Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama-sama dengan  bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib akan berada di Perlis pada 29 April dalam rangka lawatan sempena Pilihan Raya Umum  ke-13 (PRU13).

Abdul Hadi dijangka tiba di Perlis pada jam 12.00  tengahari di Simpang Tiga Guar Sanji dekat Arau dalam program kenduri  rakyat. Ini diikuti program minum petang bertempat di Pusat Tarbiah  Islamiyah Kayang (Putik) di Dun Kayang pada jam 5.00 petang.

Beliau kemudiannya akan bersama-sama dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam program ramah mesra bersama pengundi kaum Cina di bandar Kangar  (berhampiran panggung lama Sri Mahkota).

Seterusnya, Tuan Guru  akan menunaikan solat maghrib di Masjid Guar Syed Alwi sebelum  menyampiakan ceramah di Kampung Jawi Seratus di Dun Sanglang pada jam  9.00 malam dan diikuti ceramah di Markas PAS Paya di Dun Santan pada jam 11.00 malam.

Manakala Muhammad pula akan tiba di Perlis untuk  program minum petang di Dataran Purnama, Beseri pada jam 5.00 petang.  Kemudiannya beliau akan berceramah di Markas PAS Paya pada jam 9.00  malam sebelum berceramah di Kampung Jawi Seratus.

Pada 30 April,  Presiden PAS akan menyampaikan kuliah subuh di Maahad Tahfiz Imam  An-Nawawi (Matin) di Abi Padang Machang sebelum mengakhiri progam di  Perlis dengan sarapan pagi bersama rakyat di Seberang Ramai, Kuala  Perlis.

Sementara itu, Muhammad pula akan berada bersama rakyat di pasar sehari di Pekan Simpang Empat.

– Ana ucap tahniah kepada siapa yang mambu bawa masuk Mat Taib ke dalam Pas. Tapi ana minta sangat, supaya pemimpin kita tidak layan Mat Taib macam anak raja yang terlalu suci dan bersih.
– Ana nak maklumkan, bahawa di kalangan orang kita masih benci kepada TAIK UMNO seperti Mat Taib ini. Jangan dilupa, dia jugalah MB Selangor yang pernah kata kita pecacai Cina sewaktu dia MB di Selangor dulu. Mungkin pemimpin Pas boleh kata OK, tapi wak-wak penyokong kita di Selangor tak boleh lupa Mat Taib. Memang kasar dia hina Pas dulu.
– Menurut seorang teman di Selangor, Mat Taib tak mampu nak bawa sokongan kepada Pas pun. Lepas dia umum masuk Pas, berapa ribu orang UMNO masuk parti kita? Tak ada pun.
– Bawa Mat Taib ke hulu hilir ini adalah strategi yang membuang masa.

Advertisements