrities and  famous personalities.

British comedian Russell Brand was stopped  at the Narita Inter­national Airport on May 24, 2011, when he flew in  from the United States to attend a concert by his then-wife, singer Katy Perry.

Brand, who was addicted to heroin and has been arrested 12 times, was deported over criminal charges from more than 10 years  before.

In September 2010, socialite Paris Hilton was forced to  cancel her Asia tour when Immigration officials at Narita denied her  entry, following a drug violation in the United States.

She stayed overnight at the airport hotel before flying home on a private jet.

Four decades earlier, in 1980, Sir Paul McCartney travelled to Japan as part of an 11-city concert tour by his band Wings and ended up spending nine days at the Tokyo Narcotics Detention Center after he was found to be  carrying nearly half a pound (230gm) of marijuana upon arrival at  Narita.

Sir Paul Maccartney pun pernah kena.

Apalah sangat Sheikh Anwar tak boleh masuk.

Kepada AMK, lain kali, kerja bodoh begini tidak perlu dibuat secara berjemaah. Cukup buat sorang-sorang.

1. Jangan hadapi kritikan massa terhadap PM Najib berkaitan isu kangkung dengan menukarnya menjadi satu pergeseran kaum dan agama. Umno  seringkali menggunakan isu perkauman dan agama sebagai jalan keluar bila sudah tidak lagi boleh berjawab secara bijak dan bertanggungjawab  terhadap rakyat.

2. Membangkitkan isu Ketuanan Melayu dalam  konteks kritikan umum hatta sindiran dunia terhadap “kekangkungan  politik Malaysia” hanya menzahirkan kelemahan dan kemelesetan akal dan  hati budi umno. Seolah mahu menutup “kebodohan” dengan kuasa kuku besi  dan pembodohan yang hanya akan menambah burukkan wajah Malaysia dan  kepimpinan politik yang ada keseluruhannya.

3. Tindakan Pemuda  umno yg cuba mengingatkan kaum cina dengan nada dan bau ugutan bahawa  kononnya peristiwa bdarah 13 mei 1969 akan mungkin berulang jika terus  mengkritik PM Najib hanya menzahirkan tanggapan betapa umno adalah  dalang sebenar di sebalik tragedi berdarah dalam sejarah yang lepas.  Umno wajar memahami zaman keris tombak dan lembing sudah lama berakhir.  Maka hadapilah zaman ini dengan kebijaksanaan dengan awal memastikan  Presiden umno yang diangkat adalah orang yang bukan “sekangkung” Datuk  Seri Najib, kerana apa yang berlaku kini hanyalah impak daripada salah  pilih pimpinan yang bukan sahaja memalukan bangsa Melayu tetapi juga  negara Malaysia di peringkat dunia.

4. Umno jangan fikir rakyat Malaysia yang ada pada hari ini adalah sama seperti tahun 1969 yang lepas.

5. Kita tidak akan mudah “dikangkungkan” dan tidak teragak-agak untuk  menggerakkan laporan polis di seluruh negara terhadap sikap dan tindak  tanduk ugutan perkauman umno yang semakin menjadi jadi.

6. Isu  kangkung adalah isu sebenar nilai hidup rakyat di mata pemimpin politik  Malaysia dan lebih malang bila ianya diucapkan sendiri oleh PM dalam  nada dan keadaan yang sangat memalukan dan merendahkan aqal dan hati  budinya sebagai seorang pembesar negara.

7. Ia isu hidup mati dan periuk nasi rakyat. Semuanya akibat kegagalan umno BN mengurus tadbir  ekonomi rakyat secara berkesan. Hatta gagal merakyatkan kekayaan hasil  mahsul Malaysia.

*****************************

Ana cuma nak ingatkan kawan-kawan dalam Pas, puak Cina DAP dan PKR ini memang kepala tak betul. Hari ini, mereka arak gambar Najibby dengan kangkung. Enta cuba bayangkan kalau kita (Pas) nanti nak kuasakan undang-undang Islam seluruhnya, patung apa pula yang dia orang arak.

Kita tak boleh ikut perangai gila babi YB PKR Machang Bubok ini. Jenis gila tak tentu hala. Esok-esok, gambar Tok Guru pun dia berani arak.

Ana pun benci Najib. Tapi pada ana, tak payah lah buat flashmob segala bagai. Buang masa. Rakyat pun menyampah.

Pakatan Rakyat akan mengadakan satu ‘road show’ kempen ‘Faham GST, Tolak GST’ bagi memberi penerangan kepada rakyat mengenai kesan yang akan  dihadapi mereka berhubung cadangan kerajaan yang akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April 2015 nanti.

Jelas pakar ekonomi, Dr Rosli Yaakop kempen itu adalah satu pendekatan penerangan yang akan memberi  kefahaman kepada rakyat tentang kesan GST kepada kehidupan mereka.

Beliau yang mewakili PAS dalam Sekretariat GST turut menekankan pada ‘road  show’ tersebut penerangan yang jelas akan diberikan kepada rakyat agar  mereka tidak lagi terkeliru dengan iklan-iklan yang disiarkan oleh  kerajaan berhubung kesan daripada pelaksanaan GST.

“Ini sebagai langkah untuk kita memberi rakyat faham tentang kesan dalam kehidupan harian mereka apabila GST dilaksanakan.

“Dalam itu juga kita tidak mahu rakyat keliru dengan kempen iklan yang  disiarkan oleh kerajaan berhubungan GST, rakyat perlu tahu kebenaran di  sebalik apa itu GST,” jelasnya kepada Harakahdaily.

Menurut  beliau, pelaksanaan GST bukan satu langkah yang baik di kala negara ini  masih lagi diselubungi soal ketirisan, rasuah dan penyelewengan dalam  segala hal pentadbiran kerajaan.

Sementara ini, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang turut terlibat di dalam Sekretariat  GST memberitahu Pakatan Rakyat akan mengadakan tiga program berhubungan  dengan GST iaitu meliputi ‘road show’, latihan kepada mereka yang akan  terlibat sebagai penerangan dan juga penerbitan risalah.

“Pada  road show nanti selain penerangan dari pimpinan Pakatan Rakyat turut  terlibat adalah pimpinan tertinggi dan risalah yang kita siarkan itu  akan merangkumi teknikal serta penerangan agar rakyat lebih faham apa  yang ingin kita sampaikan,” jelas beliau yang juga merupakan Pengarah  Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Pakatan Rakyat yang  bermesyuarat pada hari ini telah bersetuju untuk mengadakan roadshow di  seluruh negara yang akan bermula di Negeri Sembilan pada 24 Januari  diikuti Melaka (29 Januari), Kedah (7 Februari), Pulau Pinang (8  Februari),  Pahang (17 Februari) dan Kelantan (28 Februari).

Untung kita sebab Gomen pun dah macam beku fikiran nak lawan isu ini. Ahmad Maslan sudah tidak karuan. Lagi sedap kita nak balun.

Ana kadang-kadang kesian denagn Jawa Pontian yang mempunyai CGPA tinggi ni. Sudahlah pendek. Akal pun pendek. Tak ke mana lah jawabnya.

Ana diberitahu Seminar PENA (Pemerkasaan Ekonomi Nasional) pun sekadar program #syoksendiri. Panggil orang UMNO dengar ceramah sendiri. Mangkuk.

Orang UMNO kerajaan buat apa pun dia kata betul. Jenis bodoh tak boleh diajar.

Laman Berikutnya »