Disember 2012


Ngeh_Koo_Ham1Ana sedih dengan banyaknya email yang ana dapat mengenai isu BALAK di Kelantan ini. Banyak sungguh. Tak kuasa ana nak baca. Ratusan. Kesemuanya menggelarkan pemimpin kita di Kelantan sebagai mereka yang khianat. Pada mereka, bukan soal jumlah balak. Soalnya, kenapa beri kepada DAP? Pada mereka, tak sepatutnya DAP diberikan muka sampai begitu. Nizar layak jadi MB atas kekuatan dirinya, bukan sebab kena KOW TIM dengan Cina komunis DAP. Banyak email, khususnya dari Perak memberikan bayangan kepada ana bahawa Ngeh dan Nga Kor Ming adalah musuh PAS nombor wahid di Perak. Kata mereka, dalam siri ceramah PAS di kampung-kampung, nama Ngeh Koo Ham dan Ngar Kor ming ini macam VIRUS. Buat orang menyampah. Ana minta lah Kerajaan Negeri Kelantan tengok semula kes ini. Kalau boleh tarik balik, tarik balik anugerah yang diberikan kepada mangkuk hayun DAP ini. Jangan lupa, kita perlu tampilkan kita sebagai kerajaan yang bersih menjelang pilihanraya ini. Tarik balik. Buat apa tunggu. Beri alasan audit dan sebagainya. Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri itu, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan. ADUN Sitiawan dan Ahli Parlimen Beruas itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur. “Kami adalah sebahagian daripada pelabur dan semua transaksi adalah diketahui’. Itu bukan soalnya. Soalnya, Kerajaan Kelantan KENA BERI MUKA sebab mereka berdua EXCO di Perak. Itu sahaja. Tak molek kepada Pakatan Rakyat.

Advertisements

Malay MailAna nak ucap terima kasih kepada The Malay Mail, yang sudi untuk mengeluarkan siri wawancara dengan TG Haji Hadi. Pada ana, Malay Mail antara akhbar yang ada TELOQ untuk interview pemimpin pembangkang. Tak perlu takut dan risau dengan apa sahaja tanggapan. Pembaca bukannya bodoh. Biar mereka sendiri buat nilaian siapa yang lebih baik dalam wawancara tersebut.

Pada ana, walaupun Malay Mail milik sahabat baik Perdana Menteri, tetapi ianya akhbar yang lebih berani. Tak macam akhbar lain. Yang hanya jadi tali barut dan kaki kencing parti. The Malay Mail, terutamanya Zakiah Koya, memang berani. Ana tabik.

Tuan Guru bercakap tentang beberapa perkara. Ana akan ringkaskan untuk tatapan semua:-

ISU POLIS MORAL

Soalannya berkait dengan banyak tindakan kita untuk menjaga moral dan sivik rakyat. Pada ana, OK jugalah soalan ni. Soalan yang jujur.

Jawapan TG HH: ISLAM mewajibkan kita menjauhi dosa. PAS kuat selama ini kerana ahli parti menjaga moral kita.

NASHA. HASSAN ALI

Malay Mail menganggap mereka sebagai puak ‘rebels’ di dalam parti.

Jawapan TG HH: Hanya perbezaan pendapat. Perkara biasa. PAS kekal selama ini kerana kita terbuka dengan perkara ini/

ISU DAP

Jawapan TG HH: PAS tak ada masalah dengan DAP. Media BN yang jahat.

CALON WANITA

TG HH: PAS akan tampil lebih ramai calon wanita. PAS sudah ada senator wanita.

ARAB SPRING

TG HH: Malaysia tidak akan mengalami ARAB SPRING. Sebab kerajaan menjaga rakyat dengan lebih baik. Takkan ada ARAB SPRING di Malaysia.

Lain-lain, boleh beli dan baca sendiri dalam Malay Mail ya. Bukan senang Tuan Guru kita nak masuk akhbar perdana. Pergi beli ya.

Nampaknya, kita kena puji Gomen kerana bijak untuk mengambil peluang memberikan  orang Kristian ruang lebih besar untuk mengerjakan tuntutan agama  mereka. Dah lama gereja mintak pelepasan dan kemudahan untuk ke  Jerusalem. Kita dah dimaklumkan oleh orang gereja, Dah lama. Mereka  sampaikan kepada kita. Tapi atas nama PAS for ALL, kita gagal beri  respons. Kita senyap dan tak perjuangkan. Sudahnya bila gomen umumkan.  Kita nganga.
Kita orang PAS kena faham, agama lain pun menganggap Jerusalem  sebagai tempat yang istimewa dan perlu dikunjungi untuk mengukuh iman  terhadap agama mereka. Sementara kita sibuk nak cari undi di gereja,  patutnya kita perjuangkan nasib mereka.
Kita kena faham serba sedikit kenapa orang Kristian nak sangat ke  Jerusalem. Ini sebagai pengetahuan kita lah. Supaya kita tak rasa sangsi bahawa mereka juga layak diberikan hak untuk ke sana. Antara yang ana  dapat tahu:-

  • Jerusalem was the Jewish religious capital for 1000 years before Christ, since the time of King David, and its religious significance goes back  to the time of Abraham, 1000 years before that. This is where Abraham  met Melchizedek, the King of Salem, a mysterious figure to whom he gave  tribute, and where he was instructed to sacrifice his son Isaac, who was spared at the last moment.
  • It was the place to which David brought the ancient Ark of the Covenant, containing the most important holy objects given by God to Moses, and  where Solomon built the Jewish Temple, with the Ark in its most sacred  spot. The temple was rebuilt by Nehemiah after the exile in Babylon, and in the time of Jesus was the focus of all Jewish religious life, to  which Jews from all over the homeland and the diaspora abroad came  several times a year to celebrate the great Jewish festivals.
  • Much of the gospel accounts, especially that of John, is set during the  times Jesus visited Jerusalem; first as an infant to be presented at the Temple by his parents to offer the prescribed sacrifice, and later for  the festivals, beginning when he was 12, staying behind to debate with  the religious leaders and going missing from his parents, and finally  during the week leading up to his crucifixion. Here, during the feast of the Passover (Peshach) he was betrayed, tried, crucified, buried, rose  from the dead, appeared to his disciples, and ascended to Heaven. Here  too the first disciples prayed and fasted in an upper room until the  Feast of Weeks (Shavuot), when the Holy Spirit came upon them in great  power and they addressed the thousands of Jews who’d gathered for the  festival.
  • Jerusalem was the centre of the early church throughout the seminal New  Testament period, but was destroyed by the Romans in 70AD.
  • Christians go not only to Jerusalem for pilgrimage but also to  Bethlehem, Nazareth, Capernum, the Jordan river and other places  mentioned in the Gospels. The reason is to walk in the literal footsteps of Christ.
    • In Jerusalem, of course, are the shrines of the Holy Sepulchre (which  has the tomb from which Jesus rose, and the spot where he was  crucified), Gethsemani, Dominus Flevit (where Jesus wept over  Jerusalem), the Holy Cenacle (where the last supper took place), and  many many more.
    • In Bethlehem there is the Birth place of Jesus. In Nazareth, the place  where the Annunciation to Mary took place and the home where Jesus Mary  and Joseph was.

    Sayang sungguh PAS tak perjuangkan isu ini. Kalau tidak, confirmed GEREJA undi kita. Rugi.

ayam singaporeAna bagai nak terkejut bila baca ‘surat pembaca’ yang dihantar ke akhbar The Malay Mail. Kita semua tahu, editor dalam The Malay Mail memang kebanyakannya penyokong kuat kita. Penyokong kuat Pakatan Rakyat. The Malay Mail bertarikh 17 Disember 2012.

Jangan lupa, anak Abdul Rahman Koya (HARAKAH), Zakiah Koya juga bertindak sebagai salah seorang editor dalam The Malay Mail. Setakat ini, ana tengok, akhbar ini adalah antara akhbar yang paling kuat membawa nilai dan cita-cita Pakatan Rakyat. Ana ucap tahniah kepada semua yang terlibat. Kalaupun sebelum ini tokey kepada akhbar ini beria-ia bantu Najib dalam keluaran sebanyak 1 juta copy. Pada ana, orang lebih ingat tentang benda hari-hari yang ditulis dalam akhbar ini.

Yang seronok, pemilik akhbar ini adalah orang Melayu beragama Islam. Pergi la check sendiri siapa punya. Ana rasa, dia pun SOKONG PENUH kalau dihalalkan pelacuran, Orangnya pun bukannya baik sangat. Dato’ yang nakal. Ana kenal sangat. Orang kampung isteri pertama ana.

Antara yang dicadangkan oleh seorang CINA DAP adalah agar kerajaan Malaysia untuk mengkaji kemungkinan MENGHALALKAN pelacuran macam di Thailand dan Singapura. Mamat Cina DAP ini yakin sungguh, kalau kita dapat halalkan bisnes pelacuran ini, ianya akan menyumbang kepada GDP Negara kita.

Apa punya mangkuk punya cadangan. Tak sekolah ke Cina ni? Dia ingat Malaysia ini macam Singapura?

Ana agak, editor dalam Malay Mail memang nak cuba sentimen orang Islam dalam isu ini. Sajer nak cuba. Macamana respons.

Selangor yang diperintah oleh sahabat baik kita PKR pun sudah banyak dengan kes rumah urut. Merata-rata. Seluruh negeri. Sampaikan Pekan Kuala Selangor yang aman damai pun sudah ada pusat urut batin. Inikah yang orang ini nak.

Cadangan mamat Cina DAP ini tak ubah macam Saudara Ronnie Liu. Tak ubah. Sebijik.

Bagi pihak PAS, ana nak sampaikan PROTES AWAL bahawa ana tidak bersetuju dengan cadangan nak halalkan pelacuran. Minta dijauhkan. Pada ana, kalau DAP nak juga perkenalkan pelacuran, PAS elok keluar sahaja daripada PR. Buang masa.

Dalam pada kita nak ISLAM – mereka suruh HALALKAN pelacuran. Apa punya mangkuk.

Pada CINA DAP bernama Lau Bing – ana nak bagitahu dia – ‘LU JANGAN BALIK INI NEGALA….LULUK SINGAPUR SAMPAI LU MAMPUS’.

zairilCalon yang disingkir ialah Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari (305 undi), Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor (216 undi), Senator Ariffin S.M Omar (748 undi), Naib Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton (347 undi), Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121 undi), Pengerusi DAP cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim (98 undi), Roseli Abdul Ghani (39 undi) dan Harun Ahmad (28 undi). Chairman: Karpal Singh Deputy Chair: Tan Kok Wai Vice-Chair: Chow Kon Yeow, Ariffin Omar, Chong Chieng Jen, M Kula Segaran, Teresa Kok Sec-Gen: Lim Guan Eng Asst Sec-Gen: Chong Eng, Ngeh Koo Ham, P Ramasamy Treasurer: Fong Kui Lun Asst Treasurer: Nga Kor Ming National Organising Secretary: Loke Siew Fook Asst Nat Organising Sec: Vincent Wu Him Ven, Thomas Su Keong Siong National Publicity Secretary: Tony Pua Kiam Wee Asst Nat Publicity Sec: Teo Nie Ching, Zairil Khir Johari International Secretary: V Sivakumar National Political Education Director: Liew Chin Tong Asst Nat Pol Edu Dir: Dr Boo Cheng Hau Committee Members: Lim Kit Siang, Dr Tan Seng Giaw, Teng Chang Khim, Leong Ngah Ngah, Jimmy Wong Sze Phin, Edwin Bosi, John Brian Anthony, Gobind Singh Ana kesian sangat tengok Melayu yang boleh sokong dan dokong penuh perjuangan DAP. Depa ni tak ada agama ke? Atau ideologi mereka melebihi agama. Ana cakap begini kerana perjuangan DAP ini jelas mengenai sosialisme. Sosialisme ini tak jauh mana dengan komunisme. Sepupu. Sayangnya, bila dah dokong ideologi begini, agama sudah tak jadi penting buat mereka. Agama itu candu kata Marxisme – yang masih jadi buku rujukan kepada sosialisme moden. Ana cadang, Melayu DAP ini masuk PAS sahajalah, Lebih makmur dan selari dengan agama berbanding DAP. Perjuangan Islam dapat ditegakkan. Dapat pahala. Kalau setakat nak pertahan Guan Eng dan Kit Siang, ana rasa – dapat dosa lagi ada. Kalau setakat dapat 39 undi dalam pertandingan, itu tandanya Melayu memang tak ada value dalam DAP. Itu sahajalah ana nak cakap. Orang macam Zairil Khir Johari, walaupun sudah togak arak sejak daripada kecil, boleh kita USTAZKAN di dalam PAS. Lebih mudah diterima di peringkat bawah. Selagi Zairil kerja dengan Comrade Guan Eng, mana dia dapat tarik undi Melayu. Percayalah cakap ana. Ana percaya, kalau Zairil nak berhijrah kepada PAS, kita boleh sediakan permaidani merah. Anak muda. Pandai. Memang ada tempat dalam PAS. Bukan calang-calang budak anak Khir Johari ni. Age: 29 Education: MA International Studies & Diplomacy, School of Oriental & African Studies, University of London, BA Information System Engineering. Previous work: CEO (Chocolate Eating Officer) of Chocolab, a chocolate maker Hobbies: Cooking, Football, Tennis Ana dimaklumkan, Guan Eng beria suruh orang DAP undi Zairil. Tak diikut juga oleh cina apek jual kangkung. Mereka biar Zairil kalah juga.

DAP-bentongAna tak pandai membaca tulisan cina. Rugi tak belajar dulu. Sekali lagi, ana dapatkan anak jiran ana, untuk translate beberapa email yang masuk – balun PAS, balun ana, balun pemimpin kita mengenai pelbagai isu.

Pada mereka, kita, PAS, sudah terlalu mengongkong DAP. Apabila ini berlaku, ianya akan merosakkan undi Cina kepada Pakatan Rakyat. Kita dikatakan taliban dan sebagainya.

Ana dapat rasakan mereka ini penyokong DAP. Bahasa mereka kasar. Anak kawan ana pun malu nak translate semua. Mencarut pun ada. DAP ini memang ahli dia kasar-kasar. Tak macam Gerakan.

Ana bagi dua contoh email, yang sudah ditranslate oleh budak Tingkatan 3.

Email 1: Soon Bok, Puchong

Tindakan PAS buatkan DAP seperti political eunuchs….Sekarang kami nampak, DAP yang bekerjasama dengan Pas sudah menjadi political eunuch yang sebenar. Apa yang dilakukan Pas ke atas bukan-Muslim tidak dibantah oleh DAP. Bukankah Lim Kit Siang & LGE dulu tepuk dada dan mengaku mereka wira pelindung hak orang Cina dan bukan-Islam? Sekarang apa dah jadi? Kami tidak lagi percaya akan kepura-puraan DAP. Kami tak akan tunggu sampai DAP bawa kami ke Holland (kemusnahan)….

PAS tak perlu campur tangan dalam urusan bukan Islam. Ingat tu. Jangan masuk campur. Kami mahu minum ka. Judi ka. Jangan ganggu. U hanya jaga Kelantan. Sebab itu Kelantan mundur. Kami di Selangor tidak sokong PAS. Kami sokong DAP dan PKR.

Email 2: Goon, Setapak

[Pas terlalu melampau. Ahli2 Pas dijemput ke majlis makan, tapi mereka banyak komplen. Kononnya penyanyi wanita Cina berpakaian tak senonoh. Tak harus naik ke pentas….Saya takkan menyokong PR lagi, kerana kamu tak benarkan orangramai mendengar lagu di konsert. Tak boleh harap!

Tak ada sebab Pas masuk campur hiburan bukan-Islam. Kasi hormat sikitlah. Jangan cuba Islamkan bukan-Islam!

Pas bertindak macam Taliban, mahu kikiskan kebudayaan orang Cina. Tolak Pas!]

Kalau konsert kami hidang BABI….sebab undi, Ustad semua datang. Walaupun BABI depan mata. Bodoh.

Ana hanya bagi contoh dua email sahaja. Email yang seranah ana pun banyak. Semua kasar-kasar. Tuduh ana taliban. Tuduh ana macam-macam. Ada email yang kata, kalau tidak kerana undi Cina, PAS belum tentu boleh menang banyak. Mereka lupa agaknya, kita menang kawasan majoriti Melayu.

Ini semua kes makan malam di Bentong lah ni. Campur dengan tindakan kita di Kelantan.

Ana nak menang pilihanraya juga. Tapi tak akan kita kena jual semua prinsip. Wallahu’Alam.

piggy backKeputusan Kerajaan Kelantan untuk menangguh penguatkuasaan Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut wajar dilakukan jika bertujuan untuk menjelaskan kes yang timbul.

“Peraturan itu sendiri tidak seharusnya diketepikan kerana prinsip menjaga kesopanan dan kesusilaan masyarakat seperti yang terungkap dalam Rukun Negara tidak boleh diremehkan,” kata Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Justeru, tegasnya Mapim berpendirian usaha untuk menjaga akhlak masyarakat adalah usaha yang murni dan tidak boleh dianggap menceroboh hak bukan Islam.

Beliau berkata, Mapim berpegang kepada prinsip bahawa tujuan utama yang harus difahami oleh masyarakat ialah menjaga kemurnian nilai dan sahsiah masyarakat.

“Ia tidak boleh dilihat sebagai mengganggu hak masyarakat bukan Islam kerana ia adalah suatu kesepakatan sosial untuk menjaga budaya hidup masyarakat yang sihat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Undang-undang kecil Kedai Gunting Rambut Salun Uniseks yang diwujudkan oleh MPKB adalah jelas dan ia ujud sejak 1991.

Tambahnya, undang-undang seumpama itu juga wujud dikebanyakan PBT di seluruh negara.

DAP perlu belajar untuk hidup dalam Negara Islam. Itu sahaja pesan ana. Tak perlu dolak dalik. Isunya bukan ‘agama’. Isunya adalah tingkah laku. Ana setuju, tidak ada keperluan orang perempuan Cina untuk urut/cuci pelanggan lelaki. Sengaja nak rosakkan tatasusila lah namanya.

DAP kena sedar, PAS kena usaha yakinkan pengundi Melayu-Islam bahawa parti kita benar-benar pegang hukum Islam. Itu sahaja. Kalau DAP nak protes semua benda, payahlah. Ana dimaklumkan, DAP juga hantar orang untuk arah kita perlahankan sedikit usaha memperkembang undang-undang kecil berkaitan tatasusila. MCA pun protes. Tapi nampaknya protes senyap DAP lebih berkesan untuk mempengaruhi kita.

Memang lah naik tang belakang tak salah. Tapi kalau amoi itu pakai seluar pendek yang terdedah – dilakukan di SERAMBI MEKAH, ianya salah dan tidak sesuai dengan tatasusila. Itu sahaja.

Laman Berikutnya »