Februari 2012


Ana sempatlah duduk berborak dengan beberapa kumpulan orang UMNO yang datang juga memerhati Himpunan Hijau dari jauh. Mereka kata, dalam hati mereka pun tak berapa suka dengan Lynas, tapi sebab parti politik dan pendirian pemimpin Negeri – mereka terpaksa follow juga. Nak buat macamana. Itulah budaya dalam UMNO. Ikut cakap dan tunduk sahaja. Jangan melawan.

Kata mereka, umur politik Adnan Yaakob @ Long Nan @ Nan Gangsta sudah semakin suntuk. Long Nan katanya tidak mempunyai kredibiliti dan kewibawaan. Long Nan tak cukup bijak untuk jadi MB Pahang. Kadang-kadang orang UMNO sendiri pun tak suka dengan dia cakap. Merapu. Tak ada nilai akademik langsung. Ikut suka cakap. Kalau mencarut dia memang pandai. Putrajaya katanya kecewa dengan MB yang tak ada brain (ini ikut ayat orang UMNO; bukan ayat ana).

Ana duduk dan dengar sahaja. Kalau setakat Parlimen Kuantan dan beberapa DUN kawasan ini, mereka dah menyerah kalah dah. Tak ada calon yang wibawa. Tak ada orang yang boleh ditonjolkan. Fokus orang UMNO Pahang, kata kumpulan UMNO Kuantan ini adalah ‘ganti Long Nan’. Insya’Allah kata mereka, UMNO boleh kekal menang dan jadi kerajaan di Pahang. Takkan Negeri PM kalah kot. Buruk benor nampaknya.

Ana saja bertanya, siapa yang boleh ganti Long Nan ini?

Orang UMNO sendiri sebut beberapa nama, ana pun tak kenal sangat dengan nama-nama YB UMNO ini. Antara yang disebutkan dan mampu menjadi MB yang lebih baik daripada Long Nan, kata orang UMNO ini:-

– YB Sharkar (ana tak tahu YB mana – tapi YB lah);
– YB Saifuddin Abdullah (Ahli Parlimen Temerloh);
– YB Safri (orang Rompin katanya);

Semua orang muda dan berkelayakan kata mereka.

Ana nak minta sangat kalangan ahli kita di Pahang mula fokus dan cari kelemahan nama-nama yang ana tulis ini. Bukan apa. Kita buat homework awal. Senang nak bertempur nanti. Long Nan ini, pada ana, dah tinggal sisa-sisa kehidupan politik sahaja. Tak penting kita nak layan.

Kejayaan Himpunan Hijau hari tu satu lagi contoh, Long Nan sudah hilang kuku. Tak ada kemampuan. Tak ada wibawa.

Kalau ikut cakap mereka, YB Saifuddin adalah pilihan yang baik. Bijak. Kena dengan politik baru. Kalau Saifuddin, jenuh juga kita nak berlawan dengan MB yang ada brain macam ini.

Yang penting kita kena bersedia. PAS Pahang boleh cemerlang kalau bersatu dan cekap menggunakan isu.

PENJELASAN PENUH USTAZ BADROLAMIN

Ahad February 26, 2012

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

=======

Ini Ustaz PKR. Tak ada kena mengena dengan PAS. Memang banyak beza antara Ustaz kita dengan Ustaz PKR. Jauh beza. Macam langit dengan bumi. Ana tahu, ramai yang kata macamana dengan Mat Sabu? Minta maaflah, Abang Mat dilepaskan oleh mahkamah. Nyata tak bersalah. Kes Ustaz Badrul Amin ini kes kantoi lah ni. Nak up bini orang, hah…ambik obat.

Kalau ana jadi laki pompuan tu pun ana singgahkan barang sepenumbuk dua di muka Ustaz Jawa ni. Mangkuk. Pukul 2 pagi pun boleh bawa masuk bini orang dalam bilik. Ini sudah kes teruk.

Oleh itu, Islam bukan hanya mengharamkan zina, malah mengharamkan perkara yang mendekatkan diri kepada zina dengan ungkapan ‘jangan mendekati zina’ dan ‘jangan mendekati yang keji’. Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri zina, kerana ia suatu pekerjaan yang sangat keji dan jalan yang amat jahat”. (Surah al-Israa’, ayat 32).

Selain itu, ada kaedah fikq yang berbunyi Saddu al-Zarai’ (menutup jalan kerosakan), bermakna melarang bahan bacaan atau VCD lucah untuk mencegah berlaku kes jenayah seksual. Jadi, prinsip ini ialah langkah pencegahan Islam daripada berlakunya perkara haram. Menurut prinsip ini juga sesuatu yang harus (mubah) boleh menjadi haram dan dilarang jika membawa kerosakan.

Menurut O K Rahmat (1988), kaedah Saddu al-Zarai’ banyak dipakai dalam Mazhab Maliki dan Hanbali. Ia berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud : “Adakah tidak, jagaan Allah itu ialah menderhakainya; sesiapa yang beredar di sekitar jagaan, dikhuatiri akan terjatuh ke dalamnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ustaz PKR tak pakai kaedah Saddu al-Zarai’…dia main rembat semua. Penyakit.

Perhimpunan aman Himpunan Hijau 2.0 yang dirancang akan diadakan pada 26 Februari ini tetap akan diteruskan pada hari yang sama, Ahad, di Kuantan, Pahang, mulai jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari, tanpa mengira permainan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sekiranya perhimpunan itu tidak dapat diadakan di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) berhadapan Masjid Sultan Ahmad Shah seperti yang dirancang, ia akan diadakan di sekeliling medan MPK.

Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0, Tack Wong berkata, pihaknya bersama lain-lain NGO yang terbabit dalam penentangan pembangunan loji Lynas di Gebeng, Kuantan, tidak akan berundur dari mengadakan perhimpunan itu walaupun ditentang dengan pelbagai cara oleh pelbagai pihak.

Menurutnya, perhimpunan tersebut tidak boleh dihalang untuk diadakan kerana ia adalah kehendak rakyat bagi menyatakan pandangan mereka mengenai pembangunan projek Lynas.

Katanya, pihaknya amat kesal dan terkejut dengan tindakan MPK kerana telah menolak permohonannya untuk mengadakan perhimpunan itu menerusi sepucuk surat pada 20 Februari lalu.

“Surat MPK itu tidak memberi apa-apa sebab-sebab tertentu bagi penolakan itu kecuali hanyalah untuk memeningkan kepala kami, dengan meminta AJK Himpunan Hijau 2.0 mendapatkan surat sokongan/permit dari PDRM terlebih dahulu sebelum permohonan kami itu dipertimbangkan,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Apalah sangat nak ditakutkan MPK tu. Tak perlu. Kita langgar sahaja. Banyak mulut pulak mereka nak control kita nak berhimpun. Suka hati kitalah. Waktu mereka baling mercun, batu, kayu dan telur busuk kepada Sheikh Anwar kita, boleh pulak. Apa punya undang-undang.

Ana bukan orang kawasan loji Lynas. Tapi pada ana, kita bagi semak aje pemikiran orang kawasan sana. Pada ana, menang PKR menang dah kawasan ni. Confirm menang. Kita cuma nak meriahkan lagi suasana. Jom reramai.

Abang Mat diterima baik, disambut bagai seorang MB di Manek Urai. Ana seronok sangat. Rupanya ada lagi pemimpin PAS di peringkat nasional yang mampu menarik perhatian pengundi di Kelantan. Almaklum, kedatangan seorang pemimpin PAS Pusat ke Manek Urai baru-baru ini gagal. Tak ramai orang. Orang dah tak berapa nak sambut pemimpin kita sendiri. Payah kalau macam ini.

Peristiwa cemas penduduk di Dun Manek Urai pada Julai 2009, diserang umpan kebendaan kini semakin dilupakan.

Sebaliknya hari ini mereka bangkit mengumpulkan semula kekuatan lama, ketika PAS hanya tinggal dua kerusi Dun pada pilihan raya umum 1978 di Kelantan.

Ketika itu PAS hanya bertahan di Dun Manek Urai dan Sering (Panchor).

Longgokan duit dikatakan diangkut menggunakan helikopter ditabur menjelang hari pengundian pada 14 Julai 2009, menambah semangat penduduk bagi mempertahankan PAS.

Semangat lama dibangkit kembali apabila ramai penduduk memenuhi program Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di padang Majlis Daerah Dabong di Manek Urai Lama petang semalam.

Semangat berkobar-kobar turut dipamerkan anak muda apabila seramai 100 belia menyambut dan mengiringi kedatangan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ke program berkenaan.

Abang Mat masih lagi seorang pemimpin yang disayangi oleh rakyat, terutamanya di Kelantan. Ana nak ingatkan PAS Kelantan, jangan nak ambil mudah dengan Tok Pa yang kerja keras di Kelantan. Bersungguh dia. Kita pun tengok jadi penat. Maklumlah, dia banyak duit rakyat yang boleh pakai. Kita kurang.

Sekarang ini, slogan mereka adalah TUKAR. Kononnya TG Nik Aziz dah tua. Dah nyanyuk. Ramai juga orang muda PAS yang mula rasa benda sama. Ini perlu buat kita fikir elok-elok. Jangan emosi. Apakah cara mereka serang TG ini akan berhasil. Kalau ikut tahun-tahun dulu, kalau serang sangat TG – akan backfire. Kita tengok lah nanti.

Tapi, melihat Abang Mat diterima baik di Manek Urai. Insya’Allah, kita kekal jadi kerajaan.

Cuma kita kena hati-hatilah. Sekarang mereka serang Kelantan sebagai negeri miskin. Hina sangat nampaknya kita.

Dalam politik mesti ada kebijaksanaan. Jangan nak main hentam sahaja. Salah sikit hentam. Kalau orang tipu dan salahguna statement pun kita kena jawab. Apa punya politik lah ni. Kadang-kadang ana simpati dengan Sheikh Anwar ni. Macam-macam dugaan yang dia kena tempuh. Bukan calang-calang orang yang kena berdepan dengan dugaan begini. Memang tahap khalifah sungguh. Kena hina. Kena telanjang. Kena bogel. Kena ukur. Kena libas. Kena kait dengan Israel. Ini semua majal yang Sheikh Anwar kena depani. Ana simpati.

Hari ini, kita harap pertemuan dengan TG Nik Aziz akan leraikan semua keadaan. Anwar kena buktikan dia tidak cakap begitu. Politik Israel ini memang pelik sedikit. Kalau dah memang Israel dan Palestin lebih kurang setuju dengan sistem dua Negara; yang kita nak menggelabah dengan statament Pak Sheikh tu pasai apa. Relaks lah.

Dalam pada kita sibuk dengan isu Israel – TG Haji Hadi lebih bijak dan strategik.

TG Haji Hadi semalam terangkan mengenai konsep Negara Berkebajikan ala-PAS. Bukan macam ala-UMNO. Banyak benda dasar yang TG Haji Hadi terangkan.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/8234-negara-berkebajikan-pas-berbeza-dengan-negara-kebajikan-umno

Kaum A’d, Thamud dan Firaun merupakan contoh kerajaan-kerajaan paling maju di zamannya, tetapi dibejati kezaliman dan maksiat, pembangunan bersama maksiat dan zalim sehinggalah akhirnya semuanya dimusnahkan. Walaupun maju dan bertamadun dari segi kebendaannya. Allah meninggalkan kesan kebendaan yang dapat dilawati sehingga hari ini. Kemusnahannya kerana kemusnahan insan disebabkan musnahkan iman, amal dan akhlak. Walaupun banyak kebajikan bersifat kebendaan untuk rakyat, sehingga rakyat menjadi bodoh dengan kesenangan, temasuk yang berpelajaran tinggi pun menjadi bodoh dan manusiawinya dimusnahkan, maka keberkatan akan hilang keran hilangnya iman, akhlak dan amal soleh.

Ada juga kalangan mereka yang menyatakan PAS sudah menyeleweng daripada dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan. Jawapannya, PAS tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam. Peranan Majlis Syura Ulama yang mampu merujuk setiap langkah dan keputusan  daripada Al Quran dan Sunnah. Setiap calon PAS yang bertanding dalam pilihanraya diwajibkan berbaiah yang lebih besar dan berat daripada bersumpah, supaya tidak menyeleweng daripada dasar Islam, cara dan matlamatnya. Maka celaka dunia dan akhirat sesiapa yang melanggar baiahnya.

Sekarang UMNO kena faham dengan apa dia konsep Negara Berkebajikan ala-PAS. Jangan jadi macam orang tak tentu hala. Baca dulu.

Setiap calon PAS kena bai’ah mengenai laksana Islam. Calon UMNO? Calon UMNO hanya bai’ah nak cari duit, bini baru (artis), kereta besar, rumah mewah, berpoya-poya dan menurut cakap pemimpin sahaja. Bai’ah calon PAS berbeza. Kita letak ISLAM!!!

Dalam pada kita nak settle isu Israel – semua ahli kena baca tulisan TG Haji Hadi ni.

Dewan Pemuda PAS (DPP) Melaka telah menjayakan program Jelajah Orang Muda dengan jayanya dengan tema Orang Muda Jom Ubah di Dun Merlimau, kelmarin.

Ketua penerangannya, Muhamad Aizat Bahrudin berkata, program itu merupakan program yang dirancang oleh DPP Malaysia dan digerakkan oleh Dewan Pemuda PAS negeri sebagai mesej khusus kepada golongan muda yang menjadi agen perubahan kepada lanskap politik Melaka.

Program yang di rasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi itu turut dihadiri beberapa pimpinan Pemuda Pusat seperti Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Pengarah Pilihanraya, Sany Hamzan dan beberapa AJK.

“Program ini dilaksanakan sepanjang hari sehingga malam dimulai dengan kuliah subuh sehingga ke konsert anak muda pada sebelah malamnya.

“Pelbagai aktiviti yang di laksanakan seperti program sukan bersama anak muda, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, program berbentuk kebajikan seperti ziarah kebajikan ke rumah orang miskin dan ziarah medik,” katanya.

Selain itu, ujarnya program mendekati masyarakat seperti ‘Sarapan Rakyat’, aktiviti membaiki rumah, dan program penerangan seperti program ‘Hit & Run’ dan edaran risalah turut dilakukan di sekitar bandar Merlimau.

==========================

Ana mesti puji dan sanjung kesungguhan PAS Melaka yang menggunakan slogan sama seperti di PRN Sarawak – JOM UBAH di Melaka. Mana yang baik kita patut ikut dan laksana di kawasan kita. Jom Ubah berjaya mencemaskan Taib Mahmud (menggelabah) sampai takut nak balik ke Kuching waktu Pilihanraya. Berkampung di Sibu dan Miri. Takut nak masuk kawasan sendiri.

Pada ana, DAP memang bijak mencari slogan dan kaedah yang menarik perhatian rakyat. Tak salah PAS terus belajar dan gunakan apa yang DAP buat; demi untuk mengalahkan REJIM ZALIM ALI RUSTUM di Melaka. Ini sebuah pemerintahan yang korup dan memang tidak menunjukkan kemajuan. ALI RUSTUM memang seorang yang korup dan terkenal dengan idea-idea yang tak masuk akal.

Orang Melaka…sudah-sudahlah memberi undi kepada Ali, Wira Abu Seman. Sudah-sudahlah. Berapa lama hidup nak jadi taik rasuah. Berapa lama hidup nak duduk di bawah pemerintahan kononnya waris Alexander Zulkarnain. Mabuk punya KM.

PAS Melaka memang ambil jalan yang tepat. Jom Ubah sudah terbukti berjaya di Sarawak. Kita kena usaha lebih. Gerak kerjasama dengan DAP Melaka. Dapatkan undi orang Cina seluruhnya. MCA Melaka dah jahanam. Gerakan dah masuk kubur. Tinggal UMNO sahaja yang pertahan.

Alahai….kadang-kadang ana jadi sedih tengok kalangan mufti yang ada dalam Negara kita ni. Sedih sebab kesungguhan menegakkan Islam itu tak berapa nampak. Mula-mula kata orang itu menghina agama dan melanggar akidah. Jumpa semula, dah cakap lain. Kata wartawan yang putar alam. Kalau MUFTI pun dah boleh korner baring dalam buat keputusan. Apa harapan kita lagi dengan Islam dan martabatnya?

Peranan MUFTI mesti jelas. Bagi nasihat tanpa rasa takut. Kalau kata akidah terjejas. Kena maintain cakap macam itu. Jangan korner. Barulah orang Islam dan bukan Islam ada respek dengan MUFTI. Ini tidak. 15hb Feb cakap lain. 16hb Feb cakap lain. 17hb Feb mula diam seribu bahasa dan buat muka tak tahu malu. Letihhhhhhhh.

Ana akui ilmu agama ana terhad. Tapi ini tidak bermakna kita tak boleh rasa kecewa dengan prestasi MUFTI yang macam lari tak habis. Semua fikir poket wal fulus wal elaun wal gaji wal rumah wal bini. Penat ini macam.

Sebab itu ana rasa, PAS kena cadang dalam Buku Jingga – kita akan mantapkan institusi MUFTI kalau kita memerintah. Jangan MUFTI jadi macam Maharaja Lawak. Kejap buat lawak ini. Kejap buat lawak itu. Sudahnya, orang gelakkan MUFTI.

Minta maaf cakap, daripada MUFTI yang ada, berapa ramai yang boleh ada kemampuan kumpul ribuan orang dan dihormati. Berapa? Ana rasa, tak ada mufti yang mampu lawan Ustaz Azhar Idrus pun. Jauh sekali.

Habis tu, elaun MUFTI yang puluhan ribu untuk apa? Untuk tutup mulut dan buat lawak sahaja? Sedih la kalau macam itu. Jauh lagi nampaknya Islam kita ni.

PAS kena bebaskan institusi MUFTI ini seluruhnya. Jangan kekang. Jangan ugut tarik elaun. Jangan ugut tarik kereta. Susah mereka nak berperanan.

Bila MUFTI Korner Baring….Umat Pun Pening….

Laman Berikutnya »