April 2013


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama-sama dengan  bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib akan berada di Perlis pada 29 April dalam rangka lawatan sempena Pilihan Raya Umum  ke-13 (PRU13).

Abdul Hadi dijangka tiba di Perlis pada jam 12.00  tengahari di Simpang Tiga Guar Sanji dekat Arau dalam program kenduri  rakyat. Ini diikuti program minum petang bertempat di Pusat Tarbiah  Islamiyah Kayang (Putik) di Dun Kayang pada jam 5.00 petang.

Beliau kemudiannya akan bersama-sama dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam program ramah mesra bersama pengundi kaum Cina di bandar Kangar  (berhampiran panggung lama Sri Mahkota).

Seterusnya, Tuan Guru  akan menunaikan solat maghrib di Masjid Guar Syed Alwi sebelum  menyampiakan ceramah di Kampung Jawi Seratus di Dun Sanglang pada jam  9.00 malam dan diikuti ceramah di Markas PAS Paya di Dun Santan pada jam 11.00 malam.

Manakala Muhammad pula akan tiba di Perlis untuk  program minum petang di Dataran Purnama, Beseri pada jam 5.00 petang.  Kemudiannya beliau akan berceramah di Markas PAS Paya pada jam 9.00  malam sebelum berceramah di Kampung Jawi Seratus.

Pada 30 April,  Presiden PAS akan menyampaikan kuliah subuh di Maahad Tahfiz Imam  An-Nawawi (Matin) di Abi Padang Machang sebelum mengakhiri progam di  Perlis dengan sarapan pagi bersama rakyat di Seberang Ramai, Kuala  Perlis.

Sementara itu, Muhammad pula akan berada bersama rakyat di pasar sehari di Pekan Simpang Empat.

– Ana ucap tahniah kepada siapa yang mambu bawa masuk Mat Taib ke dalam Pas. Tapi ana minta sangat, supaya pemimpin kita tidak layan Mat Taib macam anak raja yang terlalu suci dan bersih.
– Ana nak maklumkan, bahawa di kalangan orang kita masih benci kepada TAIK UMNO seperti Mat Taib ini. Jangan dilupa, dia jugalah MB Selangor yang pernah kata kita pecacai Cina sewaktu dia MB di Selangor dulu. Mungkin pemimpin Pas boleh kata OK, tapi wak-wak penyokong kita di Selangor tak boleh lupa Mat Taib. Memang kasar dia hina Pas dulu.
– Menurut seorang teman di Selangor, Mat Taib tak mampu nak bawa sokongan kepada Pas pun. Lepas dia umum masuk Pas, berapa ribu orang UMNO masuk parti kita? Tak ada pun.
– Bawa Mat Taib ke hulu hilir ini adalah strategi yang membuang masa.

Salahuddin-Ayub1Setelah mengembara ke Putrajaya, ana sempat singgah untuk melihat persediaan kawan-kawan di tempat lain. Alhamdulillah, nampak semua OK.

Pada ana, di kalangan pimpinan Pas, jentera yang paling lemah, miskin, kedana, tak cukup duit adalah jentera Salahuddin Ayub. Ana nak menitik air mata bila tengok kawan-kawan yang merungut susah dengan apa yang ada.

Ana ingatkan kawan-kawan, inilah perjuangan. Bukan mudah.

Tak boleh nak banding jentera Husam dengan Salahuddin. Bagai langit dan bumi. Jentera Husam mewah. Makan cukup. Duit cukup. Tinggal selesa. Macam pejuang elit pulak rasanya.

Tapi di kalangan jentera Salahuddin, kita boleh lihat situasi yang berbeza.

Inilah bezanya kalau kita pemimpin kaya – dan pemimpin miskin. Salahuddin mungkin bukan Exco kerajaan Negeri yang boleh buat duit sikit. Jadi Ahli Parlimen biasa. Susah.

Bayangkan, kalau jentera yang setakat 5 hari berkempen, belum dapat duit poket pun. Sedang jentera Husam dah dapat dekat RM1000. Bayangkan. Jauh benar bezanya.

Ana nak cadangkan, Pas Pusat kena bantu pemimpin seperti Salahuddin. Serah lah duit sikit. Mungkin RM30k dahulu. Buat bayar jentera. Kesian dia orang.

Yang pelik, kita nak letak Salahuddin sebagai Menteri Besar. Tapi kita tak bantu dia nak jadi Menteri Besar. Tak kena gaya.

Nasib baik Guan Eng beri sedikit duit bantuan. Boleh juga berjumpa pengundi.

leninPunyalah mangkuk parti sosialis @ komunis Malaysia ini. Kononnya mereka naik angin bilamana TG Haji Hadi umumkan bahawa Pas tak boleh kerjasama dengan parti komunis.
Pada ana, Pas sudah dapat Presiden yang sebenar dalam PRU kali ini. Dah lama Presiden kita simpan kuku. Kali ini, dengan berani, Presiden sudah nyatakan apa yang betul dan perlu didengar oleh masyarakat di luar sana.
Kebodohan rakan kita dalam PR ini adalah tidak boleh ditegur. Jiwa tak besar. Bila tegur, merajuk. Sama dengan Pengerusi PKR Terengganu, Azan. Bila kita kata calon PKR tak kuat, dia naik angin. Mangkuk. Kita nak menang pilihanraya ni gu! Kucar bojeng sungguh lah.

Parti Sosialis Malaysia (PSM), sewaktu membuat sidang media di Kota Damansara telah menuntut Hadi Awang menjelaskan dakwaannya mengenai calon PKR yang terlibat dengan ideologi “Komunisme”. Mohd Nasir Hashim, Presiden PSM telah menyatakan kekecewaannya terhadap kenyataan Hadi Awang yang merujuk kepada PSM terlibat dengan ideologi “Komunisme”. PSM mahu Hadi Awang menarik balik kenyataannya dan memohon maaf.

Pada ana, kita tak perlu layan orang gila isim macam Dr Nasir ini. Biarlah dia dengan niat komunisme dia. Dengan niat sosialisme dia.

Orang macam ini bukannya betul sangat.

Ana puji ketegasan TG Presiden. Puji melangit. Ini macam baru kita boleh jadi parti yang kuat. Tak tidur 48 jam pun tak jadi aral.

Huarghhhhh….ana pi tidur sekejap ya.

husam 3Semalam adalah hari yang paling ceria buat ana dan rakan-rakan blogger Pas. Semalam kita dilayan dengan baik oleh jentera Husam di Putrajaya. Puas kita dibawa round satu Putrajaya. Solat di masjid di sekitar Putrajaya. Kemudian solat maghrib di Masjid Balai Bomba Cyberjaya.

Ana cukup gembira apabila jentera Husam menunjukkan kaedah gerakan mereka. Ana pun pelik. Semua maklumat cukup lengkap. Sampaikan anak kepada kakitangan awam bersekolah di mana pun mereka ada butiran. Ini baru kerja politik yang halus dan lengkap.

Yang jadikan ana lebih pelik, data mengenai pinjaman perumahan kakitangan awam,  pinjaman ANGKASA, Bank Rakyat dan segala macam perincian lain pun mereka ada. Semuanya khusus untuk Husam buat kajian mendalam kepada setiap pengundi.

Apa yang akan mereka lakukan, apabila calon melawat rumah – calon sudah dapat tahu apa masalah sebenar di rumah terbabit. Husam boleh terus kata, ‘kami faham masalah saudara dan keluarga. ini semua kami akan selesaikan selepas PRU. kami akan wujud dana khas untuk menyelesai masalah pinjaman peribadi saudara’. Handal!

Ana sempat bertanya dengan orang kanan jentera Husam, bagaimana mereka boleh dapat segala perincian yang hebat begitu. Mereka kata, syukur kerana mereka mendapat bantuan pimpinan kakitangan awam yang simpati dengan perjuangan Husam.

Ana tabik spring kepada pimpinan kakitangan awam yang berani begini. Kalau ada 100 orang pegawai kanan kerajaan yang begini, kita akan mempunyai sebuah kerajaan yang mantap.

Ana juga tanya, siapa pegawai kanan yang terbabit ini? Di tahap mana? Jusa?

Dia kata, tak perlu tahu sampai begitu. Orang kanan. Yang pentingnya, seorang yang boleh dapat info seperti yang kita mahukan.

Bayangkan, dalam list yang ana tengok itu – siapa bini kedua pun ada tercatat. Lengkap sungguh.

Ana respek kerja Husam. Memang terer.

Lim Kit Siang PASBanyak pandangan mengenai keperluan DAP bertanding di atas logo dan bendera Pas. Ramai yang setuju. Ramai juga yang tak setuju. Yang tak setuju kurang sikit dari yang setuju. Yang setuju ramai banyak daripada yang tak setuju.
Pada ana, isu ini isu kosmetik sahaja. Dalam persahabatan, kita kena jujur. Kalau sahabat tengah susah. Kita kena bantu. Mudah kan.
Kita kena ambil maklum, bahawa ini semua dah ditentukan di Luh Mahfuz. Kit Siang kalau kena bertanding di atas logo dan bendera Pas, itu juga sudah tertulis di Luh Mahfuz untuk kita. Apa yang susah sangat.
Semua perkara berlaku bersebab. Bukan kosong.
Jadi, kita tidak kecoh-kecoh kalau ditakdirkan mereka bertanding atas bendera kita.
Siapa kata nak katakan DAP tak patut gunakan bendera kita. Bendera hanyalah wajah. Bukan apa sangat. Biarlah mereka pakai.
Jadi ingatan ana kepada rakan-rakan yang berfikiran lama, kampungan, konservatif – majukanlah sedikit pemikiran tu. Jangan beraliran pondok sangat. Ini zaman kondo. Bukan pondok.
Pada ana, kalau Dap tanding dengan logo dan bendera kita, ianya memberikan peluang kepada kita dapat lebih banyak undi Cina.
Ana sengaja letak gambar yang dia orang jual dalam internet ni. Konon hebat sangatlah gambar mereka tu. Cam gampang.

http://msomelayu.blogspot.com/2013/04/proses-pemilihan-calon-pas-berkonsep.html

Kenapakah proses pemilihan calon kali ini menjadi kecoh dan berkucar wak yah? Jawabnya tidak ada sebab lain melainkan kerana berlaku unsur-unsur kronisme dan nepotisme di dalam membuat pemilihan dan penyaringan  calon. Ia ditambah dengan sikap munafik mereka yang menjadi anggota  pemilih calon; cakap depan lain dan cakap belakang lain. Sikap tidak  berterus terang kononnya untuk ambil hati tidak betul dalam hal ini dan  inilah menyebabkan timbul kekalutan.

Contohnya ada seorang ahli pemilih calon (Timbalan Pesuruhjaya) menjanji akan membuat penilaian adil, berjanji untuk merujuk atau memaklumkan  kepada Tokguru, tetapi ia mungkir. Bukan saja maklumat sebenar  disembunyikan kepada tokguru, tetapi Tokguru tidak diberitahu langsung.  Tokguru hanya dijadikan rubber stamp, cop sahaja tanpa memaklumkan  kepadanya. Apakah kerja seperti ini betul mengikut keadan Islam?

Unsur kronisme di dalam hal ini sangat jelas sehinggakan ia tidak boleh  ditutup lagi. Unsur kronisme ini menyebabkan PAS menjadi seperti  syarikat anak beranak – syarikat sendirian berhad dan bukan syarikat  berhad. Maka itu pemilihan calon dibuat di kalangan anak beranak, waris  warah dan ipar duai, biras dan besan sahaja.

Sesiapa yang berseorang diri, hatta bekerja kuat didalam parti dan  mendapat sokongan dari peringkat kawasan, cawangan akan ditinggal begitu saja bagaikan tunggul kayu kalau ia tidak ada hubungan diplomatik  dengan individu yang memilih calon. Kuatlah ‘setara mana’ mereka tidak  akan dipilih dan dia ajak berjemak berkira.

Ini satu budaya dan perangai di dalam PAS. Penyakit atau perangai di  zaman Mohd Asri Muda (Allahyarham) nampaknya menjadi turutan dan ikutan. Budaya memilih calon di kalangan kawan-kawan, anak beranak sendiri mula dipraktikan secara jujur di dalam pemilihan kali ini. Apakah dengan  berlakunya keadaan maka ia membungakan kekalahan untuk PAS?

Sebenarnya bagi ahli PAS mereka  tidak ada masalah kalau ‘waris warah’  yang akan mewarisi takhta itu asalkan berkelayakan dan dilakukan secara  adil. Tetapi pemberian peluang menjadi calon itu biarlah adil, tidak  pilih kasih atau pun membelakang prosedur biasa. Keharmonian di dalam  PAS selama ini ialah kerana tidak ada unsur jahat dan khianat. Ketelusan dan keikhlasan itulah menjadi teras dan spritual kepada PAS.

PAS parti Islam sewajarnya menegakkan prinsip keadilan dan kesamarataan. Sisi inilah yang membezakan PAS dengan Umno. Dalam pemilihan calon dan  apa-apa juga aspek keadaan atau pendekatan secara Islam biarlah jujur  dan bersih sesuai dengan pengakuan dan syahadat kita terhadap perjuangan yang berpaksikan kepada perinsip Islam.

Perkara ini disebut kerana perkara ini jelas. Ada calon-calon yang  dipilih tidak pun berada dalam barisan nama yang dicadangkan oleh PAS  cawangan, kawasan seperti mana ditetapkan dan menjadi amalan biasa. Tetapi kerana mereka adalah kroni kepada orang tertentu, tepatnya kepada ahli Dewan Harian PAS yang terdiri dari Pesuruhjaya, Timbalan  Persuruhjaya I dan II, Setiausaha Badan Perhubungan maka dia diambil dan dinilai.

Waris dan sahabat handai, ipar duai, biras mereka dibasuh dan dimake-up  sebaik mungkin. Dipersembakan kepada Tokguru Nik Aziz sebagai barang  persembahan yang indah. Puak-puak inilah penipu Tokguru sebenarnya bukan Umno Barisan Nasional. Merekalah yang menjadi ulat yang memakan PAS  dari dalam dengan bersela lendik dan berkopiah putih.

Saya akan senaraikan macam mana calon-calon yang dipilih kali ini ada  hubungan relatif dengan individu-indivdu yang disebut di atas tadi. Ada  orang yang menjadi pemegang ‘jabel’ pitis kepada ahli Dewan Harian  dipilih menjadi calon, bukan kerana orang itu berwibawa, tetapi kerana  hanya menjadi pemegang jabel duit. Al maklumlah saat pilihan raya ia  memerlukan duit banyak. Menjadi proxy dalam pemberian kawasan balak,  getah klun dan biji besi. Perlu ditegaskan anggota Dewan Harian Dr Mohd  Fadzli Hassan iaini Ketua Penerangan tidak diajak berunding langsung  dalam soal pemilihan calon ini. Kenapa?

Betulkah cara ini? Memang pemimpin PAS senantiasa memberi ingatan dan  pesan, di dalam PAS jawatan tidak boleh diminta. Jawatan bukan matlamat. Tetapi soalnya apakah prinsip itu diguna pakai dengan seadil-adilnya  dan menyeluruh? Apakah ia terkena kepada mereka di bawah yang tidak ada god father atau taukeh, manakala yang mereka ada taukeh akan berlaku? Mereka yang  rapat dan pernah makan di restoran-restoran lima bintang dengan anggota  Dewan Harian diutamakan. Mereka yang melancung ke Marocco, Mesir bersama akan diambil menjadi calon?

Tidak perlu saya menyebut nama-nama bakal calon yang akan diumumkan  malam ini yang tidak layak dan sepatutnya diambil menjadi calon kerana  beberapa kelemahan. Saya akan bercerita selepas ini macam mana orang  tidak dikenali dan diterima oleh kawasan tetapi diambil menjadi calon  kerana hanya orang itu pernah berjumpa dengan individu tertentu dan  menolong individu tertentu dalam sesuatu urusan kependidikan. Kerana itu saja maka dia diambil menjadi calon. Ditinggalkan nama-nama lain yang  selama ini berkorban dengan parti atas alasan kerana ia kroni Yang  diPertua Kawasan. Anihnya kenapa kalau orang tidak boleh tetapi kita  dibolehkan. Inilah jenis munafik.

Perkara ini selalu terjadi. Suka saya merujuk kepada apa yang berlaku di Tendong dalam pilihan raya umum ke-12 lalu. Hamid Abdul Aziz yang  dilantik menjadi penyelia, bekerja keras untuk parti, siang dan malam  akhirnya dinafikan begitu sahaja. Arwah Muhamad Daud diambil menjadi  calon, kerana apa, kerana dia ada pertalian darah merah dan darah hijau  dengan salah seorang ahli Dewan Harian yang juga merupakan Timbalan  Pesuruhjaya PAS. Untuk menghalakan tindakan itu Hamid dicalit dengan  sedikit kotoran. Peliknya calon yang kini menjadi wakil rakyat, jelas  ‘mengekok’ dengan betina diambil menjadi calon? Di manakah keadilan?

Tidak mengapa kita sama-sama dengar pengumuman calon malam ini. Kita  tengok dan nilai nama-nama yang diumumkan nanti apakah mereka adalah  nama menjadi pilihan rakyat ataupun kerana mereka ada hubungan sulit  dengan anggota Dewan Harian. Kalau sebahagian besar nama-nama yang  diumum itu adalah kronis PAS akan menghadapi masalah.

Saya memberi isyarat lampu merah, sekiranya tidak berubah selepas ini  saya akan menghurai satu persatu. Biarlah kita semua tahu dan tidak  ditutup dengan perkataan “InsyaAllah…” Biarlah kita bermain dalam  cerah kali ini dan tidak berlindung disebalik gelap. Tidak ada guna  kemenangan kalau kemenangan itu bukan atas prinsip keadilan dan  kebenaran.

Sepatah kata azimat Tokguru kepada saya; ana akan dikatakan zalim kalau  tidak bertindak ke atas kemungkaran berfakta, dan ana akan dikatakan  tidak adil kalau bertindak tanpa ada bukti. Atas prinsip itulah kita  mahu soal pemilihan calon ini dilakukan demi kemenangan PAS. Amaran juga saya berikan kepada Zulkefli Mamat, beliau harus menggugurkan namanya  dari senarai calon di Pulai Chondong. Pengguguran itu nanti membuktikan  dia ikhlas dan jujur dan apa yang ada dihatinya sama seperti tergambar  di dahinya yang bertanda hitam dan lekok kerana kuat sujud.

Kedudukan orang Melayu, bahasa kebangsaan, agama Islam dan Raja-raja  Melayu akan terus kekal kukuh kerana perlembagaan telah memahat mati  semua peruntukan yang berkenaan.

Jika Pakatan perolehi majoriti dua pertiga sebanyak 148 kerusi sekalipun, ia hanya di Dewan Rakyat.

Tetapi Dewan Negara majoritinya masih senator lantikan Umno-BN yang dengan  sendirinya tidak membolehkan sebarang pindaan Perlembagaan kerana syarat majoriti dua pertiga itu di kedua-dua Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Ia juga memerlukan perkenan Majlis Raja-Raja berdasarkan peruntukan perlembagaan itu.

Sebab itu, tidak timbul soal Pakatan meminda atau memansuh  peruntukan-peruntukan berkenaan bahkan Pakatan bakal mengukuhkannya  lagi.

Ana bukanlah pakar undang-undang, tapi rasanya betul lah apa yang Aziz Bari cakap ni. Soalannya, boleh ke kita guna modal Aziz Bari ni untuk dapat undi?

Atau Aziz Bari nak guna alasan ni sebab nak menang undi Cina di pekan Sabak Bernam?

Pada ana, Pas tak perlu pakailah isu pinda-pinda perlembagaan ni. Wak kat kampung tu tak faham pun pasal perlembagan.

Kita cerita pasal duit bantuan, subsidi baja, bantuan sekolah, bantuan buku lebih baik. Tak payah pakai benda-benda tinggi macam ini. Buat senak perut.

the last mohicanAna secara kebetulan tertengok TV3 malam tadi. Tak sengaja. Sewaktu makan malam bersama keluarga di AU5D. Makan soto.

Tiba-tiba terkeluar muka Rais Yatim. Najib berani buang Rais. Orang lama. Ana kalau Najib berani buang Tengku Razaleigh, ana lagi hormat. Rais Yatim ni kira macam The Last Mohican lah. Dah berapa zaman, muka dia ada lagi. Sejak zaman Semangat 46. Kerja lain tak ada, asyik bawa kamera ke mana-mana.

Ana nak kita sama-sama tengok bagaimana musuh kita membuat susunan pencalonan. Yang lama, mempunyai skandal dan sebagainya digugurkan dengan serta merta. Pada ana, kita pun kena sama-sama amal benda yang sama.

Ini tidak, ana tahu sangat ada bakal YB yang memang tak pernah jaga rakyat, tak pernah jaga kita orang Pas pun, diberikan peluang bertanding lagi. Ini semua merosakkan peluang kita. Di Kelantan, benda ini menjadi-jadi. Nama sudah tiada, pergi rumah Tok Guru, menangis-nangis. Lepas tu dapat bertanding semula. Sebab apa? Bukan sebab rakyat sayang. Tapi sebab Tok Guru kasihan dan simpati.

Sampai bila kita nak jadi macam ini. Bila diberikan amanah, kita lupa dan tak buat kerja. Bila tak dapat, merayu macam-macam. Sudahnya kita dapat bertanding lagi.

Allah s.w.t berfirman:“Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.” (Al Mukminuun : 8).

Allah s.w.t berfirman:“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu  mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu  mengkhianati amanat amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu  mengetahui. (Al Anfaal : 27)

Allah s.w.t berfirman:“Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab  amanah (kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk  memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat  menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk  memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada  padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesunguhnya tabiat kebaikan  manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat  perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan  (Al Ahzab : 72)

Ana harap semua bakal YB kita faham bab amanah ini. Jangan suka sangat nak jadi YB. Tapi pula amanah dan tanggungjawab.

2013-04-10 08.29.58 2013-04-10 08.35.11 2013-04-10 08.35.55 2013-04-10 08.36.59 2013-04-10 08.37.01 2013-04-10 08.38.31 2013-04-10 08.38.48Ana malas nak ulas banyak. Harap kita ambil iktibar dan tengok apa yang berlaku di akar umbi kita di Kedah.

Sampai bila kita nak jadi macam ini. Protes sini. Protes sana. Macam sudah tidak ada arah. Betul kita ada kelemahan, tapi jangan sampai nak buka pekung sendiri. Bodoh namanya.
Kalaupun tak puas hati, guna jalan yang lebih baik dan sopan. Suarakan melalui saluran parti. Bukan main belasah ikut suka hati.
Ana minta kita istighfar dan tidak melampau.

pasKELANTAN, PASIR PUTEH, SELISING

KITA BERPECAH DI SELISING

Kumpulan pecahan PAS yang kecewa dengan Pengumuman calon DUN Selising akan mengadakan pengisytiharan sebagai calon bebas pada 12 April 2013 dekat perumahan Bukit Bidang, Selising.

 

 

 

KEDAH,BALING

KITA BERPECAH DI BALING, KEDAH

1.     Ahli-ahli menaikkan bendera PAS berwarna hitam sebagai tanda protes.

2.     Protes ini adalah dari  kumpulan Taib Azamuddin.

3. Kumpulan Cikgu Johari ADUN Kupang juga tidak senang dengan pencalonan Najmi yang beliau idamkan.

4.   PAS berpecah pada 3 kem; Taib, Johari dan Najmi.

Berapa banyak lagi kes macam ini. Belum masuk kes kita berlawan dengan DAP dan PKR lagi. Ini kita sama kita pun sudah berentap.

Ana cakap terus terang sahaja. Malas nak simpan-simpan. Kalau ini terus berlaku, jawabnya makin jauh lah cita-cita Putrajaya kita ni.

Lagi satu, tak payah lah beri muka sangat kepada bekas-bekas Jeneral ini. Setakat Jeneral pandai baca doa, ramai lagi orang kita boleh baca doa.

Laman Berikutnya »