Februari 2009


Kadangkala baca juga suratkhabar kecil bernama ‘Sinar Harian’ ni. Dalam banyak kes, akhbar ni memang ada sedikit pro kepada perjuangan kita, PAS dan Pakatan Rakyat. Alhamdulillah, ada juga akhbar yang bebas daripada terus jadi alat politik PEKEMBAR dan sekutunya. Utusan Malaysia – memang tak larat nak sentuh. Nasib baik tak boleh fatwakan HARAM ajer; kalau tidak – sama taraf dengan najis. Eee…geli.
Pagi ini (26 Februari 2009) – Sinar Harian meletakkan cerita muka depan bertajuk ‘WANITA PKR ANGGAP HASAN DITEKAN PIHAK TERTENTU’. Dalam menyatakan pendirian PAS dalam kes Khalid Ibrahim – Dr Hasan Ali sudahpun menyatakan betapa beliau memerlukan ‘penjelasan’ daripada Khalid dalam beberapa isu penting.
Sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam – Dr Hasan Ali adalah sebenarnya antara yang kanan dalam hierarki parti. Tak salah kalau menegur dengan baik dan beradab. Dalam Islam pun, waima dalam sembahyang sekalipun – makmum boleh tegur imam. Ini dibenarkan. Apatah lagi kalau seseorang yang tahapnya tinggi seperti Dr Hasan Ali. Kali ini – blog ini nak mempertahan Dr Hasan Ali. Bukan lalang – tetapi ini sudah melibatkan parti.
Soal tekanan tidak timbul. Kalaupun ditekan – Dr Hasan ditekan dengan imej kita yang rosak teruk dengan tabiat dan amalan buruk wakil rakyat PKR. Baik Elizabeth Wong, Manicka (Kapar) – semuanya menjurus kepada merosakkan Pakatan Rakyat. Wakil rakyat PAS – semua thiqah dan mantap. Tidak goyang.
Zue Taliban – kita gesa untuk tengok halaman PKR yang ‘semak samun’ itu. Pergilah potong ‘rumput rampai dan semak samun’ yang ada itu. Jangan biarkan semak. Nanti ada ular yang merayap. Kalau sebuah bangunan; di depannya semak samun – nak ambil gambar pun tak berapa nak cantik. Tak ‘clear’. Tak ‘smooth’. Pakai apperture (betul ke ejaan ni?) – jenis apa pun tak clear. Pemandangan tidak murni dan membahagiakan.
PAS tegur kerana parti kita ini mengamalkan konsep ‘bil-hikmah wal-mauizatil hasanah’ – bukan tegur secara membuta tuli. Kalau bawah satu bumbung, nak tegur pun tak boleh – susahlah. Zue Taliban ni dah berlagak kerana menang di Ampang. Kalau PAS tak bantu boleh menang ke Puan Zue Taliban oooiii. Jangan la sombong sangat.
Zue Taliban – jangan cuba nak dapatkan keuntungan politik peribadi. PAS dan Dr Hasan Ali ikhlas nak tengok wujudnya perubahan imej di Selangor, itu sahaja. Kita tidak dapat nikmat yang berlebihan pun. Setakat Exco. PKR jadi MB. Hebat. Tetapi jangan angkuh. Kena zuhud dan selalu melihat ke bawah. Bantu PAS sama. Kita pun banyak kekurangan. Tapi, kalau PKR nak jaga PKR sahaja – alamatnya, terpinggirlah lagi kami ni.
Jangan serang PAS dalam akhbar lagi. Ini tidak baik. Jangan biar kami buka banyak lagi cerita dalam kain yang ‘sensasi’. Masalah kita nanti. Zue Taliban – mesti maaf kepada Dr Hasan Ali. Minta maaf. Jangan buat kenyataan ‘mala-fide’ (ceh…bahasa court) lagi.
Advertisements

Waima apapun yang berlaku, Presiden kita yang dihormati – YB Tuan Guru Abdul Hadi Awang menekankan keperluan kita mempertahan Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) dalam apa jua keadaan. PAS mesti memberikan sokongan kepada Khalid kerana tidak mahu Kerajaan PR di Selangor menjadi cacamarba dengan pelbagai tuduhan yang dihadapi oleh Menteri Besar tersebut.

Kenyataan Presiden itu amat dialu-alukan kerana kawan-kawan kita di Selangor sudah mula melahirkan rasa risau dengan apa yang berlaku kebelakangan ini. Kes terhadap Khalid dikatakan ‘kukuh’. Bukan sangat kerana SPRM itu bebas dan sebagainya – tetapi salinan ‘arahan’ Khalid pun sudah ada di tangan pihak berkuasa. Macamana itu boleh berlaku adalah sesuatu yang sangat menghairankan.

PAS Selangor memang sudahpun menyatakan ‘keprihatinan’ dengan perkembangan yang berlaku di Selangor. Soal peribadi Khalid – kita tidak mahu sentuh. Peribadi kita tak mahu nak ulas. Itu antara Khalid dan Allah SWT. Namun, apa yang mempunyai implikasi politik – adalah amat wajar disentuh dan diulas oleh PAS. Itu jugalah yang berlaku di Selangor. PAS Selangor ‘prihatin’ dengan situasi dalam pejabat Menteri Besar.

Namun, Presiden sudahpun menyatakan pendirian bahawa perkara-perkara yang menyentuh ‘dasar dan polisi Pakatan Rakyat’ – HANYA BOLEH diperbincangkan di peringkat kepimpinan. Yang bawah mesti taat dan tunggu apa juga respons daripada kepimpinan. Itu yang mesti kita lakukan.

Kita tidak mahu episod kedua ‘Nizar’ akan berlaku di Selangor. Betul, bukan pemimpin PAS yang jadi Menteri Besar – tetapi implikasinya akan meranapkan hubungan baik kita dengan rakan PR secara keseluruhannya. Kita bukan cemburu dengan PKR kerana pegang jawatan MB; tapi kalau ada peluang apa salahnya. Dr Hasan Ali – kalau diperhatikan, mampu juga memegang tampuk MB. Dengan ijazah berjela, kemampuan bercakap dan sahsiah – memang 800 peratus lebih baik dari Khalid. Tapi nak buat macamana, kita akur dengan kerjasama yang telah kita meterai.

Rakan-rakan kita di PAS Selangor kena simpan dulu niat kita untuk menggegar kerjasama PR di Selangor. Kita kena tengok ‘pandangan saujana’. Pandangan luas. Kalau gugur kerajaan PR di Selangor – mahunya 7 hari 7 malam Khir Toyo buat kenduri di Simpang Lima. Mahu beribu ekor lembu tumbang. Al-maklum, duit jual apartment di Mekah pun masih ada. Banyak tu – 17 juta. Berapa ekor lembu boleh beli? Seluruh Selangor boleh makan sup ekor – 3 malam berturut-turut.

Kita kena banyak istiqamah dan berhusnul zann (bersangka baik). Ini kekuatan kita daripada dahulu. Kita kena sangka baik dengan pimpinan dan penyokong kita. Jangan ada prasangka dan kekeliruan yang boleh menyebabkan kita runtuh. Puak-puak Pekembar (jijik nak sebut nama parti tu; lagipun kita wajar mendaulatkan bahasa Melayu) – memang nak tengok kita berkecamuk. Dia lagakan kita dengan PR. Dia lagakan kita dengan Khalid.

Walaupun, pada hakikatnya Khalid memang tak layan kita di Selangor; takpelah – kita redho. Perjuangan kita bukan kerana Khalid. Bukan kerana Elizabeth ‘Semak’ Wong – kita ikhlas berjuang kerana amanah dan tanggungjawab. Kita tunggu keputusan orang atasan untuk menentukan halatuju kita di Selangor.

Kalau gendang perang yang berbunyi; kita perang. Kalau gendang ‘kawan-kawan’ yang berbunyi – kita teruskanlah kerjasama mana yang termampu. Memang kadangkala makan hati dengan rakan PR ini – tapi nak buat macamana; kita mesti akur dengan kepimpinan.

Kita kena sokong Khalid – walaupun lembu yang diberikan ke Bandar Tun Razak; banyak lebihnya daripada apa yang diberi kepada wakil rakyat kita sendiri di Selangor.

Ini arahan. Tugas kita – ikut. Bak kata radio swasta yang selalu main lagu lama tu – i follow!!!

Memang kita menyampah tengok perangai Ibrahim Ali ni. Kejap diam, kejap bising. Nak tampilkan diri sebagai pejuang Melayu sejati – tetapi haprak Melayu tahap tertinggi. Konon nak tunjuk dia kuat sangat di Pasir Mas – padahal ramai juga orang yang tak setuju dengan dia.
Kita benci maksimum dengan Tok Yim yang huru hara ni. Bila UMNO tolak dia – meratap hiba kepada kita; mengatakan kita inilah sahaja peluang dia nak ‘kembalikan maruah’ sebagai seorang individu. Kita pun bagilah peluang. Nik Aziz (Tok Guru) kita pun bagi peluang.
Sekarang ni nak mengata kita depan belakang. Tok Yim memang tak sedar diri. Tak ingat jasa PAS kepada dia. Tak ingat bagaimana kita bantu dia untuk menang di Pasir Mas. Walaupun kita tahu dia totok UMNO – tapi kita tetap memberikan peluang untuk dia. Dengan harapan dia akan memberikan muka kepada kita. Bukan kutuk kita.
Inilah payahnya berurusan dengan munafik macam Ibrahim Ali ni. Semua benda dia nak kencing. Semua benda nak tipu. Semua benda nak kelepet. Semua benda nak dibohong.
Kita dah serik nak berurusan dengan ‘munafik’ macam Ibrahim Ali. Lepas ni kita kena berhati-hati jika nak berurusan dengan orang UMNO totok ni. Rugi masa. PAS bukan tempat untuk manusia yang ‘berhati hitam’ ini. Biarlah kita jaga PAS dengan orang kita yang setia. Tak payah sibuk nak tarik orang UMNO dengan kita.
Kita CABAR Ibrahim Ali untuk letakkan jawatan ataupun buat deklarasi masuk UMNO senang cerita. Kita tak mahu jadi seperti Anwar Ibrahim yang bangga dengan kemasukan Nasaruddin – akhirnya kena kencing begitu sahaja. Ibrahim Ali memang munafik tak sedar diri.
Macam yang blog ini nyatakan sebelum ini, YB Nizar kena menunjukkan kemampuannya menjadi ‘lelaki budiman’ dengan keluar daripada kediaman rasmi MB dengan seberapa segera. Tak elok dipandang orang. Orang akan kata PAS seperti parti yang tidak tahu malu. Walaupun kita mahu menegakkan kebenaran – kita mesti melakukannya dengan hemah dan adab. Itu tabiat dan nilai orang PAS. Kita ni gentleman. Orang agama. Orang yang dekat dengan naungan Allah SWT.
Nizar pindah pun bukan rumah sebarang. Sewanya RM4000 sebulan. Ada kolam renang. Nizar letak tanda kediaman Menteri Besar. Kira oklah tu. Kita ni orang pejuang, duduk dalam rumah sewa setingkat, sempit, bilik air 1 pun takper – jihad dan perjuangan.
Nizar memang layak duduk rumah sewa RM4,000. Dia MB kita. Dia MB Pakatan Rakyat. Takut-takut orang akan bertanya la pulak, macamana dia boleh mampu? Bekas MB – mestilah mampu. Takut pulak orang kata – kita ni lebih kurang aje dengan orang lain.
Yang penting, Nizar nampak seperti orang yang dihalau. Gambar pun bawak Kia Carnival 4141, dengan botol susu anak dan sebagainya. Cantik nampak. Nizar tampil macam kena halau. Ye lah, dah jadi rumah orang – kena la kita terima hakikat. Nak buat macamana.
Blog ini mengharapkan Nizar terus mampu meneruskan kerja untuk parti. Jangan bersedih dengan apa yang berlaku. Bukan semua orang PAS mampu duduk dekat rumah RM,4000 sebulan. Kawasan Sg Rokam tu kawasan orang ada-ada. Orang PAS macam kita – tumpang bangga.
Di rumah tu khabarnya ada ‘swimming pool’. Elok juga tu, rumah MB mesti lengkap. Supaya senang Nizar nak buat meeting dan sebagainya – di tepi kolam renang. Sejuk sikit rasa. Takdelah terus panas hati sentiasa tengok muka Ngeh dan Nga yang macam komunis tu.
Memang betul pun, Ngeh dan Nga adalah komunis kepada perjuangan PR. Ikut cakap dia. Matlamat dan perjuangan PAS tak mahu nak faham.
Takpelah, semoga Nizar boleh tinggal dengan aman di rumah RM4,000 sebulan itu. Kalau ada doa selamat – masuk rumah baru jangan tak jemput kita. Orang PAS macam kita ini pun nak rasa ada kolam renang. Nak rasa dapat belanjakan RM4,000 sebulan untuk sewa rumah. Alhamdulillah, besar juga rumah MB kita ini. Tahniah.
Kalau tidak silap, di peringkat awal kes ini – Dr Hasan Ali adalah antara orang yang paling naik angin dengan kes Elizabeth ni. Mahunya tidak, setiap kali dia mengendalikan ‘khemah ibadah’ di AKRAB; mulut tak berhenti mengucapkan selawat dan salam; tasbih dan menyebut kekuasaan Allah SWT. Cerita tentang keperluan kita mempunyai kepimpinan yang bersih dan suci. Tidak ada unsur kekotoran dan penyalahgunaan kuasa.
Semalam sudah keluar cerita lain. PAS Selangor sokong Elizabeth dan akan mempertahankannya habis-habisan. Masya’Allah. Takut kita bila alim ulama’ kita sudah membenarkan zina dan ambil gambar lucah. Ambil gambar dari dalam kain. Ini fatwa mana pulak ni? Fatwa baru? Atau Dr Hasan Ali sendiri sudah ‘seronok’ tengok gambar Elizabeth tu. Takkan ‘semak dan serabut’ itu pun jadi seronok? Ini kes pelik.
Cukup pelik, sebab wanita PAS pun antara yang kuat menyokong agar Elizabeth kekal jawatan. Berdiri belakang Elizabeth..mengalirkan air mata kesedihan dengan pengumuman Elizabeth. Subhanallah. Kenapa la dengan muslimah dan pimpinan kita ni? Sudah tersampuk hantu apa pulak ni?
Seorang peguam yang kononnya ‘islamik’, Latheefah Koya – pun sibuk berjurai air mata di belakang Elizabeth Wong. Wanita PAS sibuk berdiri di belakang ‘Zue Tholiban’ (wanita PKR). Apa kejadahnya semua ini?
Blog ini minta Dr Hasan Ali tarik balik sokongan terbuka kepada Elizabeth Wong. Tak guna jadi alim ulama’ kalau kes zina pun nak disokong secara beria-ia. Jangan permainkan sokongan kami. Kami tak sokong zina. Kami tak sokong ambik gambar ‘blue’. Kami tak sokong bersekedudukan. Kami tak sokong khalwat. Kami tak sokong perkara-perkara yang meng’aib’kan parti yang suci ini.
Dr Hasan Ali – tolong dengar permintaan kami ini. Jangan sokong zina. Jangan sokong khalwat. Ini tidak baik kepada parti kita. Tak payah pertahan puak-puak PKR yang rosak akhlak ini. Beri muka kepada penyokong sendiri. Kami tak sanggup dipersenda di masjid/surau dengan tindakan Dr. ini. Malulah kepada penyokong kuat kita yang tidak gemar dengan sokong membuta tuli seperti ini.
Dr Hasan Ali – tarik balik kenyataan sokongan kepada Elizabeth Wong. PAS Selangor tak pernah setuju. Keputusan ini tidak dibuat di dalam mesyuarat PAS Negeri. Tanya, Khalid Samad (Shah Alam); dia pun tak setuju kita pertahan Elizabeth Wong dan PKR yang mungkar.
Kalau Hasan Ali tak tarik balik – kami semua tak akan beri sokongan lagi. Kami menantikan keputusan Dr!!!
Secara kebetulan, ramai pula rakan penulis yang menonton rencana khas BBC mengenai program ‘Musawah’ anjuran Sisters in Islam di Kuala Lumpur kelmarin. Robin Brant, pengacara BBC dengan rasa bangga mengucapkan bagaimana wanita Muslim di Kuala Lumpur bakal menjadi ‘peneroka’ kepada nilai kesaksamaan gender total di negara Islam. Wah, Sisters in Islam (betul ke Islamnya ni) semakin celupar nampaknya. Sudah tidak pedulikan al-Quran dan Sunnah. Nak bogelkan segala hukum hakam demi kesaksamaan gender. Feminisme bentuk baru?
Zainah Anwar – sudahlah tidak bertudung; sibuk memberikan pandangan kononnya wanita Muslim ditindas dengan ketidakadilan di seluruh dunia. ‘Musawah’ inilah bakal menjadi agenda ‘liberalisasi’ gender di kalangan wanita Muslim.
Lepas itu, diambil pula pandangan Hatoon Alfassi (al-fasik?) seorang cendikiawan Muslim kononnya daripada King Saud University, pun bercakap pasal benda sama. Lupa nak beritahu, Zainah kata – kenapa tidak kita gunapakai undang-undang Islam yang bersesuaian dengan zaman? Kata Zainah lagi, kalau terbukti Mazhab Hanafi lebih menyayangi wanita – kita ikut la Hanafi. Apa masalahnya?
Blog ini nak tanya pandangan pimpinan Wanita PAS Pusat dan Negeri – apa pandangan Dr. dan Puan-Puan sekalian? Setuju ke dengan agenda ‘Musawah’ ni? Sanggup ke nak ikut agenda liberalisme dan pembogelan hukum hakam Islam demi kesaksamaan gender? Memang nak sangat ke taraf wanita dan lelaki samarata? Segi apa? Nak diketepikan nas dan dalil? Boleh ke? Wajar ke?
Atau pimpinan wanita PAS ini sudah di ‘mak esah’ (bomoh) oleh keterbukaan dan senyuman Shahrizat? Senyap ajer? Senyap tanda setuju? Sudah ke diambil pandangan Mursyidul Am kita? Presiden kita? Jangan berkiblat politikkan si ‘Zuraida Taleban’ tu. Dia bukan kira, orang berzina ke, orang cucuk belakang ke, orang apa ke – asalkan menguntungkan Anwar Berahim, dia buat sahaja. Wanita PAS dah jadi lembu kena cucuk hidung ke? Mengapa tak bersuara? Sibuk dengan Cina Bukit Bogel ke?
Mengucaplah banyak-banyak. Jangan diikutkan sangat agenda liberalisme Shahrizat wal-Zainah wal Sisters in Islam ini. Sedarlah, kita ini parti Islam. Parti ikut agama. Parti ikut nas dan dalil. Kalau benda yang nyata dan terang bukan berlandaskan Islam seperti ini takkan nak diam? Bangunlah. Protes. Baru la kehadiran Muslimah itu nyata dan diterima. Ini tidak – berselindung di sebalik tudung labuh; tetapi kerja untuk parti – diketepikan.
Kita mohon agar kepimpinan Muslimah PAS bangkit dan melawan liberalisme Musawah ini. Jangan takut. Kami senantiasa berada di belakang. Jangan diikutkan sangat ‘mak esah’ Shahrizat ni. Kalau betul kena ‘mak esah’ – pergi berubat segera. Kalau tidak – mahunya pupus Muslimah PAS ni nanti. Pergi la Darul Shifa ke, mana ke – betulkan balik idealisme PAS dalam diri masing-masing.
Pemuda PAS bisu. Wanita PAS kelabu. Kacau kita ni. Jangan diam sahaja – parti memerlukan anda!
Alhamdulillah, senang sedikit bila kita bekerja dengan parti yang dilindungi Allah SWT. Apa sahaja yang kita lakukan, seakan mendapat perlindungan dan kebenaran Allah SWT. Itu yang seronok. Sudahlah buat kerja dengan ikhlas – dapat pahala; insya’Allah kita semua akan dimasukkan ke dalam syurga.
Terbaru, dalam kes politik Perak, kita dimaklumkan bahawa Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusuf adalah ahli totok PAS. Orang kita sejak lama. Banyak membantu PAS dalam banyak kes kehakiman sebelum ini. Lebih seronok lagi, Yang Arif Ariff pernah menjadi ‘leading counsel’ PAS buat sekian lama. Dalam kes petisyen pilihanraya di Kangar, Perlis – Yang Arif Ariff yang mewakili kita. Ini yang terbaik buat kita – dihantar oleh Allah SWT untuk memberikan kita kemenangan, insya’Allah.
Kali ini, dalam kes Nizar vs. Zambry (gelap gelita) – Yang Arif Ariff akan mendengar kes penting ini. Elok kita berkumpul ramai-ramai dan bersama menjerit gembira dengan keputusannya nanti. Sinar sudah ternampak akan memihak kepada kita.
Sementara orang bekerja untuk menjatuhkan kita, Allah bekerja untuk melindungi kita. Kuasa kita lebih kuat dan murni. Bukan macam mereka.
Marilah kita sama-sama berdoa dengan adanya Yang Arif Ariff; kita akan dapat menempelak semula BN dan Sultan yang kononnya bijaksana dalam perundangan. Tidak sabar melihat betapa merahnya muka Najib Razak. Pasti hangit dan rentung. Hangit dan rentung Zambry – tak boleh nampak; sebab dia dah sedia rentung (masya’Allah, tak baik ana ni).
Suka kita ingatkan orang UMNO/BN seluruhnya – bahawa PAS mempunyai lindungan Kuasa Allah Yang Maha Esa. Kami semua taat mengerjakan ibadah untuk Nya. Bukan seperti pimpinan dan ahli kamu yang gelap mata dengan kuasa. Sombong dan berlagak pada setiap masa.
Dengan bimbingan Musryidul Am dan Presiden kami; PAS akan menuju kejayaan yang abadi. Bukan damai abadi. Itu Pak Lah. Damai Abadi Pak Lah di Australia. Rumah besar dan mewah depan sungai. Damai abadi kami orang PAS adalah apabila dapat menguburkan UMNO/BN di mata orang Melayu. Damai rasanya.
Pesuruhjaya Kehakiman, Yang Arif Mohamad Ariff – akan menjadi penyelamat kepada kita dalam kes Nizar vs. Rentung. Inilah buktinya, PAS adalah sebuah parti yang sangat diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT. Kami parti sembahyang Tahajjud dan Tasbih – tidak mudah letih dan senantiasa punya keyakinan berhadapan dengan musuh.
Takbir!!!

Laman Berikutnya »